Resepi Gulai Lemak Perut

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Sihat ke semua? Ke dah ada yang mula demam durian. Hahahah! Since baru ni aku rajin sikit nak masak macam macam so boleh lah kongsi resepi dengan korang. Nani pun tak ada lah pro mana pun memasak, boleh lah sikit sikit untuk makan sendiri. Gitu. Dulu ada orang tanya eh Nani ni pandai masak belajar daripada mana. Hahah! Dulu dulu tak pandai jugak memasak, tapi rajin rajin kan lah bawa diri tu masuk dapur tengok orang lain memasak. Cara Nani macam tu lah, lama lama jadi pandai sendiri. Cuma kalau resepi yang bukan tradisi Melayu ni, memang cari online lah. Try and error sendiri sampai lah menjadi. Heheh. Kalau tak try nanti sampai ke sudah lah tak tahu nak masak macam mana. Tak apa kalau tak pandai asalkan nak belajar. Wan Nani selalu cakap 'anak dara kena pandai masak, esok tak ada orang nak.' Hahahah! Orang tua tua kan, gitu lah nasihat dia. Sebab tu lah kot daku rasa nak belajar memasak walaupun kadang kadang tak menjadi sangat pun. Eh? So, hari ni nak share pulak Resepi Gulai Lemak Perut. Masak lemak ni simple aje sebenarnya, cuma itu lah bila masak kena kacau selalu supaya kuah tu jadi elok aje kejadiannya. Ini lah part Nani paling 'malas' sikit bila buat masak lemak tapi nak makan. Hahah! 
Resepi Gulai Lemak Perut
Mula mula sekali tumbuk kasar bawang kecil, cili padi dengan serai lepas tu masukkan ke dalam periuk. Nak guna blender pun boleh tapi biasa lah orang tua tua ni dia orang lagi suka guna lesung batu tu. Lagi sedap katanyaa, kita pun ikut aje lah. Heheh. Gulai lemak Nani tak tumis dengan minyak tau, ada sesetengah orang suka tumis dulu. Ikut citarasa masing masing okay! 
Resepi Gulai Lemak Perut
Kemudian masukkan santan pekat & jugak air. Agak agak lah air tu okay, ikut banyak mana korang nak kuah tu nanti. Tapi jangan lah sampai penuh satu periuk pulak. Hahah! Nanti kang korang punya gulai kurang lemak pulak. Tak sedap lah rasa dia. Masak kuah ni sampai mendidih. Jangan lupa kacau kuah tu selalu kalau tak nanti gulai lemak tu jadi tak cantik. 
Resepi Gulai Lemak Perut
Last sekali masukkan perut dan jugak daging cincang yang dah siap direbus. Masak dalam lima ke sepuluh minit lepas tu dah siap! Kalau korang jenis yang tak makan perut ni, boleh gantikan dengan ayam/daging/ikan/ketam okay! Cara masak dia sama aje. Heheh. 
Resepi Gulai Lemak Perut
Dah siapp gulai lemak perut campur dengan daging cincang ni. Makan dengan nasi panas panas, ada pulak sambal belacan/sambal buah kuini memang tak pandang kiri kanan dah. Nikmat donia yang tak boleh didustakan! Hahah! Nani pun tak ada lah minat sangat dengan perut ni tapi kalau masak tu makan lah jugak. Ada sesetengah orang buat perut ni masak sambal letak santan, itu pun sedap jugak. Heheh. Korang pulak selalu masak apa kalau perut ni? 

10 comments:

  1. Sedap...lama x makan...ntah mana nak cari..susah nak dapat sekarang kan

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, terus lapar akak dibuatnya. Dahla tak dan nak lunch lagi :)

    ReplyDelete
  3. nani !!! hadoi sedapnye !!! :)

    ReplyDelete
  4. nampak sedap.... akak tak penah msk perut yg ni nani... cpt tak ye msk nya... mkn pun yg jd satay penah la

    ReplyDelete
  5. mmg sedap masak lemak ni..fevret

    ReplyDelete
  6. Alahai sedapnya lah nani oi. Selamat dah kenyang kalau tak terbayang2 dibuatnya.

    ReplyDelete
  7. Nani !!!! ni fevret tapi x makan bahagian perut yang bulat2 ni.. CT just makan yang ade macam bulu2 tu heheh.. kitab eh org panggil..

    ReplyDelete
  8. Menyelerakan.. nasib baik baru je lunch tadi sblum BW hihii :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page