Resepi Air Soda Herbs

Assalamualaikum & Hello.
Bulan puasa ni memang entry resepi aje lah yang paling banyak Nani buat. Hahah! Korang pernah minum air soda herbs? Ada sesetengah orang panggil air detox. Tapi kalau detox dia macam healthy sikit kan airnya sebab guna air kosong. Tapi yang versi Nani ni siap guna air bergas, memang terus jadi tak berkhasiat. Hahah! Dulu lah Nani pernah beli sekali lepas tu tengok bahan yang dia guna macam senang aje nak buat. Apa lagi, google lah resepi tapi banyak pulak ajarannya. Tak jadi ikut resepi dekat Google, Nani guna yang kawan ajar. Korang pun boleh lah try buat dekat rumah sebab senang sangat dan paling penting segar. Ini resepi yang kawan Nani ajar tau, kalau korang nak tambah bahan lain pun tak ada hal 😊 
Resepi Air Soda Herbs
Ini bahan - bahan yang diperlukan, asam masin putih, daun pudina, lemon, laici, air soda f&n dan jugak ais. Kalau ikutkan kena letak juga serai tapi sebab serai dekat belakang rumah Nani ni hidup segan mati tak mahu jadinya Nani tak letak. Nak pergi keluar beli serai semata mata macam tak berbaloi. Hahah! So, kita guna apa yang ada 😆 
Resepi Air Soda Herbs
 Cara nak buat pun mudah sangat, korang campak aje semua bahan tadi dalam satu jug atau pun bekas lepas tu letak lah air soda tu. Nani tambah air kosong sikit sebab ada letak laici kan so dia jadi manis sangat. Mula mula Nani ingat tak nak tambah langsung air kosong. Hahah! Tapi serius, manis sangat sangat sampai tak boleh nak minum kalau tak letak air biasa. Boleh aje kalau tak nak tambh air kosong, tapi korang kena lebihkan sikit ais tu. 
Resepi Air Soda Herbs
Ini lah hasilnya air soda herbs yang Nani buat hari tu. Adik beradik Nani panggil air hutan belantara sebab banyak sangat bahan dalam air ni. Hahah! Kurang asam boi betul lah perangai 😆 Air soda herbs ni memang segar sangat dan ada rasa mint sikit sebab letak daun pudina kan. Minum air ni memnag boleh buat mata tu segar sampai habis terawih. Hahah! Try tau korang buat memang sedap. Lagi satu, bahan tu boleh ikut suka kita nak letak banyak mana. Selamat mencuba! 

15 comments:

  1. resepi menarik. tapi nak guna air kosong ja. sy bukan penggemar minuman bergas. hihihi

    ReplyDelete
  2. senangnya nak buat. Tapi bila tengok asam masin tu terus terasa rasa kat tekak hahaha

    ReplyDelete
  3. viral dah air soda herbs ni
    nti nak try buatlah

    ReplyDelete
  4. Refreshingnya air soda ni 😊

    ReplyDelete
  5. Wow sedapnya... Sedapnya ni.Bila2 mummy pun nak testlah..Air Soda tanpa gas ada tak?

    ReplyDelete
  6. Aaaaa tertelan air liur akak oiiiii

    ReplyDelete
  7. nak try buat tapi daun pudina belum jumpa lagi

    ReplyDelete
  8. Mudah je.. Nak buat untuk berbuka.. Best nie..

    ReplyDelete
  9. Xtry lg menarik nmpknye.. Gmbr pn cantik mcm minum kt restoran.. Oh laici sodap nye

    ReplyDelete
  10. dh lama aakk usha bahan2 nk bt air soda herbs ni... mmg ada ampur sesrai n mcm2...

    pakkal skrg tgh batuk2 klu tak... mmg nk sgt akak menterainya

    ReplyDelete
  11. Wowww sedapnya.. bolehlah try nnti barang semua Ada ni

    ReplyDelete
  12. air paling sedap ni. alahai :)

    ReplyDelete
  13. Haha. Air hutan pun boleh. Asal sedap =D

    ReplyDelete
  14. Memang ramai panggil air hutan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page