Resepi Bubur Chacha

Assalamualaikum & Hello.
Nani sebenarnya tak pernah try pun buat bubur chacha sebelum ni. Hari tu punya lah teringin nak makan bubur chacha, gigih lah google resepi sebab nak buat sendiri. Tak ada lah susah mana sangat nak buat bubur chacha ni (Ewah, dah pandai kemain lagi berlagak! Hahaha) Memang senang aje nak buat bubur chacha ni asalkan semua bahan ada. Kalau ikutkan resepi yang Nani baca hari tu, kebanyakkannya letak ubi keledek jugak. Nani macam biasalah, selalu menderhaka dengan resepi asal. Eh eh? Nak makan sendiri kan, boleh ikut suka kita lah nak letak apa pun dalam bubur tu. Lagi satu, malas nak keluar dah semata mata nak cari ubi keledek pulak. Jadinya kita guna lah apa yang dah sedia ada.  Gitu πŸ˜† Korang yang suka resepi mudah, boleh lah try ikut cara Nani ni. 
Resepi Bubur Chacha
Nani gunakan bahan dekat atas ni aje untuk buat bubur chacha. Mula mula sekali, sagu dengan chacha tu rebus lah dulu sampai kembang. Sebenarnya Nani pun mula mula tu tak tahu jugak bila chacha tu dah kembang. Hahah! Nak bagi mudah, rasalah dengan tangan. Agak agak dah kenyal tu, kira dah kembang lah. Ini teori yang Nani pakai okay πŸ˜† Dalam periuk lain, masukkan santan, gula melaka, gula kabung dengan daun pandan. Kacau sentiasa tau kalau tak nanti kuah bubur tu jadi tak berapa nak cantik. Heheh. Bila dah mendidih, masukkan lah chacha dengan sagu yang dah siap rebus tadi. Simple sangat kan nak buat bubur ni. 
Resepi Bubur Chacha
Ini lah hasil bubur chacha Nani. Dah pandai buat bubur sendiri, boleh lah try buat bubur lain pulak lepas ni. Kuah tu jadi agak pekat sebab ada sagu. Korang kalau rasa gula melaka dengan gula kabung tu tak manis lagi, boleh lah tambah jugak gula pasir. Bulan puasa macam ni, memang nikmat dapat makan bubur. Nani memang jenis yang suka sangat makan bubur macam ni. Heheh. Korang pun boleh lah try buat dekat rumah sebab simple dan sedap! 

13 comments:

  1. Wah bubur chacha.. Akak aritu wat bubur jagung

    ReplyDelete
  2. sedapnya bubur chaca niiii...
    kak lina singgah n follow sini

    ReplyDelete
  3. sedapnye nani...selalunya makan bubur chacha tak letak sagu. boleh try letak sagu pulak lepas ni.

    ReplyDelete
  4. Terbaik Nani. Akak pun suka lah bubur cha cha ni sebab sedap dan senang sangat nak buat kan? Sesuai sangat untuk juadah pencuci mulut di bulan puasa ni ha. Lega ajer kan bila masuk tekak.HAHA!

    ReplyDelete
  5. Jemput singgah ke blog killa ye 😘😘😘

    http://www.syakillaazam.my/tip-kesihatan/mengapa-orang-obesiti-tidak-berasa-kenyang/

    ReplyDelete
  6. tq nani.. semua bahan dah ada kt dalam peti cuma tak reti bua.. esok nak buatlaa

    ReplyDelete
  7. Sedapnya buat pemanis mulut buka puasa..

    ReplyDelete
  8. Tiba2 jadi teringin nak makan bubur ni 😊

    ReplyDelete
  9. wah. sdapppnyaaaa da lama x mkn. nyummmm

    ReplyDelete
  10. Nani!! Siqah suka bubur chacha. Nanti kalau ada rezeki kita jumpa, Nani buatkan bubur chacha please.. hehe =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page