Puding Raja Pekan

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Rasa macam sekejap aje masa berlalu, esok dah nak masuk bulan Ogos pun. Terasa semakin menghampiri ke penghujung tahun 2017. So, apa aktiviti korang weekend lepas? Nani tak ada ke mana pun, sibuk untuk kenduri weekend ni di kampung. Tak sabar nak balik kampung, jumpa saudara mara, merewang lepas tu macam macam jenis makanan adaa! Bercakap pasal makanan, semalam kawan Nani bagi Puding Raja Pekan. Walaupun Nani ni orang Pahang, tapi boleh bilang dengan jari aje berapa kali pernah makan puding raja ni hah. Secara jujurnya, jaraaang sangat boleh jumpa puding raja yang betul betul asli dan sedap. Kadang kadang ada yang jual mahal kemain tapi rasa biasa biasa aje. Semalam kawan Nani ke Pekan, lepas tu dia sedekahkan sebekas puding raja yang memang sedap sangat sangat! Malam tadi dia bagi, sekali hadap aje habis. Hahah! Nama pun puding raja Pekan, haruslah yang sedap tu datangnya dari daerah Pekan jugak. 
Puding Raja Pekan
 Banyak kan sebekas puding raja ni. Dia cakap ini antara puding raja paling sedap dekat Pekan. Semoga makin murah rezeki yang menjual ni sebab sedaap dan portion pun banyak. Buah buah tu pun tak kedekut langsung dia letak. Puas hati dapat makan puding raja sedap macam ni. Nak beli lagi, jauh sangat ke Pekan sana. Hahah! Ini pun rezeki kawan yang bagi semalam. 
Puding Raja Pekan
Teringat ingat lagi puding ni. Tak manis sangat sebab tu Nani suka. Bila makan sekali, memang rasa nak lagi. Tapi Nani lupa nak tanya dia dekat mana dia beli area Pekan tu. Heheh. Dulu pernah tengok orang buat puding raja ni dekat tv, boleh tahan jugak susah dia. Nak buat jala tu aje pun dah makan masa. Sebab Nani tak pernah buat, tu yang rasa susah sikit kot. Hahah! Nanti lah bila bila kita try buat menu tradisional ni pulak. Dulu pernah try buat kuih keria, apak mencabar & tak berapa nak menjadi sangat. Lepas tu terus rasa tak nak lagi dah try. Hahah! Korang pernah makan puding raja ni?

22 comments:

  1. Assalamualaikum Wrmbth

    Selamat pagi isnin yang produktif

    Oh ini rupanya rupa puding raja pekan

    Maznee ni jarang makan puding

    Sebab tanggapan awal tu rasa sama saja

    Tapi lepas singgah blog sis Inani hazwani

    Rasa macam teringin pulak nak cuba

    Bukan main banyak sos puding tu ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni lain daripada yang lain kak. Sedap! Boleh lah try pulak lepas ni. Hehehe. Bawah tu pisang, atas tu pulak lapisan telur. Sedaap! 😋

      Delete
  2. Sha pernah tengok cara pembuatannya dekat tv.. Dekat opis sha nie pun ada yang jual.. Tapi belum lagi mencuba.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try lah kak Sha. Kalau kena cara, sedap jugak tu 👌

      Delete
  3. Pernahhh! sedappp weh. Sekali ajer pernah makan. Lepas tuh tak makan dah. HAHAH! Sebab manis tuhla akak kureng sket. Tapi kalau ade depan mata akak makan lah kot. Nak order tuh macam malas banyak. Kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah! Sedaap kan kak Nany. Nani kalau yang kurang manis macam ni, memang layaan 😊

      Delete
  4. dulu masa pregnant nak yang ni lah. huwaa. entah macam mana google bab dessert (saja cari nahas kan) lepas tu keluar gambar. gigih cari nama "puding diraja pahang'. tapi google resepi, entah resepi kenduri ke apa siap setandan pisang lah apa lah. rasa nak nangis. hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahah! Sudahnya dapat makan tak sebelum deliver baby? Yang tu mungkin dia buat untuk portion besar kot. Heheh 😂

      Delete
  5. Macam mana tekstur puding bahagian bawah tu? first time tengok ni.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawah sekali tu pisang kak. Kalau tak silap Nani pisang yang dah disangai ke apa entah ibu Nani cakap. Heheh. Atas lapisan pisang tu telur tapi dia dah jala kan, tu yang jadi macam tu 😋

      Delete
  6. tak pernah rasa lagi puding raja ni. Nampak macam sedap je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedaap kak. Kalau belah utara, macam susah je nak jumpa ni. Heheh. Meh jalan jalan Pahang kak Azie 😁

      Delete
  7. tak penah rasa lg puding raja nih... sian kan?

    penah nmpak org jual tp nk beli tkt tak sedap, tkt manis sgt, tkt mcm2 la hehehhe...
    tp mmg tingin nk rasa, dh kata puding raja msti sedap kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedaap kak! Boleh lah try lepas ni. Kalau dekat Wangsa Maju tu dekat restoran Temerloh Catering ada jual. Heheh 😀

      Delete
  8. pernah rasa puding raja ni. Bila ada kacang dengan buah-buah tu rasa dia jadi sebati, tak muak bila makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samaaa dengan Nani kak Su. Kalau lagi banyak kacang dengan buah rasa macam nice lah. Heheh. Kalau tak, dua tiga suap dah surrender 😂

      Delete
  9. Fuhhh terliur tengok ni... sedap! :)

    ReplyDelete
  10. Nampak meriah puding Tu. Pakkal la jauh pekan nun

    ReplyDelete
  11. First time tahu pasal puding ni

    ReplyDelete
  12. First time tahu tau kewujudan puding ni. Nampak sedap :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page