Happy Birthday!

Assalamualaikum & Hello. 
Alhamdulillah bertambah lagi satu umur hari ni. Happy Birthday to dear self! Sebenarnya hampir hampir terlupa hari jadi sendiri sampai lah ibu yang ingatkan. Hahah! Makin bertambah usia, makin dekat dengan kematian. Macam biasa, tak ada apa apa celebration pun, lagi lagi bulan puasa ni kan. Mungkin Raya pertama nanti boleh celebrate dekat kampung. Nak jugaaaak! Hahah! Tak ada lah, selalunya kiterang bila Raya pertama, mesti ada edisi sambut birthday. Ramai yang nak tahu berapa lah umur Nani ni berapa sebenarnya. Teka sendiri lah berapa tapi yang pasti dua lah dekat depan tu 😆 Cuma satu satu nya harapan aku setiap tahun, nak bahagiakan abah dengan ibu dulu. Nak balas balik setiap jasa yang abah dengan ibu dah pernah bagi. Tiap kali fikir kan pasal ni, mesti rasa sebak sikit sebab selalu terfikir sempat ke tak. Mudah mudahan Tuhan pinjamkan abah & ibu untuk aku lebih lama.
Masih banyak yang Nani nak belajar dari hari ke hari. Kalau nak listkan semua sekali, satu entry pun tak cukup. Kadang kadang bila datang ujian dalam kehidupan pun, kena jugak belajar dari ujian tu. Melalui ujian baru lah dapat tahu diri kita di tahap yang mana. Tahun ni ramai betul yang wish suruh masak sedap sedap. Alahai korang, hakikatnya Nani sendiri pun tengah belajar lagi nak memasak. Tak ada lah pro sangat pun, tapi lepas lah kalau nak makan untuk tekak sendiri. Hahah! Kalau tengok Instagram tu memang lah nampak semua sedap sangat tapi nya tu pun setelah 342658 kali cubaan memasak resepi tu. Hahah! Mana yang berkelapangan Raya nanti, jemput ke rumah okay, inshaAllah ada rezeki boleh rasa air tangan saya yang tak seberapa tu 😊
Apa pun terima kasih untuk setiap kiriman doa & ucapan yang baik baik dari kalian. Dari malam tadi ada yang WhatsApp tapi baru sempat baca time sahur tadi. Hahah! Bulan puasa ni awal kita tido hah😆Terharu sebenarnya dengan ucapan daripada kalian. Alhamdulillah diberi rezeki dikelilingi kawan kawan dan family yang sangat baik. Berkat bulan Ramadhan ni, dapatlah Nani tumpang sikit doa kalian. Mudah mudahan ada antara doa kita dimakbulkan oleh Dia. Semoga kalian juga dilapangkan pintu rezeki seluas luasnya, diberi kesihatan yang baik dan semoga apa yang korang doakan untuk Nani akan terpantul semula buat korang ye. Amin ya Rabb. Semoga hari ni akan jadi lebih baik dari semalam. 

14 comments:

  1. Happy birthday Nani!! Semoga bahagia selalu dan tercapai impian Nani =)

    Biasanya Mak akan menjadi orang pertama wish birthday kan <3 Semoga mak ayah Nani dipanjangkan umur dan bahagia sentiasa ada anak macam Nani ☺️

    ReplyDelete
  2. Happy birthday.. Hah rmi la dtg raya nanti nk rasa masakan Nani

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you kak! Hahah! Itu lah pasal, siap sedia nak kena serbu Raya nanti

      Delete
  3. Happ birthday .. dan salam nuzul quran yerr .. moga panjang umur , dberikan kesihatan yg sihat

    ReplyDelete
  4. happy bday nani... moga jd anak yg solehah n berjaya, moga di permudahkan n sukses dlm pelajaran.... hepi selalu ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin ya Rabb. Terima kasih kak Dana :)

      Delete
  5. Selamat Hari Jadi sekali lagi dikkkk ;)

    ReplyDelete
  6. Selamat hari jadi adik nani! Semoga adik nani senantiasa di murahkan rezeki oleh Allah...amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin ya Rabb. Terima kasih kak Juju :)

      Delete
  7. Happy birthday.. semoga sihat, murah rezeki dan ceria selalu :) :)

    ReplyDelete
  8. happy birthday nani! macam dah terlambat sangat jaa. haha moga tercapai impian nyaaaa ye. diberikan kesihatan baik dan panjang umur :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page