Resepi Gulai Belimbing

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang. Nani tak sure lah korang tahu atau pun tak gulai belimbing ni. Hehe. Dalam family Nani selalu jugaklah masak gulai belimbing ikan sungai ke, ayam ke. Sedap sangat sebab gulai ni macam asam rebus, masam masam pedas. Ha kalau korang pernah makan gulai asam rebus mungki boleh bayangkan rasa dia macam mana. Tapi pada ni gulai belimbing ni lagi sedap sebab pekat. Kalau asam rebus tu ala ala singgang ikan kan. Heheh. Hari ni Nani nak kongsikan dengan korang resepi yang paling mudah ni hah. Kawan Nani ada jugak dulu suruh masukkan resepi ni dalam blog tapi selalu terlupa. Hari ni baru sempat nak tulis resepi semudah ABC ni hah. πŸ˜†
Resepi Gulai Belimbing

Bahan - Bahan :

- Ayam/ Ikan sungai
- Cili padi
- Kunyit hidup
- Belimbing buluh yang sudah direbus
- Daun kesom
- Garam
 
Tak banyak pun bahan yang diperlukan. Bahan yang paling penting sekali haruslah belimbing buluh rebus kan. Dekat rumah Nani ni memang sentiasa ada stok belimbing buluh rebus sebab Nani jual. Heheh. Selalu orang guna belimbing ni untuk buat sambal hitam Pahang tapi sebenarnya boleh jugak untu buat gulai. Dah cukup semua bahan bahan dekat atas ni korang bolehlah ikut step dekat bawah.

Cara - Cara : 

1) Mula mula sekali tumbuk cili padi dengan kunyit hidup. Kalau malas nak guna lesung batu, boleh blender aje dua bahan ni. Heheh. 
2) Siap kisar dua bahan tu, masukkan dalam periuk lepas tu tambah belimbing buluh yang sudah direbus. Masukkan air dan kacau bagi sebati.
3) Kemudian masukkan ayam atau pun ikan sungai dan masaklah dengan api yang sederhana.
4) Last sekali baru lah letak garam dan daun kesom.

Siap! Senang sangatkan nak masak gulai ni. Kalau balik kerja petang pun sempat lagi nak masak. Siapkan semua bahan dan campak semua sekali dalam periuk lepas tu tunggu aje gulai tu masak. Selamat mencuba 😊

10 comments:

  1. menarik..tak pernah buat lagi..nanti boleh cuba

    ReplyDelete
  2. Wahhh senang yer bahan-bahan tu ye dik...akak suka makan cili padi...lepas ni leh cuba resepi adik ni tau...terliurrrrrrrrrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  3. OK.. hari ini dah boleh buka pintu rumah Nani ni
    Sebut belimbing aje dah kecur airliur kan..

    ReplyDelete
  4. Uhui....sodap ni Nani.rmah xde pokik belimbing. Balik tepeng kg asben br ada.

    Mcm bak balik tepeng je ni ha rasanya. Nak masak belimbing gantikan nenas.

    Org ngandung xle mkn nenas kan

    ReplyDelete
  5. senang je...sama mcm masak lemak cili api..cuma bezanya guna air dan tambah daun kesum...nanti kalau ada belimbing jeruk tu boleh la cuba resepi ni

    ReplyDelete
  6. Boleh suruh wife buat nie.. nak buat pun senang

    ReplyDelete
  7. adoiiii x tahan ni..lapaq nasi panas ngan kuah belimbing n sambal belacan sedap giler baq hang

    ReplyDelete
  8. simple resepi ni, tapi nak mencari belimbing buluh tu susah. Agaknya kena cari di pasar tani la kot kan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page