Cara Mudah ke KLIA & KLIA 2

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Finally it's Friyay! Tak sabar nak berehat puas puas weekend ni. Cuaca panas sangat sekarang, memang cepat aje badan rasa letih. Nak tunggu masuk waktu Isya' pun kadang kadang boleh terlelap, punya lah penat kan padahal duduk dalam aircond aje seharian. Hahah! Ada masa masa yang duduk bawah panas matahari tu, fuhh sabar aje lah kita ni menahan bahang tu. Heheh.  So, hari ni Nani nak share dengan korang cara mudah untuk  kita ke Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA & KLIA 2). Macam yang korang tahu, sebenarnya ada banyak aje options untuk kita ke KLIA tak pun KLIA 2 ni, sama ada mahal atau pun tidak aje. Nani selalunya kalau tak rushing memang pilih untuk naik KLIA Transit lah, sanggup okay turun dekat Putrajaya Sentral dulu then tukar ke KLIA atau pun KLIA. Kalau yang transit ni jimat sikit lah daripada biasa. Nak tahu banyak mana boleh jimat jom baca perkongsian Nani dekat bawah ni.  
 Macam biasa bila nak ke airport ni Nani lagi prefer untuk guna public transport lah. Setakat ni tak pernah lagi naik teksi atau pun grab car ke airport sebab harga dia boleh tahan jugaklah mahal tu. Hahah! Konsep dia selagi boleh jimat, baiklah berjimat kan. Untuk yang pertama kali nak ke KLIA atau KLIA 2 korang boleh lah refer entry ni okay, semoga bermanfaat! Kalau nak drop soalan pun boleh, nanti Nani cuba jawab :)
 KLIA Ekspress
Salah satu cara untuk ke KLIA/ KLIA 2 adalah dengan mengambil KLIA Ekspress dari KL Sentral. Tiket RM 55 seorang untuk satu hala & kalau korang beli secara online boleh dapat diskaun 10% macam tu. Nak lagi jimat, korang boleh guna Visa Paywave, yang ni boleh dapat diskaun sebanyak 15%. Perjalanan mengambil masa dalam 30 minit macam tu. Tapi Nani rasa haritu macam tak sampai setengah jam pun. Heheh. Memang express lah, kalau korang dah terlewat nak ke airport boleh lah guna KLIA Express. Memang agak mahal sikit tapi selesa. Depends lah pada korang sendiri dan bajet yang korang ada untuk ke KLIA atau KLIA 2 ni. 
KLIA Transit 
Untuk KLIA Transit ni, korang boleh naik dari mana mana stesen yang macam dalam gambar dekat atas ni. Macam yang Nani cakap tadi, Nani naik KLIA Transit ni dari KL Sentral, turun dekat Putrajaya dulu lepas tu beli tiket lain ke KLIA 2. Total baru RM 23.50 macam tu. Kalau ada student card lagi banyak discount, boleh dapat RM 16 aje tau untuk satu perjalanan. Cuma untuk student card, lepas beli kena terus masuk dalam within two minutes. Jimat sikit lah bila guna KLIA transit ni daripada kita KLIA Ekspress dari KL Sentral - KLIA 2 (RM55). Ini pun selesa jugak, sama macam KLIA Ekspress, cuma ada berhenti dekat a few stations sebelum sampai airport. 
Shuttle Bus 
Ini cara yang paling jimatlah untuk ke KLIA/ KLIA 2. Kalau sebelum ni, shuttle bas cuma ada dekat dua tempat aje, KL Sentral dan jugak Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Harga shuttle bas ni pulak tak silap Nani around RM 10 - RM 12 one way, lebih kurang sejam perjalanan. Sekarang ni dah ada satu lagi Stesen LRT yang provide service ke KLIA/KLIA 2, iaitu Stesen LRT Putra Height. Kalau sesiapa yang tinggal berdekatan dengan Stesen LRT ni senang lah lepas ni, tak payah dah susah susah nak ke KL Sentral atau pun TBS. Cuma harga tu Nani tak sure lah berapa ringgit untuk one way. Okay itu aje yang Nani nak share dengan korang hari ni. Semoga bermanfaat dan selamat berhujung minggu! 

Rezeki Budak Buat LIVE Dapat Tajaan Kahwin RM 500 Ribu!

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Setiap orang mesti ada impian untuk majlis perkahwinan dia kan. Iye lah, perkahwinan ni kan sekali aje seumur hidup mesti lah kita nak majlis yang meriah dan memuaskan hati. Fuhh memang gembira dan seronok berganda ganda lah kalau kita dapat realisasikan impian perkahwinan kita tu kan. Tapi apa apa pun kena lah tengok jugak kemampuan diri sendiri. Heheh. Lain pulak cerita nya dengan Siti  Jamumall ni. Kalau nak tahu mulanya Siti ni nak buat majlis perkahwinan yang simple simple aje tau tapi siapa tahu rezeki beliau dan pasangan dapat tajaan 500 ribu untuk perkahwinan dia orang. Betul lah pepatah melayu cakap, tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Untung seorang gadis kecil comel SITI SURIANI atau lebih dikenali sebagai SITI JAMUMALL mendapat tajaan kahwin sehingga RM500 RIBU!! Apa apa pun tahniah untuk pasangan ini, semoga bahagia sampai ke anak cucu. Jom tengok gambar gambar sekitar perkahwinan dia orang baru baru ini. 
 Pada mulanya beliau sangkakan ingin buat majlis biasa secara kecil-kecilan, tetapi sapa sangka setelah memuat naik satu status di fb beliau tentang majlis perkahwinan terus mendapat wassup dan call bertalu – talu dari founder produk, owner kedai dan bermacam lagi untuk sponser majlis beliau.
Hampir 100 company dari perbagai produk berminat untuk sponser majlis kahwin siti, paling menyentuh hati, yang baru berjinak dalam perniagaan juga berbesar hati sponser majlis perkahwinan Siti. Kata siti, beliau sangat sebak dan tidak menyangka, majlis yang mulanya dirancang secara biasa-biasa kini menjadi luar biasa. Inilah berkat usaha beliau selama 3 tahun membuahkan hasil. Beliau menjadi promoter atau host untuk jamumall.com dan menjual perbagai jenis produk kosmetik, kesihatan, fesyen dan makanan. 
Selama ni Siti mempromosikan produk orang dengan ikhlas, Siti bantu dari produk biasa-biasa tak dikenali, sampai dikenali dan viral sebabtu ramai hargai jasa Siti dan bila Siti kahwin mereka sanggup sponser macam-macam. Siti sangat-sangat bersyukur dapat sponser dari nikah, pre wedding, majlis berinai, majlis kahwin sampailah ke honeymoon pakej.
GAMBAR SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN SITI & PASANGAN 





💗 Senarai penaja Majlis Perkahwinan Siti & pasangan
Pelamin dan Hiasan Dewan dari Wedding by emma
https://www.instagram.com/weddingsbyemma/
Vip Menu dari Rumpun Selera
https://instagram.com/rumpunselera

Perfume dari  Luxe Essencia Resources
Scarft dari Scarft By Mehrun
https://instagram.com/scarfbymehrun
Baju Pengantin dari Dlia Jane Bridal Collection
https://instagram.com/mahligai_dlia_jane_bridal
Grand Cake dari Mad About Cake
https://instagram.com/madaboutcake_official
Jamu dari Seri Lady Empire Resources
https://instagram.com/seriladyofficialhq
Tudung Bawal  Bridesmaids dari Gallery Bawal
https://instagram.com/gallerybawal_galeri_bawal
Kain Pasang Diamond dari Irahsukri
https://instagram.com/irah_sukri
Telekung dari Pretty Aini
https://instagram.com/prettyainiumrahhaji
 Coffe Es-Cream dari Ana Zahra Beauty
https://www.facebook.com/anazahrabeautyhq/
Make Up Set dari Zacthira Navillionniza
https://www.facebook.com/kenitzcosmetic/


Printed Box dari Art Creation Printing
https://www.facebook.com/artcreationprintingmoq50pcs/

Honeymoon Pakej dari Arwana Resort
https://instagram.com/arwanaperhentianresort

Berhujung Minggu di Pahang

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Entry hari ni kita throwback sikit cerita balik Pahang hari tu. Heheh. Walaupun dah tiga minggu berlalu tetap jugak nak share 😛 Nani memang jenis yang setiap bulan wajib balik Pahang sekali, tak kira lah sibuk macam mana pun tetap nak balik. Penat jugaklah kadang kadang tu bila balik weekend aje, tapi bila dah jejak kaki dekat rumah tu fuhh seronok okay. Lagi lagi bila semua makanan fav terhidang depan mata. Hahah! Selalunya kalau serabut dengan macam macam kerja masa tu lah lagi membuak buak rasa nak balik rumah. Sekurang kurangnya bila balik jumpa mak ayah & spend time dengan orang yang kita sayang ni boleh lah relax kan sikit kepala tu. Lagi pun masa ini lah nak tumpang bermanja dan cerita macam macam dengan orang tua kan. Hargai selagi ada, iye lah kita pun bukan tahu selama mana Tuhan nak pinjamkan dia orang untuk kita. Selagi masih ada ruang dan masa ni, balik lah selalu jenguk dia orang. Paling penting minta dia orang doakan kita, inshaAllah keberkatan tu sentiasa ada. Gittew!
 Macam biasa bila balik Pahang ni mesti lah bersepah sepah gambar makanan aje. Hahaha! Kebetulan haritu semua adik beradik Nani ada balik jugak, so abah belanja lah makan satay sebab dapat bonus sempena 20 tahun berkhidmat. Hihi. Lama dah abah kita kerja, sikit lagi dah boleh berehat dah tu dekat rumah. Mula mula abah ajak makan Marrybrown tapi masing masing menolak, semua pilih satay daripada fast food. Woww jarang jarang benda macam ni jadi. Hahah! 
 Sambal Hitam Pahang. Ini ibu Nani lah yang buat satu kuali sambal sebab ada orang tempah. Makan sambal hitam ni dengan nasi panas panas lepas tu ada telur dadar tak pun ayam goreng memang layan wakk. Mahunya berpinggan pinggan nasi makan okay. Hahah! Nani jaraaang jumpa sambal hitam yang betul betul pedas, kena dengan citarasa Nani. Selalu kalau beli tu, mesti ada rasa manis lah, turn off betul makan sambal tapi ada rasa manis ni. Nani kureng sikit sambal yang ada letak gula ni. 
 Menu yang paling wajib ada dalam list bila balik Pahang, nasi lemak ibu. Sambal nasi lemak tu yang paling win, Nani tak pernah menjadi buat sambal nasi lemak macam ibu. Hari tu siap ada rendang ayam lagi, terus fefeeling macam Hari Raya. Hahah! Nasi lemak rendang ayam memang ngam sangat lah buat sarapan hujung minggu kan. Lepas tu balik KL naik bas kerja Nani tidur aje lah sepanjang perjalanan. Dasar! Hahahah! 
Gambar cekodok bodo bodo dengan sambal sardin pun nak masuk jugak dalam blog. Hahah! Walaupun nampak biasa biasa aje tapi sedap okay. Sambal sardin tu Nani tumis dulu cili yang dah ditumbuk lumat lepas tu masukkan sardin tin, garam dengan bawang. Sedaap! Nani tak suka sangat kalau cekodok makan dengan cili sos, gigih okay masak sambal sardin semata mata nak makan dengan cekodok. Hahah! Sekali sekala balik kan, memang seronok sebab abah dengan ibu layan kita macam macam. Tak cukup satu dua hidangan, kalau boleh semua dia orang nak masakkan. Harap harap satu hari nanti sempatlah nak berbakti semula dengan dia orang 💗

Resepi Sandwich Telur Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari ni Nani nak share satu lagi resepi yang tersangat lah simple dan sedap. Kebetulan haritu ada potluck lepas tu dah tak tahu nak bawa apa, terus lah google menu apa yang senang nak buat. Heheh. Mula mula ingat nak buat agar agar tapi dekat sini tak ada dapur, so tak jadi lah plan yang tu. Sudahnya kita buat lah sandwich telur ni hah, senang sebab guna tiga bahan aje. Telur tu pun Nani rebus dalam heater, nasib baik lah telur tu masak elok okay. Nama pun dapur bujang kan, so konsep dia kita guna apa yang ada.  Gittew. Telur tu Nani rebus dua kali dalam air panas, memang menjadi. Next time dah tahu lah macam mana nak buat kalau tak ada dapur. Hahah! Nani lagi suka buat sandwich telur ni sebab murah sikit bahan bahan yang nak beli, kalau sandwich sardin tu tak berapa sesuai nak buat untuk makan ramai pada Nani. Iye lah sardin mahal sikit kan daripada telur, kalau nak makan sendiri tu okay lah. So untuk korang yang nak try buat sandwich telur simple, boleh tengok resepi Nani dekat bawah ni okay! 
 Nani cuma guna bahan bahan dekat atas ni aje, garam & juga roti. Of course lah kan wajib ada roti, kalau tak macam mana nak buat sandwich. Ada sesetengah orang dia suka perahkan lemon sikit tapi Nani hari tu tak sempat nak beli lemon, so kita guna lah apa yang ada. Senang. Itu lah hasil telur yang Nani rebus guna heater. Dua kali rebus lepas tu Nani rendam aje dalam air panas tu, memang masak elok. Nani buat sandwich ni guna sebuku roti yang panjang, itu pun ada lebih lagi telur tu. First time buat untuk makan ramai, tak pandai nak budget berapa banyak telur. Heheh. 
 Cara dia tersangatlah mudah, telur yang kita dah rebus tadi korang hancurkan lah guna garfu lepas tu masukkan mayonis, garam dan jugak serbuk lada hitam. Nani guna tiga pack mayonis yang macam dalam gambar dekat atas tu & telur dalam tujuh biji.  Tapi rasanya kalau nak buat sandwich untuk sebuku roti yang panjang tu, lima biji telur pun dah cukup. Serbuk lada hitam tu pulak korang agak agak lah nak letak banyak mana. Heheh. Gaul sampai sebati lepas tu boleh lah sapu dekat atas roti. 
Ini lah dia hasil Sandwich Telur yang Nani buat hari tu. Nervous okay first time buat sandwich untuk bagi orang makan. Kalau setakat untuk makan sendiri tu, kalau tak sedap tak apa lah sebab makan sendiri kan. Heheh. Rasa macam gigih betul buat sandwich comel comel macam ni. Tapi berbaloi lah buat sendiri sebab boleh letak isi tu banyak banyak. Cuma Nani haritu tak letak pun sayur ke apa sebab terlupa nak beli. Hahah! Memang sandwich simple sangat sangat ni, jadi lah kan. Laris jugak sandwich ni hari tu, tak tahu lah sebab sedap ke atau pun masing - masing tengah lapar. Korang suka tak makan sandwich telur macam ni? 

Buffet Ramadhan 2019 | Dorsett Kuala Lumpur

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Dah masuk bulan April dah kita ni, maksudnya tinggal lebih kurang sebulan aje lagi nak menyambut kedatangan bulan yang paling mulia, bulan Ramadhan. Macam biasa lah bila bulan Ramadhan ni, mesti ada masanya kita rasa nak berbuka di luar kan. Heheh. Tak salah pun sekali sekala untuk tukar selera dengan berbuka dekat luar. Iye lah, kalau hari hari masak tak pun beli lauk di bazaar Ramadhan, boleh naik jemu jugak nanti. So bulan Ramadhan nanti boleh lah ajak kawan kawan dan family berbuka di Checkers Cafe, Dorsett Kuala Lumpur. Baru - baru ini, Nani sendiri berkesempatan ke Preview Buffet Ramadhan di Dorsett Kuala Lumpur yang bertemakan Masakan Bonda Kembali. Jadinya, untuk korang yang teringin nak merasai menu dan lauk pauk yang bertemakan tradisional, boleh lah berbuka dekat sana okay. Highly recommended sebab semuanya sedap, memang puast hati & berbaloi lah berbuka puasa di Dorsett Kuala Lumpur.
Lokasi Dorsett Kuala Lumpur
Kalau korang nak tahu Dorsett Kuala Lumpur merupakan salah satu hotel yang sangat mudah dan senang untuk kita pergi tau. Pada Nani, kedudukan hotel ni sangat strategik sebab berdekatan dengan Stesen Monorail Bukit Bintang dan juga Mrt Bukit Bintang. Bukan setakat itu aje, hotel ini terletak kira kira 45 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Malaysia. Selain daripada itu, Dorsett Kuala Lumpur terletak berdekatan dengan pusat membeli belah seperti Pavilion, Starhill dan Fahrenheit 88. KLCC & Berjaya Times Square pun tak jauh mana dari Dorsett Kuala Lumpur ni, so lepas berbuka puasa boleh lah shopping untuk Raya pulak nanti. Eh? Hahah!
Menu di Checkers Cafe, Dorsett Kuala Lumpur
Untuk tahun 2019 ini, Bonda Kak Shikeen kembali lagi dengan 13 jenis hidangan utama yang mewakili setiap negeri di Malaysia dan yang paling best sekali, semuanya disediakan dengan menggunakan resepi tradisional. Selain daripada 13 jenis hidangan tersebut, terdapat juga 100 lagi menu untuk dinikmati apabila kita berbuka puasa di Dorsett Kuala Lumpur. Antara hidangan tersebut ialah Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Negeri Sembilan, Kambing Panggang Bersama Nasi Arab, Kari Kepala Ikan Pulau Pinang, Sambal Bilis Tempoyak & Petai Perak, Udang Masak Kailo Melaka, Ayam Masak Tomato Kedah dan pelbagai lagi hidangan lain. 
Apa yang Nani suka dengan Buffet Ramadhan di Dorsett Kuala Lumpur ni, kebanyakkan hidangan dia orang lebih kurang sama dengan yang ibu kita selalu masak dekat rumah. Bila berada di perantauan ni, mesti lah rindu kan nak makan masakan daripada air tangan ibu kita sendiri. Tapi lepas ni Nani dah tak susah lah, sebab boleh ajak kawan kawan semua berbuka di Dorsett Kuala Lumpur. Tempat makan pun sangat selesa & ruang untuk solat pun turut disediakan. 


 Untuk korang yang bercadang untuk berbuka puasa di Dorsett Kuala Lumpur, jangan lupa untuk buat tempahan melalui pihak hotel okay. Buffet Ramadhan di Dorsett Kuala Lumpur bermula dari 10 May 2019 sehingga 2 Jun 2019 (7 petang sehingga 10.30 malam). 
HIDANGAN BUFFET RAMADHAN DI 
CHECKERS CAFE DORSETT KUALA LUMPUR
















Fuhh menarik kan semua hidangan di Dorsett Kuala Lumpur. Ini antara salah satu yang Nani rasa sangat berbaloi untuk pergi. Macam macam menu ada, paling penting sedap. Memang rasa macam berbuka dekat rumah lah. Heheh. Jangan lupa lepas ni terus buat tempahan okay, nanti boleh lah dapat harga promosi, jimat jugak tu. Korang boleh refer harga Buffet Ramadhan di Checkers Cafe, Dorsett Kuala Lumpur dekat bawah ni. Salam Ramadhan semua! 
HARGA PROMOSI (EARLY BIRDS)
RM 88 (per person)
HARGA BIASA
RM 98 (per person)
KANAK KANAK (BAWAH 11 TAHUN) & WARGA TUA 
30% DISKAUN (per person)

Korang boleh mendapatkan voucher Ramadhan secara online melalui:
Website:
info.kualalumpur@dorsetthotels.com
Contact Number:
+603 2716 1010






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page