Assalamualaikum & Hello.
Hah korang dah habis ke edisi makan segala jenis ketupat dan rendang? Hehe. Nani memang dah lama tutup cerita bab Raya ni tambah pulak bila dah selamat balik ke Selangor ni kan. Hujung minggu baru ni Nani dengan kawan menapak ke Quill City Mall. Gigih hah dari Petaling Jaya datang sini semata mata nak berjalan. Lagi pun mall ni senang nak pergi sebab dekat dengan Stesen Monorail Medan Tuanku. Pertama kali sampai sini so macam teruja sikit nak explore segala jenis kedai yang ada. Mall ni boleh tahan jugaklah besarnya tapi macam tak ramai sangat orang. Mungkin sebab sekarang orang masih sibuk beraya kan. Tapi Nani suka bila tak ramai sangat orang macam masa yang Nani pergi baru ni. Senang nak cari tempat makan, senang nak solat. Memang semuanya lah senang. Heheh.
Masuk tengok wayang pun tak ramai sangat orang. Nani pandang kawan Nani, kawan Nani pandang Nani balik. Hahah ! Masing masing macam " eh kenapa tak ada orang pun tengok wayang dekat sini?" Tapi apedehal kan tak ada orang, layan aje lah movie sambil makan popcorn. Habis layan movie, terus cari tempat makan. Sebab pertama kali datang sini kan, malam tu dah google siap siap food outlets yang ada dekal Quill City Mall ni hah. Mula mula nak makan dekat Kaw Kaw Burger tapi sebab takut tak kenyang Nani ajak kawan makan dekat Kluang Station.
Jom lah kita masuk mengisi perut yang dah berjoget riang ria di Hari Raya tu kan. EH ! Sebelum datang sini dah set dalam kepala nak makan chicken chop dengan nasi apa entah namanya. Sekali buka menu zasss tukar nak makan benda lain pulak. Sekarang baru nak akui nafsu makan seorang perempuan boleh bertukar bebila masa sahaja. Hahaha !
Mee Rebus Kluang Station (RM11.50)
Sedap sangat sangat sangat tau mee rebus dekat sini sebab kuah pekat, portion banyak pulak tu. Tambah pulak ada cili potong memang layan lah semangkuk ni hah. Korang kalau pergi Kluang Station ni wajib cuba mee rebus dekat sini. Memang tak akan menyesal. Berpeluh peluh makan bila gigit cili potong tu hah.
Nasi Daging Dendeng Kluang Station (RM13.50)
Kawan Nani pilih nasi daging dendeng ni, pun sedap jugak. Nasi yang ditambah dengan telur goreng, papadom dan jugak acar. Boleh lah terubat rasa rindu nak makan daging dendeng air tangan ibu bila makan ni. Menu ni sesuai jugak untuk kanak kanak sebab daging dendeng tu tak pedas sangat.
Dekat Kluang Station ni ada banyak lagi menu lain yang korang boleh cuba, antaranya roti jala, nasi lemak, mee siam dan banyak lagi lah. Menu untuk kanak kanak pun ada. Senang cakap, Kluang Station ni sesuai lah kalau nak bersantai dengan keluarga atau kawan kawan. Nampaknya lepas ni panjang lah langkah Nani ke Quill City Mall kalau teringin nak makan mee rebus. Hahah ! Korang kalau nak makan dekat sini boleh lah cari Kluang Station dekat Lower Ground Floor.
LG- 05 Lower Ground Floor Quill City Mall,
No 1018, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi : 9.00 pagi - 10.00 malam
No. Telefon : +603-2602 2039
Org ramai pergi open houselah Nani
ReplyDeleteNani pergi open house at restoran memang tak ramailah org:)
HAHAHA ! Sebab takdek dapat undangan open house tu yang pergi beraya dekat mall Kak Zakie :D
Deletemerata tempat dh ada kluang station nih...
ReplyDeletemee rabus tuh kalau nani kata sedap mmg kene try, akak mmg antu mee rebus pekat hehehe...
Memang ada banyak pun cawangan diorang. Wajib cuba Kak Dana, sedap sangat :)
Deleteamboiii...jauh berjalan tauu! hahahaha...Quill mmg tak ramai org laa..kalau yg penuh ada siti pun budak UniKL laa kekdahnyaa...hihihi
ReplyDeleteBiasalah hujung minggu selalu macam lifeess sangat. Apa lagi jalan jalan KL lah. Hahaha ! Itu lah, memang krik krik sikit dekat mall tu.
DeleteWahh nampak sedap... tak pernah singgah lagi yg di sini. Klu ada kat area berdekatan, nak juga singgah nanti... thanks sharing Nani... :)
ReplyDeleteWajib cuba bro Khir Khalid. Hehe :)
DeleteNani! Babap nak...aku baru pi Quill mall ni tengahari semalam...nani pi semalam ke dik hahahhaa...ke throwback kikiki...aah aku baru sekali tgk wayang kt Quill mmg tak ada orang sgt...syok kan...
ReplyDeleteHahaha ! Alaa yeke. Nani pergi hari Sabtu dari tengah hari sampai ke petang dekat sana. Takpe2 nanti kita dating dekat Quill City Mall eh kak. Hehe ;)
Deletekenapa akak guna perkataan aku...kak ju tulis akak tau setiap tulisan tu...tetiba keluar aku ya Allah maafkan akak dik nanie...nampak kasar sgt di situ...gila punya keyboard hahahhahahhahaha
ReplyDeleteHahaha. Agak dah tadi kak Juju. Takdek apa lah. Biasalah keyboard kadang kadang tak betul. Heheh :)
DeleteAkak suka sarapan pagi kat luang station ;)
ReplyDeleteNani ni pun dah macan jatuh cinta dekat sini. Hahahaha !
DeleteMore to makanan Johor ke restaurant ni?
ReplyDeleteTak jugak Farah. Banyak aje pilihan lain. Hehe.
Deletehabis syawal, ramai la restoran2 ni kan hehe
ReplyDeletemacam tertarik tengok nasi dagang tu. * sebab tak suka makan mee rebus xD
ReplyDeleteOrg pi beraya nani..mall kosong laaa ekekekeke...tp syiok laaa dlm cinema x ramai org...x laa semak rase kan...
ReplyDeleteMmg nampak menarik menu2 tu...
Laparrrr... Nak pernah terjang kluang station lagi.
ReplyDeleteAkak tak pernah sampai kat sini lagi. Tapi pernah makan kat Kluang Station tempat lain :)
ReplyDeleteAmboi seronok dia melayan nasi dagang time raya ye? Hehe.
ReplyDeleteAkak bab beraya dah jumpa full stop tapi cerita raya satu apa pun tak mula lagi dalam blog, Nani...
ReplyDeleteQuill City Mall ni akak suka pergi sebab orang tak ramai. Datang gila, nak shopping dekat Aeon kat sini padahal kat kawasan rumah tu sepelaung aje ada Aeon!
pehhh makanan sokmo nani ni.hahahah nadya ingatkn kluang,jb rupanya kluang station (~_~メ)
ReplyDelete