Rezeki

Assalamualaikum & Hello.
Dalam berkira - kira nak makan apa untuk malam baru ni tetiba kawan Nani bagi sebungkus nasi lemak paru. Aih kalau orang dah bagi takkan nak tolak pulak kan. Rezeki namanya, dah tak payah fikir nak makan apa dah. Alhamdulillah :) Nani selalu mengalami masalah tak tahu nak makan apa ni. Hahaha ! Kadang tu dah sampai restoran, list menu dah depan mata pun masih tak tahu nak makan apa. Teruk betul perangai. 
Senang hati dapat makan nasi lemak paru ni. Sedap ! Terima Erra bagi nasi lemak ni. Semoga dimurahkan rezeki selalu. 
Zoom sikit dengan gambar paru yang banyak sangat tu. Hihi. Alhamdulillah rezeki makan malam baru ni. Kadang kadang kita tak sedar rezeki tu datang dalam pelbagai bentuk. Bukan sahaja dari segi wang tetapi dalam bentuk kesihatan, makanan dan banyak lagi. Semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki dan bersyukur dengan setiap rezeki yang kita dapat. Have a nice day !

11 comments:

  1. alhamdulillah. Rezeki hadir dalam pelbagai bentuk...

    ReplyDelete
  2. Wah rezeki tu kan nani..jgn ditolak..mkn dgn paru, sedapnya..

    ReplyDelete
  3. Rezeki jgn ditolak. Betul tak? Hihi... Btw, good morning..

    ReplyDelete
  4. banyak tuh parunya.... mmg murah la reZeki nani...

    ReplyDelete
  5. Sedapnye tgok nasi lemak tu nani. Nyumm nyumm

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. itu namanya rezeki kan nani :)

    ReplyDelete
  7. huhuhuhu..sedapnya..lama tak makan nasi lemak sambal paru!

    ReplyDelete
  8. murah rezeki ko nani...nasi lemak lauk paru lak tu...peberet akak tu lagi2 kalo paru tu garing2 ...adoi meletopppppsss hah!!

    ReplyDelete
  9. Alaaaa tetibe teringat nasi lemak paru kat area umah akak nie..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page