Resepi Kerang Goreng Sos Tiram

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari ni Nani nak share resepi kerang goreng sos tiram ni sebab hari tu ada dua tiga orang yang minta resepi. Nak bagi senang tulis dekat blog terus. Eheh. Resepi ni paling simple & serius sedap. Nani kadang kadang suka ratah aje kerang ni hah. Asyik buat kerang rebus/bakar naik jemu jugaklah makan. Sekali sekala kena lah jugak tukar selera kan. Heheh. Kalau korang suka makan kerang boleh lah try masak guna resepi dekat bawah ni pulak. Tapi kalau tak makan kerang, boleh jugak guna lala tak pun clam. Sedap jugak! Selain daripada tu Nani tak pernah try lah pulak. Paling penting kena basuh bersih bersih lah sebab nanti kita masak sekali dengan kulit tu. Selalu kalau lala atau pun clam tak ada masalah sangat nak cuci. Kalau kerang tu memang kena struggle sikit lah. Hahah! Nak bagi cuci sampai kulit tu warna putih sikit memang lama lah jugak. Ke korang ada petua nak bersihkan kulit kerang? Kalau ada boleh lah share petua tu dekat bawah okay! Jom check it out resepi kerang goreng sos tiram paling simple ni. 
Macam biasa panaskan minyak kemudian tumiskan bawang putih, halia dan jugak lada. Kisar kasar kasar aje tau semua bahan bahan ni. Nani suka lebihkan halia sikit bila buat kerang goreng ni. Ikut selera dan citarasa masing - masing okay!
Bila semua bahan tumis tadi dah garing sikit, masukkan kerang yang kita dah cuci bersih awal awal tadi. Nani masukkan air sikit lepas dah masukkan kerang ni, dalam suku cawan macam tu sebab nak bagi kerang tu masak. 
Masukkan sos tiram. Agak agaklah banyak mana, ikut kuantiti kerang korang okay! Sebab sos tiram kita ni pun dah masin, tak payah tambah garam dah. Nanti kang masin sangat pulak kerang korang. Hahah! 
Last sekali masukkan daun sup & daun bawang yang dah dihiris, Yang ni optional aje, kalau tak nak letak pun tak apa. Tapi Nani suka letak sebab lagi sedap. Kacau bagi rata & masaklah sampai kerang tu dah terbuka. 
Siappp! Memang mudah sangat resepi ni. Korang pun boleh lah try jugak lepas ni masak dekat rumah. Ada sesetengah orang suka letak serai jugak dalam resepi ni, pun boleh jugak. Nani hari tu tak letak sebab serai dekat rumah ni hidup segan mati tak mahu. Hahahah! So kita masak aje lah dengan bahan apa yang ada. Gitu! Lepas bulan puasa ni baru harga kerang murah sikit kalau tak kemain mahal. Hari tu beli baru dapat harga dalam RM 7 macam tu untuk sekilo kerang. Heheh. Jangan lupa okay try resepi ni pulak! 

27 comments:

  1. Sedap jugak tuh... Boleh try nanti.. Tq share

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Sedap! Mana yang nak ubah selera, boleh lah try buat.

      Delete
  3. Replies
    1. Yass! Simple macam ni pun dah boleh bertambah. Hahah!

      Delete
  4. Sekarang kerang bukan main mahal lagi kan...padahal dulu harga RM3 je sekilo..agaknya sebab dah banyak permintaan dan susah nak cari kan..Akak pun suka buat goreng berlada..tapi version akak buat tak letak sos tiram la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah kak, kalau bukan puasa hari tu lagi lah mahal. Ada tu sampai sekiloa 10 ke 11 ringgit. Sedap jugak kak buat macam tu, kadang dah jemu makan yang rebus gitu.

      Delete
  5. hohooiiii.... geram nya nengok kerang tuh.... ni nk try nih...

    ReplyDelete
  6. Alahaiii... Sedapnya. Resipi pon simple jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kakk! Nanti try tau, Nani kalau masak memang simple simple aje lah yang bolehnya. Hahah!

      Delete
  7. Fav menu kerang.. Tp kalo buat biasa rebus je... Yummy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tu pun sedap, ada pulak cili kicap. Layan!

      Delete
  8. Haaa...senang bangat! untuk peminat kerang ni mmg wajib dicuba! hehe..thanks for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani tak suka masak yang susah sangat kak Nany. Hahah! Nanti try buat okay!

      Delete
  9. Wah boleh try ni sebab suami kak ana hantu kerang. Resepi pun mudah tu. Tq nanti share.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Boleh lah try buat kelainan sikit lepas ni masak kerang kan. Sama sama kak Ana :)

      Delete
  10. akk br masak kerang rebus last week.

    ReplyDelete
  11. lama dah tak makan kerang.. menarik jugak masak cam ni.. kene cuba nanti ni..

    ReplyDelete
  12. rebus pun sedap, apatah lagi masak guna sos tiram.. hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page