Resepi Kuah Kacang Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari tu Nani buat soto lepas tu kebetulan nasi impit tu ada lebih, terus cari resepi buat kuah kacang pulak. Yee masa tu tengah rajin boleh lah zass nak buat itu ini. Nani dah pernah share resepi ni dekat story Instagram lepas tu ramai pulak yang request minta share dekat blog. Baru ni lah ada masa nak masukkan dalam blog (padahal masak kuah kacang ni bulan lepas lagi). Hahaha! Seriously Nani memang tak pernah try pun buat kuah kacang sebelum ni sebab selalu jumpa resepi yang complicated. Ada yang suruh letak udang kering lah, ada resepi yang kena masukkan santan lah so terus jadi malas nak try. Cehh! Padahal masa tu tak ada keinginan pun nak try buat kacang plus jumpa pulak resepi yang susah lagi lah tak rasa nak buat. Betul lah orang kata, nak masak tak pun nak try resepi baru ni kena rajin sebab automatik jadi pandai buat. Hahah! Lepas setengah jam cari resepi, jumpa jugak dengan resepi yang paling simple. Tapi macam biasa, ada jugaklah Nani ubah sikit sikit. Nak tahu, kena baca dekat bawah ni okay! 
Bahan bahan yang diperlukan untuk buat kuah kacang versi Nani ni memang tak banyak. Less is more konsep diaa. Apa yang korang kena buat kisarkan bawang merah, bawang putih & halia. Kisar sampai halus tau. Bahan bahan lain pulak cili kering, kacang tanah kisar, serai, gula merah dan serbuk perasa (garam & gula biasa). Nani tak guna santan tau, memang ada sesetengah tempat letak santan tapi sebab hari tu konsep dia guna aje apa yang ada so kita tak letak pun santan. Sedaaap jugak okay walaupun tak letak santan. Heheh. 
Untuk kacang tanah ni, kalai ikutkan resepi asal kita kena sangai kacang ni. Sangai tu apa Nani? Sangai tu maksudnya goreng tanpa minyak. Tapi dia punya lama tu mashaAllah. Hahah! Iye lah bukan boleh sangai kacang tu sekejap aje tau, kena bagi betul betul masak. Disebabkan Nani ni pemalas & nak cepat, Nani goreng aje dalam minyak biasa. Kulit kacang tanah tu pun Nani tak buang. Dasar pemalas. Hahah! Lepas tu boleh lah tapis minyak tu & kisar guna blender kering. Tapi jangam blender lumat sangat tau nanti tak sedap. Settle kisar kacang tu, ketepikan. 
Step yang pertama, macam biasalah kita akan tumiskan segala jenis bahan yang ada tadi. Mula mula panaskan minyak lepas tu masukkan bawang yang kita dah kisar tadi. Agak agak bawang dah garing, masukkan cili kisar & serai. Part ni yang kena bertabah sikitlah sebab selalunya cili ni ambil masa sikit nak garing. Pastikan cili tu betul betul masak okay, kalau tak nanti sakit perut pulak makan. Heheh. Macam mana nak tahu cili dah masak, boleh tengok gambar dekat atas tu. 
Bila cili dah garing, masukkan lah kacang tanah yang kita dah kisar tadi dengan gula merah. Gula merah tu Nani letak sebab nak bagi kuah kacang ni cantik aje warna nya. Lepas tu boleh lah tambah air & serbuk perasa (gula putih & garam). Gula putih tu Nani tak letak banyak pun, dalam dua sudu gitu aje. Masaklah sampai kuah tu pekat & mendidih. 
Bila nampak aje kuah dah jadi macam ni, kira dah lulus lah tu korang punya kuah kacang. Sumpah Nani excited gila masa tengok kuah dah jadi elok sempurna macam ni. Hahaha! Siapa aje kan yang tak suka bila first time masak lepas tu terus menjadi. Tak sia sia bersilat dekat dapur siapkan kuah kacang ni hah. Berbaloi lah ubah sikit resepi tu, next time boleh buat lagi nampaknya. Heheh. 
Terus fefeeling macam Hari Raya bila makan nasi impit dengan kuah kacang ni. Kalau ada rendang daging ke kari daging ke lagi ngam. Hahaha! Hari tu nasi impit dah tak banyak mana, tetiba kuah kacang pulak terlebih. Sudahnya simpan dalam peti ais esoknya ibu Nani buat pulak cucur udang. Ha makanlah cucur udang cicah dengan kuah kacang. Sedaaap jugak! Kalau korang yang baru first time nak try masak kuah kacang tu boleh lah try resepi Nani ni okay, inshaAllah menjadi. Hihi. Jangan lupa cuba okay! 

7 comments:

  1. Kalau nak lagi sedap kan...tumbuk udang kering dan belacan skit campur..sedapppp...terus rasa pagi raya makan ketupat or nasi impit

    ReplyDelete
  2. sedapnya menengok tuh dik oi... akak ni belajar dh nk msk ngn mil tp bila nk bt sndiri tu mlsnya... kene try jgk lah ni buat

    ReplyDelete
  3. Resepi Nani ni sama macam mak akak buat. Tapi kitaorg akan letak daging atau ayam. Sedap wooo...hahah! Kalau balik umah in laws..derang sangai kacang tuh. Memang lama dok depan api. Panas ko..tak kuasa! HAHA..akak pernah masukkan ajer dlm oven kacan2 tuh. Jadi jugak tau! cer Nani try bebila nanti. Hehehe...

    ReplyDelete
  4. akak tk pernh masak yg mcm ni..masak guna yg instant je...just tmbh air and garam or gula secukup rasa hehe

    ReplyDelete
  5. macam sama je cara kita kan...memang mudah untuk disediakan.

    ReplyDelete
  6. nampak sedap.. raya nnti boleh try, makan dengan ketupat nasi..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page