Assalamualaikum & Hello.
Baru ni Nani ke Cherating sebab ada famlily day dekat sana so sebelum balik tu sempat lah singgah Kemaman dulu cari satar. Dari Cherating nak ke Kemaman tu adalah dalam lima ke sepuluh minit macam tu aje hah. Memang dekat sangat dah kan, rugi lah kalau tak singgah kan. Bukan senang nak sampai sana walaupun Pahang dengan Terengganu tu berjiran. Eh 😆 Pagi tu memang Nani skip breakfast dekat resort sebab rasa malas sangat nak turun, bila sampai aje Kemaman memang terus cari warung lah nak makan. Kalau area Cherating memang boleh katakan sepanjang jalan tu ada orang jual satar, keropok lekor apa semua ni tapi Nani pilih untuk ke Kemaman jugak sebab nak terjah Warung Aziz Satar & Otak - Otak ni hah.
Nani difahamkan warung ni pernah masuk Jalan Jalan Cari Makan so memang jadi pilihan orang ramai jugaklah. Masa Nani sampai tu tak ada lah ramai sangat orang dan ruang makan dekat sini sangatlah luas. Banyak sangat pilihan makanan dekat sini tau. Bukan setakat satar dengan otak otak aje, tapi ada jugak nasi campur, soto, pulut mangga dan macam macam lagi lah. Pilih aje lah mana satu yang tekak tu rasa nak makan. Heheh 😀
Macam biasalah dah sampai sana mestilah satar dengan otak otak yang dicari dulu. Bukan senang nak jumpa satar dengan otak otak yang sedap dekat tempat lain kan. Heheh.
Nani ni jenis yang tak berapa makan sangat otak - otak. Kalau makan pun dalam dua tiga keping macam tu aje. Nani tak ingat pulak berapa harga otak - otak ni hah. Tapi lepas ni rasanya dah trauman nak makan otak - otak. Hahah! Haritu tengah makan makan boleh pulak terlekat tulang. Hoi seriau aku jadinya. Ingatkan tak ada tulang langsung otak otak ni. Sampai sekarang terasa perit tekak lagi sebab tertelan tulang ikan. Fobia sikit dah. Eheh.
Satar ni terbaik, siap ada cili potong tu perghh nikmat! Harga untuk sepuluh ketul satar ni lima ringgit. Berbaloi lah kan. Haritu order dekat 15 ringgit kot untuk makan dekat situ aje lepas tapau lagi bawak balik. Dasaar kuat makan. Hahah!
Yang ni pulak sotong celup tepung. Ada jugak order ikan celup tepung dengan udang celup tepung haritu tapi nan hadonya gambar sebab semua dah selamat masuk perut diorang dulu. Hahah! Tak menyabar betul kan nak makan. Rasanya dekat area Terengganu ni memang femes makan seafood celup tepung macam ni.
Laksam ni pun sedap jugak okeh. Kuah pekat & secukup rasa cumanya isi laksam ni keras sikit masa tu. Nani baru tahu kalau belah Terengganu ni laksam dia memang ada letak belacan seketul atas tu. Nani ni kureng sikit kalau makan laksam ni ada belacan so awal awal dah asingkan ke tepi. Hahah! So kalau korang berkesempatan ke Kemaman jangan lupa tau singgah Warung Aziz Satar & Otak - Otak. Warung ni dekat tepi jalan aje, memang senang nak cari. Nak lagi senang, Waze aje okeh alamat dekat bawah ni.
Warung Aziz Satar & Otak - Otak
No. 1860-2 Jalan Kuala Kemaman
Kampung Geliga
24000 Kemaman, Terengganu.
No Telefon : 013-915 0897
nani. esok akak nak gi cherating. Yg ni memang ada dalam list dah nak gi hikhikhikhikhik. mekaceh nanti up entry ni
ReplyDeleteHaaa boleh lah makan puas puas esok. Hahah. Memang dah tak jauh dari Cherating tu ke warung ni. Heheh :)
Deletenmpak sedap... dah lama x makan..
ReplyDeleteBoleh lah tu buat trip ke Kuantan/Terengganu lepas ni. Heheh :)
DeleteLame tk pegi kemaman --' rindu pulakk. Thx nani sbb share :)
ReplyDeleteHa mek boleh lah pergi Kemaman pulak. Klate dengan Terengganu tak jauh dah tu 😊
DeleteWow best nyer dik! Bila akak nak sampai sini niiii..
ReplyDeleteHeheh. Bab makan memang best 😂 Nani ni pun sekali sekala dapat berjalan sampai lah. Nanti buat trip ke Ganu pulak okehh. Hehe
Deletekedai wajib akak singgah setiap kali balik kerteh nani... time nk balik kl tu wajib singgah beli otak2 ngn satar... heheehhe
ReplyDeleteakak pun mcm nani kadang balik kerteh bkn apa, nk mkn mcm2 heheheh
Sedaaap kan kak Dana. Nani baru first time datang sini terus jatuh cinta dengan satar diorang. Hahah 👍👍👍
Deletealahaii ni buat teringin nak makan otak2 ni
ReplyDeleteAlaamakkk. Jom jenjalan Terengganu 😊
Deletesedapnya satar ikan tu..dah lama tak makan..
ReplyDeleteHa mekti pergi lah singgah Ganu sana. Dekat dah tu dari Klate 😊
Deletekalau satar kat Geliga, Kemaman.. memang warung aziz satar la femes sejak dulu... nama tu pun dah branding
ReplyDeleteTudiaaa bila orang Terengganu komen. Hehe. Tapi memang sedap lah makan dekat sini, entah bila pulak nak pergi lagi 😁
Delete