Assalamualaikum & Hello.
Last day dekat Penang, wajiblah cari ikan bakar kan. Lepas dah google sana sini, cari restoran mana yang sedap, sudahnya Sham Hammer Ikan Bakar Special ni jadi pilihan. Nak cari pun mudah. Restoran Sham Hammer ni tersangatlah dekat dengan Queensbay Mall dan menghadap ke laut. Memang layaan habislah. Heheh. Dari restoran ni jugak boleh nampak Jambatan Pulau Pinang. Nani mula mula ambil bas rapid ke Queensbay Mall lepas tu naik grab car ke restoran ni. Dekat aje, nak jalan kaki pun boleh. Tapi sebab dah banyak hari asyik jalan kaki, memang dah tak larat nak menapak. Hahah! Letih jugak weh, rasa macam nak angkat kaki pun tak larat 😆
Restoran ni sangatlah luas. Nani pergi dalam pukul enam lebih macam tu, tak ramai sangat orang. Servis pun lajuu. Tapi start lepas maghrib tu dah mula lah ramai. Biasalah kan.
Nampak kan banyak sangat sotong tu. Patutnya mintak paprik sayur je hari tu, ini dalam paprik ada sotong, tomyam ada sotong. Hahah! Paprik pun sedaaap. Alaa semua lah sedap dekat sini.
Taraaa! Ini lah menu pilihan lepas dah puas baca menu berkali kali. Hahah! Ikan siakap bakar, tomyam campur dengan paprik sotong. Rasa macam kenyang gila malam tu, nak balik pun tak larat dah nak tunggu bas, terus je ambik grab car ke hotel. Tak ada lah mahal sangat pun naik grab car, dalam RM16 aje. Okay lah harga tu, sebab jarak dari hotel nak ke restoran ni jauh jugak hah.
Nani hari tu tersilap sebab pergi order untuk dua orang makan. Banyak woo, puas nak habiskan berdua. Suka lah restoran yang tak kedekut macam ni. Tomyam diapun cukup lah semua rasa.Nampak kan banyak sangat sotong tu. Patutnya mintak paprik sayur je hari tu, ini dalam paprik ada sotong, tomyam ada sotong. Hahah! Paprik pun sedaaap. Alaa semua lah sedap dekat sini.
Hari tu kiterang order je nak ikan bakar (tak pergi pilih sendiri pun ikan) sekali sampai ambik besar kemain untuk dua orang makan. Nani dengan kawan pun kenapa entah hari tu boleh blur blur sangat. Hahah! Mungkin sebab badan dah terlampau penat sampai lupa nak pergi pilih ikan sendiri. Ikan ni dalam berapa puluh ringgit entah. Nani dah lah dengan tak bawak cash banyaknya, kawan pulak tak withdraw duit lagi, hah gelabah jugaklah masa nak bayar tu. Hahah! Risau lah jugak kalau duit tak cukup kan. Ikan bakar dekat sini sedap, makan gitu je pun dah okay. Ada pulak air asam kan, memang ngam lah. Terbaaaaik!
sini sedap dan agak murah jgak berbanding kedai lain sekitar Penang
ReplyDeleteAkak tengok pun nampak sedap tu ha...
ReplyDeleteAssalamualaikum Inani,
ReplyDeleteSis pernah makan di sini memang meriah segala seafood yang ada.. Rasa pun not bad.. View pun cantik menghadap Penang Bridge.. Overall sapa ke Penang memang harus singgah makan malam di sini..
Wahh.. sedappnya. terliur sungguh tengok. boleh try ni kalo jalan2 sana
ReplyDeleteBoleh jadi tempat persinggahan ini..
ReplyDeleteMenunya sedap-sedap..
sini memang tempat port makan seafood yang terbaik
ReplyDeletesedap nmpk lauk2 tu
ReplyDelete