Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Baru ni adik Nani kirim belikan Hokkaido Baked Cheese Tart. Kemain tau dia orang ni kirim semua yang mahal mahal. Hahah! Nani pernah makan sekali aje Hokkaido Cheese Tart ni, itu pun kawan yang bagi. Pada Nani okay lah rasa dia, cuma saiz cheese tart tu aje yang agak besar sikit. Bila makan tu cepat rasa muak lagi lagi kalau flavour yang coklat tu. Nani lagi suka kalau cheese tart ni jenis yang kecil & comel tu. Nani hari tu beli yang tiga biji terus so dapat dalam RM 14.90 kalau tak silap. Harga dia pun tak sama tau setiap flavour ni, ada yang mahal sikit. Hokkaido Cheese Tart ni selalu aje dia orang buat promo. Masa CNY baru ni ada promo buy 5 free 1. Kadang tu ada jugak buy 1 free 1, ikut luck masing masing lah kan. Hahah! Nani ingatkan dia orang just ada flavour original, coklat dengan matcha tu aje, rupanya ada jugak flavour durian dengan strawberry. Nani time tu dah siap bayar baru perasan yang flavour strawberry. Nampak sedap yang strawberry tu, lepas ni lah pulak baru kita try. Nak makan selalu koyak lah wak poket kita. Hahaha! Mahal ni walaupun sedap rasa cheese tart tu kan.
Kalau tanya pendapat Nani mana yang lagi sedap, haruslah yang original. Heheh. Rasa dia tu nice aje, tak manis sangat. Sedang eloklah. Tapi kalau yang coklat tu, struggle jugaklah nak habiskan sebab besar dan manis. Cepat muak bila kita makan tu. Nani tak beli flavour yang matcha sebab dia orang tak suka sangat makanan berasakan green tea semua ni. Eheh. Nani pun kureng jugaklah kecuali kalau air green tea susu tu, yang itu aje daku boleh telan. Lain lain tu memang kirim salam lah cerita. Hahah! Air green tea yang dekat Sushi King tu pun Nani tak mampu nak minum even dia orang cakap tak rasa apa apa pun. Hahah!
Crust cheese tart tu even nampak macam tebal sikit daripada yang lain, tapi still sedap. Lembut gila crust dia tu. Nani hari tu simpan dalam peti ais dulu, baru sedap sikit makan bila dah sejuk. Setakat ni, dua flavour ni aje yang Nani pernah rasa. Durian, Matcha dengan Strawberry tu next time lah kot, tapi rasanya nak try yang strawberry aje. Durian dengan Matcha tu macam tak berminat sangat nak try. Heheh. Durian tu kuat jugak okay bau dia, dia orang pun letak asing cheese tart durian dengan cheese tart yang flavour lain. Hokkaido Cheese Tart ni, ada banyak aje cawangan dia orang, nak nak kalau dalam mall tu. Heheh. Korang pulak dah pernah try ke Hokkaido Cheese Tart ni?
Tak boleh makan hari2 koyak poket hehe. Hokkaido memang sedap puas hati sangat puas makan
ReplyDeleteHahah! Kann, sekali sekala teringin boleh lah :)
DeleteWah.. sedapnya..
ReplyDeleteSedaap! Harga pun boleh tahan. Hahah!
DeleteSekali sekala makan ni sedap la.. hari2..
ReplyDeleteHari hari kopak poket. Hahaha!
DeleteYg best tentang hokkaido tart ni kalau kita simpan dalam peti esoknya makan lagi sedap bg kak ana compare kita makan terus mcm tu. Cuba nani try nanti. Kak ana pun suka yg ori.
ReplyDeleteKann kak Ana, Nani pun sukaa buat macam tu :)
DeleteAkk pernah mkn yg original. Yang le lain belum pernah rasa
ReplyDeleteNani pun pernah makan yang original dengan coklat tu aje kak Linda. Heheh.
DeleteYes yes!! Siqah suka Hokkaido Cheese Tart! Yang choc pun Siqah suka jugak. Hihi
ReplyDeleteNani pulak suka yang original aje. Choc tu kureng minat sikit. Heheh.
DeleteMmg sedap.. saya pun suka. Mmg klu ada rasa teringin akan beli juga hehe :)
ReplyDeleteKannn, memang sedap Hokkaido Cheese Tart ni :)
DeleteKita lagi kesian sebab tak pernah makan pun lagi Hokkaido cheese tart ni kak Nani hahahah. Tapi kan kan, ish terliur betul lah baca entry kak Nani semua makanan ni TT_TT
ReplyDeleteHahaha! Nanti try tau Nad, not bad lah cuma muak sikit kalau yang choc tu.
Delete