Restoran Temerloh Catering di Wangsa Maju

Assalamualaikum & Hello.
Kisahnya hari tu Nani pergi Wangsa Walk sebab nak baiki phone. Sementara nak tunggu dia orang baiki, Nani pun menapak lah ke Restoran Temerloh Catering ni hah. Alang alang dah ada dekat area situ, jom lah kita lunch ikan patin tempoyak. Lagi pun dah lama kan tak balik rumah, boleh lah pergi cari makanan Pahang sikit buat lepas rindu. Eh? Hahah! First time Nani makan dekat sini, sebelum ni dengar nama aje dan pernah jugak lah baca review blogger lain. Masa Nani pergi tu baru pukul 11 pagi so tak ramai sangat orang. Tapi restoran ni tersangatlah besar, so jangan risau sangat bab meja.  Dekat restoran ni ada jugak pisang cheese yang sedap tu tau. Ingat nak order pisang cheese sekali tapi masa Nani pergi tu dia orang tak bukak lagi. Sobs. Next time lah kita pergi lepak makan pisang cheese pulak. Ada niat tu nak repeat lagi makan dekat sini. Sekali sekala time ada duit tu boleh lah, kalau selalu mahunya menipis purse tu. Makanan dekat sini agak pricey tapi berbaloi lah jugak. 
Pilihan lauk pauk pun ada banyaak sangat sampai tak tahu nak ambil yang mana. Nani memang dah aim nak makan patin tempoyak so lauk lain tak pandang sangat. Heheh. Gulai lemak rebung pun nampak menarik dekat sini. Alah, semua nampak sedap. Serius tau korang. Nani suka jugaklah makan dekat restoran yang macam ni (banyak lauk kampung). Asyik fast food tak pun western jemu jugak tekak ni hah. Korang kalau rindu air tangan emak dekat rumah tu boleh lah bawak diri ke Restoran Temerloh Catering ni hah. 
Restoran Temerloh Catering di Wangsa Maju
Lunch date berdua. Hiks. Nani hari tu ambil nasi putih dengan pucuk ubi masak tempoyak. Kenapa entah hari tu boleh ambil lauk semua yang berasaskan tempoyak. Dah nak makan baru aku perasan okay lepas tu menyesal sensorang diri. Hahah! Patutnya ambil lauk lain baru ngam. Tapi sedap jugak tau pucuk ubi tempoyak tu sebab pedas. Berpeluh peluh makan. Fuhh!
Restoran Temerloh Catering di Wangsa Maju
Ikan Patin Tempoyak (RM13)
Pada tekak Nani ni, okay lah gulai tempoyak dekat sini cuma tak berapa nak pedas sangat. Kalau lagi pedas, lagi sedap. Heheh. Nani sejenis yang tak boleh betul makan kalau tak berapa nak pedas sangat ni. Hahah! So korang kalau teringin sangat tu nak makan patin masak tempoyak, boleh lah datang sini. Nak kuah gulai tu aje pun boleh, semangkuk RM 2 kalau tak silap Nani. Tak nak makan gulai tempoyak, gulai lain pun ada banyak lagi. Overall, Nani puas hati lah makan dekat sini. Total haritu dalam RM 17.90 seorang. Puding diraja pun ada jual tapi RM 8 lah sebekas so tak jadi nak ambil. Heheh. Nak cari restoran ni pun senang sangat okay, belakang Wangsa Walk tu aje (hujung). Korang Waze aje confirm jumpa. Heheh. Selamat mencubaa! 

16 comments:

  1. Boleh cuba ni. Terliur tengok lauk-pauk tempoyak :)

    ReplyDelete
  2. alahai, IQ yang duduk area wangsamaju pun tak pernah makan lagi kedai ni, ok, nak pergi serbu!

    ReplyDelete
  3. Pucuk ubi ciksue suka, ikan patin kita kurang gemar. Not bad lah harga tu sebab ikan patin memang mahal.

    ReplyDelete
  4. Fav akak jugak..tapi sellaunya masak sendiri je...sedpanyaaaa

    ReplyDelete
  5. Alah baru ke arah wangsa walk sabtu lepas. Kalau tau awal2 boleh singgah sini. Lama tak makan patin tempoyak.

    ReplyDelete
  6. Gulai tempoyak memang sedap! Favourite Siqah jugak ni! :D

    ReplyDelete
  7. harga dia okay jugaklah untuk sorang makan. tak berapa suka tempoyak so kurang terliur sikit tengok gambar ni hahah

    ReplyDelete
  8. Ya Allah lama xmkn tempoyak ni sedapnya walaweiiii

    ReplyDelete
  9. okey . boleh masuk list 'to-be-eat-next' . haha

    ReplyDelete
  10. Wow sedap tu, Pakcu ni memang peminat ikan patin taw, so, kena pergi serbu ni..kikiki

    ReplyDelete
  11. KG tak makan ikan patin..tapi nasik tu nampak sedap klu taruk kicap dan ada telur goreng...

    ReplyDelete
  12. sampai ke hari ni masih tak boleh nak makan tempoyak...kalau balik ke kampung isteri..tengok saja la

    ReplyDelete
  13. Sedap pula tengok ikan patin tu..

    ReplyDelete
  14. pergh ikan patinnnn.. busyra penah try makan ikan patin. tp tak kena dek tekak. hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page