RSMY Best Naan Cheese

Assalamualaikum & Hello.
Fuhh cecepat update entry sebelum sambung study untuk Quiz lepas zohor nanti. Mana yang Nani tak sempat singgah blog tu weekend ni Nani terjah ok. Weekdays ni memang busy sangat sangat seorang Inani Hazwani ni. Hahaha ! Hujung minggu baru ni hujung minggu yang paling terisi. Sabtu belajar buat nasi kerabu, ahad pulak Nani pergi Jalan Tar jalan jalan sikit. Eh. Pergi Jalan Tar hari ahad memang manusia ramai betul lah. Tapi sebab nak jugak pergi tak kira ramai ke tidak, kita redah jugak. Padehal niat utama ke sana nak terjah RSMY Best Naan Cheese tu. Haaaa !
Dua dua tak pernah makan dekat sini, bila nak pergi tu macam blur blur sikit. Hahaha ! Nasib baik ada kawan yang tahu kalau tidak sesat jugak nak cari. Kalau korang dah ke Sogo memang wajib terjah RSMY Best Naan Cheese ni. Memang dekat sangat dengan sogo dalam lima minit macam tu.
 RSMY Best Naan Cheese
Laici dengan Epal Asam Boi. Nikmat !
RSMY Best Naan Cheese
Naan Extra Cheese (RM10.60)
Mula mula kitorang order Naan Extra Cheese dengan Kari Ayam aje. Bukan apa, kalau order banyak banyak terus takut tak habis. Ewah ! So order satu je dulu, kalau tak kenyang baru tambah lagi. 
RSMY Best Naan Cheese
Tak boleh nak tarik tinggi sangat yang ni. Mungkin sebab cheese banyak sangat. Hahaha ! 
RSMY Best Naan Cheese
Garlic Naan Cheese (RM7.50)
Fuhh akhirnya dapat jugak makan dekat sini. Dah lama tau teringin nak lepak sini lepas tu ambil gambar cheese boleh tarik tarik. Hahahahahha ! Teruk betul perangai. Total damage kitorang makan hari tu dalam RM 30 ringgit berapa sen entah. Overall Nani suka tempat ni. Bersih, ada aircond dan servis pun laju. Korang kalau dari sogo jalan depan sikit akan nampak Parkson Maju Junction, kena lintas jalan. Ada satu restoran nasi kandar Penang lotus jalan depan sikit lagi jumpa lah RSMY ni haa. Sebaris dengan restoran nasi kandar tu. Jangan lupa terjah ok !






21 comments:

  1. Lama tak makan naan cheese Yg extra cheese tu nmpak sedappp :) hihi

    ReplyDelete
  2. pernah makan kat sini sekali..memg sedap nan cheese dia.. malam lagi laaa ramaiiii umat

    ReplyDelete
  3. fuhhh, tarik tu dah macam pizza! :D hehe

    ReplyDelete
  4. Wow..nampak yummy naan extra cheese tu..nak skittttt..

    ReplyDelete
  5. ala.. knape takde sekeping gambar view dari sogo yg boleh nampak parkson, nampak Penang lotus nampak lintas2jln macam nani cerita atas tu, rinduuu nya lahai nk jln2 situ

    ReplyDelete
  6. Nyummm ! sedapnyaa ya Allah. cheese lebih tu lg sedap ! hihii. ^^

    ReplyDelete
  7. Terus rasa nak makana roti naan cheese plak..adeh....gomok la akak ni...

    ReplyDelete
  8. Fuhhh! Nan cheese tu tempting sungguh!

    ReplyDelete
  9. fav akak ni dik nani. Tambah lak dgn ayam tandoori ngn teh susu lembu. Terbahekkkk

    ReplyDelete
  10. ayoooo menggoda betul... akak dh lama tingin nk pg tp asik nyer tak jd pg je... kene jgk terjah nih

    ReplyDelete
  11. baru lepak sini minggu lepas...ni port kami anak beranak kalau tekak nak sangat mkn nan cheese...gigih dari rawang tau!! haha...

    ReplyDelete
  12. Tengok cheese dia tu yg tak boleh tahan Nani:)

    ReplyDelete
  13. tergugat rasa diet akak tau..meronta2 perut minta nan cheese ni..

    ReplyDelete
  14. sedapnyaaa! Tetiba rasa macam nak kena pi makan kat sana lagi hehe

    ReplyDelete
  15. sedapnya pepagi jengah sini ada mknan yg enak...aduh...

    ReplyDelete
  16. Nad tak sempat lagi nak up entry, akak dah up dulu TT_TT Hahahhaha padahal makan lama dah, dok tangguh tangguh je.

    ReplyDelete
  17. Tak pernah tau kewujudannya. Hahah..walhal dulu2 selalu jer gi area Masjid Jamek ni. InshaALLAh, ada peluang boleh try la nanti.

    ReplyDelete
  18. Wow... marveles!!... baru perasan dah lama saya tak pekena nan cheese ni... superb!!.. :)

    ReplyDelete
  19. saya teringin sangat nk makan roti naan cheese ni, bestnya main tarik2 mcm pizza T__T x muak sangat kan?

    ReplyDelete
  20. penah mkn gak sini..ritu mkn nan cheese ni oklah
    pas2 try nasi beriyani dia..kureng skit
    maybe salah pilih lauk ke ape..tgk org lain komen sedap je
    tekak masing2 lain kan hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page