Selamat Pengantin Baru!

Assalamualaikum & Hello.
Minggu lepas busy sikit sebab pak cik Nani nak kahwin. Nani pun kejap kejap kang balik kampung sebab nak tolong sepupu siapkan hantaran. Sorry sangat tau sebab Nani tak blogwalking sangat dekat blog korang minggu lepas. Memang terhad sangat masa. First time try buat hantaran, memang nak pengsan jugak rasa. Hahah! Oi baru untuk majlis orang lain dia dah mengeluh, esok untuk majlis sendiri pengsan terus. Eh? 😆 Dari membeli semua barang untuk hantaran sampai lah nak buat memang banyak guna tenaga okay. Barang barang nak buat hantaran pun sekarang kemain mahal. Lagi jimat buat sendiri lah sebab boleh cut sikit bajet dekat sana sini. Nani tengok hari tu kalau beli bekas untuk hantaran yang dah siap deko tu dalam RM 200 ++ untuk lima bekas. Itu baru bekas hantaran, tak masuk lagi barang yang nak letak atas tu. Heheh. So, kalau nak kahwin pastikan kewangan dah stabil dulu okay. Elakkan berhutang, buat takat yang kita mampu. 
 Bila guna bekas hantaran yang rustic macam ni, senang sikit sebab tak payah nak hias beria sangat. Kita orang hari tu beli rumput plastik lepas tu bunga macam dekat atas ni aje. Settle! Keliling bekas hantaran tu letak riben pulak. Heheh. Bunga plastik tu kalau beli banyak dapatlah murah sikit, kalau beli sekuntum dalam empat ringgit satu. Pada Nani, mahal jugaklah empat ringgit tu. Ehehe. 
 Tag tu pun saja suka suka Nani buat sebab hari tu tengok majlis kawan Nani cantik aje dia letak. Untung bila buat sendiri ni sebab next time kalau ada lagi yang nak kahwin, dah tahu macam mana nak gubah hantaran tu. Memang mostly kita orang refer Internet lah nak dapat idea tu kan. Alhamdulillah dalam masa seminggu dapat settle buat hantaran.
 
 Alhamdulillah dengan sekali lafaz, dah selamat jadi isteri orang pak cik Nani ni. Heheh. Kahwin dengan orang Pahang jugak so mudah lah. Tak jauh sangat nak pergi. 

 Ibu & mak cik mak cik Nani. Semua dah kahwin ni. Ehehe. Pakai aje balik baju masa Hari Raya hari tu, tema emerald green. Nanti kenduri dekat rumah nenek Nani, tema pink pulak. Memang banyak betul baju kurung tahun ni, boleh lah pakai buat pergi kelas. 
Barakallah pak su & mak su. Rasa macam tak percaya pulak pak cik sendiri dah kahwin. Hahah! Lepas ni boleh lah anak anak buah pulak yang menyusul. Eh eh 😆

Tujuh dulang hantaran, berbalas sembilan. Patutnya nak bagi buah jugak tapi tiba tiba dah terlebih bekas. Nani pun tanya lah nenek Nani, "kenapa tak bawak aje lapan? Kenapa nak kena bawak hantaran ganjil?" Hahaha! Banyak pulak tanya kan. Sekali kena bebel dengan nenek Nani. Kena lah ikut adat apa semua. Esok kalau tak ikut adat macam ni, lama lama nanti hilang adat tu. Tudiaaa! Kan ada pepatah Melayu yang biar mati anak, jangan mati adat. Ada kan? Ha memanng kalau berborak dengan orang tua tua ni jangan lah nak bercakap lebih lebih pasal adat tu. Ikut aje lah tradisi orang Melayu ni kan. Apa apa pun, alhamdulillah dah selesai satu majlis. Lagi dua minggu, majlis belah kita orang pulak. Tak sabaar nak balik kampung, dapat kumpul ramai ramai dan rewang untuk kenduri. Family Nani jenis yang tak suka guna katering, selalunya masak sendiri lah. Lagi pun bila dekat felda ni, semangat kejiranan dia orang tu memang powerrr! 


13 comments:

  1. Assalamualaikum Wrmbth

    Salam pagi selasa

    Pandai Nani gubah hantaran untuk sepupu tu ya

    Boleh asah kemahiran seni dan otak sebelah kanan tu

    Maznee doakan supaya rumah tanggan sepupu nani bahagia sampai ke syurga bersama sama

    Doa untuk pengantin baru yang sahih dari Rasulullah SAW

    Barakallahu lakuma wabaraka alaikuma

    wa jama a bainakuma fi khair

    Ala

    Yang mahir zain nyanyi tu

    ReplyDelete
  2. Hantaran tuh nampak simple dan cantik...xyah sarat2 dgn hiasan pun tetap nampak klas kan

    ReplyDelete
  3. Sekarang hantaran konsepnya macam "less is more"kan? Modern tapi tetap ada sentuhan. Zaman akak dulu kawen, hantaran tu kena balut dengan plastik lutsinar. Lepas tuh punjut dengan riben. Wallahh!!! paling cantik kot. HAHAH! lagipun bajet ciput. Maka bak kata Nani, buat yang termampu ajer kan? Hehehe...Tahniah untuk PakSu dan MakSu awak. Semoga kekal ke akhir hayat. InshaALLAH

    ReplyDelete
  4. Dah boleh buat bisnes..

    Gubahan perkahwinan..

    ReplyDelete
  5. Hantaran tu simple tapi cantik. Yup jangan membazir dekat deko hantaran. Duit banyak nak pakai selepas kawin nanti. Semoga pasangan pengantin kekal bahagia hingga ke jannah.

    ReplyDelete
  6. Lawa gubahannya.

    Selamat Hari Raya Nani

    ReplyDelete
  7. Tahniah buat pengantin dan anak sedara pengantin. Cayalah nani berbakat buat hantaran. Cantik dan simple

    ReplyDelete
  8. cantik gubahan nani.... tahniah utk pantin

    ReplyDelete
  9. Muda pakcik kak nani, tahniah utk pengantin!
    Lawalah dulang hantaran tu xD bagi tips sikit cmne nk hias hantaran cecantik ni. Bulan depan kakak nk kawen tpi tk ready pun hiasan semua HAHA!

    ReplyDelete
  10. Tahniah pengantin dan anak saudara

    ReplyDelete
  11. Tulah kena ganjil..pelik kan..hihi....kita pasrah jea kalau kena ikut adat bagai ni...

    ReplyDelete
  12. Pandai nya gubah hantaran 😄

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page