Pertama Kali Shopping di Althea Korea

Assalamualaikum & Hello.
Hai koraang! Baru ni Althea buat sales sempena 11.11, Nani lah antara salah seorang yang membeli tu. Hahah! Murah murah awak harga dia, takkan lah nak tengok aje kan. Tapi bukan semua lah barang ada sales, ada aje yang harga sama macam biasa. Actually ni first time Nani shopping dengan Althea Korea, kawan pun tumpang sama jugak membeli. Ada lah a few things yang memang Nani target nak beli, alang alang masa tu ada sales, terus lah kita beli kan. Banyaaak okay skincare, make up semua dekat Althea Korea ni, shipping pun laju aje. Hari tu Nani order 10.11 macam tu kalau tak silap, lepas tu tak sampai seminggu barang dah sampai dekat rumah. Woww! Boleh tahan laju jugak lah sebab dia cakap estimate penghantaran within two weeks. Heheh. Next time boleh lah shopping lagi dekat Althea Korea ni, dah lah siap post dalam kotak Althea tu. Sayang nak buang kotak sebab cantik sangat. Hahaha! Habislah lepas ni asyik buat koleksi kotak Althea aje lah nampaknya. Nak tahu apa yang Nani beli, jom tengok dekat bawah ni. Nani beli dua barang aje, lagi dua tu kawan Nani yang punya. Punya lah best friend forever, shopping pun nak sama samaa. Hahaha! 
Tadaaa, ini lah hasil 'rembatan' masa 11.11 hari tu. Nani beli Innisfree Bija Trouble Lotion tu dengan Foaming Cleanser The Face Shop. Elok pulak baru ni moisturiser dah habis, terus lah beli dekat Althea Korea ni. Before this Nani pakai yang jenama Pink by Beauty, kali ni nak try jenama Innisfree pulak. Baca dekat Twitter ramai cakap moisturiser ni best dan nampak lah perbezaan before & after guna tu. Bila orang cakap best ni, wajib lah kita try jugak kan. Nak jugak flawless macam orang lain. Hahaha! Harga Innisfree tu around RM 50 ++ biasa lah, kalau Innisfree memang tak ada harga yang murah murah. Tapi kalau memang berkesan, tak kisah pun mahal mana kan. Heheh. 
Setakat yang Nani guna Innisfree Bija Trouble Lotion tu memang tak ada lah buat muka Nani breakout ke apa. Okay sangat lah, moisturiser ni pun cepat serap, jenis yang tube macam ni lagi senang nak pakai. Heheh. Cleanser The Face Shop tu Nani tak try lagi sebab pencuci sekarang ada lagi, hari tu beli sebab saja nak try. Nanti kalau Nani dah guna boleh lah share feedback dengan korang pulak. Sekarang guna cleanser Innisfree tapi saja nak bertukar yang ni pulak sebab ramai cakap okay. Apa apa pun kalau beli skincare jangan lupa buat patch test dulu, takut ada ingredients yang tak sesuai dengan kulit muka tak pasal pasal breakout pulak. Nangis woo kalau muka breakout nanti. Korang ada tak yang pernah try dua produk dekat atas ni? Heheh. Kalau ada boleh lah share pengalaman korang guna produk ni dekat bawah okay! 

5 comments:

  1. mek suka jugak dengan produk korea ni. tapi shopping dengan althea ni tiada pengalaman lagi. Paling mek suka guna adlh produk laneige memang berkesan dngan mek.

    ReplyDelete
  2. moist tu untuk skin apa? sha pun tershopping juga 11.11 haritu haha ehh harini 12.12 taknak shopping? :p

    ReplyDelete
  3. so far tgk althea semua review dia best2 ada satu hari mama terjebak ni kang

    ReplyDelete
  4. Ya Allah, anak-anak kak ana Nani, althea ni saja ler target depa nak cari beauty product :)

    ReplyDelete
  5. wah nanti boleh try usha usha , macam nak beli sunscreen ,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page