Review Movie | By My Side

Assalamualaikum & Hello.
Sekarang banyak pulak movie best best yang tengah tayang. Ini pun tak sabar nak tengok Bisik Pada Langit pulak. Banyak betul duit habis sebab tengok wayang je ni. Sekarang free boleh lah layan mana movie yang best best sikit. Kalau dah start busy nanti, memang tak terlayan movie semua ni hah. Hari tu masa tengok Bad Genius dekat KLCC, ternampak poster movie By My Side ni hah. Tengok poster nampak menarik, balik tu gigih cari sinopsis movie ni. Hahah! Elok dua tiga hari lepas dah ditayangkan, Nani ajak kawan terjah TGV Wangsa Walk 😆 Nani selalunya kalau tengok wayang memang dekat situ lah. Plus, filem By My Side ni memang ditayangkan dekat TGV sahaja okay. Dekat MBO, GSC semua tu memang tak ada. Hari tu pergi time weekdays, ada tiket RM 8 dengan RM 14 yang available. Nani memang suka tengok time weekdays sebab murah dan tak ramai orang sangat. Heheh. Bukan tak suka kalau ramai, cuma entah. Hahah! 
Review Movie | By My side
SINOPSIS 
By My Side mengisahkan tentang Faye dan Ben yang berkawan sejak dari kecil dan membesar di Subang Jaya. Mereka sering bergaul dengan jiran dan rakan sekolah mereka. Dari masa ke masa, cinta di antara mereka mula berputik dan mereka mula bercinta. Bagaimanapun, apabila Faye mendapat tahu Ben merancang untuk pergi ke Australia bagi melanjutkan pengajian, dia perlu berdepan dengan hubungan jarak jauh dan membiasakan diri hidup bersendirian di Malaysia. 
REVIEW 
Actually this movie dalam English tau, cuma ada lah sikit jugak Bahasa Melayu. Nani suka cerita ni sebab bukan macam typical kisah cinta lain. Err. Basically, it's about long distance relationship (Australia - Malaysia). Faye dengan Ben ni memang dah berkawan sejak dari kecil lagi lepas tu mula bercinta sejak dari zaman sekolah menengah sampai lah masing - masing dapat sambung belajar dekat universiti. Yang paling menghidupkan movie ni, tentang persahabtan dia orang dengan kawan kawan yang lain. Memang nampak close sangat and selalu support each other, pergi travel sama sama. Rasanya semua orang impian nak travel sama sama dengan bestfriend kan, cuma jadi dengan tak je. Hahah! 
Okay back to Faye dengan Ben, dia orang memang rapat sangat sangat, lagi pulak dah kenal since sekolah rendah. Lama kot! Tapi bila dah start masuk uni, dia orang dah start jadi renggang sebab Ben selalu sibuk dengan macam macam aktiviti dia dekat sana. Tambah pulak, sorang dekat Malaysia, sorang dekat Australia and of course bukan satu benda yang mudah bila bercinta jarak jauh ni. Sedangkan yang dekat pun boleh goyah apatah lagi terpisah beratus ratus kilometer. Kaaan? Hahah! Kalau typical malay movie, mesti ending dia orang akan tetap bersama kan. Tapi dalam By My Side ni dia orang tak bersama pun akhirnya! Sorry kalau jadi spoiler. Hahah! At the end, Faye dengan Daniel. Nani pun macam kecewa jugak lah sikit (kah!) tapi sekali sekala plot twist macam ni best jugak. Kenapa tak bersama? Sebab Faye tak boleh nak biasakan diri dengan long distance relationship. Mula mula tu susah jugak dia nak terima yang dia dah tak ada apa apa hubungan dengan Ben. Tapi lama kelamaan, dia move on lah jugak. Hahah!
Review Movie | By My side
Overall, Nani suka movie ni walaupun ending macam sedih sikit sebab Faye dengan Ben tak bersama. Lagi sedih bila Faye minta Ben menyanyikan lagu fav dia orang dulu time Faye kahwin dengan Daniel. Goshh! Kalau lah Nani jadi Ben tu kan, rasanya tak pergi terus majlis tu. Hahaha! Nani suka friendship dia orang dalam movie ni. Nampak sangat close to each other & ada jugak part yang kelakar. Dalam masa yang sama, I learnt something yang kadang kadang macam terlepas pandang. Even kita kenal dah lama sekali pun dengan orang tu, belum tentu lagi she/he is the one for us. Boleh jadi tu milik orang. Eheh. Tapi kalau dah memang tu jodohnya, jauh ke dekat ke, tetap jugak bersama kan. So Nani bagi 3.5/5 untuk movie ni. Movie ni dalam sejam suku macam tu je. Nah boleh lah lepas ni pergi tengok movie ni okay! 

Ecowell Organic UV Shield SPF20 | Produk Pilihan Utama Wanita!

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Wanita dengan kecantikan ni memang berpisah tiada. Heheh. Siapa yang tak nak kan cantik luar dan dalam. Nak cantik pulak mesti lah kena buat pelaburan sikit untuk beli produk yang sesuai dengan kulit wajah macam pencuci muka, toner, krim siang & malam dan banyak lagi lah. Kalau nak list semua memang banyak lah kan. Tapi hari ni Nani nak kongsikan dengan korang semua tentang slaah stau produk yang dapat membantu untuk melindungi kulit daripada sinaran cahaya matahari. Macam Nani sendiri, memang muka cepat sangat burn kalau tak pakai sunblock atau pun produk macam ni. Pernah sekali tu Nani pergi Taman Tasik Titiwangsa untuk beriadah, memang bila balik tu nampak ketara sangat perubahan warna kulit. Tambah pulak seharian Nani duduk dekat sana. Sejak daripada tu, memang Nani amalkan untuk pakai krim pelindungan sebelum keluar dari rumah. Kalau muka dah burn, take time tau korang nak bagi sekata balik. Seksaa jiwa ragaa! 
Ecowell Organic UV Shield SPF20
Mesti korang tertanya tanya kan apa kelebihan produk ni berbanding produk lain yang ada di pasaran. Yang paaaling best dan menarik tentang produk Ecowell UV Shield ni sebab mengandungi campuran bahan bahan organik seperti  aloe vera, ekstrak tumbuhan dan jugak buah orange yang mampu melindugi kulit kita daripada sinaran matahari dan menjadikan kulit wajah kita sentiasa sihat. Memandangkan kulit Nani agak sensitif, sangat susah nak jumpa produk yang serasi dengan muka kecuali produk produk organik macam Ecowell ni hah. Produk ni sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuklah kulit kanak kanak sebab tidak mengandungi sebarang bahan kimia. 
Ecowell Organic UV Shield SPF20
KELEBIHAN BAHAN BAHAN ORGANIK 
💫 Aloe Vera 
Rasanya memang dah ramai tahu yang aloe vera ni antara bahan yang sangat bagus untuk kulit wajah kita. Aloe vera ni bertindak untuk melegakan, menyembuhkan, dan melindungi kulit daripada kerosakan UV. Aloe vera juga mengandungi dua jenis hormon, iaitu Auksin & Gibberellins yang dapat mengurankan kulit wajah kita daripada terbakar. Ia juga merangsang pertumbuhan sel - sel baru yang membolehkan kulit untuk sembuh dengan cepat dan secara semula jadi dengan parut yang minimum. Aloe vera jugak mampu melembapkan dan melegakan kulit wajah kita.  
💫 Ekstrak Tumbuhan (Shea Butter)
Ekstrak tumbuhan ni kaya dengan 1001 kebaikan untuk kulit wajah kita. Ia mengandungi asid lemak, vitamin E dan D, provitamin A dan sebagainya. Dengan segala kebaikan ni, ia dapat melindungi dan menyuburkan kulit, meransang pengeluaran kolagen dan mempunyai ciri ciri antioksidan. 
💫 Buah Oren 
Buah oren ni pulak bertindak sebagai agen pembersihan yang kuat dengan ciri - ciri anti radang dan antiseptik. Ia mempunyai kandungan antioksidan dan mudah diserap pada kulit dengan mendalanm. Selaian daripada itu, ia juga mampu menambah dan mengimbangi tahap kelembapan untuk memulihkan seri wajah kita. 
Ecowell Organic UV Shield SPF20
Apa yang penting, kena konsisten pakai untuk mendapatkan kulit wajah yang sempurna. Memang dijamin kulit muka akan lebih lembah dan sihat selepas menggunakan Ecowell Organic UV Shield ni. Zink oksida yang berasaskan mineral ini dapat menghalang dan menjadi pelindung daripada sinaran matahari serta menjadikan kulit lebih lembut dan licin. Mana yang selalu berkerja di bawah terik matahari tu, boleh dapatkan sebotol produk ni. Memang sangat sangat berkesan. Eh tapi dekat mana boleh beli ni? Haa jangan risau, korang boleh dapatkan produk Ecowell ni melalui laman web 11Street. Klik terus link ni & dekat situ ada semua details tentang produk Ecowell UV Shield. 
Ecowell Organic UV Shield SPF20
Laju lajuu pergi beli dekat www.11street.com okay! Sekarang ni ada potongan harga so boleh dapatkan dengan harga yang lebih murah. Memang best sangat dan Nani sarankan untuk korang amalkan jugak. Untuk maklumat yang lebih lanjut, korang boleh jugak layari atau pun follow dia orang punya sosial media. Dekat sana, korang boleh jugak tengok feedback daripada pengguna lain untuk lebih berpuas hati. Heheh. Walaupun produk ni agak pricey tapi why not kan kita beli untuk cantikkan kulit muka sendiri jugak. Jangan lupa tau dapatkan sebotol prouk Ecowell Organic UV Shield SPF 20 ni! 😊
Facebook : Ecowell Organics 

Boat Noodle di Avenue K

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Nani tak pernah tahu pun ada cawangan Boat Noodle dekat Avenue K ni. Hari tu saja singgah nak cuci mata tengok pameran dekat dalam tu sekali ternampak Boat Noodle, laju aje kaki melangkah. Eh? 😆 Tak ada lah, masa tu dah penat, kenyang makan Nando's pun iye jugak so layan kawan kawan ni aje yang nak makan Boat Noodle. Dah lama jugak kita orang tak makan dekat sini, ada lah dua tiga jenis menu yang baru. Tapi sebab dah kenyang, Nani tak makan apa pun. Heheh. Next time lah kita cuba menu baru dekat Boat Noodle ni. Cawangan Boat Noodle yang dekat Avenue K ni tak ada lah besar mana, kalau pergi time tak ramai orang, cepat aje boleh dapat seat. Nani hari tu dah dekat pukul 9 malam kot pergi, memang lengang sikit lah. 
Kali ni dia orang masing masing makan dua mangkuk aje. Hahah! Ingatkan dah makan Nando's boleh kenyang sampai ke malam, rupanya tak. Rasa macam banyak betul duit keluar hari tu, siang makan Nando's, malam makan Boat Noodle. Phew! Sekali sekala macam ni boleh lah. Kalau setiap minggu rabak jugak wallet jadinya. Hahah! 
Selalu kalau ke Boat Noodle, mesti order Green Tea takpun Thai Tea tu. Tapi kali ni Nani try Terer Taro. Kemain nama kann! Hahah! Yang tu perisa keladi, sedaaap weh. Tak cukup minum satu je. Tapi nak beli sampai dua terasa melayang layang pulak duit. Heh. Satu cawan ni dah RM 8++ gitu dah. 
Memang sedaaap sangat. Kalau korang singgah mana mana Boat Noodle nanti, boleh lah try yang flavour keladi ni pulak. Tak rugi lah beli sebab kena dengan citarasa dan tekak Nani. Hahah! Mula mula takut jugak nak order sebab takut tak sedap. Sekali dah minum, haa rasa nak repeat lagi dan lagi. Kalau korang ada Instagram tak pun Twitter, follow lah social media Boat Noodle ni sebab dia orang selalu buat giveaway bagi chill chill for free lah, voucher lah. Mana tahu kot ada rezeki nak terpilih sebagai pemenang kan. Heheh. Korang pulak apa menu fav dekat Boat Noodle ni? 

Lepak di Nando's KLCC

Assalamualaikum & Hello.
Khamis lepas kononnya keluar sebab nak jalan jalan dekat Kinokuniya aje. Sudahnya Kinokuniya tak masuk pun, tapi sibuk pergi Cold Storage, Innisfree dan tengok wayang. Hahah! Orang lain dah lama tengok Bad Genius, Nani baru aje tengok minggu lepas. Boleh tahan lah cerita dia tapi Nani macam geram jugak lah dengan watak budak budak yang genius dalam movie ni. Sebab duit, dia orang gunakan kepandaian yang dia orang ada dengan cara yang salah. Boleh pulak dia bagi kawan kawan dia yang tak berapa pandai tu jawapan time exam. Hei lah perangai. Hahah! Tapi worth lah tengok, sebab tak terfikir pun dia orang nak meniru dengan cara yang macam tu. Korang yang tak tengok lagi, boleh lah cecepat terjah wayang yang berdekatan. Tak banyak dah tanyangan sekarang ni. Heheh. Keluar dah dekat pukul tiga petang macam tu, ingatkan dah tak ramai orang sekali sesak. Nak makan pun, banyak tempat yang full house, so masuk lah Nando's. 
Air order satu aje sebab boleh refill banyak banyak kali. Hahah! Tak ada lah, sebab makanan dah mahal, dia orang ni nak minum air mineral aje 😆 Nani memang jarang sangat makan dekat Nando's ni, sekali sekala boleh lah bila ada rezeki lebih lebih sikit tu kan. Heheh. Time tu Nando's aje tak ramai orang, kita orang pulak nak kejar waktu sebab nak tengok wayang pulak pukul lima. Malas nak cari tempat makan lain, makan aje lah dekat Nando's. Nasib baik servis lajuuu! I like 😊

Semua order yang 1/4 chicken dengan dua side dish (RM 20.90). Nani haritu nak coleslow tapi dah habis, tu yang ambil fries dengan garlic bread. Kenyang sangat okay makan satu plate penuh macam ni. Fries tu siap tapau lagi bawa balik. Hahah! Tak elok membazir okay, dah lah mahal. Kahkah! Jadi mana yang tak habis tu, baiklah bawak balik kaan.

Side dish tu boleh lah pilih mana satu yang kita nak. Kalau lapar sangat boleh lah pilih nasi macam yang kawan Nani ni. Dia cakap nasi tu macam nasi kunyit. Hahah! Apebenda lah 😆 Semua lah sedap dekat Nando's ni, ayam tu memang fav. Yang bestnya dekat cawangan KLCC ni, staff dia orang punya layanan pun baik sangat & very friendly okay. Siap tanya sedap ke tidak, puas hati ke tidak. Dekat tempat lain tak ada okay macam ni. Hahah! Biasalah, KLCC kan mesti dia orang nak jaga servis dia orang. Korang suka tak makan dekat Nando's ni? 

Membeli Belah Dengan Bijak di 100comments.com!

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Zaman yang semuanya di hujung jari ni, memang mudah sangat tau. Daripada makanan, pakaian, kasut semuanya boleh beli secara atas talian (online). Macam Nani sendiri, memang suka lah bila semua benda boleh beli secara online sebab jimat masa dan tenaga. Heheh. Lagi pun zaman serba serbi mahal ni, kena jugak lah potong bajet sana sini. So nak jimat beli aje secara atas talian dan tunggu barang sampai depan pintu rumah. Walaupun membeli secara atas talian (online) ni memudahkan, ada jugak satu benda yang paling susah kita nak elakkan. Korang rasa rasa apa dia? Bila membeli secara online, selalunya kita tak dapat tengok kualiti dan keadaan suatu barang tu kan. Kadang kadang, boleh jadi kita terbeli barang yang dah tak berapa nak elok. Memang tak best lah kalau kena macam ni. Pernah aje kawan kawan Nani dapat barang yang dia orang order tak sama seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Tapi lepas ni, tak payah lagi risau sebab korang boleh baca feedback produk tersebut di 100comments.com Eh laman web apa tu Nani? Ha jom baca dekat bawah! 
 Apa yang paaling Nani suka tentang laman web 100comments.com ni sebab kita boleh baca feedback orang ramai tentang setiap produk yang terdapat di pasaran. Iya lah bila kita membeli secara online semestinya kita expect barang yang kita dapat tu nanti sama macam dalam gambar dan paaaling penting berkualiti. Kalau korang ragu ragu barang yang korang nak beli tu berkualiti ke tidak, boleh baca dulu feedback & review pengguna lain. So korang boleh lah buat perbandingan dulu kan sebelum membeli. Kenalah jadi pengguna yang bijak. Bukan nya tengok dan terus membeli. Bahaya! 
Macam macam kategori ada tau antaranya barang dapur, produk kecantikan, peralatan elektrik dan banyak lagi. Korang boleh klik aje dekat kategori mana yang korang nak. Macam Nani sendiri, memang jarang beli peralatan elektrik ni secara online sebab takut bila dapat dekat tangan nanti barang tu dah tak boleh nak berfungsi dengan baik. Tapi lepas ni mudah lah kerja Nani sebab boleh tengok dulu dekat website 100comments.com! 
Paling Nani suka bila tengok ada kategori baking & cooking ni hah. Senang lah boleh tengok sama ada bahan bahan yang Nani gunakan untuk memasak tu bagus ke tidak. Macam macam jenama ada, lepas ni korang boleh pergi tengok dekat website dia orang okay.  
Nani dah lama sangat teringin nak beli airfryer macam ni tapi tu lah sekarang ni banyak sangat orang jual sampai tak tahu mana satu yang betul betul berkualiti. Bila baca dekat website ni, ramai yang cakap Philips Airfryer ni mudah dan bagus untuk digunakan.  Apa yang buat Nani nak sangat beli airfryer sebab tak perlu menggunakan minyak langsung. So makanan kita tu akan lagi bertambah berkhasiat dan bagus lah. Lepas ni boleh lah beli tanpa was was sebab dah tahu Philips Airfryer ni memang bagus! 
Ini pun salah satu wishlist Nani jugak, Deuter Gogo 25L Backpack. Bila ada backpack yang macam ni, senang bila nak bawa pergi kelas atau pun hiking. Warna biru tu pun lawa sangat tau! Feedback yang customer lain bagi pun semua nya psotif, lagi lah Nani teringin sangat nak beli. Melalui website 100comments.com ni jugak kita boleh tahu berapa bintang yang pengguna lain bagi untuk sesuatu barangan tersebut. So korang lepas ni kalau nak membeli secara online, jangan lupa semak dan baca terlebih dahulu feedback dekat 100comments.com okay! Baru lah nanti tak menyesal di kemudian hari. Untuk maklumat yang lebih lanjut, korang klik link dekat bawah ni okay!                                                      
Facebook : 100comments.com
Instagram : my100comments

Resepi Bergedil Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari ni Nani nak share satu lagi resepi mudah, pantas dan sedaap! Bergedil ni memang senang aje nak buat cuma nya bahan bahan nak kena beli tu banyak lah. Nani kalau buat bergedil suka letak isi ayam, ada jugak kadang kadang yang letak daging. Ikut suka lah citarasa masing - masing kann. Nak nak bergedil ni, ikut kita lah nak tambah apa pun, sedap jugak nanti kesudahnnya. Nah untuk korang yang baru nak try buat bergedil ayam. Boleh ikut resepi paaaling mudah dekat bawah ni okay! Nani suka buat banyak banyak lepas tu time nak makan goreng aje. Tapi jangan lah pergi buat bergedil untuk stok sampai seminggu punya, memang tak boleh lah sebab nanti ubi kentang tu jadi masam. Kalau setakat untuk dua tiga hari okay lah. 
Resepi Bergedil Mudah
Bahan - Bahan :
⇨ Ubi Kentang 
⇨ Isi Ayam / Ayam Kisar 
⇨ Bawang Merah 
⇨ Daun Sup/ Daun Bawang/ Cili (optional)
⇨ Tepung
⇨ Telur 
Cara - Caranya : 
1) Mula nula sekali rebus ubi kentang sampai empuk. Nani selalunya potong dadu siap siap so nanti cepat sikit lah ubi tu lembut. Pastikan lembut betul betul, baru senang nanti nak lenyek. 
2) Sementara nak tunggu ubi kentang tu lembut, potong lah halus halus daun sup, daun bawang dengan lada besar tu tadi. Ketepikan. 
3) Isi ayam tu pun kena cincang bagi halus. Kalau malas, boleh beli ayam kisar yang dekat pasaraya tu. Lepas tu masukkan dalam kuali dan letak air sikit. Rebus isi ayam tadi dalam tiga ke lima minit. 
4) Ubi kentang yang dah siap rebus tadi, lenyekkan sampai lumat lepas tu masukkan semua bahan tadi dan tabur garam. Gaul bagi semua sebati. 
5) Masukkan tepung dalam satu atau dua senduk. Selalu Nani main agak agak je. Hahah! Kalau nak bergedil tu lembik lembik aje, jangan letak banyak sangat tepung. 
6) Kemudian bulat bulatkan dia dan celup dalam telur lepas tu goreng. Siap!

Memang mudah sangat nak buat bergedil ni, cuma kadang kadang ambil masa yang lama sebab nak kena tunggu kentang tu empuk lah. Nani part yang paling malas masa nak bulatkan dia sebab melekat lekat dengan tangan. Bila melekat dekat tangan tu, ambil tepung bagi kentang tu tak melekat sangat okay! Korang yang suka makan bergedil ni boleh lah try buat pulak dekat rumah. Puas hati buat sendiri, cuma malas dengan rajin aje. Hahah! Kalau ramai yang dekat rumah tu sudi tolong, memang sekejap aje dah boleh siap. Selamat mencuba! 

Dapur Bujang

Assalamualaikum & Hello.
Minggu lepas memang rajin betul Nani masak sendiri. Hahah! Statement puji diri sendiri sangat 😆Tengah rajin boleh lah masak macam macam. Hahah! Cuba time malas tu, memang beli aje lauk. Masak yang simple simple boleh lah, tengah belajar lagi nak improve air tangan sendiri. Selalu nya paaaling failed bab nak buat gulai. Keyakinan tu ada tapi kurang sikit. Takut betul kalau tak menjadi. Tapi pernah lah dah masak gulai lemak dengan kari. Itu pun ada ibu sekali yang tengok. Kalau sup , asam pedas, dengan singgang tu power lah. Eh? Senang boleh lah cakap power. Puji diri sendiri lagi. Kahkah! Ada kawan selalu perli bila nak bagi dia rasa masakan yang nampak gah di Instagram. Kurang asam boi betul kawan macam ni. Ah nama pun kawan, ada ke yang nak komen murni murni kalau tengok kau memasak. Hahaha! Sama je macam adik beradik. Masak lah sedap macam mana pun mesti dia cakap rasa biasa biasa je. Nan hadonya nak puji lebih lebih.
Ayam Goreng Berlada
Ayam Goreng Berlada. Menu ni paaaling Nani suka masak sebab senang ya amat. Heheh. Blend aje semua bahan lepas tu campak masuk kuali. Nanti ada masa Nani kongsikan resepi yang mudah ni. Selalunya kalau dah blur tak tahu nak masak apa, memang lauk ni lah Nani masak. Ada pulak sup sawi ke, fuhh sedaapnya. Lapar pulak rasa. Hahah! 
Bergedil Ayam
Bergedil Ayam. Haritu Nani letak dekat Instagram, ada yang terbaca berdegil. Hahaha! Ramai pulak tu yang terbaca macam tu 😆 Selalu orang makan bergedil dengan soto kan, tapi Nani suka jugak makan macam ni aje. Sedap! Cuma nak buat tu je lah banyak ambil masa. Heheh. Kadang malas nak buat sebab fikir malas nak rebus ubi kentang lepas tu nak lenyek apa semua. Tapi kalau nak beli tak berbaloi pulak, seringgit wak sebijik! 
Cheesekut Oreo
Oreo Cheesekut. Yang ni Nani ada share hari tu. Boleh klik link ni okay (Resepi Cheeekut Mudah) memang dijamin sedap dan puas hati. Masa mula famous cheesekut ni, ramai bebenor orang jual. Sekarang dah tak ada sangat, sebab masing masing boleh buat sendiri aje kan. Minggu lepas jugak gigih buat roti puri lagi. Dah pandai boleh lah selalu buat. Lepas ni banyak lagi nak belajar masak gulai apa semua. Masak untuk makan sendiri lepas lah. Kalau nak hidang dekat orang tu kena masak yang bebetul power aje, macam dessert, kuih muih boleh lah. Korang kalau ada resepi mudah mudah boleh lah share link dekat bawah. 

Vietnamese Roll

Assalamualaikum & Hello.
Hari tu masa balik Pahang, ada lah sorang mak cik dekat dengan area rumah Nani ni yang jual vietnamese roll, sandwich, cheese tart apa semua. Dah pernah try sandwich dia memang sedap so kali ni nak try vietnamese roll pulak. Tambah pulak sebab Nani tak pernah makan sebelum ni, lagi lah teringin nak order & rasa. Lagi satu sebab kawan Nani cakap vietnamese voll ni sedap. Harga pun tak ada lah mahal sangat, empat gulung RM5. Dah lama teringin nak try, tapi tak pernah jumpa orang yang boleh dipercayai untuk beli. Heheh. Nani jenis yang sangat teliti kalau nak membeli lagi lagi kalau bab makanan ni. Jarang sangat beli dengan orang yang tak biasa, sebab takut jugak (bab kebersihan lah). Kalau yang dah kenal ni, tak ada lah ragu ragu sangat kaaan. 
Viatnamese Roll
Selalu Nani tengok orang letak udang dalam dua ekor macam tu dalam vietnamese roll ni, tapi yang mak cik ni jual dia gantikan udang tu dengan crab stick. Ada jugak salad, carrot dengan suhun sekali dalam viatnamese roll ni. Sos tu masam masam manis sikit rasa dia. Tapi Nani rasa mak cik ni beli guna sos Thai yang dalam botol tu aje. Suka hati je kann. Hahaha! Memang sama sangat rasa dia. 
Viatnamese Roll
Untuk yang nak diet atau nak makan makanan yang healthy, sesuai lah vietnamese roll ni. Sebab semua bahan ni direbus aje. Cuma kulit dia Nani tak pasti guna apa. Nipis sangaat dan melekat lekat dekat tangan. Nani mampu makan satu gulung tu aje. Hahah! Bukan tak sedap tapi banyak sangat sayur tu, Nani jadi tak suka sangat. Dah macam mana nak eat clean ni, sayur banyak ni pun tak boleh nak telan. Heh 😆 Adik beradik Nani lagi lah, siap cakap ngeri nak gigit kali kedua. Perangaaai! Hahah! Tapi kalau korang memang suka makan sayur, nah wajib try! Heheh. Cukup lah sekali tu je makan, memang tak repeat order dah kot. Korang pernah makan vietnamese roll ni?  

Resepi Cheesekut Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Kisahnya minggu lepas Nani tersangatlah rajin nak masak macam macam. Iye time rajin memang macam tu. Siap buat video masak masak lagi dekat Instagram. Hahah! Dah lama sebenarnya tak buat video memasak ni lepas kes my phone hampir hampir nak terjun dalam kari kepala ikan. Trauma kejap, tu yang tak ada keinginan nak masak sambil buat video 😆 The struggle is real okay bila nak buat video time masak ni. Memang salute yang suka buat video memasak selalu. Iya lah, mana kau nak fokus dekat masakan lagi, video lagi. Lain lah kalau ada yang lain tolong rekod kan, ye dak? So hari ni Nani nak share dengan korang resepi cheesekut mudah sangat sangat dan pantas. Kurang 20 minit boleh siap buat cheesekut ni hah. Sedaap pulak tu. Memang confirm semua orang suka! Bahan bahan nak buat pun tak banyak. Let's check it out! 
Resepi Cheesekut Mudah
Bahan bahan yang korang kena sediakan :
💫Biskut Kering (Nani guna yang jenama Hup Seng).
💫Cheese Tatura. Tapi kalau nak guna jenama lain pun ikut suka okay!
💫Susu Full Cream Marigold. Beli yang kotak kecil aje dah cukup. 
💫Susu Pekat.
💫Biskut Oreo (optional).
Cara - Caranya :
1. Mula mula sekali apa yang kena buat, ambik cheese Tatura tu campur dengan susu pekat dalam 6 ke 8 sudu besar. Susu tu boleh adjust lagi either nak tambah or nak kurang kan (ikut selera korang). 
2. Lepas tu masukkan dalam mixer bagi cheese dengan susu pekat tu sebati dan tak berketul ketul. Siap yang tu letak dekat tepi. 
3. Ambil biskut tadi dan celup dalam susu full cream. Lepas tu susun dalam bekas.
4. Letak cheese tadi atas biskut yang dah siap susun tadi. 
5. Ulang step 3 dan 4 sampai bekas penuh. 
6. Akhir sekali, taburkan biskut oreo yang dah dihancurkan. 
7. Masukkan dalam peti ais, sejukkan untuk beberapa jam. 
Resepi Cheesekut Mudah
Siappp! Nani haritu buat empat layer aje sebab cheese Nani guna yang kecik tu aje.Tatura mahal sikit harga dia, memang tak lah nak beli yang besau. Hahah! Banyak banyak pun nanti tak habis, rugi. Bila buat sikit macam ni berebut pulak masing masing nak makan. Hahah! Memang dah lama sangat Nani tak buat. Hari tu pulak ada kawan minta resepi, terus rasa terliur sekali nak makan. Lol. Petang tu jugak keluar cari barang, nasib baik pasaraya dekat aje. Simple dan sedaap! Boleh lah korang try pulak buat dekat rumah pulak. Kalau nak tanya apa - apa boleh drop soalan dekat bawah. Selamat mencuba!

Salam Aidiladha

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Mentang mentang minggu lepas bukan main panjang cuti Raya Aidiladha, tiba tiba jadi lemau minggu ni. Hahah! Nak buat entry Raya ini pun bercinta nak siap hoi! Lepas dah tulis padam,  tulis padam, sudahnya tutup laptop. Kahkah! Mood masih bercuti ni, itu yang malas aje rasa. Eheh. Kali ni Nani beraya di Raub, Pahang (family belah abah Nani). Tapi sebelum balik sana sempat lagi membakar lemang dekat rumah dulu. Abah Nani sejak dah pandai buat lemang sendiri ni, asyik nak buat lemang aje. Pantang rasa nak makan, mesti ajak buat lemang. Kadang bukan time Raya pun membakar lemang jugak wakk. Hahah! Selalunya buat tak banyak pun, dalam tiga kilo macam tu aje. Dapatlah dalam 14 - 15 batang lemang. Jadi lah kan setakat nak makan sendiri, bukan nak jual pun hah. 
Nani ni duduk taman perumahan tau, jalan utama pulak tu so tiap kali orang lalu mesti ada yang tanya "nak jual ke tu?" Hahah! Ada tu yang nak beli walaupun abah cakap buat nak makan sendiri aje. Mujur lah hari tu cuaca elok sangat, dapatlah bakar lemang. Abah memang bakar dekat kawasan lapang depan rumah tu aje, tak ada pun buat atap ke apa. Kita orang bakar lemang, jiran depan kacau dodol. Meriaaah asap! Hahah! Tapi seronok buat sendiri ni, sebab puas hati. 
Rendang ayam ni memang menu wajib tiap kali Raya. Tengok ibu Nani buat rendang kejap je dah siap. Hahah! Power betul kan mak mak ni bila memasak. Harap nanti bila dah jadi mak mak, seketul Inani pun boleh lincah dan power di dapur. Eh? Hahahah! 
Ini pulak menu pagi Raya, mak cik Nani masak bihun sup. Ada jugak lemang, rendang ayam kampung dengan rendang landak. Jangan tanya apa rasa rendang landak tu, sebab Nani pun tak makan walaupun dah disogok beratus kali oleh mak cik dan pak cik kat kampung. Hahah! Dia orang cakap macam daging ayam tu rasa nya. Iya lah kot. Heheh. Nani memang kurang sikit kalau makanan pelik pelik ni. Pelik lah untuk yang jaraaang makan ni.
Laksa ni ibu Nani buat. Fuhh memang rasa macam Hari Raya Aidilfitri, macam macam makanan ada. Tahun ni tak banyak sangat orang buat korban dekat area rumah Nani ni. Tapi ada lah jugak dapat dalam dua kilo macam tu, dah selamat abah bakar hari Isnin baru ni. Hahah! Sementara semua orang ada dekat rumah, masak lah semua daging yang dapat tu.
Ini jiran belakang rumah Nani yang bagi. Tertunai jugak hasrat hati nak makan lontong. Hahah! Raya Aidilfitri haritu memang tak jumpa pun lontong. Rezeki betul jiran bagi ni, macam tahu tahu aje kaaann 😆 Hahah! Bila time Raya ni memang meriah dengan makanan aje lah, sampai tiap masa rasa kenyang. Hari tu pun ingatkan tak ada orang nak datang beraya, sekali kawan kawan abah dari Kajang datang. Haa gelabah masing - masing kemas rumah. Kahkah! Korang pulak beraya dekat mana baru ni? 

McFlurry Durian

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Sejak hari Khamis minggu lepas, memang 'viral' betul McFlurry Durian ni hah. Bila buka aje Instagram & Facebook mesti lalu dekat timeline gambar McFluury Durian. Nani yang mulanya tak nak beli pun terjebak sama jugak sebab terliur. Hahaha! Jumaat tengah hari tu terus terjah McDonald's. Gigih sangaat kan 😆 Bukan apa, ada yang cakap bila nak beli dah sold out lah, ada aiskrim yang cair lah so aku pun pergi lah time tengah hari. Mula mula ingat nak drive thru tapi punyalah panjang barisan kereta tu, so Nani pun merajinkan diri masuk dalam. Hahah! Demi nak rasa aiskrim durian, sanggup okay! Lagi pun time tu dah habis lunch hour, orang dekat dalam tu pun dah tak ramai sangat. Nani pun terus aje lah beratur lepas tu order aiskrim dengan satu set ayam. Lepas dah bayar baru Nani perasan sesuatu. Agak agak apaa? 
McFlurry Durian
Sebenarnya bila dah siap bayar baru Nani perasan yang harga McFlurry Durian ni RM7.99 satu. Ohoi! Boleh tahan jugak harga untuk satu aiskrim durian ni. Hahah! Tapi logik jugaklah sebab durian kan, takkan lah dia orang nak letak harga murah murah pulak 😆 Nani pun sedapkan hati sendiri "takpe lah mahal sikit, sekali sekala nak rasa." Hahaha! 
McFlurry Durian
Pada Nani okay lah rasa dia, cuma manis sikit daripada yang McFlurry Oreo. Nak cakap sedap sangat sangat tu pun tak jugak lah. Hahah! Eh ni ikut tekak dan citarasa Nani tau. Ada jugak yang cakap memang sedap betul. Depends pada setiap orang kan. Lagi pun ikut outlet Mcd tu jugak, ada je kadang kadang yang kureng sikit rasa dia. 
McFlurry Durian
Nani lagi suka McFlurry Oreo berbanding dengan McFlurry Durian ni. Hahah! Tapi why not kalau sekali sekala nak ubah makan yang durian pulak. Cumanya sila bertabah kalau korang beratur panjang takpun dah sold out. Biasalah, bila baru baru keluar ni memang cepat betul habis. Laku keras weh, iye lah sebab lain daripada yang lain khenn. Heheh! Nani sekali hari tu je lah makan, ada tu Nani tengok sampai dua tiga kali dah. Fuhh! Korang dah try ke belum McFlurry Durian ni? 


Kekal Ramping Dengan Hotpants Keluaran Jonlivia

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Pernah dengar tak tentang Jonlivia? Hari ni Nani kongsikan dengan semua tentang salah satu produk keluaran Jonlivia iaitu hotpants. Sejak lepas Hari Raya Aidilfitri tu memang Nani langsung tak buat aktiviti senaman. Nak berjogging pun malas. Dah kenapa Nani?! Padahal masa Raya hari tu kemain lagi macam macam yang dimakan. Hahah! Disebabkan berat badan dah mula naik, makanya harus lah gigih nak buang balik lemak lemak degil tu. Tambah pulak tak lama kita nak sambut Hari Raya Aidiladha, nanti bertambah lagi berat, memang masalah 😆 Bila nak melakukan aktiviti senaman ni haruslah ada pakaian yang sesuai kan. Takkan nak pakai jeans untuk berjogging, mana jadi! So, kali ni Nani try memakai hotpants keluaran Jonlivia untuk berjogging. Selalunya pakai track suit aje, tapi kali ni nak try hotpants pulak sebab baca review ramai yang cakap hotpants ni lagi selesa berbanding track biasa! So, kali ni Nani nak share kelebihan hotpants dengan korang. 
Sejujurnya Nani tak pernah memakai hotpants sebelum ni. Selalunya Nani akan pakai palazo, track takpun seluar slack. So, bila perrtama kali pakai nak try pakai hotpants ni memang rasa teruja sangat. Lagipun sebelum sebelum Nani selalu set dalam kepala yang hotpants ni ketat dan mesti tak selesa nak pakai untuk buat aktiviti senaman. Tapi apa yang Nani fikir selama ni jauh sangat tersasar sebab hotpants Jonlivia ni selesa sangat awak. Dah lah ringan lepas tu selesa pulak, memang suka lah pakai. Lepas ni memang no more track suit untuk jogging. Hahah! Dah ada hotpants yang jauh lagi selesa, mesti lah itu yang jadi pilihan kan. 
Material yang digunakan untuk hotpants ni pun jenis yang berkualiti tinggi (85% Neoprene & 15% Nylon). Material yang berkualiti tinggi ni memang tahan lasak dan susah untuk koyak berbanding bila kita memakai seluar track biasa. Kalau korang nak tahu, hotpants ni jugak mampu mengecilkan peha dan jugak betis. Memang banyak lah kelebihan hotpants Jonlivia ni.
Kalau korang tengok, memang lah hotpants ni fit mengikut bentuk badan kita, tapi tetap jugak selesa. Langsung tak menyukarkan Nani untuk melakukan aktiviti. Paaaling best, dapat mengeluarkan peluh dengan banyak. Tapi jangan risau, sebab hotpants ni jugak mempunyai fungsi yang dapat menyerap peluh. Jadinya sepanjang kita melakukan aktiviti tu memang selesa aje. Tak ada pun rasa gatal gatal. Biasanya kalau pakai seluar yang jenis ketat ni, kadang kadang akan meninggalkan kesan seperti ruam dekat kaki. Tapi semua tu tak terjadi dengan menggunakan Jonlivia hotpants ni. 
Selain digunakan untuk waktu bersenam, hotpants ni jugak sesuai dipakai untuk bersiar siar. Sambil berjalan jalan tu boleh lah jugak kan bakar lemak dekat bahagian kaki. Hotpants Jonlivia ni datang dengan pelbagai saiz, daripada saiz xs sehingga lah saiz 4xl! Memang best sangat kan sebab semua orang boleh beli dan pakai hotpants ni hah. 
Dekat bahagian belakang hotpants ni jugak terdapat poket yang kecil. Memang mudah lah untuk kita letak barang barang peribadi seperti telefon, kunci kereta, duit dan sebagainya. Iya lah, takkan masa berjogging nak bawa beg pulak kan. Bila ada poket kecil macam ni, memang senang sangat. 
Ini antara review dan pandangan Nani tentang hotpants Jonlivia ni. Jahitan kemas dan memang susah nak jumpa hotpants yang berkualiti dan bagus macam Jonlivia. Korang pun patut jugak untuk cuba! 
Selain daripada hotpants ni, terdapat pelbagai lagi koleksi pakaian yang sesuai untuk bersukan di Jonlivia. Kalau nak tahu lebih lanjut, lepas ni boleh lah korang laju laju terjah website Jonlivia okay! Dan istimewa nya sempena Bulan Kemerdekaan ni, Jonlivia memberikan diskaun untuk setiap pelanggan yang membeli. So, kalau korang nak beli dengan harga yang jauh lebih rendah dan murah, boleh lah beli sekarang! Memang tak menyesal beli produk yang berkualiti dan bagus macam ni. Lagi pun apa salahnya melabur sikit untuk dapatkan pakaian yang lebih selesa sewaktu bersenam. Hari ni gaji kan, boleh lah terus klik klik dekat website Jonlivia. Eh? 😆 Jangan lupa jugak untuk follow social media Jonliva dekat bawah ni okay! Jom dapatkan sehelai hotpants Jonlivia ni!
Website : www.jonlivia.com
Youtube : Jonlivia 
Facebook : Jonlivia
Instagram : Jonlivia 


Kenduri Kahwin

Assalamualaikum & Hello.
Kebiasaannya bila kenduri, memang tuan rumah lah yang paling sibuk sekali. Dari sebelum majlis sampai lah selesai majlis pun macam macam nak kena buat. Nani sehari sebelum kenduri memang malam tu awal lagi dah 'tumbang.' Bukan apa, badan dah tiga hari berturut turut buat kerja, so bila dah penat sangat memang satu benda pun tak jalan. Tidur aje lah jawapan dia kan 😆 Esok pagi pagi pukul lima lebih macam tu dah kena kerah bangun. Hahah! Biasa lah kan, nama pun kenduri jangan mimpi nak tidur lama lama walaupun dekat kampung paling syok membuta lepas subuh tu. Dia punya sejuk tu, pasang kipas nombor satu pun nak berselimut lagi. Syok! Nani dengan dua tiga orang mak saudara pagi tu kena settle kan bahagian makanan pengantin. Kali ni tak buat banyak pun, tiga jenis lauk aje sebab lauk yang hidang dekat tetamu pun dah banyak. Masak banyak banyak pun nanti, bukan sempat pun pengantin tu nak makan semua. Hahaha! 
Siap siap dah bagi tugasan apa semua, Nani kena uruskan udang goreng siap dengan deko! Weh dah lah paaaling tak pandai bab bab deko, lepas tu nak kena buat pulak. Sudahnya Nani letak aje salad dekat keliling pinggan tu & cucuk udang pada lidi. Alah, macam yang biasa orang lain buat tu. Buat aje lah kan mana yang sempat. Tapi satu gambar pun tak sempat nak ambil sebab handphone dah campak pergi mana entah time tu. Busy sangat sampai tak banyak pun bergambar. Hahah! 
 Kenduri hari tu kita orang pasang 9 buah khemah & dapat bayangkan tak betapa ramainya undangan tu kan. Memang kejap kang berlari masuk rumah ambil goodies bag bawa keluar. Nenek Nani cakap bawa keluar sikit sikit sebab tak ada tempat nak letak. Huhi. Memang multi tasking lah senang cerita hari tu. Tambah pulak bila engko salah sorang cucu yang dah besar, hah lagi lah macam macam kena buat. Zaman berlari lari, main main tu dah tak ada okayyy! 
 Tempat bergambar untuk tetamu. Kain belakang tu lupa dah nama dia apaa. Hahah! Sepupu Nani beli dekat Instagram RM 25 kalau tak silap sehelai. Ke RM35 entah. Style kan sekarang orang guna kain macam tu as background untuk bergambar. Kerus rustic tu pun dia tempah satu set RM 130. Hahah! Gigih kan, punya lah nak meriahkan majlis. Lagi pun nanti dia nak buat servis rustic ni jugak.
 Buah ni pun sepupu Nani jugak yang ukir. Siap pergi kelas okay belajar. Weh Nani kagum gila tengok! Sebab Nani bukan jenis yang tangan berseni dan lembut nak mengukir macam ni. Dia pun dekat semalaman mengukir baru siap. Kalau Nani, menangis lah nak siapkan. Hahahah! 
 Time kenduri tu jugak nenek Nani panggil orang main gendang dan bersilat. Lama sangat dah Nani tak tengok ada benda macam ni dekat majlis perkahwinan. Faham faham aje lah kan bila orang lama ni, ofcourse dia orang nak sesuatu yang tradisi tu ada jugak buat. Iya lah, kalau tak nanti ada pulak yang tak kenal tradisi lama ni kan. 
 Barakallah paksuu & maksu. Semoga Allah limpahkan rahmat, sakinah dan mawaddah untuk perkahwinan kalian. 
Hari tu ada yang komen dekat entry sebelum ni cakap paksu Nani nampak muda. Hahah! Dah 28 tahun ni hah, tak ada lah muda sangat. Memang umur pak su ni dengan anak buah tak jauh sangat. Selang dua tiga tahun aje. Heheh. 
 Kek ni mak cik Nani yang buat. Bunga tu fresh punya, bukan plastik okay! Hahah! Ada jugak yang mak cik Nani petik bunga dekat laman rumah nenek Nani 😆
Ini pulak kek red velvet & carrot cake untuk tetamu. Sebelah tu booth air krim & roti canai. Macam macam makanan ada hari tu. Seronok tengok tetamu makan 😊 Dekat felda ni, pukul 11 pagi macam tu dia orang dah start makan. Memang awal lah. Lepas tu pukul tiga lebih macam tu dah start buka khemah. Tapi sekejap gila dia orang buat kerja sebab ramai yang tolong. Cuma tinggal pinggan mangkuk yang dah siap basuh tu aje tuan rumah kena kemas & bahagian dalam rumah kan. Ehehe. Kenduri kali ni memang terasa penat dia. Hahah! Sampai nenek Nani cakap, cucu dia yang nak kahwin lepas ni kena tunggu setahun dulu. Bagi hilang bebetul penat kenduri kali ni. Ha dengar tu awak? Eh 😆 Apa pun, alhamdulillah dah selesai majlis ni. Meriah dan seronok sebab dapat kumpul with the whole family. Masa ni lah baru dapat tengok muka saudara mara yang dah lama tak berjumpa tu. 

Tradisi Rewang

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Zaman sekarang ni memang jarang jarang jumpa tempat yang ada buat tradisi rewang bila kenduri kahwin atau pun majlis tertentu. Zaman sekarang memang selalu nya orang akan ambil pakerj katering. Kan? Tapi kalau dekat kampung still lagi ada aktiviti merewang ni dan memang meriah sangat waktu tu. Rumah nenek Nani pulak dekat felda, lagi lah ramai jiran yang datang tolong. Empat hari sebelum kenduri pun dah terasa meriah, sebab dia orang dah start datang hantar barang barang yang dia orang nak sedekah & tolong kemas apa yang patut. Kita orang yang tuan rumah ni pulak sampai tak ada kerja nak buat untuk memasak tu semua. Cuma settle kan bahagian goodies bag, bunga telur macam tu aje. Seronok dapat tengok suasana macam tu, sampai kan semua jiran nenek Nani tu pun Nani panggil 'nenek' jugak. Hahahah! Iya lah, nak panggil mak cik macam tak kena pulak. So gasak lah semua ku panggil nenek 😆 Sebelum majlis memang dah bahagi tugas siap siap, memang smooth aje semua. 
Nasi manis ni buat dua hari sebelum kenduri. First time seumur hidup tengok orang buat nasi manis. Daaan baru ku tahu jugak nasi manis ni ada banyak nama. Kalau belah utara, orang panggil pulut kacau kan, ada jugak sesetengah orang yang panggil wajik. Nani duduk sekejap aje dekat kawah ni pun dah tak tahan dengan asap + panas, tapi nenek tu semua steady je weh. Omg! Nani duduk kejap, tolong kacau sekali lepas tu ambil gambar & masuk rumah. Heheh. Lagi pun ramai time tu yang tolong kacau, so kita undur diri. 
Saja nak ulang tayang gambar gulai keladi hari tu. Ni pun nenek nenek tu yang masak. Senang cerita, memang semua makanan sepanjang nak kenduri dan hari kenduri semua nya air tangan jiran jiran nenek Nani. Dah lah laju gila dia orang masak. Kejap kang tengok lauk ni dah siap, lepas tu nanti eh dah hidang atas meja. Fuhh! Bila banyak tenaga kerj, memang kejap aje kan jadi. 
Sehari sebelum kenduri paaaling sibuk sebab hari tu lah dia orang datang tolong potong bawang, sediakan bahan bahan untuk kenduri esoknya. So kita orang satu family masak laksa dengan cucur udang. Kuah laksa ni malam tu lagi dah masak sebab sedap sikit bila kuah ni masak awal. Nenek Nani cakap tak ramai yang datang sekali ramai. Habis licin 10 bungkus laksa hari tu. 
Hari tu dapat lah jugak makan durian seulas sorang. Hahah! Kali ni durian dekat kampung Nani tak berapa menjadi sangat. Ini pun durian dekat rumah mak cik Nani. Dapat lah makan sikit sorang. Nak beli mahal sangat, sampai sekilo RM 15. Itu pun buah belum tentu elok. Apa pun memang kenduri kali ni, paling terasa penat dia tapi tetap lah seronok. Heheh. Maklumlah dah lama tak kenduri besar, ini pulak adik bongsu ibu Nani so tetamu tu mesti lah ramai jugak kan. Nani dah seminggu habis kenduri, baru rasa normal balik. Kah! Nasib baik ada jiran jiran nenek Nani yang tolong. Seronok bila kenduri dekat kampung ni sebab ada rewang lah. Korang amalkan lagi tradisi rewang ni? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page