Salam Jumaat !

Assalamualaikum & Hello.
Hahahah. Nani memang pesen kalau buat kerja yang duduk, kena ada makanan nak mengunyah. Kalau tidak, boleh lena masa buat kerja tu. Siapa yang macam tu, kita geng. Hikhok :P
p/s : Malam tadi dapat undangan walimah lagi. Barakallah. 

Aiskrim Goreng Perisa Durian

Assalamualaikum & Hello.
Masa awal awal keluar iklan dekat tv pasal aiskrim ni memang terus set dalam kepala nak jugak beli & rasa. Tapi masa tu pergi pasaraya tengok tak dek pulak. Huhuhu. Sebab aiskrim ni limited edition kan tu yang nak sangat rasa. Eheh ! 
Balik Raya baru ni tetiba pagi tu ibu cakap dia ada belikan aiskrim perisa durian yang nani nak tu. Pehh terus buka peti ais goreng. Pada nani sedap lah jugak rasa dia tapi nani lebih suka yang coklat. Hihi. Sesekali mencuba aiskrim perisa durian kan. Korang kalau tak rasa lagi, boleh la cari dekat mana mana pasaraya berhampiran. Kalau tak dek jual, korang ambik aje lah roti letak durian dalam tu then goreng. Hahaha. Sekarang kan musim durian :P

p/s : Teringin nak makan cekodok cicah sambal sardin yag ibu masak. Sobs Sobs T_T



Wordless Wednesday

Assalamualaikum & Hello.
Jangan pernah kasi saya harapan, kalau awak belum tentu dapat tunaikannya. Ecece ! 


The Chicken Rice Shop

Assalamualaikum & Hello.

Tempat Makan Best 

The Chicken Rice Shop
Entri kali ni kesinambungan entri yang The Mahanttan Fish Market dengan Sangkaya di NU Sentral yang Nani post baru ni.Banyak betul story dekat NU Sentral ni kan sampai boleh buat dua tiga entri, dah macam cerita Raya pulak. Eheh ! Lepas dah pusing satu NU Sentral tu Nani ingat nak balik la terus kan. Dinner pun memula cadangnya nak beli aje Burger King. Sekali kawan Nani tu cakap dia nak makan Chicken Rice Shop pulak, so nya lepas siap solat maghrib dekat situ kitorang terjah pulak ChickenRice Shop. 
The Chicken Rice Shop
Berry Jelly Fizz 
Air ni ala ala yang dekat Pizza Hut punya. Cuma Pizza Hut punya macam besar lagi gelas dia
The Chicken Rice Shop
Single Portion of Chicken with Rice & Soup of The Day.
Prime Honey BBQ Chicken memang sedap. Dia bakar garing tapi bila makan tak keras pun. Balik je dari NU Sentral terus rasa nak tido sebab dah kenyang sangat. Hahaha. Dah kenyang mata pun cepat aje nak lena. Hihi. So kalau tak tahu nak makan dekat mana boleh lah terjah mana mana cawangan The Chicken Rice Shop. Memang yummylicious ! 







Suasana Hari Raya

Assalamualaikum & Hello.
Raya baru ni sempat lah jugak berkunjung ke rumah kawan kawan dengan cikgu cikgu sekolah dulu walaupun cuti tak lama sangat. Musim musim raya ni aje lah ada masanya nak jumpa balik kawan lama kan, kalau hari biasa semua sibuk dengan hal sendiri. Dari pagi sampai ke petang Nani beraya dengan diorang. Ada lah dekat sembilan buah rumah kawan sekolah dulu yang sempat Nani ziarah. Pulak nya tu kebanyakannya buat makanan berat, memang makan sampai fengsan lah hari tu. Eheh ! 
Masa ni ziarah rumah cikgu bahasa melayu Nani masa darjah enam dulu. Mujur cikgu ada dekat rumah. Soalan cepumas cikgu "Nani, mana kadnya? Dah lama cikgu tunggu kad awak." Nani buat buat tak paham je masa tu tanya balik cikgu " Kad raya ke cikgu nak?" Hahaha. Nanti lah cikgu bebila saya hantar kad. Opss tetiba terselit sorang je lelaki dekat tengah tengah bunga tu. Ehem :P
Dengan kakak kakak anggun. Ihikss :)
Terima kasih tuan rumah, Ain Fariha masak makanan sedap sedap untuk kitorang. Hihi. Kenyang betul makan hari tu :D
Jumpa lagi next time awak semua. Hihi. 
Banyak lagi gambar raya dengan diorang ni tapi Nani malas nak pindahkan satu satu sebab makan masa. Hahaha. Alasan sangat kan. Anyway, memang enjoy sangat dengan korang hari tu :)

Sangkaya di NU Sentral

Assalamualaikum & Hello.

Aiskrim Kelapa Sangkaya

Sangkaya di NU Sentral
Dua tiga hari ni memang banyak entri pasal makanan aje yang Nani buat. Hahah. Bukan apa, masa keluar weekend baru ni memang misi dia mencari makanan aje. Sebelum masuk Manhattan Fish Market baru ni, Nani ajak dia pergi beli Sangkaya dulu sebab dah lama sangat craving. Tak la lama mana pun tapi sejak awal puasa hari tu lagi dah. Huhu. 
Sangkaya di NU Sentral
Mentang mentang topping boleh letak sendiri kemain banyak dia ambik sampai melimpah limpah keluar. Hahah. Sedap betul rasa musim musim panas ni makan aiskrim. Ihikss. 


The Manhattan Fish Market

Assalamualaikum & Hello.

Tempat Makan Menarik

The Manhattan Fish Market
Baru ni masa pergi NU Sentral memang dalam kepala otak dah terfikir nak lepak dekat Manhattan aje sebab craving nak makan sizzling brownies dekat situ. Sebab tak nak menghampakan keinginan perut masuklah jugak Manhattan. Hahaha !
The Manhattan Fish Market
Gummy Bear (RM 9.50) & Ice Lemon Tea (RM 6.5O)
Muka dia terlalu bahagia sebab dapat makan apa yang dia nak. Hahah !
The Manhattan Fish Market
Sizzling brownies ice cream (RM 12.90) 
The Manhattan Fish Market
Super Fruit Crumble (RM 8.90)
The Manhattan Fish Market
Dah kenyang dia punya tudung pun gaya apa je dah. Hahah. Seriously, memang nani syorkan korang makan dekat sini. Sedap sampai rasa nak pengsan. Kah ! Masa nani masuk ni dah petang kiranya hi- tea lah, tu pasal makan pun dessert semata mata. Hihi. Banyak lagi makanan yang best dekat situ, silalah terjah baru tahu. Tak pun survey dulu dekat web diorang okay !






Ala Ala di Kampung

Assalamualaikum & Hello.
Semalam nani keluar la jalan jalan sebab bosan tak tahu nak buat apa kan. Orang lain semua sibuk pergi beraya lah, open house lah dan nani ditinggalkan keseorangan. Eceh. Sebab tak dapat undangan open house semalam, so beraya lah dekat Kampung Nu Sentral. Hahaha. Ehh Nu Sentral ada kampung? Jeng Jeng Jeng. Jom baca dekat bawah.
 
Hahaha. Aku tersangatlah over masa nampak replika rumah kampung ni dalam NU Sentral. Nak buat macam mana jasad dekat KL tapi hati dekat kampung. Ewah ! Bila dah nampak suasana ala ala dekat kampung ni apa lagi, bergambar lah kan :P
Fefeeling dekat rumah melayu tradisonal lah kononnya. Hahah :D
 
I don't know what kind of pose is this. Hahaha :P
Yang paling menarik dekat Kampung NU ni sekarang ada contest di instagram. Cuma perlu buat video di Kampung NU dan post dekat instagram. Mana tahu video korang terpilih untuk menang untung untung dapat satu Ipad free.Cepat cepat join tarikh tutup penyertaan 31 hari bulan ni. Tak lama dah tu. Jom ke Kampung NU ! 





Dia Lebih Menyanyangi

Assalamualaikum & Hello.
Pagi tadi lepas dah siap solat subuh, bukak whatssap family dan nani dikejutkan dengan berita pemergian aki njang( abang kepada wan nani) Allahuakbar. Terus rasa sebak dada ni. Kali terakhir nani jumpa arwah beberapa bulan yang lepas, masa dia balik ke kampung sebab wan we (kakak ipar arwah) meninggal. Tahun ni wan nani kehilangan dua orang yang paling dekat dengan hidup dia.
Ni whatssap semalam ibu hantar. Doktor pun memang dah tak bagi harapan sangat. Sebelum nani balik KL hari tu ibu cakap dekat nani "Ibu ni memang dah rasa nak sangat pergi tengok aki njang tapi sabtu ni ada sekolah ganti." Tapi semalam ibu pergi jugak ke Kuantan dengan abah dan wan sebab nak tengok aki njang. Kadang kadang naluri dengan kata hati ni betul. 

Dan ni berita yang aku terima pagi. Allahuakbar. Dari Dia kita datang kepada Dia kita kembali. Moga arwah tenang dan damai di sana. Rezeki ibu dapat bertemu dekat aki njang sebelum beliau meninggal.

Aidijuma di NU Sentral

Assalamualaikum & Hello.
Ni cerita sebelum balik Raya hari tu tapi baru hari ni nak publish. Hahaha. Bukan apa, banyak sangat benda nak kongsikan dalam blog ni. Ececeh ! Nani ni jarang jarang masuk NU Sentral sebab selalu pergi Mid Valley aje. Hari tu melangkah lah jugak ke NU Sentral sebab nak belikan tudung AJ yang ibu dengan mak cik Nani kirim. Masa nak dekat raya hari tu Aidijuma buat sales kaw kaw punya dapat lah beli banyak sikit tudungnya. 
Warna tudung pun nak dekat dekat aje semua yang nani beli. Dah Raya tahun ni tema semua orang purple pink gittew. Dah lama kot tak beli tudung bawal ni, sebab malas nak iron. Hahah. Nani kalau boleh nak beli tudung yang tak payah iron. Senang. 
Senang aje nak cari Aidijuma dalam NU Sentral ni sebab dia sebaris dengan Blossom Box Store. So kalau korang dah alang alang shopping dekat area situ boleh pergi dedua terus. 

Level Three NU Sentral,
Jalan Tun Sambathan,
50470, Kuala Lumpur. 

Hahaha !

Assalamualaikum & Hello.

Dating di Domino's

Assalamualaikum & Hello.
Masa balik beraya dekat Pahang baru ni sempat lah jugak Nani jumpa dengan kesayangan. Lama kot tak jumpa, dah alang alang balik boleh lah kan pergi dating dekat Domino's. Padahal kalau nak jumpa dekat KL pun boleh tapi sebab busy sangat mana ada masa nak keluar. Ehek !
Kesayangan. Kawan baik sejak dari darjah satu. Memang dah lama sangat sampai dah masak dengan perangai masing masing. 
Nani lebih suka Domino's berbanding Pizza sebab kalau domino's boleh pilih nak bread yang nipis ke tebal ke. Hihihi. Nani prefer yang nipis punya baru lah tak muak bila makan. Topping pun macam banyak bila Domino's. Tapi setiap orang ada citarasa masing masing kan.
 
Yang ni apa entah nama nya. Hahah. Lupa sudah. 
 
Yang ni pun aku lupa namanya apa. Hahaha :P
Yang ni aku tapau bawak balik rumah. Huhi. 
Larva kek yang sangat lah yummylicious. Bila makan tu rasa cair je dalam mulut. Tiap kali pergi Domino's memang tak pernah miss nak order yang ni. Hihi. Masa tu ada jugak order spaghetti dua bekas tapi tak sempat nak snap gambar. Memasing dah lapar semua ngap je terus.
Total damage untuk hari tu. Ni pun belum masuk lagi larva kek dengan sekeping pizza yang kitorang order kemudian. Memang makan sakan dekat Domino's baru ni. Hihihi. Jumpa lagi kesayangan :P



Nasi Kerabu Power !

Assalamualaikum & Hello.
Baru ni aku beli nasi kerabu dekat area Petaling Jaya ni sebab terliur sangat. Sekali makan memang pehh sedap sangat. Jarang jarang jumpa dekat bandar ni nasi kerabu yang betul betul sedap. Portion dia memang banyak, harga enam ringgit sekali dengan daging bakar. Puas hati rasa dapat makan yang sedap macam ni. Hihihi. 
Aku yang buat entri ni pun tetiba terliur tengok. Hahaha :P 

Aku Bahagia !

 Assalamualaikum & Hello.
Tajuk dia kemahen lagi kan. Hahaha. Bahagia sebab raya kali ni dia dapat banyak duit raya bukan sebab lain. Haipp ! Makin besar makin banyak pulak duitnya kan. Duit dalam sampul pun tebal tebal je mak cik dengan pakcik Iolss bagi. Segan pulak dah besar besar dapat duit raya lagi. Hahaha. Jangan jeles adik adik, akak yang dah besar ni pun dapat duit raya lagi.
 Muka dia terlalu bahagia dapat banyak duit raya tu pasal kena tutup. Hahahha. Macehh semua yang hulurkan duit raya buat daku. Boleh lah buat tambang bas pergi balik kampung. Ihikss :D

p/s : Raya tahun depan ada lagi tak yang nak bagi duit raya ehh ? Hahahah


Paling WIN !

Assalamualaikum & Hello.

Selamat Hari Raya !

Assalamualaikum & Hello.

Lama betul blog ni bercuti sama macam tuan dia. Ihikss. Semalam baru Nani balik dari Pahang, sepanjang dekat rumah memang tak buka langsung blog apatah lagi nak karang entri. Hari nidah genap seminggu raya, baru terhegeh hegeh nak taip entri syawal pertama. Hahaha. Kalau tak buat entri nanti, tak dek pulak kenangan raya di tahun 2015 ni. Eceh ! 
Sebab balik pun dah dua hari sebelum raya, so aku sempat buat cornflakes madu aje. Itu pun buat masa semua orang sibuk nak buat lemang. rendang and aku sensorang hadap cornflakes madu. 
Memang tiap tahun ibu buat rendang ayam bila nak raya. Tahun ni dua kuali buat rendang ayam.
Wefie pagi raya sebelum nak bersalam dengan wan & adik beradik ibu. 
Dengan sepupu sepapat yang masuk air. Hahah !
Menu pagi raya hari tu kitorang masak soto dengan nasi ayam. Mak cik aku pulak sempat lagi buat kek indulgence sebab nak celebrate birthday pagi raya. Pehh memang meriah la sambut birthday masa raya pertama. 
Muka gua di pagi raya. Hahah. Tak pakai bedak atau segala mak nenek alat mekap. Kah !
Di kesempatan ini, Nani mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang mengenali diri ini, mohon maaf zahir dan batin. Semoga Lebaran ini mengeratkan lagi tali persaudaraan sesama kita. 






Wordless Wednesday

Assalamualaikum & Hello.



#Cabaran20Hari l Main Mercun Masa Raya

Assalamualaikum & Hello.

sumber google

Nani ni memang bukan la jenis yang nak main mercun bagai tu. Maklumlah I ni kan anak perempuan mana ada nya nak main benda benda gitu. Hahah. Setakat main mercun bawang tu pernah lah tak pun bunga api. Yang lain lain memang nan hado nya lah. 

Pernah poksu Nani masa kecik dulu dia pegang mercun dekat tangan dia lepas tu entah macam mana dia nak bakar mercun lain tapi terbakar yang lain. Err paham tak cerita aku ni. Hahaha. Sedahnya dua jari dia yang kena. Seriauu Nani dengar cerita dari ibu. Masa tu aku kecik lagi. Moral dia jangan main mercun masa raya tau :D

#Cabaran20Hari l Kuih Raya Pilihan Hati

Assalamualaikum & Hello.

Short update pagi ni sebelum gerak balik ke Pahang kejap lagi. Nak singgah Jalan Tar dulu tu yang awal pagi dah keluar. Hihih. Sempat lagi tu kan nak ke Jalan Tar dulu. Aku bila time raya dua jenis kuih raya yang paling aku minat. Dua dua gambar dari Google. Huhu.


Korang pulak minat kuih apa?

P/s : Doakan perjalan aku ke Pahang hari ni. Korang yang memandu tu pun hati hati :)

Seharian Berjalan !

Assalamualaikum & Hello.
Sabtu lepas aku keluar dari pagi pergi Pasar Seni nak belikan tudung AJ yang mak cik dengan ibu aku kirim. Padahal jumaat petang tu dah pergi cawangan dekat NU Sentral tapi banyak pulak yang dah habis stok. Sebelum pukul sembilan lagi aku dah tercongok depan Pasar Seni ( 15 minit tunggu baru bukak ) Siapa suruh awal sangat kan. Haha. Lepas borong AJ memula aku decide malas nak pergi PWTC tapi dah alang alang dekat pergi lah jugak.
Seroiusly ramai gila orang. Tetiba masa tu aku rasa menyesal sangat pergi. Hahaha. Tapi dah sampai terjah jugak lah booth HijabsbyHanami. Tu je lah satu satunya booth yang aku pergi. Tak sanggup ku nak redah lautan manusia yang tersangatlah ramai tu.
Nah dah peri takkan lah nak tengok aje kan. Beli lah jugak sehelai instant shawl lepas tu dapat free lagi sehelai. Pheww. Rejeki bulan ramadhan. Hihi. Gamabr shawl nya raya pertama lah baru boleh tunjuk nanti kang tak suprise pulak. Ceh !
Balik je dari PWTC dah dekat pukul tiga lebih gitu terus mandi siap siap pergi Bangi Golf Resort pulak untuk berbuka. Dah nak habis Ramadhan baru nak gi BGR perabih kan voucher. Bak kata sis Dkna "berdua lebih baik gitu. " Hahaha, voucher ada dua je dah mana boleh ajak ramai ramai. Bukan apa hujung ramadhan baru nak pergi, bulan puasa ni hujung minggu je tak melekat dekat bilik, ada je tempat dia nak pergi. Kalau tak ke rumah saudara mara dia pergi berjalan. Hahah. 






Koleksi Pakaian Sukan Kappa Malaysia

Assalamualaikum & Hello.

Anda peminat pakaian sukan? Haaa, kalau anda peminat pakaian sukan jom baca entri ni. Antara jenama pakaian sukan yang terkenal ialah Kappa Malaysia. Kappa Malaysia telah ditubuhkan sejak tahun 1967 dan menghasilakn koleksi pakaian sukan yang melus seperti jersey, t-shirt bola sepak, t-shirt polo, singlet, seluar track dan lain lain. Jenama yang berasal dari Itali ini merupakan antara jenama sukan gergas yang dikenali di seluruh dunia dengan hasil koleksi pakaian yang amat berkualiti. Haaa, menarik kan?
Pakaian sukan Kappa juga telah berada di pasaran lebih daripada empat puluh tahun lamanya dan telah dipakai oleh atlet profesional. Selain itu, jenama ini juga turut menjadi penaja rasmi pelbagai sukan kebangsaan yang tersohor. Apa yang paling menari, kolekesi pakaian sukan Kaooa juga ditwarkan dengan garga yang lebih murah berbanding jenama sukan lain. Jom kita lihat koleksi pakaian Kappa ini.


Seperti yang ditwarkan sebentar tadi, Kappa menwarkan pelbagai koleksi baju sukan yang diperbuat daripada material yang berkualiti tingg bersesuaian untuk aktiviti sukan anda. Bukan sahaja selesa dipakai, koleksi pakaian sukan Kappa ini juga direka dengan rekaan yang stylish untuk memastikan anda kekal bergaya dan mengikut citarasa anda.

Begitu juga dengan koleksi bottom seperti seluar pendek, tracksuit dan lain lain yang pastinya menjadikan aktiviti sukan anda berjalan lancar. Apa yang pasi, koleksi pakaian sukan Kappa ini juga boleh anda miliki secara online di ZALORA MALAYSIA. Tunggu apa lagi? Bersukanlah dengan selesa dan kekal stylisgh bersama pakaian sukan Kappa Malaysa ! 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page