Kenduri Kahwin & Reunion

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Selamat pagi Isnin, ada yang Monday blues ke tu? Heheh. Lepas sebulan entry ni duduk dalam draft, hari ni baru ada masa nak publish. Walaupun dah 'basi' cerita nya tapi tetap jugak nak abadikan dalam blog sebab ini antara kenangan yang manis & indah untuk diingati sepanjang kehidupan. Gittew ayat dia. Hahah! Tapi betul lah, bila ada kawan yang rapat zaman sekolah dulu kahwin, Nani wajib kosongkan jadual. Tak kira lah apa jadi sekali pun tetap jugak nak pergi. Masa kenduri aje lah ada masa nak jumpa dengan semua, kalau hari lain memang susah lah sebab masing - masing ada komitmen sendiri. Lepas tu bukan semua duduk dekat tempat yang sama, semua dah jauh. Walaupun tak semua yang datang kenduri tu tapi at least dapatlah nampak muka muka yang jarang dapat jumpa tu. Haih, rasa macam baru aje lagi tengok masing masing struggle untuk exam, tup tup sekarang dah jadi isteri orang dah. Bulan January & February lepas, dua orang schoolmate Nani kahwin & yass dua dua tu Nani dapat pergi. Dia punya seronok dapat jumpa dengan kawan kawan zaman sekolah tu, memang tak boleh nak described lah. Hahah! 
 One with my batchmate. Ini pun tak semua datang tapi dia punya meriah tu fuhh! Bila dapat jumpa ramai ramai ni, paling best sekali sebab dapat buat catch up session lah. Masa ni lah nak tahu cerita masing - masing sambil meraikan pengantin. Bulan lepas dua orang sekali kawan sekolah kahwin, dan aku masih relax jadi manusia single. Eh? Hahah! Macam biasa bila dah ramai yang kahwin ni, soalan cepumas yang akan selalu orang tanya 'ha Nani bila pulak?' Tahu lah semua tak sabar nak pergi kenduri sis, tapi sabar jap okay! Hidup sendiri pun tak berapa nak terurus lagi, macam mana nak kongsi hidup dengan orang lain. Hahahah! 
 Kenduri kawan Nani yang ni buat dekat dewan sekolah kita orang dulu, lagi lah mengimbau kenangan sangat. Kalau dulu sini lah tempat perhimpunan, tempat jawab exam, tempat ambil result. Hari tu masuk dewan ni sebab nak attend kenduri kahwin kawan. How time flies. Rasa macam tak percaya pun ada. Hahah! Tapi itu lah lumrah kehidupan kan. Apa apa pun tahniah untuk Ain dan suami. 
Ini pun antara yang memang wajib pergi. Dah lah schoolmate, classmate lepas tu masuk universiti pun belajar tempat yang sama. Seronoknya dapat jumpa dengan semua orang, terubat dah rindu masing - masing. Heheh. Tunggu sesiapa pulak kahwin lepas ni baru boleh jumpa ramai ramai macam ni. Barakallah untuk Wani dan suami. Semoga Tuhan kurniakan yang baik baik untuk kalian berdua. Siapa punya turn pulak lepas ni? Jeng Jeng Jeng. Macam biasa, bila ada orang nak kahwin, automatic meriah terus group WhatsApp tu. Hahah! Bila duduk asrama sampai lima tahun dengan dia orang ni, memang dia punya rapat tu dah macam adik beradik. Sayang semua ketat ketat 💗💗💗

11 comments:

  1. selamat pengantin baru buat kawan nani..:)

    ReplyDelete
  2. meriahnya, bila semua dpt hadir, penuh pelamin heheheh...

    ReplyDelete
  3. Seronok kan bila dapat reunion masa kenduri kawen. Macam2 cerita boleh keluar.

    ReplyDelete
  4. Wow, bestnya dapat buat reunion dekat majlis kahwin kawan. Meriah gila! :D

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah.. meriahnya nani

    ReplyDelete
  6. Memang seronok dapat jumpa ramai-ramai macam ni kan....

    ReplyDelete
  7. best kan. mek pun lame dah tak reunion dengan kawan kawan.contact dalam group whatsapp je.

    ReplyDelete
  8. Tahniah buat pasangan pengantin. Semoga berbahagia dan diberkati hingga ke syurga.. aamiin.

    ReplyDelete
  9. mmg meriah la..pi kenduri kawin skali reunion..dpt jmpa kwn2 kan

    ReplyDelete
  10. ramainya !! meriah. memang time kenduri elok benar nak reunion sekali =)

    ReplyDelete
  11. rare betul kalau buat dekat sekolah menengah dlu. kita nk buat kat sekolah rendah lah. hehee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page