Puding Raja Pekan

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Rasa macam sekejap aje masa berlalu, esok dah nak masuk bulan Ogos pun. Terasa semakin menghampiri ke penghujung tahun 2017. So, apa aktiviti korang weekend lepas? Nani tak ada ke mana pun, sibuk untuk kenduri weekend ni di kampung. Tak sabar nak balik kampung, jumpa saudara mara, merewang lepas tu macam macam jenis makanan adaa! Bercakap pasal makanan, semalam kawan Nani bagi Puding Raja Pekan. Walaupun Nani ni orang Pahang, tapi boleh bilang dengan jari aje berapa kali pernah makan puding raja ni hah. Secara jujurnya, jaraaang sangat boleh jumpa puding raja yang betul betul asli dan sedap. Kadang kadang ada yang jual mahal kemain tapi rasa biasa biasa aje. Semalam kawan Nani ke Pekan, lepas tu dia sedekahkan sebekas puding raja yang memang sedap sangat sangat! Malam tadi dia bagi, sekali hadap aje habis. Hahah! Nama pun puding raja Pekan, haruslah yang sedap tu datangnya dari daerah Pekan jugak. 
Puding Raja Pekan
 Banyak kan sebekas puding raja ni. Dia cakap ini antara puding raja paling sedap dekat Pekan. Semoga makin murah rezeki yang menjual ni sebab sedaap dan portion pun banyak. Buah buah tu pun tak kedekut langsung dia letak. Puas hati dapat makan puding raja sedap macam ni. Nak beli lagi, jauh sangat ke Pekan sana. Hahah! Ini pun rezeki kawan yang bagi semalam. 
Puding Raja Pekan
Teringat ingat lagi puding ni. Tak manis sangat sebab tu Nani suka. Bila makan sekali, memang rasa nak lagi. Tapi Nani lupa nak tanya dia dekat mana dia beli area Pekan tu. Heheh. Dulu pernah tengok orang buat puding raja ni dekat tv, boleh tahan jugak susah dia. Nak buat jala tu aje pun dah makan masa. Sebab Nani tak pernah buat, tu yang rasa susah sikit kot. Hahah! Nanti lah bila bila kita try buat menu tradisional ni pulak. Dulu pernah try buat kuih keria, apak mencabar & tak berapa nak menjadi sangat. Lepas tu terus rasa tak nak lagi dah try. Hahah! Korang pernah makan puding raja ni?

Resepi Kuey Teow Goreng Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Since hari tu ada yang tanya macam mana nak buat kuey teow goreng paaaling simple, so nah ni resepinya (ikut citarasa Nani). Baru hari ni sempat nak buat entry, busy sangat gayanya kan. Hahah! Busy tu tak sangat, tapi malas tu mashaAllah. Susah betul nak kikis penyakit yang satu ni. Korang yang bujang & suka resepi yang simple tu boleh lah try buat okay! Bahan bahan yang diperlukan pun sikit aje.  Hari tu Nani ada share video goreng kuey teow ni dekat Instagram dan ada jugak kawan tanya "eh macam tu je ke goreng kuey teow?" Pada Nani, masak ni kena berani try and error. Kalau jadi, bonus! Kalau tak jadi, cuba lah buat sampai menjadi kan. Heheh. Jom lah baca resepi Nani yang biasa biasa ni dekat bawah okayy! Dah baca, kena lah cuba buat. Kalau nak tanya apa apa, boleh drop soalan dekat bawah.
Resepi Kuey Teow Goreng Mudah
Bahan Bahan :
๐Ÿ’ซMinyak Masak
๐Ÿ’ซBawang Putih 
๐Ÿ’ซCili Kisar
๐Ÿ’ซKicap 
๐Ÿ’ซKuey Teow
๐Ÿ’ซGaram
๐Ÿ’ซTaugeh 
Cara - Caranya :
1) Mula mula sekali, haruslah panaskan minyak kan. Sikit aje tau, dalm tiga ke empat sudu besar macam tu. Ikut lah banyak mana kuey teow yang korang nak goreng tu.
2) Bila minyak dah panas, tumis kan bawang putih. Nani guna bawang putih aje, kalau nak letak bawang lain pun boleh okay! 
3) Bawang dah garing, masukkan cili kering yang dah dikisar. Tumis sampai garing. Kalau ada ayam, fishcake atau pun fishball letak lepas masukkan cili kering ni tau. 
4) Elok dah sebati dalam kuali tu, masukkan kicap. Agak agak lah eh letak kicap tu sebab kena ikut jugak banyak mana kuey teow yang kita ada.
5) Kacau kacau sikit, masukkan kuey teow dan jugak taugeh. Garam tu letak lah sikit aje sebab kicap dah sedia masin. Kalau ada daun kucai pun okay jugak nak letak. 
6) Siappp!
Ha mudah sangat kan! Korang boleh lah try buat dekat rumah pulak. Nani hari tu memang buat kuey teow goreng kosong aje. Ayam ke fish cake semua tak ada sebab tu goreng telur mata. Nikmat okay dapat makan kuey teow goreng macam ni lagi lagi time breakfast. Terus kenyang sampai ke petang. Hahah! Selamat mencuba korang! 

Selamat Pengantin Baru!

Assalamualaikum & Hello.
Minggu lepas busy sikit sebab pak cik Nani nak kahwin. Nani pun kejap kejap kang balik kampung sebab nak tolong sepupu siapkan hantaran. Sorry sangat tau sebab Nani tak blogwalking sangat dekat blog korang minggu lepas. Memang terhad sangat masa. First time try buat hantaran, memang nak pengsan jugak rasa. Hahah! Oi baru untuk majlis orang lain dia dah mengeluh, esok untuk majlis sendiri pengsan terus. Eh? ๐Ÿ˜† Dari membeli semua barang untuk hantaran sampai lah nak buat memang banyak guna tenaga okay. Barang barang nak buat hantaran pun sekarang kemain mahal. Lagi jimat buat sendiri lah sebab boleh cut sikit bajet dekat sana sini. Nani tengok hari tu kalau beli bekas untuk hantaran yang dah siap deko tu dalam RM 200 ++ untuk lima bekas. Itu baru bekas hantaran, tak masuk lagi barang yang nak letak atas tu. Heheh. So, kalau nak kahwin pastikan kewangan dah stabil dulu okay. Elakkan berhutang, buat takat yang kita mampu. 
 Bila guna bekas hantaran yang rustic macam ni, senang sikit sebab tak payah nak hias beria sangat. Kita orang hari tu beli rumput plastik lepas tu bunga macam dekat atas ni aje. Settle! Keliling bekas hantaran tu letak riben pulak. Heheh. Bunga plastik tu kalau beli banyak dapatlah murah sikit, kalau beli sekuntum dalam empat ringgit satu. Pada Nani, mahal jugaklah empat ringgit tu. Ehehe. 
 Tag tu pun saja suka suka Nani buat sebab hari tu tengok majlis kawan Nani cantik aje dia letak. Untung bila buat sendiri ni sebab next time kalau ada lagi yang nak kahwin, dah tahu macam mana nak gubah hantaran tu. Memang mostly kita orang refer Internet lah nak dapat idea tu kan. Alhamdulillah dalam masa seminggu dapat settle buat hantaran.
 
 Alhamdulillah dengan sekali lafaz, dah selamat jadi isteri orang pak cik Nani ni. Heheh. Kahwin dengan orang Pahang jugak so mudah lah. Tak jauh sangat nak pergi. 

 Ibu & mak cik mak cik Nani. Semua dah kahwin ni. Ehehe. Pakai aje balik baju masa Hari Raya hari tu, tema emerald green. Nanti kenduri dekat rumah nenek Nani, tema pink pulak. Memang banyak betul baju kurung tahun ni, boleh lah pakai buat pergi kelas. 
Barakallah pak su & mak su. Rasa macam tak percaya pulak pak cik sendiri dah kahwin. Hahah! Lepas ni boleh lah anak anak buah pulak yang menyusul. Eh eh ๐Ÿ˜†

Tujuh dulang hantaran, berbalas sembilan. Patutnya nak bagi buah jugak tapi tiba tiba dah terlebih bekas. Nani pun tanya lah nenek Nani, "kenapa tak bawak aje lapan? Kenapa nak kena bawak hantaran ganjil?" Hahaha! Banyak pulak tanya kan. Sekali kena bebel dengan nenek Nani. Kena lah ikut adat apa semua. Esok kalau tak ikut adat macam ni, lama lama nanti hilang adat tu. Tudiaaa! Kan ada pepatah Melayu yang biar mati anak, jangan mati adat. Ada kan? Ha memanng kalau berborak dengan orang tua tua ni jangan lah nak bercakap lebih lebih pasal adat tu. Ikut aje lah tradisi orang Melayu ni kan. Apa apa pun, alhamdulillah dah selesai satu majlis. Lagi dua minggu, majlis belah kita orang pulak. Tak sabaar nak balik kampung, dapat kumpul ramai ramai dan rewang untuk kenduri. Family Nani jenis yang tak suka guna katering, selalunya masak sendiri lah. Lagi pun bila dekat felda ni, semangat kejiranan dia orang tu memang powerrr! 


Penghujung Syawal

Assalamualaikum & Hello.
Hari ni dah genap 30 Syawal, kejap aje masa berlalu dah habis sebulan kita beraya. Semalam masih menerima kunjungan tetamu yang merupakan kawan baik sendiri masa zaman sekolah menengah dulu. Tahun ni alhamdulillah ramai sangat yang sudi berkunjung ke rumah saya. Seronok sangat sangat sebab dapat jumpa balik kawan zaman sekolah dulu. Walaupun dah penghujung Syawal, sanggup jugak dia orang datang ke rumah, siap request nak bawa balik sambal hitam ibu Nani lagi. Yang ni antara muka yang dah selalu sangat datang rumah. Dulu zaman semua tengah bujang, selalu main masak masak, berborak sampai lewat malam, buat potluck apa semua memang best! Rindunya nak kumpul macam tu lagi. Bila jarang jarang berjumpa, memang macam macam cerita nak dikongsikan. Sehari pun tak cukup kalau dah jumpa dengan dia orang bertiga ni. 
Seorang dah jadi isteri dan emak orang, lagi tiga masih single lagi. Eh? Alhamdulillah dapat jugak jumpa semalam setelah berkali kali plan dan tak menjadi. Hahah! Biasalah kan, bila masing masing ada komitmen tersendiri, bukan senang nak kumpul balik semula. Bila ada masa, laju aje semua nak jumpa. Last jumpa bulan empat hari tu kot. Lama sangat dah. 
Sebelum datang dia orang awal awal lagi dah bagitahu jangan masak sebab nak ajak pergi makan dekat Pizza Hut. Makanya semalam ke Pizza Hut lah lagi kita. Hahah! Ambil set yang untuk empat orang terus tu senang dan banyak. Heheh. Cuma sekarang dah tak ada ice cream, dia orang gantikan dengan Rose Puding yang manis gila. Nani tak boleh nak makan langsung. Huhu. 
Creamy fondue paling fav. Makan sambil berborak memang syok betul. Macam macam cerita keluar, punya lah lama tak jumpa kan. Lepas ni pun tak tahu lagi bila semua orang free. First time Raya dapat jumpa dia orang ni. Selalunya time Raya tak pernah sempat nak jumpa dia orang ni. Punya lah busy kan. Hahah! Nak jumpa pun payah masing - masing. 
Pipi tu kemain lagi menaik dengan jayanya. Hahaha! Musim Raya ni lagi lah, hari hari ada aje undangan open house. Nani pulak selagi berkelapangan, wajib pergi. Eh? ๐Ÿ˜†
Memenuhi hajat mama orang yang nak makan Pizza Hut. Hahah! Kemain lagi bahagia dapat spent time dengan dia orang ni. 
Terima kasih sudi datang jumpa walaupun sekejap. Next time kita plan buat potluck pulak okay! Dah mula rindu semua orang. Kalau semua bujang lagi, dah lama ajak bermalam aje dekat rumah hari Sabtu hari tu. Heheh. Walau jauh pada jarak, inshaAllah sentiasa dekat dalam doa. Memandangkan hari ni last dah Raya, dekat sini ada lagi yang buat open house. Tengah hari ni nak memenuhi undangan open house lagi. Hahaha! Gigih kan nak pergi. Lagi satu, jimat sebab tak payah memasak dan tak payah membeli. Moga murah selalu rezeki tuan rumah yang selalu ajak pergi open house ni. Korang ada dapat undangan open house lagi tak hari ni? 


Open House Raya!

Assalamualaikum & Hello.
Selagi tak habis Syawal, memang tiap kali dapat undangan open house laju aje nak pergi. Makan free kan, siapa tak nak. Selalu attend open house orang, kali ni kita orang satu family pulak yang buat open house. Fuh! Memang penat okay bila semua makanan masak sendiri kecuali lemang lah, yang tu tempah aje dengan orang lain. Dalam sibuk nak memasak tu tiba tiba sehari sebelum open house, air tak ada! Terpaksa pulak cari air, tadah apa semua. Seksa sangat tak ada air ni, nak buat satu kerja pun tak boleh. Dua puluh empat jam pulak tu tak ada air, dah lah tak bagi notis apa pun. Bila air dah ada, keruh pulak. Phew! Dugaan betul hari tu. Nasib baik lah guna pinggan & cawan yang pakai buang tu, kalau tak ha penuh lah pinggan mangkuk nak kena basuh pulak kan. Heheh. Buat open house atau pun makan makan macam ni memang penat sikit, tapi seronok sebab dapat jamu orang makan. 
 Hari tu tempah lemang dalam 16 batang, habis semua licin. Kita orang pun dapat lah simpan sebatang untuk makan sendiri. Heheh. Rezeki tetamu yang datang hari tu dapat makan lemang jugak. 
 Rendang ayam lapan ekor ibu Nani yang masak sendiri. Kita orang hari tu masak jugak sambal sardin untuk makan dengan lemang. Sambal sardin lagi laku keras daripada rendang ayam. Hahah! Mungkin orang dah jemu kot sebab selalu sangat makan ayam waktu Raya ni. 
 Bihun goreng satu kawah kecik. Bukan kuali tapi kawah ya. Punya lah ramai kan undangan hari tu. Heheh. Kita orang hari tu buat perjumpaan dengan jiran jiran jugak untuk pengagihan kerja masa kenduri kahwin pakcik Nani nanti. Itu yang kemain banyak kan masak. 
 Soto tapi nasi impit dengan taugeh tak berapa nampak sangat, terlindung dengan timbunan ayam carik. Hahah! Gambar pun tak sempat nak buat yang proper dah! Time tu dah penat, malas nak ambil gambar elok elok. Mana yang ada aje lah kita letak dalam blog ni. Nak jugak abadikan dalam blog ni kan. Buat kenangan katanyaaaa! ๐Ÿ˜†
 Open house kali ni, boleh pulak the whole family lupa nak prepare pencuci mulut. Hahah! Sibuk dengan menu utama sampai lupa pencuci mulut. So, tapai aje lah yang ada hari tu dengan mango yogurt kek yang dekat bawah ni. 
 Sedappp gila mango yogurt cake yang mak cik Nani ni buat. Masam masam manis gitu. Makan sepotong pun tak cukup. Eh? Kalau nak order boleh lah pm Nani (RM 60 untuk sebiji kek ni) tapi untuk yang tinggal area Jerantut aje lah okay! Heheh. 
Sekejap aje dah tinggal separuh ๐Ÿ˜† Dah habis pun, ada lagi yang tanya pasal kek ni. Hahah! Tengah seronok tetamu makan & berborak tiba tiba elektrik pulak tak ada! Gelap terus satu rumah sebab time tu dah nak dekat senja. Adoi, kesian betul tetamu yang tengah makan sebab kena pindah duduk dekat luar pulak. Panas berbahang terus bila tak ada elektrik ni. Dua jam pulak tu tak ada elektrik, sabar aje lah aku. Kali ni kenapa entah, air tak ada lah, elektrik tak ada lah. Masing - masing duduk dalam gelap. Huhu. Pinggan mangkuk pun laju laju basuh sebelum pukul lapan malam. Hahah! Iya lah, kalau nak tinggal macam tu aje nanti berbau pulak kann. Nak tak nak, semua kena kerah basuh laju laju. Hahah!  Korang pernah tak jadi macam ni? Heheh. 

Erti Syukur

Assalamualaikum & Hello.
Hari ni Nani rasa terpanggil nak kongsikan kisah yang berlaku depan mata sendiri minggu lepas. Walaupun tak pernah kenal langsung dengan keluarga ni tapi perbualan yang Nani terdengar hari tu betul betul buat Nani terdiam dan berfikir panjang. Minggu lepas Nani ke pasaraya sebab nak belikan barang barang yang adik kirim dekat asrama, banyaknya barang makanan lah. Macam macam lah Nani ambil sebab untuk stok makan dia dalam bulan ni lah. Lagi lagi pulak dia dah form 5 kan, stok makanan tu kena extra sikit sebab selalu lapar. Hahah! Tengah beli barang tu tiba tiba ada satu family ni dengan tiga orang anak lelaki lalu depan Nani. Nani pun buat tak tahu aje lah sebab stranger kan tapi ada lah jugak lemparkan senyuman. Sebab dia orang dekat aje dengan Nani, Nani terdengar lah mak dia tanya satu soalan ni dekat anak dia yang dah besar sikit (rasanya dalam darjah lima atau enam macam tu lah daripada pandangan mata kasar Nani). 
Mak : Abang nak makan daging kambing tak? Kalau abang 
nak makan, mak boleh belikan untuk abang. 
Anak : Tak payah lah mak, daging kambing kan mahal. 
Nanti mak tak cukup duit nak bayar. 
Mak : Daging kambing memang mahal, tapi kalau abang 
nak takpe, mak boleh belikan. 
Anak : Tak payah mak. Dekat rumah banyak lagi makanan lain. 
Dan anak tu halang mak dia daripada beli daging kambing. Sampai dia cakap dekat mak dia banyak kali "tak payah mak! Abang makan je makanan lain dekat rumah." Adik tu cakap sambil halang mak dia pergi dekat bahagian daging tu. Allahuakbar T_T Nani sebak sangat masa tu sampai bertakung dah air mata. Lama Nani termenung lepas dengar perbualan dia orang anak beranak. Walaupun kadang kadang Nani ni pun rasa sesak jugak bila duit dah tinggal sikit, rupanya ada yang lagi susah daripada kita sampaikan nak makan pun terpaksa fikir dulu nak beli apa. Sedih sangat bila terkenangkan adik tu. Nak tolong pun, cash tak bawa banyak masa tu dan sampai sekarang asyik teringat ingat lagi. Ada adik dia nak ambil coklat Kinder Bueno pun ayah dia cakap lain kali. Sedihnyaaaa T_T Bila dah jadi depan mata macam ni, memang buat kita muhasabah balik. 
Credit : Google
Sejujurnya Nani pun kadang kadang bila banyak sangat makanan ke mesti ada jugak yang tak terhabis. Senang cakap, membazir lah. Huhu. Sikit ke banyak ke rezeki yang kita ada, belajar lah bersyukur dan hidup bersederhana. Ini pun peringatan untuk diri Nani jugak. Kadang kadang pantang tengok ada duit lebih sikit, macam macam nak beli padahal tak penting mana pun barang tu. Rezeki yang sedikit, kalau kita bersyukur, itu yang jadi banyak dan lebih daripada orang lain. Moga dilapangkan seluas luasnya rezeki family adik tu dan jugak untuk kita semua. Bersyukur dengan apa yang kita ada, tu yang paaaling penting dan sentiasa minta pertolongan Dia. 
Moga kisah adik ni mampu buka mata dan hati kita. Zaman sekarang tak semua orang mampu nak hidup mewah dan senang. Kalau kita rasa susah, hakikatnya ada yang lagi susah dekat luar sana. Nani sendiri pun tak pernah rasa macam mana hidup yang susah sampai nak makan pun kena catu apa semua. Tapi Nani boleh bayangkan betapa struggle nya golongan macam ni untuk buat anak anak dia orang bahagia dan dapat penuhi apa yang anak anak dia orang nak. Mak ayah kan, selagi boleh nak anak anak happy walaupun dia krang terpaksa tahan lapar dan ikat perut :"). 

Wordless Wednesday : Nasi Kerabu

Assalamualaikum & Hello.

Projek Memasak

Assalamualaikum & Hello.
Tajuk kemain lagi kan tapi hakikatnya menu yang Nani masak tu simple simple aje. Tengah belajar lagi nak memasak ni. Benda yang paling seronok memasak ni, bila orang makan bertambah tambah dan puji sedap. Serius rasa hilang penat memasak bila orang puji sedap ni. Hahah! Dulu dulu Nani pernah aje masak makanan yang tawar lah, cair lah tapi lama lama improve lah jugak (suka betul puji diri sendiri ๐Ÿ˜†). Selalu orang tanya belajar memasak dengan siapa, dekat mana? Nani belajar sendiri aje, selalu tengok ibu atau pun mak cik memasak. Iya lah dah besar kan, gila kalau balik kampung nak duduk lek lek je tak buat kerja. Hahah! Kena kecam nanti kalau buat perangai macam tu. Lagi pun kan zaman sekarang dah banyak medium yang boleh dijadikan rujukan untuk masak. Kalau buka Youtube pun bersepah sepah orang share resepi, boleh lah tengok. 
Hari tu first time belajar buat sambal tumis petai campur terung anggur. Nani panggil terung anggur dan rasanya ada jugak yang panggil terung pipit kan. Heheh. 
Sambal tumis sotong ni paling simple sekali nak buat. Kisar aje cili kering, bawang besar dengan bawang putih lepas tu tumis sampai pecah minyak dan masukkan sotong. Cuma kalau masak sambal tumis macam ni, minyak kena lebihkan sikit daripada biasa. Sebab apa entah, Nani pun dah lupa. Hahah! Lepas tu letak gula sikit bagi warna dia pekat. Sikit je tau, kalau banyak kang jadi manis sambal tu dan tak sedap pulak. 
Bihun goreng paaaaling mudah dan sedap. Yang ni dah pro lah masak sekarang. Hahah! Hari tu ada share video nak masak ni dekat Insta story. Tapi memasak sekali dengan buat video ni mashaAllah. The struggle is real you know!  Hari tu ada jugak hampir hampir terlepas telefon masuk dalam kuali Tefal. Kah! Lepas tu berhenti jap buat video, sebab ngeri kalau my phone jatuh dalam kuali. 
Kuey teow goreng + telur mata. Nani lagi suka key teow goreng macam ni daripada char kuey teow. Heheh. Dah banyak menu yang pandai masak ni, dah boleh lah ajak kawan kawan datang makan tengah hari dekat rumah. Hahah! Next time nak try masak kari pulak. Hari tu dah pernah tengok ibu masak kari kepala ikan tapi tak ada keyakinan lagi nak buat sendiri. Kang tiba tiba tak sedap, tak ada pulak orang nak makan. Heheh. Ada tak makanan yang jadi favourite korang dekat atas ni? 

Lepak di Pizza Hut

Assalamualaikum & Hello.
Nani memang dah lama tak lepak dekat Pizza Hut ni. Selalu pergi Domino's sebab dia orang suka bagi voucher, lagi lagi bila ada yang beli satu, percuma satu. Baru ni kononnya nak pergi pos novel yang customer order aje, sekali termasuk Pizza Hut. Eh yeke termasuk? Hahah! Memang dah plan dari awal nak pergi Pizza Hut sebenarnya ๐Ÿ˜† Masa tu pagi lagi so tak ada orang sangat. Rasanya memang Pizza Hut dekat sini krik krik sikit, ada certain time je kot yang memang full house. Bila dah lama tak pergi memang blur gila sampai tak tahu nak order apa. Dua tiga kali buka tutup menu baru buat pilihan. Nak pilih makanan pun susah okay ๐Ÿ˜†Tapi sebab ak ada orang sangat, so boleh lah rilek rilek je pilih menu. Lagipun time tu pekerja dia orang cakap belum pukul 11 pagi so tak boleh order lagi. Eh gitu pulak? Hahah! Jam Nani dah pukul 11 lebih waktu tu, mungkin jam dia lambat. Positif sangat okayyy saya! 
Pizza Hut
Sejujunya aku dah tak ingat set apa entah yang aku ambil hari tu. Hahah! Tapi untuk dua orang lah. Ada dua mushroom soup, satu garlic bread dengan satu pizza. Kalau tak nak pizza, boleh ambil dua spaghetti kalau tak silap. Ambil set macam ni lagi jimat okay! So Pizza Hut, dah boleh ambil saya jadi duta lepas ni. Hahahah! Garlic bread dekat Pizza Hut ni apakk sedaap! Nani try buat sendiri, tak jadi pun macam dia orang punya! Takpe lah, next time kita try buat lagi. Ewah!
Pizza Hut
Pizza ni pun Nani dah lupa nama dia apa. Resit pun dah campak mana entah. Lepas Raya ni, macam cepat betul lupa. Mungkin effect makan lemang dan rendang banyak sangat hari tu. Hahah! Tapi sedap sangat tau pizza yang kawan Nani pilih ni sebab masam masam dan pedas sikit.  Overall, Nani suka lah dengan servis Pizza Hut ni sebab laju. Cuma hari tu air dia tawar. Nak minta tambah air gula macam segan. Hahah! Tapi tawar tawar pun habis jugak ๐Ÿ˜† Korang pulak minat tak Pizza Hut? 

Segmen Blogwalking Raya 2017 Mialiana.com

Assalamualaikum & Hello.
Segmen Blogwalking Raya 2017 Mialiana.com
klik SINI untuk join

Jom Membeli di Hcube Shop!

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Zaman sekarang memang rata rata kita menggunakan media sosial sebagai salah satu tempat untuk membeli barang secara atas talian. Nani sendiri pun macam tu jugak sebab lebih mudah dan lebih jimat masa. Dah siap buat pembayaran, tunggu aje barang sampai depan rumah. Senang sangat kan sekarang. Macam Nani kalau shopping secara online selalunya beli barang barang macam handbag, kasut dan jugak tudung. Jarang sangat nak beli produk kesihatan dan jugak produk kecantikan secara online sebab takut kena tipu dengan seller yang menjualkan produk tak berkualiti atau pun tiruan. Tambah pulak bila sekarang ramai sangat orang nak cepat kejar keuntungan kan. Tapi bila Nani tengok website Hcube Shop semalam, memang tak ada rasa ragu ragu pun nak membeli. Untuk pengetahuan korang, Hcube Shop menjual lebih daripada 300 produk yang dijamin selamat dan terkenal di pasaran. Mudah lah lepas ni sebab boleh beli melalu Hcube Shop aje!
Korang pun lepas ni boleh lah membeli melalui Hcube Shop pulak okay! Hcube Shop sangat mementingkan kualiti dan jugak keselesaan pelanggan. Nani paling tertarik dengan taglian dia orang "Your Halal & Healthy Hub." Lebih menarik lagi, harga produk di Hcube Shop ini memang berpatutan dan sama seperti harga asal. Haa lagi lah buat Nani teruja nak membeli melalui website dia orang. Bukan apa, dulu Nani pernah beli melalui website macam ni tapi harga jauh lebih mahal berbanding harga asal dan postage pun ada caj lain. Fuh! Itu aje lah sekali beli, lepas tu cari dekat tempat lain. Hahah! Dekat bawah ni antara produk produk yang Hcube Shop jual. Haa ada tak produk yang korang guna setiap hari? ๐Ÿ˜Š
Belleza Skin Care ini merupakan salah satu produk set penjagaan kesihatan yang berfungsi untuk mengecilkan liang liang pori di muka, merawat kulit kusam akibat sinaran matahari, membantu mengurangkan jerawat dan banyak lagi. Melalui website Hcube Shop ni jugak dia orang ada bagi tips untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat. 
Mesti korang pernah tengok kan iklan suplemen ni dekat tv. Mana yang nak cuba produk ni boleh lah membuat pembelian melalui Hcube Shop! Kalau korang klik link yang dekat atas tu korang boleh baca isi kandungan suplemen peninggi badan ni jugak tau. Laju laju pergi baca dekat sana okay sebab banyak sangat info mengenai produk ni yang korang boleh tahu! 
Selalunya masalah rambut gugur ni memang antara yang paling susah nak atasi. Ha korang boleh lah cuba menggunakan Tissa Advance Hair Tonic ni pulak. Produk ni jugak sesuai untuk perempuan bertudung mengatasi masalah gatal kepala. Biasalah kan bila bertudung memang kadang kadang tak selesa kalau rambut gatal. 
Ini baru tiga aje produk yang Nani kongsikan dengan korang. Ada banyaaak lagi yang korang boleh beli melalui Hcube Shop! Antaranya :
๐Ÿ’™Produk Tambah Berat Badan
๐Ÿ’šProduk Kesihatan
๐Ÿ’›Produk Sabun & Mask
๐Ÿ’œProduk Kurus/Slimming/Detox
๐Ÿ’™Produk Intim Wanita
๐Ÿ’šProduk Payudara
๐Ÿ’›Produk Skincare (Single & Set Lengkap)
๐Ÿ’œProduk Kosmetik/Makeup/Solekan
๐Ÿ’™Produk Supplement
Yang paaaaling best, tak kisah lah korang duduk dekat negeri mana sekali pun, boleh jugak membuat pembelian di Hcube Shop sebab dia orang akan membuat penghantaran ke seluruh Malaysia. Memang best bila ada website yang menjual produk kesihatan dan produk kecantikan yang boleh dipercayai macam ni. Memudahkan sangat kita sebagai pengguna! Korang yang ingin membuat pembelian boleh lah terus ke website Hcube Shop! Macam macam ada! 
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Hcube Shop, korang boleh lah follow media sosial dia orang dekat bawah ni okay! Dalam masa yang sama, boleh lah jugak korang baca testimoni pengguna lain tentang produk yang dia orang beli melalui Hcube Shop! Tunggu apa lagi tu, jom membeli di Hcube Shop! Boleh jimat banyak tau korang! ๐Ÿ˜Š
Facebook : Hcube Shop | Instagram : hcube_shop | Youtube : Hcube Shop  
WhatsApp : 013 367 9024


Beraya Lagi!

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Dah habis ke belum tu mood Raya? Heheh. Hujung minggu lepas memenuhi undangan jamuan Raya cikgu cikgu sekolah rendah dulu. Ramai yang macam tak percaya Nani still boleh contact dengan cikgu cikgu dulu. Hahah! Kalau ikutkan memang dah lama sangat tinggalkan sekolah tu tapi dengan adanya media sosial zaman sekarang, dapatlah berhubung dengan dia orang lagi. Apak skema ayat hari ni. Kahkah! Orang cakap bila dah berada dekat atas, jangan lupa di mana tempat kita bermula. Gila nak lupa! Dekat situ lah engkau belajar mengira, belajar membaca dan jugak belajar bercinta. Eh? Hahah! Main main aje. Hakikatnya memang zaman sekolah rendah dulu lah yang banyak membantu untuk jadi manusia berguna sekarang. Walaupun dah banyak muka muka baru dekat sekolah ni, tapi tetap tak pernah jemu untuk pergi. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat bermain. Tak gitu? 
Dulu sekolah ni biasa biasa aje, sekarang dah jadi kluster hah. Haruslah semuanya dah jadi berlainan dari zaman dulu kan. Tapi banyak jugak lagi tempat tempat yang still sama macam dulu. Ingatkan lepas siap makan terus nak balik sekali dia orang ajak pusing pusing satu sekolah pulak. Lepas tu dekat setiap sudut bangunan nak ambil bergambar. Hahah! Sekali sekala datang katanyaa! 
Tangan tu dah kenapaa entah. Hahah! Paling best bila keluar dengan kawan kawan zaman sekolah rendah ni, memang asyik buat throwback aje lah sepanjang masa. Time ni lah boleh tengok ingatan siapa yang paling kuat. Hahah! Jangan tanya lah aku, memang banyak yang dah lupa. Lamaa sangat dah weh tinggalkan zaman sekolah rendah ni ๐Ÿ˜†
Dulu classmates ada dalam 30 lebih kot tapi bila nak kumpulkan semua sekali dalam satu masa tu memang payah lah. Ada yang dah lama lost contact, ada yang tak available dan macam macam lagi lah alasan. Hahah! Bila dah besar macam ni pergi sekolah memang soalan pertama cikgu cikgu, dia orang akan tanya nama. Heheh. Ada yang cakap muka dah lain sampai tak boleh nak kenal ๐Ÿ˜†
Fefeeling kanak kanak sangaat! Tapi serius, childhood memories paling best! Banyak benda yang bila Nani terfikir balik sekarang mesti rasa macam kelakar ada, lepas tu ada jugak rasa menyesal sebab ada buat benda bukan bukan dulu. Eheh. Tapi pengalaman mematangkan seseorang kan? Dari kesilapan yang lepas kena perbaiki untuk jadi lebih baik. Kalau tak perbaiki sampai bila nak ulang buat kesalahan yang sama. Gituu. 
Walaupun dah jumpa ramai kawan baru, yang lama tetap jugak di hati. Macam Nani sendiri, memang still lagi contact dengan dia orang ni. Mungkin jarang jarang dapat jumpa sebab masing - masing ada yang dekat negeri orang, negara orang tapi bila sekali sekala dapat jumpa fuhh lain macam perasaan tu. Apa apa pun, terima kasih cikgu cikgu sudi ajak kita orang datang beraya. Jamu pulak makanan yang sedap sedap. Terharuu betul bila cikgu cikgu bagi layanan yang baik sangat macam ni :") Moga Tuhan balas setiap kebaikan, ilmu dan didikan yang kalian pernah berikan dulu. Ingatan yang paling win hari tu "jangan lupa jemput cikgu datang kenduri." So lepas ni kita tunggu kad jemputan siapa yang sampai dulu okay? Eh ๐Ÿ˜†

Family Time!

Assalamualaikum & Hello.
Selalunya waktu Raya macam ni lah dapat berkumpul dengan the whole family besar. Tahun ni sebab cuti lama, dapatlah jumpa semua saudara mara (sambil sambil tu dapatlah kumpul duit Raya sekali. Eh) ๐Ÿ˜† Baru ni berpeluang balik Raub so malam tu kita orang buat bbq. Bila dah masuk Raya kelima memang dah tak pandangdah lemang, rendang semua tu. Hahah! Masing - masing nak makan menu yang selain daripada juadah Raya tu kan. Even fast food pun fuhh gila ramai orang kau! Rumah Nani berdepan dengan McDonald's, tiap kali lalu memang full house! Ada sekali tu kawan Nani pergi beli, tinggal bubur aje. Hahah! Rasanya memang macam tu lah bila musim Raya. Mana mana fast food pun ramai orang. Dah kenapa entah bercerita pasal fast food ni? ๐Ÿ˜† Since ramai saudara mara ada malam tu, memang meriah lah rumah mak cik Nani. Laman pulak luas memang syok lah buat bbq. 
Malam tu bakar lima ekor ayam, daging batang pinang dengan kambing. Fuhh tersandar kekenyagan semua lepas makan. Hahah! Kenyang sangat walaupun tak makan dengan nasi. Malam tu celebrate birthday my cousin jugak. Seronok sangat bila dapat gathering dengan family macam ni. Adik beradik abah Nani ada sembilan orang & semua dah kahwin so memang meriah dia tu lain macam. Hahah! Itu pun malam tu baru ada empat family. Keluarga besar macam ni bila kenduri senang sebab banyak tenaga kerja. Hahah! 
Mula mula bakar dekat luar rumah tiba tiba hujan. Gelabah semua angkat tempat pembakar tu & sambung dekat bawah atap. Nasib baik lah pembakar tu jenis yang mudah angkat ke mana mana.  Kali ni makcik Nani ajar buat perapan ayam bakar guna sos lada hitam dengan sos cili tu aje. Serius sedap jugak. Nani sebelum ni perap guna halia, bawang semua tu rupanya ada yang lagi sedap. Korang pun boleh lah try jugak buat. Memang menggunakan dua bahan tu aje. Mudah dan sedap! 
Coleslow sedap, sos lada hitam tu pun sedap! Dah dapat resepi macam mana nak sediakan sos lada hitam yang lagi power! Nanti ada masa Nani kongsikan dengan korang okay! Lepas Raya ni kena cari mood blogging yang tenggelam dekat mana entah. Hahah! Apa apa pun, memang Raya kali ni paling syok dan meriah sebab semua saudara mara dapat jumpa. Pada Nani sendiri, seramai mana pun kawan yang kita ada, family jugak yang paling jadi keutamaan. Bila susah ke senang ke, family jugak yang kita cari dulu. Bila ada masa, kena lah luangkan masa dengan dia orang. Hargai selagi masih ada sebab tak tahu sampai bila boleh menumpang kasih dengan keluarga ni kan ๐Ÿ’™

Tetamu & Rezeki.

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Dah dapat banyak udangan open house ke tu? Heheh. Nani setakat ni dah ada dua undangan tapi macam satu tu tak dapat nak attend aje. Masih lagi dalam mood beraya dan jugak cerita Raya. Mungkin seminggu ni korang akan baca semua cerita Raya aku je kot. Hahah! ๐Ÿ˜† Tahun ni memandangkan cuti yang agak panjang, ramai lah tetamu dan jugak kawan kawan sekolah yang datang beraya. Serius seronok bila orang sudi datang beraya rumah kita ni kan tambah pulak kalau dah lama tak jumpa. Macam ,acam versi cerita yang keluar. Ada sekali tu, 20 orang sekali gus kawan Nani datang beraya. Fuhh! Penuh lah rumah ni dari hall depan sampai ke ruang kita orang tengok tv. Hahah! Abah denga ibu Nani jenis tak kisah bila ada kawan kawan datang beraya macam ni sebab dah faham sangat yang Nani ni memang ramai gila kawan. Even kawan sekolah rendah pun, still contact to each other sampai hari ni. 
Baru ni ada kawan tanya soalan dekat atas ni. Hahah! Tak tahu nak jawab macam mana. Memang betul pun hari hari terima kawan kawan datang beraya ke rumah. Bayangkan Raya kelima biskut Raya semua dah nak habis. Lepas tu abah beli kacang sebab nak cover bekas yang dah kosong tu. Hahah! Abah dengan ibu Nani jenis kalau tetamu datang mesti nak jamu biskut Raya dengan makanan berat. Paling simple pun mee goreng. Kadang kadang aku yang letih tengok abah dengan ibu sebab macam macam benda nak buat sebagai raikan tetamu. Iya lah kan, bila orang dah datang rumah kita mesti lah nak layan sehabis baik. Kalau boleh buat dia rasa seronok dan selesa. Lagi pun tetamu ni datang bawa rezeki. Benda ni lah yang Nani selalu pegang dari dulu sampai sekarang. 
Ini lah antara tetamu yang datang beraya tahun ni. Semuanya kawan kawan sekolah dulu. Maklumlah Nani dah habis form 5 baru berhijah ke negeri orang sebab tu ramai kawan dekat Pahang ni. Ada jugak yang Nani tak sempat nak bergambar pun sebab terlupa. Hahah! Thank you korang sudi datang beraya ke kediaman rasmi saya. Ada yang datang dari jauh tu paling terharu okay! Minta maaf kalau ada terkurang dan terlebih layanan selama korang datang beraya tu. Tahu sangat mesti ada yang diam diam baca blog ni kan. Eh eh? ๐Ÿ˜† Harap tak serik datang beraya lagi tahun tahun depan. Heheh. Apa apa pun, jadikan lebaran ini sebagai medium untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim. Yang jauh didekatkan, yang dekat kita eratkan lagi ๐Ÿ’™
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page