Resepi Kerabu Maggi

Assalamualaikum & Hello.
Hari tu Nani ada kongsikan dalam ni pasal kerabu maggi tu kan. Baru minggu lepas sempat nak masak, so boleh lah share dengan korang resepi kerabu maggi. Mula mula tu nervous jugak nak masak (kononya!) sebab takut tak ada orang nak makan. Hahah! Dah lah empat packet maggi tu Nani beli. Oh ya, hari tu ada yang tanya memang kena guna maggi jenama Serda ni ke, kalau guna maggi lain tak boleh ke. Yang Nani baca memang elok guna maggi jenama Serda ni hah sebab perencah dia tu lain sikit dari maggi yang ada ni. Nani pun tak pernah lagi jumpa resepi yang guna maggi biasa tu, selalunya orang guna Serda. Nani tengok resepi ni dekat Instagram hari tu, ada sorang datin tu dia tunjuk cara masak kerabu maggi 😀
Resepi Kerabu Maggi
Setakat ni Nani tak jumpa lagi maggi Serda ni ada jual dekat Tesco atau pun Aeon. Heheh. Rasanya kalau nak beli, korang kena cari dekat kedai yang macam Thailand sikit. Nani ni pun import dari Kelantan sana. Hahah! Kemain jauh sangat kan. Kebetulan hari tu ada kawan balik sana, kirimlah. 
Resepi Kerabu Maggi
Bahan - Bahan:
💦Maggi Serda 
💦Tomato
💦Lada Siam 
💦Limau nipis
💦Sotong
💦Sosej 
💦Bawang
💦Serai
💦Hirisan Bunga Kantan
💦Daun Sup 
Cara - Caranya: 
1) Rebus maggi sehingga lembut (macam biasa lah kan). Dalam masa yang sama, rebus jugak sotong dengan sosej tu. Nani hari tu tak rebus tapi Nani goreng dengan minyak yang sikit. Bila sotong dah kembang, angkatlah. Sotong jangan goreng atau rebus terlalu lama, nanti keras. 
2) Panaskan minyak, masukkan bawang, lada siam, serai, hirisan bunga kantan, tomato, sosej, sotong dengan maggi. Kacau lah bagi rata. (Kalau ikut resepi asal, tak goreng pun cuma kacau dalam mangkuk yang besar. Ikut suka lah mana yang korang mudah nak buat).
3) Akhir sekali, baru lah masukkan perencah yang ada dalam maggi tu dan jugak hirisan daun sup dengan air limau nipis. 
Resepi Kerabu Maggi
Ini lah hasilnya kerabu maggi air tangan seorang Inani Hazwani. Pedas jugak lah sebab letak lada siam lepas tu perencah maggi Serda ni pun dah memang sedia pedas. Sedap! (Suka hati puji masakan sendiri 😆) Nasib baik semua orang makan kalau tak membazir. Hahah! Cumanya sebab Nani goreng, dia macam kering sikit. Lain kali, kena ikut resepi yang semula jadi, kacau aje dalam bekas tak payah goreng. Dah pandai buat sendiri, tak payah lah makan yang dekat Boat Noodle lagi. Kononnyaaaa! 

14 comments:

  1. sedapnye!!! maggi ni mana nak cari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba IQ tengok dekat kedai kedai orang Kelantan. Hahah! Tak sure sangat mana boleh beli maggi ni sebab Nani pun kirim dengan kawan.

      Delete
  2. k.el x nah rasa lagi kerabu maggi ni..nti cuba time bersahur hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try lah kak El. Sedap! Sekali sekala makan ok lah.

      Delete
  3. Sedapnya.. nak buat untuk berbuka lah..

    ReplyDelete
  4. sedapnya.. dh lama sy nk buat. tp x buat2 pun.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Buatlah nanti Busyra. Nani kalau benda benda baru macam ni memang excited nak masak.

      Delete
  5. aduh2 meleleh air liur nengoknya nani oi...

    org kata mmg kene guna megi siam baru jd kerabu megi, klu guna megi kita tak jd

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Sorry kak Dana. Memang pun sebab perencah dia pun lain. Kena cari maggi Serda dulu baru boleh buat.

      Delete
  6. Terliur plak tgk maggi serda ni dik...byk kali tgk restoren thailand ada jual dia pamer dalam tempat berkaca tu...alaaa susah ye nak dpt...nak rasa huwaaaaaa

    ReplyDelete
  7. Lama dah tak makan mcm2 ni.. sedap pulak tengok...

    ReplyDelete
  8. Nad pernah rasa jugak maggi jenis ni. Roomate dok Thailand bagi hahah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page