Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang

Assalamualaikum & Hello.
Hai korangg! Sedar tak sedar, lebih kurang sebulan lebih aje lagi kita nak masuk ke bulan Ramadhan, bulan yang paling mulia. Makin lama makin cepat kita puasa kan. Awak tu dah habis ke belum puasa ganti? Ehem. Bila bulan puasa ni selalunya paaaling susah sekali nak decide tempat untuk berbuka lah. Berbuka dekat rumah dengan family dan kawan kawan tu dah memang jadi satu ativiti wajib, tapi kadang kadang nak jugak ubah selera berbuka dekat luar. Betul tak? Kalau Nani mesti ada dua tiga kali berbuka dekat luar. Heheh. So hari ni Nani nak share salah satu cadangan tempat berbuka yang korang boleh pergi bulan Ramadhan nanti especially yang duduk dekat area Kuala Lumpur dan jugak Selangor. Kali ni Nani nak kongsikan menu berbuka puasa di Hotel Royale Chulan Bukit Bintang. Untuk tahun ni, mereka menggunakan konsep Buffet Aneka Selera dengan menyediakan lebih daripada 30 jenis hidangan untuk kita nikmati. Senang cerita, kira memang berbaloi sangat sangat lah dengan harga yang kita bayar untuk berbukat dekat sana. Percayalah cakap Nani semua menu yang disediakan sedap sangat korangg! Nak nak kalau jenis peminat masakan kampung, memang wajib korang berbuka di Royale Chulan Bukit Bintang. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Buffet Aneka Selera di Hotel Royale Chulan Bukit Bintang ni akan bermula pada 16 May 2018 sehingga lah 14 June 2018. Waktu pulak macam biasa lah dari pukul 7 malam sehingga 10 malam. Dalam masa tiga jam, memang macam macam lah kita boleh nikmati, daripada hidangan utama sampai lah pencuci mulut. Heheh. 'Tapi nak pergi solat terawikh pulak, mana sempat nak makan lama lama dekat sana?' Iye Nani tahu semua orang nak kejar pergi terawikh, tapi korang jangan risau kalau berbuka dekat sini sebab pihak hotel memang menyediakan surau yang sangat selesa untuk kita solat. Kiranya lepas dah siap buat solat terawikh tu boleh sambung makan lagi sampai puas hati. Heheh. Jom tengok hidangan hidangan istimewa yang disediakan untuk bulan Ramadhan nanti. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Kambing Bakar & Nasi Arab 
Menu yang wajib ada dan paling menjadi tumpuan ramai bila bulan Ramadhan. Hiks. Siapa peminat kambing bakar memang boleh gang dengan Nani. Istimewanya dekat Royale Chulan Bukit Bintang ni, kambing bakar ni disediakan bersama dengan nasi arab dan jugak dua jenis sos istimewa iaitu, sos black pepper dan jugak sos mushroom. Seriously, kambing bakar dekat sini lembut sangat dan juicy. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Ketupat Palas
Tak payah nak tunggu Raya, bulan Ramadhan nanti pun dah boleh jumpa ketupat palas kalau korang pilih untuk berbuka di Royale Chulan Bukit Bintang. Daripada korang beli dekat luar dan belum tentu sedap tu, baik korang berbuka dekat sini memang dijamin puas hati. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Bukan setakat ketupat palas aje tau, lemang pun ada korangg! Dua dua lah sedap, cukup rasa santan apa semua. Makan pulak dengan tiga jenis serunding, memang tak pandang kiri kanan dah Nani. Hahah! I memang peminat lemang dengan ketupat palas okay tapi jarang nak jumpa yang sedap. Yang dekat sini memang kena dengan citarasa Nani. Recommended!
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Pulut Kuning
Hidangan pulut kuning dekat sini memang dia orang sediakan panas panas tau dalam pengukus, memang sedap lah bila makan. Pulut pun lembut sangat, tak ada rasa mentah sikit pun. Bila makan pulut ni, tak lengkap lah kalau tak ada rendang. Nak tahu tak rendang apa yang istimewanya dekat sini? Haa jom tengok dekat bawah. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Rendang Itik 
Jaraaaang sangat Nani jumpa ada rendang itik untuk Buffet Ramadhan ni. Heheh. Kira memang wow lah sebab dia orang ada menyediakan menu rendang itik untuk yang berbuka di Royale Chulan Bukit Bintang. Nani pun selama ni tak penah makan itik, tapi hari tu bila makan terus rasa suka pulak. Sedap jugak rupanya, lebih kurang macam ayam. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Gulai Kawah
Gulai kawah ni bukan setakat makan dengan pulut kuning aje sedap, makan dengan nasi putih pun boleh jadi tambah berpinggan pinggan. Hahah! Daging lembut, cukup rasa rempah kari dan memang ikut citarasa Melayu. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Nasi Hujan Panas
Lembut sangat nasi hujan panas dekat sini, tak tipuuu. Selain daripada nasi hujan panas, ada jugak nasi putih dan jugak nasi arab. Boleh lah nanti pilih nak makan yang mana satu. Kalau tanya Nani, memang Nani akan suruh makan semua sebab semua sedap macam kita makan dekat rumah. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Daging Dendeng
Menu daging dendeng dekat sini agak lain sikit daripada yang Nani selalu makan dan kelainan tu lah yang buat jadi lagi sedap. Ada rasa pedas pedas sikit dan jugak berempah. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Pajeri Nenas
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Udang Masak Lemak Cili Api 
Udang dekat sini boleh tahan jugak saiz dia, memang puas hati makan. Sedap dan recommended jugak untuk korang try! 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Ayam Percik
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Kerabu Taugeh
Selain daripada pelbagai pilihan menu masakan kampung, terdapat jugak macam macam jenis kerabu yang disediakan. Ada tu yang Nani tak pernah makan. Yang paling Nani suka kerabu dekat sini semuanya still rangup bila kita makan. Memang dia orang totally guna bahan bahan yang segar. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Kerabu Mangga
Terpaling sedap sampai Nani ulang alik dua tiga kali ambil ni. Hahaha! Tak payah makan dengan nasi pun dah sedap. Masam masam mangga tu campur dengan lobak, lada besar memang ngam sangat. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
 Kerabu Ayam
Sejujurnya ni first time Nani jumpa kerabu ayam, memang lain daripada yang lain. Selalunya yang kita makan kerabu seafood semua tu, tapi kali ni kerabu ayam. Untuk yang nak rasai kelainan, wajib try kerabu ayam ni tau!
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Tak lengkaplah Buffet Ramadhan kalau tak ada pencuci mulut. Pencuci mulut aje dah ada macam macam jenis sampai rasa semua nak makan. Hahah! Sedap sedap pulak tu semua. Antara pencuci mulut yang terdapat di Royale Chulan Bukit Bintang, sagu gula melaka, cheese tart, kuih muih tradisional dan macam macam lagi lah. Biskut raya pun ada koranggg. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Sebut aje dessert apa yang korang nak, memang mostly ada lah dihidangkan dekat sini. Tempat hidangan dessert ni pun antara salah satu yang jadi tumpuan jugak bila berbuka puasa. Nani pun suka jugak sebab time ni lah nak rasa kuih kuih yang beraneka jenis tu kan. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Kuih Buah Gula Melaka 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Pastries 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Kuih Seri Muka
Memang macam macam jenis hidangan yang akan disediakan di Royale Chulan Bukit Bintang ni pada bulan Ramadhan nanti. Tak kira lah menu tradisional ke, western ke, semuanya ada disajikan.
Harga Buffet Aneka Selera di Royale Chulan Bukit Bintang:
RM 98.00 (Adult)
RM 60.00 (Children & Senior Citizen)
Tapi kalau korang booking awal, boleh dapatkan Special Ramadhan Promotion yang korang boleh jimat berganda ganda. Ada potongan sebanyak RM 20 untuk dewasa. So better book awal awal okay dan korang akan dapat potongan harga. Makanan dekat sini semua sedap, memang berbaloi lah dengan harga yang kita bayar untuk berbuka puasa dekat sini. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Untuk pengetahuan korang, Royale Chulan Bikit Bintang akan turut mengadakan Kempen Amal Ramadhan yang dipanggil Kad Ketupat (sebanyak RM 10.00) untuk anak anak yang kurang bernasib baik di Rumah Anak Yatim Shifa. Korang yang tinggal sekitar Kuala Lumpur dan Selangor memang wajib masukkan Royale Chulan Bukit Bintang ni dalam list untuk berbuka puasa bulan Ramadhan nanti. Hotel ni terletak berdekatan dengan Monorail Bukit Bintang dan Monorail Jalan Imbi. Memang mudah sangat. Kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh check it out dia orang punya website okay. Jangan lupa berbuka puasa di Royale Chulan Bukit Bintang nanti 😊
Website:
Contact Number: 
+603-21479898
Alamat:
Royale Chulan Bukit Bintang
(also known as The Royale Bintang Kuala Lumpur)
17-21 Jalan Bukit Bintang, 
55100 Kuala Lumpur, Malaysia. 

Resepi Sambal Nasi Lemak Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Sekejapnya masa berlalu, dah hari Khamis pun hari ni. Rasa sejuk sikit dekat sini sebab dah dua tiga hari asyik hujan aje, hilang semua bahang bahang kepanasan tu. Heheh. Since hari tu ada yang tanya macam mana nak buat sambal nasi lemak so hari ni Nani nak kongsi kan lah resepi dengan korang (especially awak yang bertanya tu) 😊 Resepi ni Nani belajar daripada ibu Nani lah. Actually Nani pun tak pernah try jugak lagi buat sambal nasi lemak ni sendiri. Hahah! Selalunya kalau nak makan memang nak air tangan ibu jugak. Kalau buat sendiri mesti ada jugak sikit rasa lain daripada yang ibu kita masak kan. Lagi satu, Nani tak pandai nak agak santan bila nak masak nasi tu. Kena menuntut lagi dengan ibu lepas ni nampaknya. Tapi kalau nak buat sambal ni pro lah jugak sebab selalu masak sambal tempe, sambal kentang semua tu. Memang lebih kurang aje resepi nya cuma yang sambal nasi lemak ni ada tambah satu dua bahan lain. Untuk korang yang nak try buat nasi lemak tu boleh lah nanti try guna resepi ni okay! Serius simple aje resepinya. Orang bujang pun boleeeh buat. Jom tengok resepi dekat bawah.
Resepi Sambal Nasi Lemak Mudah
Bahan Bahan:
1) Minyak masak 
2) Bawang besar & bawang merah (separuh dikisar dan separuh lagi dipotong bulat)
3) Cili kering (telah dikisar)
4) Serbuk Perasa (gula dan garam)
5) Gula merah
6) Asam keping/ Air asam jawa
7) Ikan bilis (goreng rangup) 
Cara - Caranya:
1) Mula mula sekali, wajiblah panaskan dulu minyak masak. Kalau tak, macam mana nak menumis bahan bahan tu nanti. Heheh. Bila minyak dah panas tumis bawang yang telah dikisar tadi sehingga naik bau. (Minyak tu lebihkan sikit tau supaya nanti sambal korang elok aje kejadiannya).
2) Kemudian, masukkan cili kering yang telah dikisar, gula, gula merah dan jugak asam keping. Letak gula tu bukan nak bagi manis tau, tapi sebab nak bagi warna sambal kita tu cantik macam yang Nani tunjuk dekat atas tu. 
3) Masak sambal tu sampai lah garing (pecah minyak). Last sekali, masukkan bawang yang dipotong bulat tadi dan jugak ikan bilis. Terpulang pada korang sama ada nak goreng dulu atau pun nak terus masukkan dalam sambal tu. 
4) Siappp! 
Ada jugak yang letak belacan dalam sambal nasi lemak dia orang tapi ibu Nani tak letak pun. Tapi kalau korang nak letak boleh aje. Bahan bahan tu semua kena ikut anggaran korang lah. Kalau nak buat untuk makan ramai kena lah lebihkan sikit. Belajar memasak dengan ibu ni memang semua main pakai agak aje. Hahah! Kita orang pulak selalunya kalau masak sambal nasi lemak ni mesti sambal buat lebih so nanti boleh lah makan dengan lempeng pulak. Lempeng kosong cicah dengan sambal nasi lemak memang ngam! Hiks. Selamat mencuba resepi yang semudah ABC ni. Kemain semudah ABC, diri sendiri pun tak terbuat lagi. Hahaha! πŸ˜†

Jalan Jalan Kuantan

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari tu sempat buat short trip ke Kuantan, kebetulan ibu Nani ada kerja dekat sana. Bila tahu aje nak ke Kuantan, awal awal lagi dah set dalam kepala nak pergi pantai. Rasa macam dah lama sangat tak jejak pantai. Hahah! Lagi pun time tu Nani tengah midsem break, lagi lah rasa nak cari tempat yang boleh relax kan diri πŸ˜† Bukan apa, seminggu sebelum cuti tu, memang busy dia fuhhh.  Memang tak cukup langsung rehat sampai eyebag pun berkilo kilo. Bila letak aje kepala, memang boleh terus lena sampai ke pagi lepas tu pantang ada waktu free, mesti nak cari bantal. Hahah! Time penat sangat memang macam tu lah cerita dia. Tahu aje nak pergi berjalan ke Kuantan, aku lah manusia yang paling teruja okay. Eheh. Paling best bila ke Kuantan ni sebab boleh buat food hunting. Bersepah sepah okay tempat makan yang best, cuma kena rajin cari aje lah. Hari tu ingat nak pergi Loteng dekat Teluk Cempedak tapi tak sempat pulak nak pergi area sana. Next time lah kita terjah tempat yang selalu jadi tumpuan orang tu. Heheh. 
Pantai Balok. Konon nak celup celup kaki aje, sudahnya basah jugaklah sikit. Hahaha! Lepas singgah dekat Pantai Balok ni, kita orang pergi pulak Pantai Batu Hitam. Gigih okayyy! Tapi sebenarnya tak jauh mana pun dua dua pantai ni. Ingat nak turun ambil gambar apa semua tapi sebab cuaca time tu dah panas membahang, tak kuasa lah Nani nak turun. 
My fav part bila pergi Kuantan. Borong banyak banyak, buat stok makan bila lapar dekat rumah. Hahah! Paling suka beli sos keropok tu, sedap dia lain macam betu. Susah lah nak jumpa sos keropok yang sedap melainkan pergi tempat tempat macam ni. 
Sata Ikan. Satu cocok tu dua ringgit aje korang, gilaa murah. Hahah! Ada satu kedai dekat area Pantai Batu Hitam ni memang selalu lah kita orang pergi sampai makcik tu dah kenal muka masing masing. Lol! Sata dia sedap sebab ada cili potong lepas tu tak kedekut langsung isi. Sedaaap! 
Before balik sempat lagi singgah minum petang dekat Warung Poksu & Moksu area Tanjung Lumpur. Warung ni memang famaous, time Nani sampai pun full house. Bila pergi Kuantan, wajib cari sotong goreng lah, ikan celup tepung lah sebab semua fresh aje dari laut. Hiks. Kita orang hari tu sampai order dua pinggan sotong goreng ni hah. Sepinggan ni RM 5 kalau tak silap Nani, lepas tu banyak gila sotong dia. Puas hati lah makan. 
Dekat warung tu ada jugak sata, otak otak, keropok lekor dan macam macam lagi lah. Warung ni dekat tepi jalan aje tau dan berdekatan dengan balai polis. Tak susah pun nak cari. Heheh. Korang kalau ada plan nak jalan jalan area Kuantan nanti, boleh lah singgah makan dekat sini. Recommended! Cuma pergi Kuantan kali ni tak sempat nak cari mee calong. Hahaha! Ingat nak singgah jugak tapi sebab masing masing dah kenyang time tu so kita batalkan lah niat hati tu. Next time lah pulak kita pergi makan mee calong. Heheh. Korang pernah makan mee calong?


Segmen Bloglist 2018 ShuhaidaSaad

Assalamualaikum & Hello.
Segmen Bloglist 2018 ShuhaidaSaad
klik SINI untuk join. 

Air Tangan Ibu

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Monday blues ke tuu? Heheh. Minggu lepas sempat habiskan masa dengan family dekat Pahang. Itu pun rasa tak puas lagi duduk rumah. Balik Pahang ni duduk lama lama pun tak apa. Hahah! Nak balik semalam pun mengalir air mata dalam bas (sejenis hati tisu) πŸ˜† Bila duduk jauh ni, selalu lah fikir bukan bukan. Semoga Tuhan sentiasa lindungi orang orang yang kita sayang. Sebelum balik hari tu, kemain macam macam plan nak masak dekat rumah. Habis semua resepi yang nampak menarik tu Nani simpan siap siap dalam phone. Tapiii bila dah jejak rumah, satu apa pun tak buat. Hahaha! Tak tahu lah apa masalahnya sampai rasa malas sangat nak buat apa apa. Memang berehat sungguh lah cerita dia. Time tengah mood malas tu memang satu apa pun tak buat. Tolong ibu aje masak sikit sikit, itu pun banyak tolong tengok. Hahah! Setiap kali balik, memang ibu selalu lah tanya nak masak apa, ada teringin nak makan apa apa takk. Dah macam mana nak diet. Eh? Hahah! Tak ada lah, memang macam tu kan mak mak ni. Bila nampak aje anak anak balik, itu yang dia tanya dulu. Heheh. 
  Kari ayam dengan ubi kentang. Ibu Nani buat kari ayam versi tak pekat sangat. Alang alang ada masak kari ayam, petang tu buat roti puri. Roti puri cicah dengan kari ayam memang ngam. Tapi kali ni punya roti puri tak naik kembang sangat. Tak tahu lah kenapa, minyak memang dah panas, doh pun Nani dah bagi kembang dulu. Even tak menjadi, tapi makan jugaklah dia orang. Gambar tak ada sebab teruk sangat rupa dia. Nipis semacam dah serupa papadom. Nasib baik still rangup kalau tak, memang ke tong sampah lah roti puri hari tu. Hahaha! Korang kalau nak try buat roti puri, boleh check it out Resepi Roti Puri Mudah. 

 Solok Lada. Paling sedap makan dengan nasi panas panas. Heheh. Dulu dulu kalau makan solok lada, mesti ambil isi tu aje, lada nya tak makan. Apa benda entah perangai. Hahah! Dekat sini susah nak jumpa solok lada yang sedap lepas tu tak kedekut isi dalam tu. Bila balik Pahang aje lah dapat request nak makan macam macam ni.

Nasi lemak homemade. Menu wajib setiap kali balik Pahang. Ibu Nani kalau buat nasi lemak memang suka asingkan ikan bilis tu sebab nak ikan bilis tu garing. Lagi satu kalau campur dalam sambal, mesti kita orang adik beradik tak makan pun ikan bilis tu sebab tak rangup. Hahah! Gigih okayyy siap berdaun pisang bagai, punya lah nak fefeeling nasi lemak daun pisang kan. Ingat nak bungkus yang macam dekat kedai tu tapi dah try dua tiga kali tak menjadi hoi. Hahah! Susah jugak lah nak nak kalau spesis tangan kerasa macam Nani ni hah. Hari tu ada yang tanya macam mana nak buat sambal merah cantik macam tu. Nanti Nani share resepi nak buat nasi lemak ni okay! Hiks. Korang pulak buat apa weekend hari tu? 

Jom Terokai Keunikan Utara Tanah Air Menggunakan Kedah Travel Guide!

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Cuti sekolah ada baki beberapa hari lagi ni, apa plan korang? Nani sempat buat short trip aje ke Kuantan Pahang baru - baru ni. Dah nama pun short trip kan, memang tak puas sangatlah berjalan pun. Hahahah! Serius korang, rasa macam nak jalan jalan lagi tapi still tengah fikir nak pergi mana. Eh baru balik berjalan, dah fikir nak pergi bercuti dekat mana pulak lepas ni? Eheh. Bila badan dan otak dah penat, memang selalu lah fikir nak pergi tempat tempat yang best. At least dapatlah jugak rehatkan sekejap diri dengan timbunan kerja yang tak pernah habis tu kan. Nani prefer nak pergi bercuti dekat dalam Malaysia ni aje dulu. Ikut bajet yang ada, memang dalam Malaysia aje lah yang mampu. Hahaha! Luar negara tu kena tunggu bila tabung dah penuh lah. Lagi pun dekat dalam Malaysia ni  banyak jugak tempat menarik yang kita boleh pergi. Cumanya kena rajin survey dan baca dekat website dan blog. Kadang kadang ada banyak aje tempat yang menarik dekat setiap negeri dalam Malaysia ni, cuma kita aje yang tak tahu kan. Tapi lepas ni dah tak susah lagi nak cari sebab kita boleh check it out melalui Unseen Malaysia.
Lepas ni memang mudah sangatlah bila kita nak travel dalam Malaysia sebab nya kita boleh tahu destinasi destinasi yang menarik dekat setiap negeri. Macam mana caranya Nani? Haa korang klik aje Unseen Malaysia ni, memang ada banyak sangat info yang kita boleh dapat. Nani pun baru aje tahu pasal ni, so Nani nak lah kongsi kan dengan korang jugak. Heheh. Nani punya plan ingat nak bercuti ke utara tanah air pulak. Hari tu ada jugak baca dekat blog Hafiz Hafizol banyak okay tempat  tempat menarik yang ada dekat Kedah. Selama ni asyik pergi Langkawi aje, rupanya ada banyaaak lagi tempat tempat lain yang best. Hahah! So lepas ni dah boleh lah tukar pulak destinasi bila ke Kedah. Tak sabar pulak nak terokai sendiri negeri Kedah yang terkenal sebagai negeri Jelapang Padi ni. Korang nak tahu tak tempat menarik yang ada dekat Kedah ni? 
Setakat yang Nani dah buat survey semalam, ada a few places yang Nani nak sangat pergi. Tempat tempat makan pun semua nampak best dekat kedah ni tau! Selalunya kalau Nani travel memang bab makan paling laju sekali. Hahah! Paling wajib lah orang kata, memang bab makan tu duduk atas sekali. Eh? Bila lagi kan nak merasa menu menu yang kita jarang jumpa dekat negeri lain macam nasi ulam, laksa kedah dan macam macam lagi lagi lah. Kalau ada pun mungkin tak sama macam yang dekat Kedah tu. Kena makan yang 'original' air tangan orang Kedah baru lah puas hati. Dalam masa yang sama, bila kita travel ke negeri orang ni, boleh lah kita tengok adab dan budaya dia orang. Macam yang kita semua tahu lah, setiap negeri tu ada keistimewaan yang tersendiri. Dekat bawah ni antara tempat yang paling Nani teringin sangat nak pergi. Kalau korang dah pernah terjah boleh lah share pengalaman dengan Nani nanti. Heheh. 
πŸ’œ Gunung Jerai
Serius teringin sangat nak pergi sebab ramai orang cakap view dekat puncak gunung tu cantik tak terkata. Walaupun perjalanan nak ke atas tu agak mencabar sebab terpaksa guna jalan yang agak sempit dan curam tapi puas hati lah kan kalau dapat jamu mata dengan pemandangan yang luar biasa. Selalunya kalau orang ke Gunung Jerai ni memang akan bermalam lah dekat atas tu. Ada banyaak aje hotel yang kita boleh menginap. Nani baca dekat Gunung Jerai ni ada jugak Muzium Perhutanan, Air Terjun Puteri Mandi dan macam macam lagi lah. Pada Nani memang berbaloi lah kan kalau ke Gunung Jerai ni. Heheh. 
Kredit : Orang Kedah 
πŸ’œ Seri Perigi
Seri Perigi ni pun antara tarikan utama jugaklah dekat negeri Kedah ni. Ikutkan info yang Nani baca, tempat ni terletak lebih kurang 47 kilometer dari Alor Setar. Sekali sekala lari daripada suasana ibu kota, memang syok jugak kalau dapat pergi mandi air terjun. Kalau pergi ramai ramai nanti memang best lah, boleh berkhelah sambil masak masak sekali dekat situ. Seronok betul kalau yang Nani dah plan ni menjadi. Hahah! Tak apa, yang penting kita rancang, nampak lah sikit kan nanti tempat mana yang nak pergi. 
Kredit : Says
πŸ’œ Lembah Bujang
Kalau korang ingat lagi subjek Sejarah time belajar dekat sekolah dulu, mesti korang tahu tempat ni. Heheh. Lembah Bujang ni antara tempat bersejarah jugaklah dekat Malaysia. Dekat sini boleh lah kita tambah ilmu pengetahuan sikit tentang sejarah dulu dulu. Nani tak pernah sampai lagi Lembah Bujang, teruja jugaklah nak explore sebab ramai orang cakap best. Boleh tengok candi lepas tu alatan yang orang orang dulu guna macam perahu, pengisar dan batu bersurat. Kalau nak list semua, memang banyaaak sangat. Hahaha! 

Actually ada banyak lagi tempat lain yang best tapi tiga ni memang dah masuk dalam list wajib Nani. Kalau korang nak tahu tempat mana lagi best yang ada dekat Kedah, korang boleh check it out Kedah Travel Guide. Sangat sangat membantu untuk kita yang tak pernah jejak negeri Kedah ni hah. Hahah! Nani suka plan siap siap sebelum pergi at least kita dapat gambaran tempat tu macam mana kan. Kalau nak main terjah aje susah jugak nanti. Macam yang Nani cakap tadi, tak sah lah kalau berjalan tapi tak merasa makanan yang ada dekat negeri tu. Dekat bawah ni antara makanan yang Nani nak cari nanti. Hahah! Gigih kan google info apa makanan yang best dekat utara ni. 
Kredit : Eny Abdullah 
πŸ’™Pulut Inti
Semalam google gambar pulut inti ni memang serius terliur weh. Hahah! Nampak sedap okay. Nani pernah beli dekat sini dulu tapi pulut tu lembik dan tawar pulak. Spoil okay rasa tu jadinya. Hopefully dekat Kedah nanti jumpa lah pulut inti yang sedap sampai boleh buat termimpi mimpi. Eh?
πŸ’™Laksa Kedah
Paling fav okay laksa ni. Tengok gambar pun dah buat Nani kecur air liur. Semua makanan dekat Kedah ni nampak sedap okayyy! Hahah! Istimewanya laksa Kedah ni sebab dia menggunakan laksa beras buatan sendiri. Powerr sangat lah ni, selalu Nani makan laksa mesti guna yang segera tu aje. 
πŸ’™Nasi Ulam
Nasi ulam ni ala ala nasi kerabu gitu tapi yang ni kering sikit. Pernah lah makan tapi tetap jugak nak rasa yang original dari Kedah. Heheh. Orang kata lagi sedap kalau makan nasi ulam yang dekat Kedah sana. 
Kredit : Google
Fuhh banyak dah ni merancang, harap harap menjadi lah nanti. Tak sabar nak pergi bercuti lagi. Nani plan sebelum puasa nanti lah nak pergi. Heheh. Kedah ni antara tempat yang paling Nani teringin sangat nak jelajah selain daripada Sabah dan Sarawak. Korang pun kalau ada pengalaman bercuti ke Kedah boleh lah share dengan Nani dekat bawah ni okay. Travel ni paling best sebab dapat tengok keindahan negeri orang lain lah. Kalau boleh nak pusing pusing dalam Malaysia dulu, nanti ada rezeki lain baru kita pusing tengok negara orang pulak. Korang pun kalau nak travel dalam Malaysia boleh check it out Unseen Malaysia okay, banyak tempat best yang dia orang akan suggestkan nanti. Jangan lupa terjah tau! 

Pengalaman Baru

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari tu Nani berpeluang ke sebuah sekolah dekat Hulu Selangor sana. Time tu tak berapa nak busy sangat, boleh lah nak join event dengan adik adik. Heheh. Dulu dulu Nani memang tak berapa nak ngam sangat lah dengan budak budak ni semua. Nani jenis cepat rasa geram lepas tu malas nak layan. Hahahahah! Teruk betul kan perangai sampai Nani pernah cakap dekat kawan macam mana lah eh nak ada anak sendiri kalau macam ni. Iye, aku sejenis manusia yang suka fikir jauh sangat ke depan. Hahah! Alah, korang pun macam tu juga kan? πŸ˜† So apa yang Nani buat nak bagi hilang rasa yang 'bukan bukan' tu? Nani berani kan diri join mana mana event yang melibatkan budak budak. Mula mula dulu susah jugak nak biasakan diri, dah lah sedia tak berapa nak ngam dengan dia orang kan. Tapi lepas dah banyak kali pergi aktiviti dengan dia orang, lama lama Nani dah mula rasa selesa. Percayalalahhh bukan senang nak buang rasa tu, ambil masa jugaklah nak biasakan dengan diri tu. Bila buat benda yang kita tak berapa suka ni memang susah tapi itu aje lah satu satunya cara nak sesuaikan diri. Kalau tak, sampai bila bila lah wujud rasa 'bukan bukan' tu. 
Rindunyaa dengan adik adik dekat sana. Dia orang ni semua sejak daripada darjah empat lagi okay dah duduk asrama. Wowerzzz sangat rasanya. Serius kagum dengan adik adik ni semua, kecik kecik lagi dah belajar berdikari. Nani yang start dari form one duduk asrama ni pun menangis nak balik rumah dulu. Kahkah! Nasib baik survive jugak sampai form five. Iye lah, takkan nak buat perangai pulak kan, kesian lah dekat abah dengan ibu. Lepas tu habis form five, dapat sambung belajar pun jauh jugak dari rumah. Tak pernah keluar dari Pahang, so nya time tu memang nak tak nak kena lah jugak survive sorang sorang diri. Sebab tu lah Nani kagum dengan adik adik ni. Luar biasa betul semangat dia orang. 
Hari tu kebanyakkan nya semua program buat dekat surau dia orang. Cantik sangat okay surau dekat sini,siap ada aircond apa semua. Rasa nak duduk dalam tu sepanjang masa pun ada. Hahaha! Paling best makanan dekat dewan makan dia orang lah. Sedap, rasa macam air tangan ibu sendiri. Hiks. 
Cabaran nya bila dengan adik adik ni bila nak suruh dia orang senyap dan behave. Hahah! Biasalah kan budak budak, bila dengan kawan kawan bercakap 24 jam pun boleeeh. Bab tu lah penat sikit, lepas tu nak kena layan soalan dia orang yang macam macam versi tu. Heheh. Mungkin sebab ni lah kot dulu dulu tak berapa nak suka & ngam dengan dia orang. Eheh. Sekarang dah much much better, siap boleh duduk dan gelak ketawa dengan adik adik ni semua. Harapnya perasaan tu tak berubah lah dah sampai bila bila. 
Rasa macam dah lama gila tinggal aktiviti gotong royong ni semua. Hari tu memang penat jugaklah mengecat apa semua dengan adik adik ni. Balik tu, elok aje bas gerak terus lena masing masing. Hahaha! Paling best sekali sebab dapat imbau semula kenangan duduk asrama dulu dulu. Rasanya last time Nani tidur dalam dorm ramai ramai lepas tu bangun pukul lima pagi siap mandi apa semua, time form five dulu lah. Hari tu dapat buat balik semua tu, alah rindunyaa. Hahah! Wajib lah kan bangun awal, kalau tak malu lah dengan adik adik ni. Dia orang boleh buat, takkan kita tak boleh buat kan. Heheh. Apa apa pun satu lagi pengalaman baru dan manis yang akan dikenang sepanjang kehidupan ni. Jumpa lagi adik adik! 

Big Apple Donuts

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Fuhh seminggu lebih tak update blog langsung. Minggu lepas paaaaling busy, habis kelas petang sambung pulak dengan macam macam kerja lain yang nak kena buat malam tu. Kadang kadang ada meeting lagi yang nak kena pergi. Keluar pagi, malam baru jejak bilik. Serius penat gila sampai rasa nak menangis. Hahah! Blog pun terpaksa dianak tirikan sekejap. Bila buka pun sempat approve kan komen korang aje. Nani baca tau semua komen komen korang cuma tak sempat nak reply aje. InshaAllah Nani akan reply satu satu nanti okay. Ada siapa entah yang tanya soalan hari tu, pun Nani tak sempat nak jawab. Sorry sangat tauu :") Sebab minggu lepas busy sangat, baru ni Nani ke Kuantan jalan jalan. Eheh. Rasa tenang okay dapat pergi pantai apa semua, lupa sekejap segala macam jenis kerja tu. Sekali sekala kena jugak tenangkan diri dan jiwa Gituu. Panjang pulak mukadimmah hari ni. Kahkah! Back to the topic, donat yang paling jadi fav Nani haruslah Big Apple. Hari tu pernah try jugak rasa yang Krispy Kreme dekat Times Square tapi Nani tak berapa minat sangat lah. Sebab donat Krispy Kreme tak selembut Big Apple dan manis sikit. Tapi kalau harga rasanya lebih kurang aje dua dua ni. 
Big Apple Donuts
Makan sorang kan, beli sekotak yang ada dua ketul ni pun dah cukup. Eheh. Sekarang dah banyak donut yang macam ni ada jual, cuma sedap dengan tak aje plus kena dengan selera kita ke tidak. Setakat ni yang Nani selalu beli Big Apple lah. Selain daripada Big Apple, pernah try Krispy Kreme tapi pada Nani biasa biasa aje rasa dia. Tak tahu lah, mungkin tekak dah terbiasa dengan Big Apple aje kot. Hahah! Ada jugak lagi satu brand yang famous, J.CO tapi Nani tak pernah beli lagi. Nampak macam sedap jugak. Pernah tengok cawangan dia orang dekat Times Square. 
Big Apple Donuts
Flavour yang selalu Nani beli bila ke Big Apple. Banyak aje lagi flavour lain yang Nani suka tapi dua ni antara yang wajib beli. Heheh. Tiba tiba rasa nak cari Big Apple pulak. Hahah! Apeni sendiri yang buat entry, sendiri yang terliur πŸ˜† Sekali sekala nak makan boleh lah kan, kalau hari hari pergi beli Big Apple, memang cari penyakit namanya. Even sekarang dah banyak donut yang topping macam macam ni, donut yang biasa tu jugak yang paling sedap. Cuma kena pandai cari lah, kalau beli yang jenis keras lepas tu kedekut gula tak jadi jugak. Hahah! Korang pulak suka donut yang original ke atau pun donut yang macam dekat Big Apple ni? 

Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends

Assalamualaikum & Hello.
Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends
klik SINI untuk join. 

Santai di Hujung Minggu

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Selamat berhujung minggu semua. Weekend Nani means hari nak mendobi, melipat kain dan segala macam benda yang tak sempat buat time weekdays hari tu. Hahah! Macam mana nak sempat kalau keluar pagi, malam baru dapat jejak bilik. Hari ni pun tak ada plan nak pergi mana mana pun sebab ada bertimbun kerja nak kena siapkan. Selalunya kalau penat sangat, memang time weekend tu lah baru rasa boleh berehat sikit. Weekend ni pun busy jugak sikit sebab ada kerja yang nak kena submit next week. Tak sabar nak balik Pahang next weekend, so boleh lah rehatkan diri sekejap. Hari hari banyak aje kerja, macam dah tak ada hari esok gayanya. Hahah! Nak pergi tengok movie pun tak sempat, tahu tahu dah habis tayangan dekat cinema. Ini pun ada jugak kawan ajak pergi tengok KL Special Force, nanti lah bila bila free kita terjah cinema. Baca review dekat Twitter ramai jugak yang cakap best. Actually Nani ni kureng sikit kalau movie genre aksi macam tu, tapi boleh lah jugak layan kadang kadang tu macam Polis Evo dulu. Hiks. 
Korang dah breakfast ke belum tu? Heheh. Breakfast simple simple macam ni pun sedap dah. Lempeng biasa biasa aje cicah dengan sambal ikan bilis, jadi lah buat alas perut sebelum lunch nanti kan. Kalau dekat rumah bila makan macam ni, mesti abah cakap dulu dulu tak ada nya nak cicah sambal ikan bilis ke apa, makan kosong aje. Kalau mewah sikit pun makan cicah dengan gula. Zaman dedulu kan, bukan macam zaman kita sekarang ni. 
Ini bukan makan time breakfast tadi eh, ni dinner hari tu. Kemain sangat pagi pagi hari nak makan kuey teow bandung dah. Amboi amboi amboi! Hahahah! Kuey teow bandung ni memang Nani fav lah lagi lagi kalau jenis kuah banyak tu. Hiks. By the way, mana yang singgah drop komen sini, malam nanti Nani terjah blog korang semula okay! Nak settle kan kerja kerja lain dulu baru boleh blogwalking dengan tenang. Eheh. Korang pulak apa plan nak buat hujung minggu ni? 

Hokkaido Baked Cheese Tart di KLCC

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Baru ni adik Nani kirim belikan Hokkaido Baked Cheese Tart. Kemain tau dia orang ni kirim semua yang mahal mahal. Hahah! Nani pernah makan sekali aje Hokkaido Cheese Tart ni, itu pun kawan yang bagi. Pada Nani okay lah rasa dia, cuma saiz cheese tart tu aje yang agak besar sikit. Bila makan tu cepat rasa muak lagi lagi kalau flavour yang coklat tu. Nani lagi suka kalau cheese tart ni jenis yang kecil & comel tu. Nani hari tu beli yang tiga biji terus so dapat dalam RM 14.90 kalau tak silap. Harga dia pun tak sama tau setiap flavour ni, ada yang mahal sikit. Hokkaido Cheese Tart ni selalu aje dia orang buat promo. Masa CNY baru ni ada promo buy 5 free 1. Kadang tu ada jugak buy 1 free 1, ikut luck masing masing lah kan. Hahah! Nani ingatkan dia orang just ada flavour original, coklat dengan matcha tu aje, rupanya ada jugak flavour durian dengan strawberry. Nani time tu dah siap bayar baru perasan yang flavour strawberry. Nampak sedap yang strawberry tu, lepas ni lah pulak baru kita try. Nak makan selalu koyak lah wak poket kita. Hahaha! Mahal ni walaupun sedap rasa cheese tart tu kan. 
Hokkaido Baked Cheese Tart di KLCCKalau tanya pendapat Nani mana yang lagi sedap, haruslah yang original. Heheh. Rasa dia tu nice aje, tak manis sangat. Sedang eloklah. Tapi kalau yang coklat tu, struggle jugaklah nak habiskan sebab besar dan manis. Cepat muak bila kita makan tu. Nani tak beli flavour yang matcha sebab dia orang tak suka sangat makanan berasakan green tea semua ni. Eheh. Nani pun kureng jugaklah kecuali kalau air green tea susu tu, yang itu aje daku boleh telan. Lain lain tu memang kirim salam lah cerita. Hahah! Air green tea yang dekat Sushi King tu pun Nani tak mampu nak minum even dia orang cakap tak rasa apa apa pun. Hahah!

Hokkaido Baked Cheese Tart di KLCC
Crust cheese tart tu even nampak macam tebal sikit daripada yang lain, tapi still sedap. Lembut gila crust dia tu. Nani hari tu simpan dalam peti ais dulu, baru sedap sikit makan bila dah sejuk. Setakat ni, dua flavour ni aje yang Nani pernah rasa. Durian, Matcha dengan Strawberry tu next time lah kot, tapi rasanya nak try yang strawberry aje. Durian dengan Matcha tu macam tak berminat sangat nak try. Heheh. Durian tu kuat jugak okay bau dia, dia orang pun letak asing cheese tart durian dengan cheese tart yang flavour lain. Hokkaido Cheese Tart ni, ada banyak aje cawangan dia orang, nak nak kalau dalam mall tu. Heheh. Korang pulak dah pernah try ke Hokkaido Cheese Tart ni? 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page