Man Burger Bakar Kukus Lava

Assalamualaikum & Hello.
Phewww ! Lepas sehari, sehari tangguh nak tulis entry pasal Man Burger Bakas Kukus Lava ni hah. Busy yang amat sangat sekarang, terpaksa fokus mana yang lebih penting dulu. Gitu. Minggu lepas baru lah berpeluang nak makan dekat sini, itu pun masa Nani sampai dia punya beratur memang panjang. Dekat sini semua nya self service, kena beratur dulu lepas tu order & tunggu makanan siap, ambil sendiri. Nani sarankan kalau nak makan dekat sini, datang lah awal sebab nanti ramai orang, lama kena tunggu.
Man Burger Bakar Kukus Lava
Lepas dah siap order nanti akan dapat lah benda ni. Bila order dah siap dia akan panggil nombor ni. Gitu.
Man Burger Bakar Kukus Lava
Aiskrim Kacang Tumpah.
Sebab aiskrim kacang tumpah ni lah yang buatkan Nani teringin sangat nak makan dekat sini. Hahaha. Sedap sangat aiskrim ni, lain daripada yang lain. Nama pun unik sangat.
Man Burger Bakar Kukus Lava
Menikmati kesedapan aiskrim dekat sini. Hikhik :p
Man Burger Bakar Kukus Lava
Chicken Grill.
Nani suka chicken grill dekat sini sebab gravy dia sedap + boleh juga kalau nak add on spaghetti ke cheese ke. Portion ni kenyang lah untuk sorang makan, tak payah add on benda lain pun. Malam tu Nani order satu yang biasa, satu lagi add on spaghetti.
Man Burger Bakar Kukus Lava
Oblong.
Man Burger Bakar Kukus Lava
Tembikai Sago Lava.
Antara dessert yang famous dekat sini mango sago lava,tembikai sago lava dengan honey dew sago lava. Dessert ni sedap kalau tak cair lagi. Huhuhu. Dalam gambar tu dah cair sebab tu nampak macam apa je kan. Sebab self service, dia akan siapkan semua sekali order baru dia panggil. Mungkin sebab tu lah dessert ni mencair dengan jayanya. 
Man Burger Bakar Kukus Lava
Untuk nak tahu lebih lanjut lagi tentang Man Burger Bakar ni boleh lah terjah mana - mana media sosial restoran ni hah. 
Man Burger Bakar Kukus Lava
Kalau korang nak datang makan dekat sini, boleh waze alamat dekat bawah :D

F-12, Tok Yem's Street Mall
Damansara Damai. 
(Sebelah McDonald Damansara Damai)

20 comments:

  1. Mak aihhh, ais krim tu nampak mengancam sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaaan, sebab tu lah saya pergi situ. Aiskrim tu yang goda sayaa. Hahaha !

      Delete
  2. Ais krim kacang tumpah.. tumpah jugak air liur ni..

    Ala.. jauhnya dekat Damansara.. sob2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lap cepat air liur tu. Hehehe. Nanti ada masa pergi lah awak, memang best !

      Delete
  3. gelas tu boleh pulak kacang tu melekat tak jatuh eik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah pasal, dia celup gelas tu dalam coklat dulu kak yan lepas tu baru salut dengan kacang :D

      Delete
  4. wow...menarik tu eskem kacang tumpah tu...
    dah dekat, nnt boleh try...

    ReplyDelete
  5. ah kojaq..aku pulak yang teringin kacang tumpah dengan Tembikai Sago Lava...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Nanti pergi lah sini abang FR :)

      Delete
  6. aihhh.. aiskrimm tu kakk.. menggoda sungguh T_T

    ReplyDelete
  7. eskrim tu mak aih sedap tu ....

    ReplyDelete
  8. aiskrim tu kreatifnyaa. makanan pun nampak sedap. tapi yg hijau kat garvy tu rasa apa eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tu mayonis je pun mazni cuma warna hijau. Hehehe !

      Delete
  9. kacang dia tu! gagah betul melekat kat gelas..hihihi...nnt boleh la cuba sekali :)

    ReplyDelete
  10. naniiiiiii...eskrem kacang tuh temptingnyeeeeeeeee...

    ReplyDelete
  11. aiskrim kacang tumpah waaaaaaaaa rare ye nama...dekat damansara damai je ye...best port makan nanie ni suka

    ReplyDelete
  12. Makanan lagi...uuwwaaaa...eskem kacang tumpah tu tempting sangat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page