Kaw Kaw Burger Bakar

Assalamualaikum & Hello.
Rasa macam dah lama betul tak update blog ni sejak dari minggu lepas. Hahah! Busy sangat dengan macam macam benda sekarang ni, tak sempat nak membebel dalam blog. Hari tu pun cuti, sempat balik Pahang sehari aje memandangkan ada banyak sangat kerja yang nak kena siapkan dekat sini. Jeles betul tengok orang lain pergi bercuti dengan family. Haih, tak sabar nak habis sem ni, lepas tu nak plan pergi bercuti lah. Dalam sibuk itu pun sempat lagi dia pergi makan dekat Kaw Kaw Burger Bakar. Hiks. Sebenarnya Nani dah lama sangat simpan niat nak pergi makan dekat sini. Dia orang ada banyak jugak cawangan, yang Nani pergi ni dekat Sunway Putra Mall (suka betul pergi mall ni sebab pilihan tempat makan banyak). Mula mula singgah sebab nak solat zohor aje, tapi sebab lapar, terus lah cari tempat makan. Heheh 😊
Kaw Kaw Burger Bakar
 Founder Kaw Kaw Burger Bakar ni Muslim tau, siap ada tulis lagi dekat banner tu tapi tak nampak pulak sebab dekat belah bawah. Ada banyak sangat pilihan burger, tinggal pilih aje mana yang tekak tu nak makan. Hahah! Nani mula mula ingat nak makan burger tapi bila nampak cheesy fries terus tukar menu. Next time nak datang lagi try burger dia orang pulak πŸ˜†
Kaw Kaw Burger Bakar
 Hari tu Nani tak baca semua pun menu dia orang, jadi jangan lah tanya apa lagi yang ada. Hahah! Sebab lapar sangat, tak ada mood nak pilih lama lama. Kalau yang dekat Sunwa Putra Mall ni, cawangan dia tak besar sangat. Best lepak dekat sini sebab tempat dia santai santai aje. Konsep mall ni pun, ala ala dekat street food gitu. Deko dia pun lain dari mall yang Nani pernah pergi. 
Kaw Kaw Burger Bakar
Cheesy fries dia sedap sangat sangat, cheese dia pun melimpah ruah hah. Tak kedekut langsung okay. Masa nak order tu, Nani tengok ada portion kecil & besar tapi sebab lapar sangat pilih lah yang besar. Harga dalam sembilan ringgit macam tu kalau tak silap Nani. Sekali bila dah sampai, terus rasa macam banyak lah pulak. Hahaha! Siapa suruh tamak lagi kan. Heh. Dah lah sorang diri, lepas tu order yang besar memang lah rasa banyak gila. Terus rasa menyesal tak order yang kecil aje. Serious rasa nak repeat lagi makan dekat sini nanti. Hari tu tengok dekat Wangsa Maju, seksyen 2 ada jugak Kaw Kaw Burger Bakar ni. Boleh lah try yang dekat situ pulak kan. Heheh 😁

11 comments:

  1. ya Allah cheese dia melimpah ke ladang gandum betul2 banyak.nak cuba la nanti

    ReplyDelete
  2. tudia cheese dia melimpah ruah sampai rasa boleh naik muak banyak cam gitu. Overall nampak menyelerakan makanan di situ.

    ReplyDelete
  3. sedapnyaa,murah betul rezeki dia bagi cheese melimpah ni !

    ReplyDelete
  4. Seram tengok cheese atas fries tu
    .
    Banjir apa nu

    ReplyDelete
  5. Nanti saya gi ke Sunway Putra Mall.

    ReplyDelete
  6. Fuyooohhh.. mmg meleleh tengok.. sedapnya!!!

    ReplyDelete
  7. ya Allah cheese dia tuuuuuuu, mengundang kemarahan betullah hahaha
    sunway putra mall ni dkt area mana ek? tak pernah pegi situ...

    ReplyDelete
  8. Owhh..ini kisahnya yang kusangkakan macam maggie cheesy tuh sebab kaler die lepaih tuh bentuk die panjang2. HAHAHAH! memang melimpah ruah betul lah kan. Semoga rezeki si penjual ni pun melimpah ruah juga sebab tak kedekut letak cheese banyak2. Hehehe...

    ReplyDelete
  9. Phewww, Nani! Tak boleh tahan akak tengok cheese meleleh-leleh gitu. Gigit jari akak terpegun tau. Eh, sebenarnya lapar!

    ReplyDelete
  10. yaaa allah, nani. banyak nya cheese dia. dappp nyaaaaa

    ReplyDelete
  11. Perghhh chessy fries tu!! 😱😱 Macam satu dosa menternak lemak makan tu. Hihi. Tapi siqah suka cheese jugak! 😍

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page