Sirih Pulang ke Gagang

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Finally it's Friday! Hujung minggu adalah masa yang paling ditunggu tunggu sebab time ni lah nak berehat puas puas sambil marathon drama. Heheh. Kali ni nak throwback pengalaman jadi cikgu baru baru ni. Eh tapi apa kaitannya dengan Sirih Pulang ke Gagang? Hahah! Sebenarnya haritu Nani mengajar dekat sekolah lama dulu, bukan lah full time pun cuma mengajar kelas malam. Budak budak ni semua duduk asrama so memang setiap malam ada kelas. Kebetulan masa tu free kan, so terima lah tawaran cikgu ni sambil tu boleh lah balas balik apa yang Nani pernah dapat daripada sekolah ni dulu. Kalau dulu menerima, sekarang dah sampai masa untuk memberi pulak apa yang kita ada walaupun tak banyak mana. Bila berkaitan pasal sekolah lama ni, memang jarang lah nak say no. Bila mengajar dia orang ni terus rasa macam rindunya zaman sekolah dulu dulu (padahal banyak main aje). Hahaha! Banyak main pun nasib baiklah sekarang jadi manusia jugak. Mengajar kelas malam ni tak ada lah penat mana pun tapi itu lah nak hadap perangai masing - masing tu ya Allah, boleh pening jugaklah kita ni. Sebab itu lah kot, tak ditakdirkan untuk mengajar budak budak. Hahah! 
Ada lah kot tiga bulan macam tu Nani ajar dia orang ni. Semua ni dah macam adik adik sendiri dah, sayang ketat ketat walaupun kadang kadang perangai tu mashaAllah, urut dada kita yang tengok ni. Hahah! Budak budak kan, selagi tak besar, memang banyak nak main daripada belajar. Dulu pun diri sendiri macam tu jugak, tapi nanti satu hari akan ada juga kesedaran tu nak belajar betul betul & kejar impian. Rindunyaaa dengan semua :") 
Doakan ye adik adik Nani ni dipermudahkan semua urusan belajar, berjaya dunia akhirat. Ada rezeki boleh lah jumpa lagi nanti. Dia orang ni baru form 1, memang boleh aje nak jumpa lagi nanti tapi tu lah, kadang kadang busy memang tak sempat nak jumpa budak budak ni. Tapi selalu aje contact thru WhatsApp dengan Instagram. Hahah! Punya lah moden zaman ni, senang aje nak berhubung. Kejap kejap kang ada lah yang text tanya buat apa lah, dah makan ke belum fuhh kemain lagi masing - masing. 
Orang kata tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat bermain kan. Sekolah ni akan sentiasa ada satu tempat yang istimewa dekat hati. Iye lah, lima tahun belajar dekat sini, memang macam macam benda dah hadap. Jatuh, bangun, tersungkur semua ada lah, cukup rasa semua sekali. Hahaha! Paling rindu sekali mesti lah dengan kawan kawan batch sendiri, macam biasa bila dah habis sekolah ni, masing - masing dah ada kehidupan sendiri memang susah lah nak jumpa balik kecuali kalau ada yang kahwin. Hahaha! Duduk asrama ni yang paling best sebab bonding tu lah, lima tahun kau hadap muka orang tu gila tak sayang?! Hahah! Kalau nak list semua kenangan yang manis manis zaman sekolah dulu memang tak cukup satu entry. Heheh. Korang pulak, apa kenangan manis zaman sekolah dulu yang korang still ingat sampai sekarang? 

7 comments:

  1. zaman dok asrama la paling best..:)

    ReplyDelete
  2. bestnya lahai nani... nsb la cikgunya pakai baju lain skit, klu tak org ingat cikgu tu bdk2 jgk... udah semua nmapak sama besar je

    ReplyDelete
  3. betul tu. semoga nani dipermudahkan segala urusan ye

    ReplyDelete
  4. Ingat jur, istimewa sebab yana sekolah perempuan saja masa sekolah menengah :)

    ReplyDelete
  5. bestnya dapat mengajar sklh lama, teringin tp tu la lari bidang sgt nk mngajar jd xreti sgt. hehe

    ReplyDelete
  6. Baru tahu yang Nani ni budak SMKA :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page