Resepi Tauhu Bergedil Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Ingat lagi tak hari tu Nani ada buat entry Tauhu Bergedil Homemade & ada yang drop komen minta Nani share resepi Tauhu Bergedil ni. Heheh. Nani pun baru first time buat, so resepi pun biasa biasa aje. Tak ada kelainan mana sangat pun, lebih kurang aje dengan resepi yang orang lain buat. Heheh. Kalau korang rasa nak try sendiri buat dekat rumah, boleh lah guna resepi dekat bawah ni nanti okay! Resepi yang paling simple & haruslah sedap. Cumanya hari tu Nani makan tauhu bergedil ni dengan sambal kicap aje. Kalau korang nak makan dengan sos tauhu bergedil ni (yang macam selalu orang jual tu), korang boleh try google ya resepi nak buat dia. Nani hari tu sebab dah malas nak buat sos tu, terus lah buat sambal kicap biasa tu aje. Sedap jugak lah bila makan tauhu bergedil ni dengan sambal kicap.  Buat pulak pedas pedas, fuh berpeluh makan. Hahah! Apa apa pun, ikut citarasa masing - masing okay! 
Resepi Tauhu Bergedil Mudah
Ini lah rupa tauhu bergedil yang Nani buat hari tu. Heheh. Tauhu ni Nani beli dekat pasar tani, kalau dalam pasaraya, tak sure sangat ada jual ke tidak. Bahan bahan lain korang boleh check it out dekat bawah ni. Jangan lupa simpan siap siap Resepi Tauhu Bergedil Mudah ni okay! Nanti senang nak buat bila tetiba rasa nak makan. Heheh. 
πŸ’™ Bahan - Bahan 
1) Tauhu Pok - Nani guna tauhu yang jenis kering macam ni, selalunya orang letak dalam mee kari jugak tauhu macam ni. Korang boleh try cari dekat pasar tani/pasar besar okay!
2) Ubi Kentang - Nani suka potong dadu siap siap supaya ubi ni cepat sikit masak nanti. Terpulang pada diri masing - masing okay! 
3) Daun Sup
4) Bawang Merah (optional)
5) Daging Kisar (optional)
6) Garam 
7) Telur
8) Minyak 
πŸ’™ Cara - Cara 
1) Mula mula sekali korang rebus ubi kentang tu sampai empuk/ lembut. Nani suka potong dadu kecil kecil so cepat sikit ubi kentang tu lembut. Sementara nak tunggu ubi kentang tu lembut, korang boleh lah gunting tauhu pok tadi tu. Cuma gunting bentuk + tu macam tu dekat bahagian atas tauhu. Jangan gunting sampai bawah pulak tau. Heheh. 
2) Bila ubi kentang tadi dah lembut, korang boleh lah masukkan daun sup, bawang merah dengan daging kisar (goreng terlebih dahulu tanpa minyak) dan jugak garam. Kacau bagi sebati lepas tu boleh lah sumbat masuk dalam tauhu yang korang dah gunting tadi. 
3) Pecahkan telur dan tambah garam sedikit. Macam biasa lah, kacau telur tu dan celup lah tauhu yang korang dah sumbatkan ubi kentang tadi tu dalam telur. 
4) Akhir sekali boleh lah goreng dalam minyak panas. Agak agak warna dah bertukar dan nampak garing, boleh lah angkat. 
5) Untuk sambal kicap tu pulak, Nano just guna kicap, cili padi dengan bawang goreng sikit sebab nak bagi sambal tu pekat. Blend lah semua sekali, lepas tu siapp! 
Resepi Tauhu Bergedil Mudah
Senang ke tidak korang? Heheh. Memang nampak macam banyaknya step nak buat tapi sebenarnya sekejap aje okay! Dalam masa sejam dah boleh siap, cuma rajin dengan tak aje. Hiks. So korang yang nak try buat sendiri dekat rumah boleh lah try guna resepi ni nanti. Bahan bahan ni pun semuanya senang aje nak cari, murah murah aje semua. Kalau korang buat nanti jangan lupa hantar sepinggan dekat Nani okay! Eh? Hahaha! Selamat mencuba Resepi Tauhu Bergedil Mudah ni.  

19 comments:

  1. boleh try lepas ne. Tq nani terliur jew duk lalu lalang dekat wall fb miza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. Nani pun terliur jugak bila tauhu bergedil ni lalu dekat timeline. Hahah! Nanti try okay!

      Delete
  2. Rajinnya Nani. Ni salah satu resepi bagi anak suka makan tauhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin ada masa. Hahah! Betul, siap ada ubi macam ni memang sedap makan.

      Delete
  3. Replies
    1. Betul sangat! Boleh repeat makan banyak kali. Heheh.

      Delete
  4. sedap nani kak ana suka makan, sebab tu kena buat sendiri beli tak cukup hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Itu lah pasal kak Ana, dah lah dekat rumah ni semua nak makan. Beli sikit tak cukup, buat sendiri yang puas hati.

      Delete
  5. Macam senang je.. nak cuba la nanti.. thanks kongsi resepi.. 😊

    ReplyDelete
  6. Mmg sedap ni.. terbuka selera tengok ptg2 ni.. best :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page