Jom Bali di Wangsa Walk

Assalamualaikum & Hello.
Baru ni habis aje tengok movie Kimchi Untuk Awak, terus cari tempat nak makan dulu. Sebab tayangan movie tu awal tak sempat lah nak makan dulu sebelum masuk dalam wayang. Heheh. Mula mula Nani dah duduk dekat Teh Tarik Place tau lepas tu tengok tengok menu macam tak berapa nak best sangat, kita orang terus bangun cari tempat makan lain. Hahah! Payah betul bila bab nak makan ni. Nasib baik masa tu pelayan dia tak datang lagi nak ambil order. Jalan punya jalan, sudahnya Nani dengan kawan masuk ke Jom Bali. Dekat Jom Bali ni ada banyak sangat pilihan makanan, dari makanan melayu sampai lah ke western pun ada. Pilih aje mana yang tekak tu rasa nak makan. Heheh. Kalau sebelum tu tak tahu nak makan apa dekat Teh Tarik Place, ni dah masuk Jom Bali pun sama jugak tak tahu nak makan apa sebab banyak sangat pilihan yang ada πŸ˜†
Jom Bali di Wangsa Walk
Jom Bali ni ada banyak sangat cawangan dia orang. Nani pun baru pertama kali makan dekat sini, sebelum sebelum ni lalu aje. 
Jom Bali di Wangsa Walk
 Mee rebus dekat sini sedap lah, kuah pekat sangat lepas tu siap ada daging lagi. Cuma kalau ada cili potong lagi layan. Semangkuk mee rebus ni kalau tak silap Nani dalam RM12.90 macam tu lah. Portion banyak sangat sampai tak terhabis hari tu. 
Jom Bali di Wangsa Walk
Kawan Nani pilih nasi lemak dengan kari ayam. Untuk yang ni, Nani tak ingat pulak berapa harganya. Sorry korang. Heheh. Kari ayam dia tu pun sedap jugak. Memang Nani puas hati lah menu dekat Jom Bali ni, lain kali boleh lah repeat lagi makan dekat sini. Kalau korang nak makan dekat Jom Bali di Wangsa Walk ni boleh cari dekat level bawah tu. Jom Bali ni dekat dengan Texas Chicken & Hokkaido Cheese Tart. Korang pernah makan dekat Jom Bali? 
p/s : Dah siap makan boleh pulak terserempak dengan Nazim Othman tengah busking dekat dengan Restoran Jom Bali ni hah πŸ˜‰ 

18 comments:

  1. akak biasa pg jom bali yg kt aeon big dulu lah, skrg ni jarang2 sgt sbb jarang ke aeon big heheheh...

    makanan kt jom bali bg akak boleh tahan sedap n harga nya reasonable... akak paling minat mee grg dia hehehe... kalau amik set ns lemak ngn ayam pun berbaloi sbb ayam nya beso

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kat Aeon Big pun ada jugak cawangan dia. Heheh. Lepas ni boleh lah try mee goreng dengan nasi lemak dia orang pulak. Best jugak lepak sini sebab banyak pilihan makanan yang ada :)

      Delete
  2. Replies
    1. Sedaaap! Nani suka makanan dekat sini. Nanti try lah pergi Jom Bali :)

      Delete
  3. blom pernah makan lagi di situ. Tapi quite famous juga la Jom Bali ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani pun baru ni first time makan dekat situ. Sedap jugak lah.

      Delete
  4. Tempat lepak akak ni, Nani. Biasanya dengan Aeonbig Wangsa Maju tu tak pun kat Tesco Mutiara Damansara nun. Yang ni tak pernahlah pulak pergi.

    Ada satu lagi cawangannya Jom Western. Akak tak pastilah kalau-kalau restoran ni milik Wak Doyok. Macam pernah terbaca artikel tentang Wak Doyok dan restoran ni.

    Portion makanannya memang besar dan boleh tahan sedaplah, sesuai dengan harga. Tapi kalau dah jadi port tetap, memang tak tahu nak makan apa lagi dah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani jarang jarang pergi Aeon Big tu. Heheh. Selalu pergi Wangsa Walk sebab nak tengok wayang. Ohhh yeke. Mungkin owner yang sama tapi nama lain kot. Hahah! Kannn kak, memang portion besar dan sedap. Nani baru first time lepak sini. Boleh lah repeat lagi :)

      Delete
  5. HAHAH! masalah kan nak makan ape kat luar. Dah smpi kedai pun melangut nak pilih menu. Kalau kat TTP tuh kitaorg suka sangat roti kosong derang. Sedap bangat...combination tiga sambal tuh memang terbaik lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah! Memang kak Nany, kadang kadang sampai lima enam kali belek menu. Nani suka teh ais dekat TTP tu, sedaaaap betul :D

      Delete
  6. pernh mkn kt outlet aeonbig dlu...bole tahan mahal juga rege

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah mahal sikit kak, tapi portion besar jugak :)

      Delete
  7. Dulu zaman-zaman belajar adalah singgah wangsa walk.
    Sekarang agaknya tak tahu bila boleh lepas sana haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Mana tahu nanti dapat posting area KL, boleh lah jalan jalan sini lagi Syed :)

      Delete
  8. Naniii.. best tak Kimchi untuk Awak?

    Yg mee rebus tu nampak sedap. Padan dengan harga :)

    Alang alang minum air laut, biarlah rase masin #eyh :) Sronok jumpa Nazim Othman :) Dia punya senyum tu melting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best mekk. Hahah! Kalau nak tengok movie yang chill chill memang layan lah :) Hensem betul eh laki orang tu. Hahahahahahahah!

      Delete
  9. akak penah makan kat tesco mutiara damansara tp itu dh lamaaaaa sesgt dh..xingat mcm mana rase dh..hahaha..tp kari ayam tuh mmg nmpk sedap..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page