Resepi Roti Pizza Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Hai koraang! Hari ni Nani nak share satu lagi resepi yang paling mudah sekali nak buat dan semestinya sedap. Ini lebih kurang resepi bujang lah, tak banyak pun bahan yang diperlukan untuk buat Roti Pizza ni. Paling penting sekali kena rajin aje. Kalau malas, memang satu apa pun tak jadi. Hahah! Actually resepi ni adik Nani yang ajar. So kalau ada roti yang lebih lebih dekat dapur tu, esok boleh buat okay resepi ni. Bahan bahan yang diperlukan bawang holland, kepingan daging burger, sosej, sos bolognese, serbuk lada hitam, roti, cheese dan jugak lada benggala. First sekali kena sediakan sos untuk roti pizza ini lah, resepi ni actually lebih kurang aje macam nak buat sos spaghetti tu. Tumiskan bawang holland sampai naik bau, masukkan kepingan daging burger, masukkan sos bolognese, serbuk lada hitam dan last sekali sosej. Kacau sehingga sebati dan jangan lupa untuk perasakan dengan garam. Nani hari tu ada masukkan jugak cheese dalam sos ni, saja nak bagi lagi cheezy. Tapi tu optional aje tau, ikut selera masing - masing. 
 Bila sos tadi dah masak, boleh lah ambil roti dan sapukan sos cili dekat bahagian atas roti tu. Nani ada jugak sapu buttercup dekat bahagian bawah roti ni, nak bagi roti tu lagi crunchy. Tapi kalau tak nak pun tak apa okay! Lepas tu letaklah sos yang kita dah masak awal tadi & taburkan lada benggala yang dipotong dadu. Lada benggala tu kalau kita letak lagi banyak lagi sedap. 
 Last sekali taburkan lah mozarella cheese dan boleh lah bakar. Nani hari tu tak bakar pun tapi guna kuali ajaib tu aje, lagi cepat. Kalau oven/microwave nak kena set masa pulak kan. Leceh. Hahah! Kalau tak ada kuali ajaib, guna lah kualai apa pun yang ada dekat dapur tu tapi make sure yang boleh tutup okay so nanti cheese tu cepatlah sikit cair. 
Ini lah dia rupa Roti Pizza Homemade yang paling senang nak buat. Kalau ada chili flakes lagi sedap tabur dekat atas roti ni. Fuhh buat roti pizza ni untuk minum petang memang layan lah. Oh ye, untuk mozarella cheese tu adik Nani guna jenama Anchor. Dia cakap lagi murah daripada jenama lain. So, kalau korang teringin nak makan pizza tu boleh lah try resepi Nani ni okay! Guna roti biasa tu pun boleh aje buat pizza. Heheh. Paling senang dan sekejap aje dah siap. Roti pizza ni kena makan time panas panas tau, kalau tak memang keras lah cerita dia. Hahah! Jangan lupa untuk cuba tau! 

17 comments:

  1. wah senang mudah! guna roti je kann :)

    ReplyDelete
  2. Meriahnya.. buat breakfast ni pun sedap sgt.. menyelerakan :)

    ReplyDelete
  3. sedapnya, oven akk tu rosak pulak. kalau tak rosak, boleh masak

    ReplyDelete
  4. wahhh.. menarik.. sedap ni :)

    ReplyDelete
  5. dulu pernah buat camni gak, simple sangat. ini kita panggil pizza malas hahaha

    ReplyDelete
  6. Memang sedap Nani! Akak pun suka buat..senang dan sedap.

    ReplyDelete
  7. Sedapnyaaa cheese melimpah ruah. Pengsann.

    ReplyDelete
  8. sha baru duk "menyanyi" nak buat haha last last beli piza yang balik panaskan tu

    ReplyDelete
  9. weih nk simpan resepi ni. tunggu kan kemunculan di FB mek pulak. hahahahahhahahahahahaha. christmas ni mek buat

    ReplyDelete
  10. Wah mudah rupanya! Nampak sedap ni :D

    Fatina Mudz

    ReplyDelete
  11. wah boleh cuba ni . thanks for the recipe :)
    jemput singgah blog farah
    https://sweetsourtheworld.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. Roti tu guna roti biasa je ke kak Nani? Ya Allah kenapa lah resepi kat blog kak Nani selalu sedap-sedap. Kalau lah Nad serajin camni dan reti buat semua ni. Rasa nak try sebab rumah kita ada kuali ajaib! Hahahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Nad guna roti yang empat segi biasa tu aje lepas tu tambah lah topping ala ala pizza tu. Hahah! Try lah, sumpah sedaaaap :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page