Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Berbaki lebih kurang dua minggu aje lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak. Semoga kita semua sempat bertemu dengan Ramadhan kali ni. Nani dah mula rasa tak sabar nak pergi terawikh dan berbuka puasa ramai ramai nanti. Masa bulan Ramadhan ni jugak lah sebenarnya peluang untuk kita 'top up' amalan kita yang tak banyak mana sangat tu sebab pahala berganda ganda sangat. Rugi lah kan kalau kita tak manfaatkan sepenuhnya bulan yang paling mulia dari segala bulan ni. Tak sabaaarnya rasa! Tapi dalam kita tak sabar dan gembira nak sambut Ramadhan ni, jangan lah pulak kita lupa mereka yang kurang bernasib baik. Iye lah, tak semua orang senang kan, ada tu yang sampai terpaksa catu makanan untuk teruskan kehidupan dia orang. Sebak pulak rasa bila terfikir sebab Nani alhamdulillah setakat hari ni cukup lagi segala benda.
Kadang kadang bila tengok dia orang punya struggle nak cari rezeki tu memang rasa kesian sangat. Tambah pulak bila kita ni duduk dekat bandar, memang kos sara hidup tu boleh dikatakan tinggi jugaklah. Kita mungkin tak rasa sangat sebab ada income yang stabil tapi untuk golongan macam asnaf, ibu tunggal semua ni memang besar sangat kesannya dekat diri dia orang. Jadinya sepanjang bulan Ramadhan ni, boleh lah kalau kita jugak sama sama tolong golongan yang memerlukan ni. Mudah mudahan dengan sumbangan kita yang tak seberapa tu boleh berikan sedikit kebahagiaan untuk dia orang. Macam yang kita tahu, amalan yang disarankan untuk kita buat tu bukan setakat solat, berpuasa aje tapi sedekah pun salah satu amalan yang dituntut dalam agama kita. Nani pun berpesan untuk diri sendiri jugaklah ni.
Korang pernah dengar tentang Sumbangan Nur Ramadhan ni? Actually program Nur Ramadhan ni merupakan program anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik seperti anak yatim, golongan asnaf dan jugak ibu tunggal dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan. Setiap daripada golongan ni menerima sumbangan sebanyak RM 150 seorang daripada pihak MAIWP sebagai persiapan untuk menyambut Aidilfitri nanti. Mungkin pada kita jumlah tu tak banyak mana tapi sekuarang kurangnya dapat meringankan beban mereka. Pada Nani, program ni antara salah satu inisiatif yang bagus oleh pihak MAIWP dan seharusnya dicontohi oleh kita semua jugak.
Tidak akan berkurang harta yang diinfaq & disedekahkan dengan niat ikhlas kerana Allah
melainkan Allah akan melipat ganda kan lagi rezeki baginya.
alhamdulillah
ReplyDeletesemoga program sebegini diteruskan ...
ReplyDeleteAlhamdulillah semoga usaha ini berpanjangan dan bukan bermusim sahaja. Rezeki lebih kita kongsi bersama
ReplyDeleteNi nak dekat ngan bulan puasa ni, hope ada lagi la program-program macam ni.
ReplyDeleteTapi rasanya banyak je nanti =D
Bagus program ni membantu mereka yang betul2 memerlukan
ReplyDeletealhamdulillah...program yang bagus dan patut diteruskan.
ReplyDeletesemoga dpt membantu mereka yg memerlukan
ReplyDeleteSemoga dimurahkan rezeki mereka ynag memberi sumbangan
ReplyDeleteSumbangan ini dapat mengembirakan mereka ketika tibanya Ramadhan nanti. Alhamdulillah..
ReplyDeleteUsaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.
ReplyDeletealhamdulillah buat mereka.moga berterusan.
ReplyDeleteJanji Kita
sha dgr golongan gelandangan pun turut xterkecuali dlm bantuan, syukur..mereka xjuga dilupakan.
ReplyDeleteramadhan yg lebih bemakna buat mereka
ReplyDeleteIndahnya Ramadan buat diaorg ni kan
ReplyDeleteSemoga program ini di teruskan
ReplyDeleteSemoga murah rezeki mereka yg membantu org lain seperti program ini
ReplyDeleteProgram macam ni memang terbaik
ReplyDeletealhamdulillah. ringan sikit beban untuk yang memerlukan.
ReplyDeleteAlhamdulillah, dapat juga meringankan sedikit beban walaupun tak banyak.
ReplyDeletePerogram yang sgt murni. Mampu memberikan senyuman buat mereka.
ReplyDeleteUsaha murni dalam membantu ekonomi golongan asnaf
ReplyDeleteAlhamdulillahh. bagusnyaa! #hebatkannengaraku
ReplyDeleteAlhamdulillah bagus sngt program mcm ni.. <3
ReplyDelete