Assalamualaikum & Hello.
Nani ni memang sejenis peminat coklat, tak boleh tidak mesti pergi jugak kedai ni. Heheh. Kalau ikut plan asal Nani nak pergi The Chocolate Boutique tapi sebab tak berapa tahu dekat mana, kiterang pun ke sini. Nani tahu pasal kedai ni sebab ada orang bagi pamplet masa Nani tengah berjalan nak ke Padang kota Lama. Kedai coklat ni baru aje dibuka awal Disember hari tu kalau tak silap dan masa Nani pergi hari tu ada less sebanyak 15%. Dah nampak ada less tu lagi lah tak sabar nak pergi kan. Heheh. Georgetown Herritage Chocolate ni sangatlah senang nak cari. sebab kedainya sangat dekat dengan Mahkamah Civil & Dewan Sri Pinang. Hari tu tak sesat pun lah nak cari. Ehehe 😉
Suka lah datang sini sebab pekerja diorang sangat friendly, senyum aje. Yang paling best banyak sangaaat pilihan coklat sedap sedap yang ada. I likeee 😍
Rambang mata jugaklah hari tu tengok macam macam coklat ni hah. Nani diberitahu yang semua coklat ni datang dari Belgium. Patutlah sedap sangat coklat coklat dekat sini.
Sebelum korang beli, boleh rasa dulu semua coklat yang adaa. Untung sangaat kan. Heheh. So nya nanti beli aje lah coklat mana yang korang rasa sedap. Nani hari tu rasa semua lah sedap sampai tak tahu nak beli yang mana satu. Hahah! Nak beli semua memang tak mampu lah awak 😆
Ini antara coklat yang Nani beli. Yang strawberry tu sedaaap sangat dan tak cukup. Hahah! Menyesal beli sekotak aje. Tiramisu tu pun sedap jugak sebab ada rasa pahit pahit sikit. Eh semua lah sedap. Sekotak ni dalam RM17.40 kalau tak silap Nani. Sorry lah macam dah lupa lupa sikit harga coklat dekat sini. Maklumlah dah lama sangat kan balik dari Penang. Heheh.
Dah ada beca depan kedai coklat ni, haruslah bergambar kan. Merasa jugaklah Nani naik beca tak bergerak dekat Penang. Hahah! Walaupun masa ni banyak kereta yang lalu lalang tapi ku buat tak kisah je. Kahkah! Fefeeling tourist gitchew 😆
Untuk yang peminat coklat macam Nani, memang Nani syorkan korang pergi sini. Macam macam jenis coklat ada. Yang home made coklat pun ada tapi mahal lah. Kalau tak silap Nani 10 biji dalam RM50 lebih kot. Tak ingat dah. Heheh. Yang tu tak ada lah taster, kalau nak kena beli. Nani hari tu habis jugak lah dalam enam puluh lebih dekat sini. Haa nampak tak berapa banyak borong coklat tu kan. Lagipun keluarga besar, beli sikit sikit kang tak cukup pulak hah. Korang yang nak ke Georgetown Herittage Chocolate Penang ni boleh Waze aje alamat dekat bawah okeh 😉
30 Lebuh Light
10200 Georgetown Pulau Pinang
Waktu Operasi : 10.00 pagi sehingga 8.00 malam
Kakak & family juga suka coklat nani
ReplyDeleteTengok deretan coklat tu pun kakak dah teruja:)
wah nani..bestnyeee coklat...nak sikittt
ReplyDeletemenarik ... tp akak tak cr pun ari tu sbb dlm keta dah penuh coklat langkawi hahahaha
ReplyDeletetp klu dpt rasa coklat belgium
Naniiiiiiii....x tau pun nani kat sini..kalau x bleh kirim..nak pegi ntah bila...ni nak bawak dania ntah bila ntah
ReplyDeleteAda ka muzium coklat kat Penang?Tak tahu pula selama dok jalan2 kat sana klau time cuti.....
ReplyDeleteOhhhhh I wish I could be here,...coklattttttt!
ReplyDeleteFuhhh bestnya... mesti sedap2 ni.. i love chocolate! :)
ReplyDeleteBoleh rasa coklat tu ya. Bestnya
ReplyDelete.
Baru berbaloi nak beli
.
Sebab dah tau rasa coklat mana yang sedap kan 😍
.
Nani borong banyak banyak ok
.
Banyak mulut tunggu coklat tu
Wah!! Leh masuk dlm itie ni
ReplyDeleteNani..nak tanya...skrg mean hari ni 25 jan..kuantan banjir x spesific nya bandar kuantan..banjir x
ReplyDeleteSis JM sorry Nani tak sure sangat Kuantan banjir ke tak sebab Nani sekarang tak ada dekat sana. Yang tahu memang hujan sepanjang masa lah. Selalu dekat sana banjir kilat gitu lah kalau hujan non stop
DeleteI'm chocolate lover! Mesti rambang mata nak pilih coklatnya..
ReplyDeleteCoklat made in Belgium mmg terkenal dik...uncle akak citer belgium hasilkan coklat yg bermutu tinggi. Untung adik pi penang memacam tempat pandai terjah...terbaik!
ReplyDeletewahhh..kat sana pun ada kedai coklat ya. tak tau pun sebelum ni
ReplyDelete