Wonderfood Museum Penang

Assalamualaikum & Hello.
Sekarang ni dekat Pulau Pinang memang ada macam macam muzium Nani tengok. Masa Nani ke sana hari tu cuma ada dua je muzium yang betul betul nak pergi dan salah satunya Wonderfood Museum Penang ni. Heheh. Iya lah pergi pun cuma empat hari tiga malam je, mana sempat nak pergi banyak banyak muzium πŸ˜†Untuk yang menggunakan kenderaan berkaki dua macam Nani hari tu agak mencabar jugaklah nak sampai ke muzium ni. Hahah! Tambah pulak Jalan Lebuh Pantai tu ada dekat bahagian kiri dengan kanan so macam was was tak tahu nak pergi yang belah mana satu. Sesat jugaklah hari tu nak sampai ke Wonderfood Museum ni. Tapi kalau korang guna Waze tak sesat punyalah. 
Tapi ada baik nya jugak sesat hari tu. Hahahah! Sebab nya masa sesat tu lah kiterang jumpa beberapa Street Art dengan ais kepal. Eh πŸ˜€ Sambil sambil nak cari muzium ni (dah lah tengah panas okeh) boleh lah menikmati ais kepal. Gitu. Kalau tak biasa area sana, memang susah sikit lah nak cari muzium ni lagi lagi orang luar kan. Heheh. Nani dengan kawan hari tu ingat nak naik beca sebab masa tu dah penat sangat tapi uncle tu pulak tak tahu dekat mana muzium ni. Sudahnya tanya jugak lah orang dekat situ, kalau tak kang makin sesat barat. 
Wonderfood Museum Penang
Masa nampak aje ni, terus rasa lega. Hahah! Sebab dah tak larat nak menapak lagi dah. Muzium ni bersebelahan dengan CIMB Bank. 
Wonderfood Museum Penang
 Harga tiket untuk masuk ke Wonderfood Museum :
Dewasa : RM 15 (MyKad)
Pelajar : RM10 (Student Card)
Kanak - Kanak : Percuma 
Kalau korang student bawa aje kad pelajar tu sebab mostly tempat yang Nani pergi dekat Penang ni , dengan kad pelajar tu boleh dapat harga lebih murah. Jimat lah sikit. Heheh. 
Wonderfood Museum Penang
Mula mula Nani ingat tu lempeng bukan roti canai. Hahahah! Teruk betul lah ingat tu lempeng. Ayoyo Nani oi. Dekat muzium ni bukanlah setakat boleh tengok gambar makanna besar gedabak semata mata tapi boleh jugak tahu info tentang makanan yang ada dekat Malaysia ni. Sejarah wujudnya makanan tu pun boleh tahu jugak. Heheh. Ok lah siap boleh tambah ilmu pengetahuan lagi.
Wonderfood Museum Penang
 Alas meja tu memang dah sedia macam tu bukan sebab Nani tarik. Hahah! 
Wonderfood Museum Penang
Ini dekat bahagian makanan basi.Memang geli walaupun itu cuma replika. Nampak real sangat semua makanan yang berkulat tu semua. Dekat sini ada pekerja muzium ni yang akan tolong ambilkan gambar kita so jangan risau kalau datang sensorang. Heheh 😊
Wonderfood Museum Penang
 Telefon tu macam spoil kan gambar pulak. Hahah!
Wonderfood Museum Penang
 Bila lagi kan nak fefeeling ada gerai sendiri. Hahah! Hai orang sebelah jeling mee goreng yang I masak ke tu? πŸ˜†
Wonderfood Museum Penang
Laksa ni kalau makan kenyang berhari hari kot. Hahah! Siap berasap lagi tau, memang nampak macam laksa betul lah. 
Wonderfood Museum Penang

Wonderfood Museum Penang
 Ha nah quote untuk yang minat makan tu. Heheh. 
Wonderfood Museum Penang
Dekat muzium ni ada jugak lah replika makanan yang boleh kita pegang macam peria ni dan ada jugak yang memang tak boleh pegang. Heheh. Memang kalau tengok makanan dekat sini rasa nak pegang pegang. Hahah! Nani ada jugak lah curi curi pegang replika makanan yang ada. Perasaan nak pegang tu membuak buak tau lagi lagi yang laksa, mee kari semua tu πŸ˜†Nak jugak tahu kan diorang guna apa untuk buat semua ni. Mohon jangan contohi ok. 
Wonderfood Museum Penang

Wonderfood Museum Penang
Ha pilih pilih nak makan apa. Macam yang ni diorang memang tak bagi sentuh tapi tu lah tangan ni degil. Hahah! Sentuh sikit sikit dah lah, jangan sampai engko pergi sentuh sampai tercabut pulak. Itu cari pasal sangat namanya. 
Wonderfood Museum Penang
Itu muka puas hati sebab dapat tengok macam macam makanan yang ada dekat sini. Heheh. Puas hati lah datang sini. Nani tak lama sangat pun dalam ni sebab tak ramai orang kan seronok lah nak bergambar. Pusing pusing dalam muzium ni lepas tu dah jumpa pintu keluar semula. Dekat dalam ni ada jugak jual keychain, coklat dengan kopi tapi harga boleh tahan jugak lah. Nani tak beli pun, gambar yang diorang ambil masa mula mula Nani sampai muzium ni pun Nani tak beli. Hahah! Untuk korang yang ingin berkunjung ke Wonderfood Museum Penang ni boleh lah waze alamat dekat bawah ni okeh. Memang enjoy πŸ˜‰
49, Lebuh Pantai,
10200 Georgetown Pulau Pinang.
Waktu Operasi : 9.00 pagi sehingga 6.00 petang


14 comments:

  1. Wow. Tak sangka ada museum macam ni kat penang.
    .
    Bila nani pergi ni.
    .
    Mazni ingatkan masa nampak gambar pertama tu.
    .
    Roti canai tu boleh makan.
    .
    Nampak macam roti canai betul. Haha
    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haritu jalan jalan Penang since dah lama simpan wishlist nak ke sana. Heheh. Memang nampak real sangat kan. Eh semua lah makanan dekat sini nampak real.

      Delete
  2. Betullah Nani looks real replika makanan tu
    Sayangnya ada yg agak terkilan dia mengabaikan Bahasa Melayu
    Pintu masuk dan tiket tu langsung tak guna BM - sedih jugalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn real sangat nampak makanan dia sebab tu geram nak sentuh sentuh. Hahahah! Rasanya owner muzium ni chinese sebab tu tak guna sangat bahasa melayu.

      Delete
  3. sedapnye tengok semua gambar makanan, lagi-lagi la laksa tuh..nyum..nyum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haahha. Tengok replika pun boleh terliur kan kak su :D

      Delete
  4. Wahhh tak tahu pulak ada muzium camni kat sana. Menarik konsepnya. Nampak laksa sedap je :)

    Siqah save dulu post ni. Banyak tempat nak pergi kalau ke sana nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang memang banyak sangat muzium dekat sana Siqah. Heheh. Sampai tak tahu nak pergi yang mana satu.

      Delete
  5. xnah pi lagi sini..tgu sat weols p arrange p sana plak haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah! Kak El dekat, bebila boleh pergi kan. Heheh :)

      Delete
  6. Banyak jugak tempat menarik kat Penang ye...cantik2 semua gambar tu

    ReplyDelete
  7. Fuhhh kalau makanan betul besar mcm tu, mau fengsan kenyang hahaa :)

    ReplyDelete
  8. Byk museum kat penang ni...pastu byk tempat menarik dan tempat mkn pun best..sis JM pun belum buat trip ke sana

    ReplyDelete
  9. owh, haritu nampak amyra rosli bagi makan pak mertua roti canai besar di instagram, rupanya dalam musium ye ehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page