Seminggu di Pahang

Assalamualaikum & Hello.
Minggu lepas seminggu berkampung dekat Pahang dan kebetulan sangat kali ni midsem break sama dengan cuti sekolah. Meriah sikitlah rumah sebab cuti sekolah kan, kalau tidak memang sampai tak tahu nak buat apa walaupun tengah cuti. Tapi kali ni cuti nan hado nya nak relax sangat, assignment bertimbun sampai semua kena angkut bawa balik rumah. Nangis dalam hati. Hahah! Blog ni pun terabai sungguh bulan ni, 11 entry aje mampu buat. Itu pun dah curi curi masa yang ada. Nak jalan jalan singgah blog korang pun tak sempat. Kadang kadang sebelum tidur sempat lah singgah satu dua blog lepas tu kelaut. Bila tengah sibuk macam ni, memang susah nak maintain update blog hari hari. Eh macam dah jauh sangat tersasar dari tajuk dekat atas tu. Hahah! 😆 
 Seminggu cuti hari tu, macam macam yang ibu masak. Biasalah ibu pun bercuti jugak dari mendidik dan mengajar anak bangsa, jadinya meriah sikitlah menu. Hari hari breakfast makanan berat. Nikmat sangat okay lagi lagi bila ibu sendiri yang masak 😊
Kuih badak berendam. Baru ni ibu Nani beli gula kabung konon nak buat stok untuk bulan puasa nanti, sekali dah guna jugak baru ni hah. Hahah! Kuih ni memang selalu sangat lah ibu buat sebab kalau beli selalu tak kena dengan citarasa sendiri. Biasalah, air tangan ibu jugak yang sedap kan. 
 Hari tu jalan jalan pasar malam, terjumpa mak cik yang jual jambu air ni. Memang tak fikir banyak kali dah, terus aje beli. Hahah! Dulu dulu ada pokok boleh lah tunggu berbuah, ini pukok pun dah tak ada, kena lah beli. Jarang jugak dah sekarang nak jumpa orang jual buah jambu air ni. Selalu kalau dekat pasar malam kampung ada lah. Nanai beli satu plastik baru dua ringgit. Muraaah!
 Nasi kerabu daging bakar. Tiap kali balik Pahang, mesti ada aje hari yang breakfast nasi kerabu. Heheh. 
Sempat jugaklah hari tu buat ayam panggang versi campak campak. Resepi boleh tengok dekat SINI. Memang mudah sangat nak buat, yang penting kena rajin aje. Heheh. Seminggu bercuti pun Nani tak sempat nak ke mana mana sangat. Banyak habiskan masa dekat rumah, lepas tu balik kampung sekejap tengok nenek Nani yang tak berapa sihat. Korang ke mana cuti sekolah baru ni? 
p/s : Esok dah masuk 1 April pun, kejap je masa berlalu. 


Resepi Ayam Panggang Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Baru ni balik Pahang, memang rasa macam macam nak masak. Biasalah kalau dekat sini memang jemu hari hari hadap makanan dekat cafe. Kadang kadang sampai tak tahu nak makan lauk apa sebab hari hari lauk yang sama. Sekali sekala dapat balik Pahang, mesti lah rajin sikit nak memasak tu kan. Masak yang simple simple boleh lah, kalau yang complicated tu fikir banyak kali jugak nak try buat. Eh? Dah alang alang ada resepi yang simple macam ni, Nani nak lah jugak kongsikan dengan korang. Mana lah tahu ada yang nak try buat pulak kan dekat rumah. Jangan risau, resepi yang Nani nak kongsikan ni memang semua bahan bahan dia senang nak cari. Entah entah memang dah ada dekat dapur korang kan. Dapur bujang, haruslah resepi pun senang. Asal perut kenyang, hati senang, settle kerja. Tak gitu? 😆
Resepi Ayam Panggang Mudah
Mula mula sekali kisarkan bawang merah, bawang putih, halia, garam dengan sedikit kunyit. Kunyit tu ikutlah nak guna kunyit hidup atau pun yang serbuk, Nani lagi suka guna yang serbuk. Lepas tu lumurkan lah dekat atas ayam tu. Dah siap, lumur kukus dalam 30 minit ke 45 minit. Tak nak kukus dulu pun takpe. Ibu Nani dia suruh kukus supaya nanti bila dah half-cook tak payah lama sangat kita panggang atau pun goreng. Terpulang mana yang korang suka. Masak ni kenal chill chill. Ehehe.

Resepi Ayam Panggang Mudah
Siap kukus, bagi lah ayam tu sejuk sikit lepas tu masukkan dalam oven tak pun panaskan minyak dan goreng. Kalau nak panggang dalam oven dalam 30 minit macam tu aje lepas tu dah siap. Jangan lama lama nanti ayam tu kering sangat tak sedap jugak. Kalau tak ada oven, boleh lah goreng aje sampai garing sikit. Settle bab ayam, jom buat gravy untuk ayam ni pulak.

Resepi Ayam Panggang Mudah
Untuk gravy, cairkan butter dalam dua sudu, masukkan sedikit susu cair, sos tiram, sos lada hitam, garam, air dan serbuk lada hitam. Kacau sampai mendidih, lepas tu masukkan sedikit tepung jagung sebab nak bagi gravy tu pekat. Dah siap masak gravy boleh lah lumurkan gravy tu dekat atas ayam yang dah dipanggang dengan sempurna tadi. Haaa, kalau rajin sikit boleh lah letak sayur sebagai hiasan. Hahah! Mudah sangat kan, so kalau korang tak tahu dah nak masak apa tu boleh lah try buat ayam panggang ni dekat rumah. Seekor ayam ni boleh lah makan untuk lima ke enam orang. Kalau geng geng bujang memang sekejap aje habis seekor ayam ni 😆 Selamat mencuba!

Akademi Tahfiz Mandarin Pulau Ketam

Assalamualaikum & Hello.
Hari ni Nani nak kongsikan dengan korang tentang sebuah Akademi Tahfiz Mandarin yang terletak di Pulau Ketam. Nani difahamkan Akademi Tahfiz ini baru sahaja dibuka dan jumlah pelajar yang ada setakat ini pun hanyalah dalam 34 orang (linkungan umur 8 ke 16 tahun). Buat masa sekarang ni, Akademi Tahfiz Mandarin ini hanya menerima pelajar lelaki sahaja. InshaAllah kalau tak ada apa apa halangan Nani sendiri akan ke Akademi Tahfiz ni minggu depan untuk bertemu dengan adik adik dekat sana. Kalau berkesempatan, Nani akan kongsikan lagi keadaan dekat sana macam mana 😊 Teruja okay nak ke sana, sebab nak tengok sendiri macam mana cara dia orang belajar dan menghafal Al - Quran. Untung sangat, kecil kecil lagi dah boleh menghafal ayat Al Quran. 
 Ini antara orang orang kuat yang menguruskan Akademi Tahfiz Mandarin di Pulau Ketam ni. Oh ya, Pulau Ketam ni terletak di Pelabuhan Klang. Untuk ke sana, boleh menaiki feri dalam setengah jam macam tu. Dulu dah berpeluang ke sana sekali, tapi masa tu Akademi Tahfiz ni belum ada lagi. 
 Sebahagian daripada adik adik yang menuntuk ilmu dan menghafal Al Quran di Akademi Tahfiz Mandarin. Ini ketik taklimat bersama ibu bapa/ penjaga di Balai Islam. 

Dekat Pulau Ketam ni, masjid atau pun surau dia orang panggil Balai Islam. So, kalau ke sana jangan tanya mana masjid atau surau sebab nanti dia orang tak faham. Nani pun dulu mula mula ke sana blur jugak lah. Heheh. Iya lah kan sebab kita jarang jarang guna istilah Balai Islam. 


 Perpustakaan mini yang akan menempatkan buku buku dan kitab rujukan untuk adik adik di sini. Memandangkan Akademi Tahfiz ni masih baru, jadi nya tak banyak lagi buku buku yang diletakkan di sini. Jadi nya, untuk korang yang berminat untik memberikan sumbangan untuk adik adik di Akademi tahfiz, boleh lah salurkan ke akaun bank yang tertera di bawah. 
Semoga dengan sedikit sumbangan yang kalian hulurkan mampu membantu adik adik di Akademi Tahfiz ni. InshaAllah dengan bantuan yang dapat dikumpul ni boleh lah beli buku dan kitab kitab rujukan untuk mereka. Kalau nak tahu lebih lanjut atau ada pertanyaan mengenai Akademi Tahfiz ni boleh WhatsApp Nani terus okay (0145439384). 

Kenduri Kahwin & Reunion

Assalamualaikum & Hello.
Jumaat lepas sekali lagi ke Temerloh untuk memenuhi undangan walimah sahabat sendiri. Dari tingkatan satu sampai lah spm kiterang sekelas dan pernah jugak satu dorm. Memang dah faham sangat perangai masing masing macam mana. Masa tahu dia nak kahwin, ofcourse lah teruja tu lain macam sikit. Hahah! Biasalah, sahabat sendiri kan nak tamatkan zaman bujang, siapa tak teruja. Kenduri hari Sabtu, tapi Jumaat pagi lagi dah sampai sana. Semangat betul aku nak pergi walimah dia. Eheh. Dia yang minta Nani datang awal sebab banyak benda nak cerita. Hahah! Last jumpa bulan enam tahun lepas masa buat potluck dekat rumah Nani, memang dah lama sangat. Bila terikat dengan komitmen yang ada memang susah nak jumpa tambah pulak dia belajar dekat Unisza, Nani pulak dekat Selangor. Cuti pun tak sama kalau nak ajak jumpa. 
Kalau ikutkan, ini orang ketiga dalam batch Nani yang dah selamat menamatkan zaman bujang. So turn siapa pulak lepas ni geng? 😆 Yang pasti bukan Nani. Hahah! Bagi lah orang lain jalan dulu. 
Seronok sangat bila dapat jumpa balik kawan kawan sekolah dulu. Ada yang dah bertahun tak jumpa, sekali dah jumpa macam tak nak berhenti berborak aje semua orang. Ini baru sebahagian aje yang datang, kalau satu batch tak tau lah nak bayangkan kecohnya tu macam mana. Hahah! 
 Nani dulu bukanlah sekolah perempuan pun tapi hari tu yang lelaki semua nya datang lambat, tak ada sangat gambar dengan dia orang. Ehehe. 
 Gigih nak selfie dengan pengantin yang tengah nak makan tu. Hahah! Satu satunya gambar yang ada Jihah dan suami, yang lain semua gambar dengan Jihah sorang 😆
 Lauk kenduri hari tu pun semuanya sedaaap! Gulai daging tu paling Nani suka, siap bertambah lagi. Hahah! Makan awal awal sebab lepas tu sibuk masing masing nak bergambar dengan pengantin lah, kawan kawan lah. Meriah oi! 
 Cantiknyaaa sahabat saya ni 😍 Hari tu walaupun gelabah sebab pengantin lelaki dah sampai & dia tak sempat nak pakai tudung lagi tapi elok jugak terletak tudung tu akhirnya. Hahaha! Gelabah dia tu sampai tangan pun jadi terketar ketar. Sabar aje lah aku yang tengok ni. 
Barakallah sahabat dan selamat menjaga amanah yang Tuhan kurniakan dengan sebaik mungkin. Terima kasih sebab selalu dengar setiap cerita aku, layan perangai aku yang entah apa - apa dan untuk segala galanya. Dulu selalu dia cakap yang Nani akan kahwin dulu tetiba sekarang dah jadi lain. Hahah! Jodoh kan, siapa boleh jangka diapa yang akan kahwin dulu. Gitu. Walaupun hari tu macam sedih sikit sebab dia dah kahwin tapi berlagak cool aje. Hahah! Semua nya akan jadi lain lepas ni tambah pulak dia akan menetap di Terengganu. Lagi lah susah nak jumpa. Sekali lagi, selamat pengantin baru sahabat dan semoga kekal hingga ke syurga 😊 

Biskut Gery Salut Malkist

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang 😍Akhirnya dapat jugak menaip entry malam ni. Minggu yang paling busy dengan macam macam kerja sampaikan tak ada masa langsung nak buat entry apatah lagi blogwalking. Biasalah bila dah nak dekat cuti, memang kerja bertimbun lain macam. Time tu lah lecturer nak buat quiz, kena submit assignment dan banyak lagi lah. Petang tadi settle semua benda, rasa legaaaa betul. Sorry sangat tau yang selalu singgah sini tinggalkan komen tapi Nani tak balas balik. Malam ni Nani slow slow singgah blog korang okay, jangan risau. Ehehe. Oh ya, sebenarnya nak kongsikan dengan korang pasal biskut Gery Salut Markist ni hah. Baru baru ni lah biskut ni jadi viral, sana sini cakap pasal biskut gery. Nani pun dah lama mencari, baru petang tadi dapat rasa sebab ada kawan jual. Hari tu gigih cari dekat Aeon Big tapi tak ada. Kemain susah nak cari eh biskut ni. Hahaha! 
Biskut Gery Salut Malkist
Ini lah rupa packaging biskut gery tu. Ada dua jenis, satu cheese dan satu lagi coklat. Nani haruslah pilih cheese sebab orang cakap sedap sangat. Dalam satu paket ni ada lah dalam 10 keping kalau tak silap Nani. Tadi tak sempat nak kira plus biskut tu pun dah patah patah sebab dari pagi sampai lah ke petang duduk dalam beg. Lupa betul nak keluarkan masa lunch tadi. Tak kisah lah patah ke tidak biskut nya, asalkan dapat rasa. Ehehe. 
Biskut Gery Salut Malkist
 Sedap lah jugak rupanya biskut Gery ni, patutlah ramai sangat yang cakap cakap pasal biskut ni. Terus rasa menyesal sebab beli satu paket aje. Hahah! Kawan Nani jual satu paket ni dalam RM6. Ada yang jual lagi mahal dari ni tau, korang kena lah pandai cari yang mana satu jual murah. Dekat mana nak cari? Ha cuba lah tengok tengok dekat Instagram tu, selalunya ada aje jual. 
Biskut Gery Salut Malkist
Kalau makan sorang ni memang sekejap aje habis. Biskut ni satu lapisan cheese dan satu lagi ditabur gula. Ala macam biskut bergula yang biasa tu cuma yang ni ada tambahan cheese. Gitu. Peminat cheese tu boleh lah try rasa biskut ni pulak. Pada Nani yang memang peminat cheese ni memang sedaap lah tapi tak tahu lah pada orang lain kan. Tekak masing - masing. Heheh. Korang ada tak yang pernah makan biskut Gery ni? Ejaan dia Gery okay bukan Gary dalam Running Man tu. Lol 😆 Sekarang misi nak cari milo cube tu pulak. Tak boleh lah tengok benda benda yang viral ni, mesti nak beli. Haih lah Nani. 

Pengalaman ke Kampung Dato' Shariff Ahmad

Assalamualaikum & Hello.
Hujung minggu lepas Nani terlibat dengan program selama tiga hari dua malam di Kampung Dato' Shariff Ahmad, Temerloh. Kalau ikutkan tiap kali Nani nak balik Jerantut memang akan lalu kampung ni dulu tapi tak pernah pun singgah apatah lagi nak teroka kampung orang ni. Dah ada peluang untuk turut serta dalam program kemasyarakatan, memang tak nak lah lepaskan peluang. Bila lagi kan nak merasa pengalaman tinggal dengan keluarga angkat dan mendekati masyarakat kampung. Berkampung dekat sana selama tiga hari, memang macam macam pengalaman baru yang Nani sendiri dapat. Seronok sangat, sampai hari ni masing - masing tak boleh nak move on lagi. Hahaha! Penduduk dekat sini pun baiknya ya Allah. Layan kami semua macam anak sendiri :")
Waktu pagi dekat sini memang sejuk gila. Nikmat sangat tidur sampai ada yang overslept. Eheheh. Tapi bila masuk tengah hari sampai lah ke petang memang panas terik sampaikan rasa tak nak duduk dekat luar kawasan dewan. Berpeluh jugaklah masing - masing jadinya. Selalunya dekat kampung memang macam tu kan, malam sejuk, siang panas terik. 
Ini lah keluarga angkat Nani. Satu rumah akan ambil tiga ke empat orang anak angkat. Baik sangat ayah dan ibu angkat kami berempat ni. Layan macam anak sendiri. Masa nak balik tu siap bagi hadiah, makanan dan duit belanja lagi. Terharu sangat dapat jumpa dengan orang orang yang baik macam ni. InshaAllah ada rezeki memang nak sangat jumpa lagi. Hari tu duduk tiga hari aje tak sempat nak beeborak panjang. 
Pagi pagi memang redup aje cuaca dekat sini, sesuai lah nak buat aktiviti luar. Semua aktiviti sepanjang program ni memang semuanya lah best. Sebab tu lah susah nak move on. Eh?
Dekat kampung ni ada banyak jugak penduduk yang mengusahakan perniagaan dan salah satunya Roti Canai Habeb ni hah. Masing - masing teruja bila tengok dalam tentatif ada lawatan ke tempat buat roti canai segera. Padahal dalam kepala dah fikir nanti dapat makan roticanai free. Hahaha!
 Masa kami pergi tu, dia tak ada lah tunjuk macam mana cara nak buat roti canai segera tu cuma dapat lah tengok mesin yang dia orang gunakan. Yang bertudung labuh tu owner roti canai segera ni. Bersih sangat tempat dia orang buat roti canai ni. 
Fuhh memang layan roti canai Habeb ni. Lembut sangat sangat sampaikan bertambah tambah makan. Hahah! Jarang jarang jumpa roti canai segera yang sedap macam ni. 
 Nani difahamkan roti canai Habeb ni dipasarkan di sekitar pasaraya di Pahang. Mana mana yang tinggal dekat Pahang tu boleh lah cari. Nani pun tak pernah jumpa (mungkin tak perasan kot sebelum sebelum ni). Lagi pun selalunya abah dengan ibu yang akan beli. Lepas ni nak cari jugaklah sebab sedap sangat sangat. Roti tu lembut. 
Dalam program ni jugk, Nani dengan kawan kawan yang lain sempat menziarah penduduk kampung yang sakit/uzur. Kebanyakkan penduduk dekat sini bukanlah sakit sebab menghidap penyakit yang kronik tapi sebab sakit tua. Macam rumah yang Nani pergi ni, tokwan ni dah berusia 98 tahun. Panjang sangat usia tokwan ni tapi alhamdulillah pendengaran dan penglihatan beliau baik lagi. 
 Sambil menziarah, ada lah sedikit sumbangan yang kami bagi untuk tuan rumah. Seronok dapat jumpa tokwan. Macam macam nasihat yang beliau bagi. Walaupun nampak tokwan tu memang dah tua sangat, tapi dia masih boleh bercakap macam biasa & tak nyanyuk apa pun. 
 Tak pernah kenal pun dengan dia orang sebelum ni, tapi boleh jadi rapat macam satu family walaupun masing  masing bukanlah dalam kos dan tahun yang sama 😍
 Dekat sana jugak, I is belajar macam mana nak jadi orang berseni. Hahaha! Hasil gabungan idea banyak kepala, maka terhasil lah bungan rafflesia untuk slot petang tu. Ada gaya ke tidak? 😆
Apa apa pun memang ini antara pengalaman yang paling manis dan berharga dalam hidup Nani. Terima kasih keluarga angkat dan jugak penduduk kampung Dato' Shariff Ahmad sebab menerima baik kehadiran kita orang semua. Seronok sangat dapat mendekati masayarakat macam ni dan rupanya kampung ni luas jugak. Heheh. Bila bila ada masa free, boleh lah ke kampung ni lagi 😊

Mini Potluck!

Assalamualaikum & Hello.
Minggu lepas Nani ada lah buat makan makan sikit sambil nak sambut birthday kawan kawan rapat. Bila duduk jauh dengan family ni, memang kawan lah antara yang paling rapat. Dengan dia orang lah tempat nak mengadu, nak menangis, nak minta tolong apa semua. Heheh. Alhamdulillah setakat hari ni Nani sentiasa dikelilingi kawan kawan yang selalu sokong satu sama lain. Kenal pun dah lama sangat, dari zaman asasi dulu lagi. Masing - masing memang dah faham perangai satu sama lain. Hari tu plan pun last minute nak suprise kan kawan Nani ni. Biasalah kalau dah nama pun bujang, memang tak ada nya nak proper sangat bila nak buat benda macam ni. Semua main ikut suka aje. Tapi dalam plan last minute pun, still menjadi jugak suprise tu. Selalunya kalau rancang last minute, jarang jarang sangat tak menjadi. Eheh. Malam tu merasa lah celebrate birthday sambil berpotluck. 
Menu utama malam tu ayam panggang dengan nasi putih. Nikmat sangat okay lagi lagi makan dengan kawan kawan yang memang rapat ni. Mula mula tu ingat tak cukup seekor ayam ni untuk makan lapan orang, sekali tak habis pun (lagi lagi yang bahagian isi tu). Hahah! Biasalah, kalau ayam ni, memang ramai sangat yang suka bahagian tulang berbanding isi. 
Because celebrating birthday with cake is too mainstream! Ehehe 😆 Hakikatnya sambut birthday dengan Domino's pun dah biasa sangat jugak. Masa ni Nani guna kupon beli satu large piza harga RM34++ dan piza kedua dengan harga 30 sen. Iye wak, 30 sen aje bukan 30 ringgit. Domino's ni selalu aje buat promosi, cuma kena selalu lah tengok website dia orang. 
Gambar tak berapa nak lawa sangat sebab buat dekat pondok, lighting tak berapa nak ada. Fuh memang tersandar kekenyangan lepas tu bila dah makan semua ni. Ada jugak lagi brownies dengan kek coklat tapi tak sempat nak ambil gambar sebab dia orang dah selamat makan dulu. Ikutkan nak order Domino's aje sekali banyak pulak menu malam tu. Sekali sekala buat potluck macam ni memang syok, lupakan sekejap semua komitmen yang ada 😊

Giveaway Fridge Magnet Padang Besar By Mialiana.com

Assalamualaikum & Hello.
Giveaway Fridge Magnet Padang Besar By Mialiana.com

Giveaway Fridge Magnet Padang Besar bermula saat ini dari hari ini, 6 hingga 13 Mac 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.

Giveaway Fridge Magnet Padang Besar By Mialiana.com
Kisahnya di SINI.


Siapa nak ole-ole dari Padang Besar? Ada 30 fridge magnet berbentuk selipar pelbagai warna.  Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia Liana ya...

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Padang Besar By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 13 Mac 2017.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 20 Mac 2017.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...

Courier Service

Assalamualaikum & Hello.
Minggu lepas Nani ada beli buku secara online di Bukuboy. Memang dah selalu sangat beli dekat Bukuboy ni sebab semua buku dekat sini sentiasa ada diskaun dalam 20 ke 25 peratus. Murah lah dari harga dekat tempat lain. Korang pun kalau nak cari buku motivasi, novel, buku belajar, boleh lah beli melalui Bukuboy. Memang terbaik dan laju servis dia orang. Nani sejak tahu pasal Bukuboy ni memang sentiasa beli dekat situ. Selalunya bila beli buku secara online, Nani akan direct pos ke rumah dekat Pahang tapi sebab baru ni nak guna urgent so nya pos terus ke universiti. Bila pos ke universiti, memang automatik lah akan hantar dekat pejabat kan. Tapi yang Nani peliknya dari tiga hari bulan hari tu parcel Nani tak dikeluarkan untuk penghantaran. Bila check dalam sistem, dia cuma nyatakan yang barang Nani dekat Pejabat Pos Batu Caves (macam dekat bawah ni). Hari hari check tapi still sama jugak. 
Nani pun rileks rileks je lah, tunggu lagi dua tiga hari mungkin parcel Nani tu akan dikeluarkan. Isnin check, Selasa pun check, tapi still sama tak ada proses penghantaran. Dah memang tak boleh sabar lagi dah, Nani pun tanya lah orang dan dia orang cadangkan pergi check terus dekat pejabat. Semalam baru sempat nak pergi pejabat dan barang Nani tu dah sampai sejak Jumaat lepas lagi tapi dalam sistem tak update. Alahai, kenapa lah buat orang macam ni. Nani bukannya ada banyak masa hari hari nak pergi office nak check sama ada barang dah sampai ke belum. Harap lepas ni dia orang akan sentiasa lah update dalam sistem. 
Ini pun lepas Nani dah settle ambil parcel, still lagi tak update apa apa. Mungkin sistem down kot (I'm trying to be postive) tapi kawan Nani hari tu pun terjadi masalah yang sama. Dia lagi lah sampai dua minggu tunggu parcel sebab sistem tak update pun barang dah dikeluarkan untuk penghataran. Ye lah nanti hari hari menapak pergi office nak check semata mata parcel dah sampai ke belum, apa pulak cakap mak cik tu dekat situ kan. Huhu. 
Finally I got my parcel yesterday walaupun hakikatnya Jumaat lepas lagi parcel ni dah sampai. So korang kalau ada beli barang online, letak pulak alamat kolej/univesiti dan barang still lagi tak sampai, sistem pulak tak update macam ni, boleh terus pergi check dekat office. Jangan jadi macam Nani, dah dekat seminggu baru nak pergi tengok. Hahah! Sebab sebelum ni tak pernah ada apa apa pun masalah macam ni dengan Pos Laju tu yang macam blur sikit. Huhu. It's ok lah, lesson learned. Gitu 😊

Pertemuan Singkat

Assalamualaikum & Hello.
Entry ni memang dah lama aku peram dalam draft, mungkin dah tiba masa nya untuk aku kongsikan dengan korang. Ceh! Over sangat 😆 Kisahnya hari tu masa balik dari Pulau Pinang naik ETS, Nani duduk sebelah seorang mak cik ni, memang baik dan peramah sangat tau. Rasa macam berborak dengan mak sendiri. Nani naik ETS dari Butterworth, mak cik tu naik dekat Bukit Mertajam kalau tak silap. Masa mak cik Julia ni duduk, ingatkan nak buat tak tahu aje sebab ye lah stranger kan (tapi ada lah jugak senyum bukan buat tak tahu 100%) 😀Nani pun mengantuk sangat masa tu, dalam kepala memang nak tidur aje. Pagi tu pukul lima dah bangun semata mata nak kejar ETS, memang sah lah mata pun berat. Tapi tak lama lepas tu mak cik Julia ni tegur Nani dulu. Dari niat Nani nak tidur terus tak jadi tidur hah. Sepanjang perjalanan berborak dengan beliau. 
Yang lagi rancak perbualan tu sebab anak bongsu mak cik ni satu tempat belajar dengan Nani, cuma nya tahun dan kos lah berbeza. Mak cik Julia siap tunjuk lagi gambar anak dia kot kot Nani kenal. Heheh. Memang sah sah lah tak kenal kan tambah pulak anak nya tu lelaki. Perjalanan yang lebih kurang enam jam tu tiba tiba rasa sekejap sangat. Macam macam ilmu yang mak cik ni kongsikan dalam ETS hari tu. Sebab tu lah Nani rasa macam berborak dengan ibu sendiri. Rasa seronok sangat bila dapat dengar pengalaman orang dulu dulu ni lagi lagi tentang kehidupan, kekeluargaan dan banyak lagi lah. Kalau ada rezeki, Nani nak sangat jumpa dengan mak cik Julia ni lagi. 
Sembang punya sembang, rupanya mak cik ni ada tiga buah homestay dekat Pulau Pinang. Korang kalau nak bercuti ke Penang, tak tahu nak menginap dekat mana boleh lah contact mak cik Julia ni. Ya Allah, dia baik sangat sangat. Dari niat suka suka nak buat homestay, dah jadi punca rezeki dia. Hari tu Nani ada tengok gambar gambar dekat homestay mak cik ni, memang lengkaplah semua benda. Mak cik ni tak upah orang pun untuk bersihkan homestay ni, semua dia uruskan sendiri dengan suami dia. Memang kagum lah dengan mak cik Julia. Nani ni pun kadang kadang mengeluh bila nak kena kemas satu rumah. Hahaha! Penat kot 😆
Betul lah kan, setiap pertemuan yang Tuhan aturkan tu mesti akan ada hikmah yang tersendiri. Daripada tak nak bertegur tiba tiba boleh jadi rapat dalam sekelip mata, sampaikan rasa tak nak berhenti berborak. Banyak sangat nasihat yang mak cik tu kongsikan dan inshaAllah Nani akan ingat selalu. Paling tak boleh lupa bila mak cik Julia cakap "nanti kalau ada rezeki berumah tangga dan ada anak, didik anak anak dengan ilmu agama secukup mungkin sebab dunia sekarang terlalu banyak keburukan dari kebaikan." 😊 Terharuu sangat bila jumpa dengan orang yang baik baik macam ni. Korang pernah tak lalui situasi macam ni? Heheh. Dari stranger, tiba tiba jadi rapat sekelip mata? 

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum & Hello.
Weekend minggu lepas Nani balik Pahang sebab abang de nak kahwin. Sampai sekarang macam tak percaya semua orang dah tamatkan zaman bujang. Hahahah! Pagi Jumaat gerak balik rumah dekat Jerantut dulu lepas tu petang baru ke Kuantan. Penat dia jangan cakap, letih jugak hah duduk dalam kereta lama lama. Tapi demi nak meraikan hari bahagia abang de dengan kak Mira, letih ku tolak tepi. Gitu. Rasa macam baru je lagi masing masing habis belajar, tup tup dah jadi suami orang pun. Hari tu Along kahwin lepas tu kak Diah dengan Angah, minggu lepas abang de pulak. Apeni tinggalkan I sensorang je single. Eh? 😆 I is tumpang bahagia dengan masjid yang kalian bina, makin besar Malek's Family nampaknya. 
Masuk je dalam dewan terus rasa terpukau dengan pelamin ni. Lawaa sangat kenapaaa 😍 Tapi tu lah, lupa nak ambil gambar sorang sorang dekat pelamin ni. Hahah! Lagi pun siap makan Nani dah terkejar kejar nak balik pulak. Huhu. Busy betul bila weekend. Tiga minggu akan datang pun weekend dah fully booked dengan macam macam program 😏
Nani dah lama sangat tak makan nasi minyak sebab malas nak ikut abah dengan ibu pergi kenduri. Hahah! Baru ni dapatlah makan nasi minyak, ayam goreng berempah, kari daging apa semua. Tengok lah tu sampai penuh pinggan. Eheh. Siap ada kambing bakar lagi. Thank you kak Mira & family sediakan macam macam makanan & I'm so happy 😆

Barakallah abang de dengan kak Mira. Semoga masjid yang kalian bina dilimpahi dengan rahmat, sakinah dan jugak mawwadah. I am so happy for both of you. Macam tak percaya lagi abang de dah kahwin. Hahaha! 
My new nephew, Nazheef. Tidur aje kerja dia, lepas tu behave sangat bila orang pegang. Haritu berjaya tenangkan Nazheef masa dia nangis nangis. Ahaa, jarang jarang sangat Nani mampu buat sebab selalunya bebudak tak ngam dengan Nani. Kahkah! Semoga dah besar nanti tak takut dengan makcik mu ini, Nazheef. 
Seee tidur aje kerja dia, orang usik usik suruh bangun pun sedap aje dia lena. Geram tengok. Hahah! Apa pun tahniah abang de dengan kak Mira. So lepas ni siapa pulak yang naik pelamin? Jeng Jeng Jeng. Setakat ni takdek lagi dengar ada yang nak bertunang atau pun kahwin. Eheh. Mungkin lagi dua tiga tahun pulak kan 😉
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page