Nikmati Keenakan Ayam Goreng Korea di Eung Chicken

Assalamualaikum & Hello.
Annyeonghaseyo! Hahah! Sekali sekala kakak nak fefeeling Korea apa salahnya kan. Even daku tak layan sangat Kpop ni semua, tapi bila bab ayam goreng Korea, tak boleh tolak okay! So, siapaa dekat sini peminat makanan Korea? Haa kalau korang peminat makanan Korea lagi lagi dia orang punya ayam goreng, memang wajib pergi terjah Eung Chicken dekat Damansara Utama ni. Serius berbaloi sangat sangat. Nani ni dulu dulu tak minat sangat makan makanan Korea semua ni tapi sebab dah selalu kawan kawan ajak try, boleh lah jugak makan. Paling  Nani suka of course dia orang punya Korean Fried Chicken. Memang lah sekarang ni ada banyak aje yang jual Korean Fried Chicken, tapi nak jumpa yang sedap & crispy tu susah. Tapi lepas ni dah tak payah pening nak cari Korean Fried Chicken yang sedap, sebabnya dah ada dekat Eung Chicken. Wohoo! Nampaknya misi Nani mencari ayam goreng Korea yang sedap dah berjaya! So kali ni Nani nak share dengan korang lah pulak, apa yang istimewa nya sangat Korean Fried Chicken dekat sini sampai buat Nani jatuh cinta. Eh? Jaga jaga gambar dekat bawah mungkin akan membuatkan korang terliur πŸ˜†
Opening Hours Eung Chicken:
12.30pm - 11.00pm (Sunday - Thursday)
12.30pm - 11.30pm (Friday & Saturday)

Barbican & Honey B.
Antara minuman istimewa di Eung Chicken. Nani pun hari tu baru first time jumpa & minum air Honey B tu. Ait Honey B tu mengunnakan 100% madu yang pure dari Australia. Sedaap & Nani recommend jugak untuk korang try. Selain daripada air Barbican dengan Honey B ni, ada jugak air Green Tea, Ice Lemon Tea & Soft Drinks. 
Wingette Mix Drumette
Okay dah masuk part yang paling korang tunggu tunggu. Heheh! Istimewa nya dekat Eung Chicken ni, terdapat dua jenis flavour untuk Wingette Mix Drumette ni tau (Soy & Spicy). So korang boleh pilih lah mana satu yang korang suka. Dua dua jenis flavour tu pun sedap. Kalau korang nak mix pun boleh tau (half Spicy & half Soy). Harga pun berbaloi, korang boleh refer dekat bawah ni.
Harga Wingette Mix Drumette:
6pcs - RM 16
8pcs - RM 18
12pcs - RM 30
20pcs - RM 49
Wingette Mix Drumette (12pcs)
Dekat atas ni, flavour Spicy dengan Soy. Dua dua sedap okay! Tapi Nani, ayam yang ni macam kecik aje, tak puas lah makan. Nama pun Wing kan mana ada yang besar. Hahah! Tapi korang jangan lah risau sebab korang boleh pilih Huraideu (Crunchy Fried Chicken) yang dekat bawah ni. Ayam dia besar lepas tu makan dua tiga ketul dah rasa kenyang sangat. Heheh. Jom check it out!  
Huraideu (Crunchy Fried Chickin)
Untuk yang Crunchy Fried Chicken ni pulak ada tiga jenis flavour tau. Actually sama aje yang macam Wings tadi punya flavour, cuma yang ni ada flavour Original. Untuk yang ni harga berbeza ikut flavour yang kita pilih. Tapi still lagi berbaloi sebab ayam besar lepas tu flies selambak. Hahah! Memang konsep dia makan sampai kenyang dan puas hati. 
Flavour Spicy
Paling Nani recommend untuk korang try yang ni. Sedap gilos even pedas sampai rasa nak mengalir air mata. Hahaha! Nani serius tak pernah jumpa Korean Fried Chicken yang pedas sampai macam tu. Untuk orang macam Nani yang makan pedas ni, memang suka sangat lah. Harga untuk yang Crunchy Fried Chicken flavour Spicy, dekat bawah ni okay!
Spicy Half Chicken : RM 39
Spicy Whole Chicken : RM 58
Flavour Soy 
Yang ni ada jugak rasa pedas tapi light light aje, tak ada lah sampai rasa nak terbakar lidah. Hahah! Untuk yang tak berapa makan pedas sangat, boleh lah try yang flavour Soy ni. Ada rasa masin masin daripada soy tu sikit. Harga macam yang dekat bawah ni.
Soy Half Chicken : RM 37
Soy Whole Chicken : RM 56
Flavour Original
Yang ni memang tak ada rasa pedas langsung lah. Heheh. Sedap sebab rangup sangat ayam goreng tu. Sesuai lah untuk kanak kanak jugak makan dekat sini. Harga untuk flavour Original ni:
Half Chicken : RM 27
Wholeh Chicken : RM 46
Ramyeon (RM 16)
Selain daripada Korean Fried Chicken, ada jugak Ramyeon dekat sini. Korang boleh pilih sama ada nak yang jenis kering atau pun berkuah tapi harga sama aje dua dua. Dan memandangkan tak lama lagi kita akan berpuasa, Eung Chicken pun ada menawarkan pakej untuk bulan Ramadhan nanti. Agak agak dah jemu asyik makan masakan Melayu, boleh lah ajak kawan kawan & family berbuka dekat Eung Chicken pulak okay. Jejoms tengok Set Iftar dekat Eung Chicken ni. 
πŸ’™ 2 Person Set (RM 49.90)
- 2 x Drinks
- 2 x White Japanese Steam Rice
- 12pcs Wings (Any Two Flavour)
- 2 x Red Bean Mochi with Ice Cream
πŸ’™ 3 Person Set (RM 72.00)
- 3 x Drinks
- 3 x White Japanese Steam Rice
- 18pcs Wings (Any Two Flavour)
- 3 x Red Bean Mochi with Ice Cream
πŸ’™ 4 Person Set (RM 95.00)
- 4 x Drinks
- 4 x White Japanese Steam Rice
- 30pcs Wings (Any Two Flavour)
- 3 x Red Bean Mochi with Ice Cream 
So nanti boleh lah ajak family dan kawan kawan semua datang berbuka puasa dekat Eung Chicken Damansara Utama ni okay. Serius Nani puas hati sangat makan dekat sini, ayam goreng tu sedap, teringat ingat lagi sampai sekarang. Hahaha! Korang yang nak ke Eung Chicken, boleh Waze aje alamat dekat bawah ni okay! Jangan lupa untuk follow Instagram & Facebook Eung Chicken jugak! 
Alamat:
55G, Jalan SS 21/60, Damansara Utama
47400 Petaling Jaya.
No Telefon:
011-1057 4388
Facebook:
Eung Chicken
Instagram:
eungchickenmy

17 comments:

  1. Kak PC memang belum pernah cuba menu korea...teringin juga...

    ReplyDelete
  2. Teringin juga nak cuba tapi jauh dari rumah T_T

    ReplyDelete
  3. aaa sedapnya! saya suka ayam korea ni T__T
    yg drummet kecik2 tu ada sekali dgn nasi ke? ke ayam je?

    ReplyDelete
  4. Bagi akak, semua ayam goreng adalah sedap! Hehe. Eung Chicken ye, simpan dlm foodlist!

    ReplyDelete
  5. ish2 nani nih, saja je nk goda keimanan akak tau, geramnya nengok ayam grg tuh

    mmg teringin bebeno, tp laki akak ni ssh nk msk kedai yg dia tak biasa....

    ReplyDelete
  6. terasa2 lagi kelazatan ayam ni..jom repeat hehe

    ReplyDelete
  7. baca entry Nani nak dekat lunch hour terus perut berkeroncong laju, oh dekat je ni dengan rumah. Ada masa nanti bole pergi cuba.

    ReplyDelete
  8. Sedapnya ! Tak pernah try lagi ni ;)

    Jemput join giveaway CN >> http://www.cekgunorazimah.com/2018/04/giveaway-doudoumy-x-cekgunorazimah.html

    ReplyDelete
  9. Menarik ni.. meriahnya makanan. Boleh juga ke sini nanti merasa ayam goreng korea :)

    ReplyDelete
  10. waaa. bukak pose menu korea. haaa, gituu. mek tk tahan pedas. kalau mek pergi mesti ambik yg original falvor je. kua kua

    ReplyDelete
  11. Serius nampak sedap sangat2! alaaa....nak jugak !!!! HAHAHAH!

    ReplyDelete
  12. aduhh sedap2 semuanyaa..jauh sgt nk tryy

    ReplyDelete
  13. Yang ini paling Sally suka.. Spicy Huraideu...Pedas dia jenis pedas yang menyengat tu bukan macam pedas cili padi...ini serius! Yang ni most recommended oleh #KakakKimchi!

    ReplyDelete
  14. hm..alahai macam-macam ada. Lapar pulak rasanya

    ReplyDelete
  15. tinginnya nak makan ayam goreng korea..

    ReplyDelete
  16. nampak menyelerakan. harga berpatutan.
    Janji Kita

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page