Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum & Hello.
Weekend minggu lepas Nani balik Pahang sebab abang de nak kahwin. Sampai sekarang macam tak percaya semua orang dah tamatkan zaman bujang. Hahahah! Pagi Jumaat gerak balik rumah dekat Jerantut dulu lepas tu petang baru ke Kuantan. Penat dia jangan cakap, letih jugak hah duduk dalam kereta lama lama. Tapi demi nak meraikan hari bahagia abang de dengan kak Mira, letih ku tolak tepi. Gitu. Rasa macam baru je lagi masing masing habis belajar, tup tup dah jadi suami orang pun. Hari tu Along kahwin lepas tu kak Diah dengan Angah, minggu lepas abang de pulak. Apeni tinggalkan I sensorang je single. Eh? 😆 I is tumpang bahagia dengan masjid yang kalian bina, makin besar Malek's Family nampaknya. 
Masuk je dalam dewan terus rasa terpukau dengan pelamin ni. Lawaa sangat kenapaaa 😍 Tapi tu lah, lupa nak ambil gambar sorang sorang dekat pelamin ni. Hahah! Lagi pun siap makan Nani dah terkejar kejar nak balik pulak. Huhu. Busy betul bila weekend. Tiga minggu akan datang pun weekend dah fully booked dengan macam macam program 😏
Nani dah lama sangat tak makan nasi minyak sebab malas nak ikut abah dengan ibu pergi kenduri. Hahah! Baru ni dapatlah makan nasi minyak, ayam goreng berempah, kari daging apa semua. Tengok lah tu sampai penuh pinggan. Eheh. Siap ada kambing bakar lagi. Thank you kak Mira & family sediakan macam macam makanan & I'm so happy 😆

Barakallah abang de dengan kak Mira. Semoga masjid yang kalian bina dilimpahi dengan rahmat, sakinah dan jugak mawwadah. I am so happy for both of you. Macam tak percaya lagi abang de dah kahwin. Hahaha! 
My new nephew, Nazheef. Tidur aje kerja dia, lepas tu behave sangat bila orang pegang. Haritu berjaya tenangkan Nazheef masa dia nangis nangis. Ahaa, jarang jarang sangat Nani mampu buat sebab selalunya bebudak tak ngam dengan Nani. Kahkah! Semoga dah besar nanti tak takut dengan makcik mu ini, Nazheef. 
Seee tidur aje kerja dia, orang usik usik suruh bangun pun sedap aje dia lena. Geram tengok. Hahah! Apa pun tahniah abang de dengan kak Mira. So lepas ni siapa pulak yang naik pelamin? Jeng Jeng Jeng. Setakat ni takdek lagi dengar ada yang nak bertunang atau pun kahwin. Eheh. Mungkin lagi dua tiga tahun pulak kan 😉

16 comments:

  1. cantiknya pelamin..lau ari tu bergambar kt situ..esok dah kawin dikk nani haha..gurau je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah! Doakan kak El. Jodoh sesat dekat mana mana ni. Eh 😂

      Delete
  2. Barakallah...pada pasangan pengantin. Lepas ni giliran makan nasi minyak nani pulak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha! Aminn. Lagi dua tiga tahun mungkin. Ehehe 😆

      Delete
  3. cantik nyer pelamin!!

    wahhh sorry dik dah lama tak kunjung blog awakkkk ade masalah pc niii..akak punyer post semua pakai hp..sobs!~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. Cantik sangat. Nani haritu sibuk ambik gambar pelamin dulu. Hahaha.

      Hehe. Takpe kak, faham sangat kalau guna hp tu macam mana 😘

      Delete
  4. sedapnya lauk majlis kahwin TT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lama lagi cuti sekolah mesti dapat wedding invitation, boleh lah cari lauk kenduri. Hehehe.

      Delete
  5. Wahhhhh selamat pengantin baru dan tahniahhh! Semoga kekal hingga ke jannah.

    ReplyDelete
  6. manis pengantinnya... pelaminnya akak suke... warna putih gitu... contras trs ngn pantin ngn color pepel tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn kak Dana. Nani pun fikir yang samaa. Cantik sangat 😍

      Delete
  7. Lawa pengantin tu purple haaa...akak doakan adik plak naik pelamin...ya Allah permudahkan urusan dik nani...aminnnnnnn

    Nak makan nasi minyak adik hehehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Kann lawa sangat colour purple. Amin 😘

      Delete
  8. Cantiknya pelamin!!! Rasa nak sanding sekali lagi pulak.. Dengan orang yang sama lah. Haha.

    COmelnya baby <3

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah... pelamin tu mmg sgt2 cantik.. menarik

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page