Assalamualaikum & Hello.
Hai korangg! Siapa peminat pisang cheese dekat sini? Heheh. Dulu masa awal awal pisang cheese ni wujud, kemain famous sampai sanggup beratur panjang nak beli. Sekarang dah bersepah sepah orang jual pisang cheese ni kan, cuma sedap dengan tak aje. Hari tu masa Nani pergi lunch dekat Restoran Temerloh Catering ada lah nampak The Pisang Cheese ni. The Pisang Cheese antara goreng pisang cheese yang famous jugaklah dekat area Kuala Lumpur. Dah lama kot teringin nak rasa The Pisang Cheese ni sebab selalu tengok post dia orang dekat Instagram aje. Dalam duduk fikir nak beli ke tidak, last last beli lah sekotak. Hahah! Iye lah baru lepas lunch kan time tu, so dia macam tak 50 - 50 aje rasa nak membeli tu. Boleh jugak kalau nak suruh dia orang delivery sampai depan pintu rumah tapi ada minimum order dan charges lah, macam biasa. Nani punya expectation tinggi tau sebab setiap kali tengok post dekat Instagram semua nampak menyelerakan sangat. Tapi bila dah rasa sendiri, rasa frust lah sikit sebab biasa biasa aje rasa nya. Ini selera Nani tau, mana tahu korang rasa sedap kan. Heheh.
Nani ambil sekotak yang kecil ni The Original Pisang Cheese. Pada Nani, biasa biasa aje rasa pisang cheese dia orang sebab Nani pernah beli yang lagi sedap daripada ni dekat pasar malam. Cheese dia orang pun macam tak banyak sangat. Mungkin sebab Nani makan time dah sejuk kot, so dia tak sedap mana. Mungkin lepas ni kena makan time panas panas baru ngam. Heheh. Tapi selera masing masing tau, ni cuma pendapat Nani aje.
Antara flavour yang ada dekat The Pisang Cheese. Nani suka yang biasa aje sebab kalau yang coklat ke macam manis sangat. Ada jugak box besar, kalau nak share makan ramai ramai elok lah ambil yang besar terus kan. Heheh. Banyak jugak cawangan The Pisang Cheese ni, dekat area Petaling Jaya pun ada jugak. Korang boleh check it out dia orang Facebook okay!
Antara flavour yang ada dekat The Pisang Cheese. Nani suka yang biasa aje sebab kalau yang coklat ke macam manis sangat. Ada jugak box besar, kalau nak share makan ramai ramai elok lah ambil yang besar terus kan. Heheh. Banyak jugak cawangan The Pisang Cheese ni, dekat area Petaling Jaya pun ada jugak. Korang boleh check it out dia orang Facebook okay!
Sekotak ni RM 7 tapi Nani hari tu add on cheese so jadi lah RM 8. Ada jugak baca feedback dekat Facebook cakap goreng pisang cheese dia orang dah tak macam dulu. Nani first time makan, so tak boleh lah nak compare dulu ke sekarang yang lagi sedap. Heheh. Pisang goreng cheese dia orang bukanlah tahap tak sedap langsung tau. Sedap, cuma tak memenuhi expectation Nani lah. Nani tengok Instagram dia orang siap melimpah ruah lagi cheese nya, tapi bila kita beli alahai manja manja aje cheese nya. Next time nak try beli lagi tapi dekat cawangan lain pulak. Mana tahu kan yang cawangan lain lagi sedap. Heheh, Korang pernah tak makan The Pisang Cheese ni? Sedap ke tidak?
Ika peminat pisang cheese. Tapi, sekarang punya dah tak mcm dlu. Dulu org beria serve benda ni. I mean buat elok2. Tapi sejak dah femes. Org buat pun acuh tak acuh huhu
ReplyDeletehttp://ikashoid.blogspot.com/2018/03/book-review-bila-kupetik-gitar-by-fahmi.html
Kann Ika. Banyak aje yang macam tu, bila dah famous kualiti tak jaga dah. Nani once beli tak sedap, memang lepas tu tak beli dah :)
DeleteYg original dkt kelana jaya tu.. Pernh juga bli kt Wangsamaju xbrp tp bole la mkn.. Kt area opis akak pn ada bos blanje ....yg dlu2 mmg sodap rangup. ..melimpahruah cheese chocolate...
ReplyDeleteNani pun sama kak Amy. Boleh aje nak makan tapi rasa macam biasa biasa aje. Cheese pun sikit aje dia orang letak, rasa tak berbaloi pulak beli.
DeleteBlom pernah makan lagi di situ. Cik sue suka pisang cheese tabur dengan coklat rice. Nyums sedap. Pernah beli di tepi jalan je. Sedap dan tak muak.
ReplyDeleteSedapp jugak pisang cheese tabur dengan coklat rice. Heheh. Itu lah, kadang yang biasa ni lagi sedap dan puas hati.
Deleteterliur tengok pisang cheese dia. Banyak pulak tu choice lain :D
ReplyDeletePada Nani biasa biasa aje pisang cheese dekat sini. Hiks. Nanti try lah Farhanna :)
Deleteperghhh
ReplyDeletenampak sedap pula rupanya
Boleh lah nak makan. Nanti try okay!
DeletePasar malam mana yg ada pisang cheese sedap tu nani? Teringinnya nak rasa. Tak pernah jumpa yg sedap so far.
ReplyDeletePasar malam belakang UIA Gombak kak Ana. Hari Rabu, dua dua pisang cheese dekat situ sedap. Murah pun iye lepas tu cheese tak kedekut langsung :)
Delete