Hanbing | Korean Dessert Cafe di SS15

Assalamualaikum & Hello.
Hari tu lepas habis makan ice cream dekat Artico It's Nitro-Cool, terus cari tempat nak lunch. Dah dekat pukul empat petang baru nak lunch, punya lah lambat kan. Eheh! Masa Nani dalam LRT lagi, Sally dah WhatsApp bagi tahu dekat SS15 Courtyard ada Hanbing. Punya lah excited Sally bagi tahu, padahal lepas tu nak jumpa jugak. Hahaha! Mula mula ingat tak nak lagi masuk Hanbing ni sebab baru lagi kan makan makanan korea dekat Mr. Dakgalbi tapi lepas pusing punya pusing dalam mall tu macam takdek pulak tempat makan yang best. Ada jugak Texas Chicken tapi sebab dua dua nak makan nasi so kiterang pun lepaklah dekat Hanbing. Gitu. Dah lama pendam hasrat nak makan dekat Hanbing, baru ni kebetulan dah ada dekat sana terus lah pergi. Kemain jauh tau sampai ke Subang, padahal ada je yang dekat Bangsar 😆
Hanbing | Korean Dessert Cafe
Sebab tak pernah makan dekat Hanbing, dekat doploh minit tengok menu. Hahahah! Iya lah dulu aim pergi Hanbing ni sebab nak makan snow ice. Tapi sebab baru ni dah banyak gila makan ice cream so skip dulu lah order snow ice. Next time lah repeat lagi makan dekat Hanbing. Ehehe 😁

Hanbing | Korean Dessert Cafe
Nani dah tak ingat apa nama menu ni. Hahah! Lepas tu resit pulak dah campak mana entah. Yang pasti tu nasi goreng dengan base dia ada cheese. Base tu boleh pilih nak telur atau cheese dan tentu lah cheese jadi pilihan. Untuk yang ni harga nya dalam RM14.90 kalau tak silap Nani. Sedap lah jugak, cheese tu siap boleh tarik tarik 😆
Hanbing | Korean Dessert Cafe
Yang ni pulak korean spicy chicken dalam RM15++ Banyak sangat ayam dia bagi sampai kiterang tapau bawa balik. Tapi tak ada lah pedas mana pun walaupun ada tulis spicy. Pada Nani tak rasa pedas langsung. Heheh. 
Seee boleh tarik tarik cheese tu. Hahah! Apa yang best nya dekat Hanbing ni, boleh kumpul point setiap kali kita makan dekat mana mana branch Hanbing. Bila dah cukup 100 point boleh tebus ice snow tu kalau tak silap Nani. Hari tu dah kumpul 54 point, sekali lagi pergi dah boleh tebus rasanya. Hahah! Confirm lepas ni akan repeat lagi makan dekat sini. Korang yang peminat makanan korea tu boleh lah lepak dengan Hanbing ni, macam macam ada. Nani baru aje mula makan makanan korea macam ni. Selain cawangan dekat SS15 ni, ada jugak cawangan Hanbing dekat Bangsar. Boleh lah pergi mana yang korang rasa dekat tu. Selamat mencuba! 

37 comments:

  1. Replies
    1. Haah kak memang cheesy sangat tapi tak muak pun. Sedaaap!

      Delete
  2. ohoiii nani..sedappp nyerrr tengok ayam tu..siap tarik cheesee bagai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Jom lah Zatie lepak dekat Hanbing 😝

      Delete
  3. Replies
    1. Hahahaha! Baru nak berjinak jinak dengan makanan korea 😝

      Delete
    2. kalau makanan korea, pernah makan kat dobuyo je.. btul ke ntah nama dobuyo tu.. kalau x silap la.. hehehe

      Delete
  4. nampak sangat menyelerakan, walaupun blom pernah makan makanan KOrea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh. Lepas ni boleh try kak Su. Nani pun baru lagi makan makanan Korea ni hah 😂

      Delete
  5. sedap nampaknya 2 menu tuh... ayam tu mmg nampak banyak... pandai betul nani cari restoren gitni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak sampai tapau bawa balik. Hehehe. Selalu baca review orang aje kak Dana. Mana yang rasa best tu kita terjah lah 😊

      Delete
  6. Aigoo nasi ade cheese ;) Tp trliur lagi dekat artico :) mihmih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha! Nanti datang Kl, boleh lah pergi Artico mek :)

      Delete
  7. Geramnya tengok spicy chicken tuh! 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedaap kak Farrah! Nani suka lah spicy chicken dekat sini.

      Delete
  8. haha tengok gambar-gambar makanan ni teringat pulak time makan dekat sini dulu. Tak order snowy snowy tu ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Tak order pun snow ice tu sebab sebelum makan dekat Hanbing ni, Nani dah makan ice cream dekat Artico. Next time lah try snow ice pulak :)

      Delete
    2. Ohhhh patutlah dah kenyang rupanya haha kalau order snow tu kot2 nanti tak habis membazir pulak.

      Delete
  9. wowww nasi goreng cheese menarik!

    ReplyDelete
  10. Yang hitam tu sea weed ya nani?
    .
    Nampak semacam je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah seaweed. Tapi Nani tak suka sangat. Hahah!

      Delete
  11. banyak dh list makanan korea yg kena try ni

    ReplyDelete
  12. fuh cheese itu memang menggoda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menggoda sangat. Wajib cuba!

      Delete
  13. Pernah pergi hanbing sekali for the snow ice,order ayam sekali, memang sedap! haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani tak pernah try lagi snow ice tu, next time lah pulak. Hahah!

      Delete
  14. TERLIUR TENGOK telur kuning cair tuuu,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhah! Telur jugak yang dia terliur.

      Delete
  15. ssedap nampaknya tu, banyak tempat gak saya dah cuba. yang hanbing belum lagi

    ReplyDelete
  16. bestnya dpt mkn cam ni..teringinlah huhu

    ReplyDelete
  17. Sedap! Kalau kat Hanbing, siqah paling suka snow ice. Sedap sangat! Durian <3

    ReplyDelete
  18. Fuhhh terliur tengok.. sesekali nak juga jelajah makanan di sini lah emmm best2 :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page