Dapur Bujang

Assalamualaikum & Hello.
Minggu lepas memang rajin betul Nani masak sendiri. Hahah! Statement puji diri sendiri sangat ๐Ÿ˜†Tengah rajin boleh lah masak macam macam. Hahah! Cuba time malas tu, memang beli aje lauk. Masak yang simple simple boleh lah, tengah belajar lagi nak improve air tangan sendiri. Selalu nya paaaling failed bab nak buat gulai. Keyakinan tu ada tapi kurang sikit. Takut betul kalau tak menjadi. Tapi pernah lah dah masak gulai lemak dengan kari. Itu pun ada ibu sekali yang tengok. Kalau sup , asam pedas, dengan singgang tu power lah. Eh? Senang boleh lah cakap power. Puji diri sendiri lagi. Kahkah! Ada kawan selalu perli bila nak bagi dia rasa masakan yang nampak gah di Instagram. Kurang asam boi betul kawan macam ni. Ah nama pun kawan, ada ke yang nak komen murni murni kalau tengok kau memasak. Hahaha! Sama je macam adik beradik. Masak lah sedap macam mana pun mesti dia cakap rasa biasa biasa je. Nan hadonya nak puji lebih lebih.
Ayam Goreng Berlada
Ayam Goreng Berlada. Menu ni paaaling Nani suka masak sebab senang ya amat. Heheh. Blend aje semua bahan lepas tu campak masuk kuali. Nanti ada masa Nani kongsikan resepi yang mudah ni. Selalunya kalau dah blur tak tahu nak masak apa, memang lauk ni lah Nani masak. Ada pulak sup sawi ke, fuhh sedaapnya. Lapar pulak rasa. Hahah! 
Bergedil Ayam
Bergedil Ayam. Haritu Nani letak dekat Instagram, ada yang terbaca berdegil. Hahaha! Ramai pulak tu yang terbaca macam tu ๐Ÿ˜† Selalu orang makan bergedil dengan soto kan, tapi Nani suka jugak makan macam ni aje. Sedap! Cuma nak buat tu je lah banyak ambil masa. Heheh. Kadang malas nak buat sebab fikir malas nak rebus ubi kentang lepas tu nak lenyek apa semua. Tapi kalau nak beli tak berbaloi pulak, seringgit wak sebijik! 
Cheesekut Oreo
Oreo Cheesekut. Yang ni Nani ada share hari tu. Boleh klik link ni okay (Resepi Cheeekut Mudah) memang dijamin sedap dan puas hati. Masa mula famous cheesekut ni, ramai bebenor orang jual. Sekarang dah tak ada sangat, sebab masing masing boleh buat sendiri aje kan. Minggu lepas jugak gigih buat roti puri lagi. Dah pandai boleh lah selalu buat. Lepas ni banyak lagi nak belajar masak gulai apa semua. Masak untuk makan sendiri lepas lah. Kalau nak hidang dekat orang tu kena masak yang bebetul power aje, macam dessert, kuih muih boleh lah. Korang kalau ada resepi mudah mudah boleh lah share link dekat bawah. 

14 comments:

  1. Slalu mkn begedil daging.. Sdap nmpk ayam goreng berlada tu

    ReplyDelete
  2. Ya allah kenan nyer ayam goreng berlada tu dik! Nanti akak korek resepi awak tauuuuu ;) ohye im back for a while dik .. kekeke..

    ReplyDelete
  3. Hari tu buat biskut lemak cheekut

    tak cuba lagi oreo cheese kut

    ReplyDelete
  4. sekali seumur idup k.el wat berdegil tu..tp mmg suka makaan

    ReplyDelete
  5. sedap2 menunya, cheesekut tu teringin nak rasa!

    ReplyDelete
  6. Memang rajin....teruskan semangat kerajinan mu ittew yer dik!

    ReplyDelete
  7. hmm, mek semenjak bernoxxa ni rajin jugak ler kat dapur. tp cedok resepi orang je :) terjah blog mek nnt ye

    ReplyDelete
  8. Berdegillll adik nani akak ni kan biasa dia! Upload gambar2 ni semua mengundang akak lapar kembali hahahahha...bergedil sedap, cheesekut sedap haihhh nak!

    ReplyDelete
  9. Begedil lawan dia memang dgn soto. Tp kalau ratah mcm tu pun sedap dah.

    ReplyDelete
  10. Bagus ni..persediaan..jgn jd macam kawan akak..dh anak 2 pun x reti masak

    ReplyDelete
  11. Baru semalam makan masak berlada

    sedap

    pedas bersos

    ReplyDelete
  12. sedapnya berdegil Nani hihi :) pelan-pelan lama-lama super power la masakan nani nanti :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page