Sopoong Korean Food di Melawati Mall

Assalamualaikum & Hello.
Hai korangg! Ada peminat makanan Korea tak dekat sini? Heheh. Actually Nani ni bukanlah peminat tegar sangat makanan Korea kecuali ayam goreng dia. Yang tu memang tak boleh tolak sebab sedap sangat okay. Ini pun terjebak dengan makanan Korea sebab kawan kawan lah yang selalu ajak. First time Nani makan makanan Korea ni dekat Hanbing Subang Jaya. Satu aje masalah Nani bila makan dekat restoran Korea ni mesti makanan tak pernah habis. Mungkin sebab nasi dia orang yang macam pulut sikit tu buat kita cepat kenyang kot. Sekali sekala nak makan dekat sini boleh lah, kalau selalu rasanya tak termakan jugak Nani. Hahah! Sejenis tekak melayu sangaaat kan 😆 Dubuyo dah pernah try jugak tapi yang dekat situ lagi lah Nani tak boleh makan nasi dia (yang warna purple ke apa entah). Boleh makan dua tiga suap lepas tu dah, memang rasa tak boleh dah nak makan. Hahah! Baru ni pulak dia orang ajak jalan jalan Melawati Mall since dah lama kan tak cuci mata. Eheh. Ingatkan dia orang nak lunch dekat mana, sekali ajak masuk Sopoong Korean Food ni. Tapi kita layankan lah jugak dia orang nak makan dekat sini. Nani suka kedai dia sebab kemas, tersudun. Cantik! Siap ada decoration pokok buluh lagi okay!
Sopoong Korean Food di Melawati Mall
 Kimchi Bokkeumbap (RM 14.90)
Ini yang kawan Nani makan hari tu. Nasi goreng dengan kimchi & ada lah sayur lain sama. Nani rasa yang ni lebih kurang macam menu dekat Mr. Dakgalbi. Not bad jugaklah rasa dia cuma tak pedas mana pun even dekat situ tulis spicy. Hahah! Korang yang biasa makan Korean Food tu mesti tahu macam mana pedas makanan dia orang. 
Sopoong Korean Food di Melawati Mall
 Sundubu Jigae Beef (RM 19.50)
Ini pun kawan Nani punya jugak. Dalam tu ada tofu, daging apa semua. Hari tu Nani rasa kuah tu sedap jugak, ada rasa pedas pedas sikit & portion banyak okay! Kira berbaloi dengan harga tu. Untuk set yang ni boleh pilih sama ada nak ayam, daging atau pun seafoo and harga lain lain lah untuk setiap jenis tu. 
Sopoong Korean Food di Melawati Mall
 Cheese Dakgalbi (RM26.50)
Cheese Dakgalbi ni lah yang jadi pilihan Nani hari tu. Sekali sampai kemain banyak padahal order yang saiz kecil aje. Jenuh nak habiskan nasi tu okay. Istimewanya Cheese Dakgalbi dengan Sopoong ni dia orang hidangkan dekat kita sekali dengan hot pan tu. Kira sampai dah habis makan pun, still lagi panas dan berasap. Gitu. 
Sopoong Korean Food di Melawati Mall
Pada Nani rasa dia not bad lah cuma sos yang warna merah tu (I tak tahu nama dia apa) dia orang terletak banyak sangat kot so rasa dia macam spoil sikit. Cheese tu pun ada campur dengan telur so bila makan ala ala telur dadar bersalut cheese. Hahaha! Tapi sedap lah jugak, portion pun banyak sangat sangat. Kalau perut tengah kosong rasanya boleh aje kot habiskan semua ni. Korang yang mana memang peminat Korean Food tu boleh lah try makan dekat Sopoong ni pulak. Banyak jugak menu yang ada dekat sini. Boleh check it out dekat mana cawangan dia orang okay. Nani hari tu pergi yang dekat Melawati Mall. Heheh. Next, rasa nak makan ayam goreng Korea pulak. Misi mencari ayam goreng Korea bermula. Eh? 😆

8 comments:

  1. sedapnyaaa ! tengok pon dah sedap.
    Singgah dari blog, Salam Perkenalan :D
    https://mushyzaini.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Baca entry Nani ni terus terliuq. Lambat lagi nak lunch..Teringin juga nak merasa makanan Korea ni. Nampak sedap dan menarik sangat.

    ReplyDelete
  3. Favorite kak ana dekat sini sup bulgogi dia. Memang tu je kak ana order setiap kali makan sini.

    ReplyDelete
  4. Baru 2 hari lepas pi melawati mall nampak kedai ni...tp bila tgk dik inani up terus mcm nak rasa sudubo jigae tu huwaaaaaaa dapnya

    ReplyDelete
  5. alahaiii dapnyaaaaa. nak sikit. hehe

    ReplyDelete
  6. Sally ok je makan kat Sopoong cuma dulu portion dia sikit dan agak mahal..skrg macam dah okay dah

    ReplyDelete
  7. huu~ sedap nye wakkkkkkkk.. memang meminta singgah ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page