Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari ni dah cukup seminggu kita berpuasa, still maintain lagi tak tenaga tu? Heheh. Nani setakat ni sahur tak pernah terbabas lagi lah walaupun kadang kadang tu punya lah malas nak bangun. Ok lah sebelum mengarut tak tentu hala, jom lah kita berbalik dengan tajuk dekat atas. Kisahnya hari tu nampak iklan Manhattan Fish Market ni ada buat promosi dekat Twitter & apa lagi laju aje kawan ajak lepak dekat sana. Makan makan sebelum puasa katanya! 😆 Nani sebenarnya jarang jarang sangat makan dekat Manhattan ni sebab harga pun boleh tahan jugak. Tisu pun kena bayar jadinya kalau makan sini ambil okay tisu tu bawa balik sebab dia dah letak siap siap atas meja. Hahah! Bila ada promosi boleh lah nak pergi Manhattan. Makanan memang sedap dekat sini lagi lagi dia orang punya dessert. Hari tu pergi time lunch hour, memang lama sikitlah nak tunggu makanan sampai.
Nani dah lupa apa nama dessert ni. Hahah! Tapi yang tu pisang goreng makan dengan ais krim dan jugak santan. Saja nak rasa and biasa biasa aje pada Nani. Sedap lagi dia orang punya brownies sizzling. Memang kalau boleh nak makan hari hari. Eh?
Nani selalu kalau datang sini mesti macam blur tak tahu nak makan apa sebab ada banyak sangat pilihan. Rasanya ini kali kedua Nani makan dekat Mahanttan cawangan Nu Sentral. Sini yang paling senang nak pergi sebab dekat dengan LRT & Nu Sentral ni tak krik krik. Hahah! Biasalah, kalau mall yang bersambung dengan LRT, memang tak pernah tak ramai orang.
Fish & Chips.
Portion makanan dekat Mahanttan ni sangatlah banyak. Kalau tengah lapar, memang elok sangat makan dekat sini. Kawan Nani hari tu siap tapau bawa balik sebab tak habis makan. Tambah pulak bila ambil yang promosi tu, beli satu percuma satu. Actually, Manhattan ni selalu sangat buat promosi. Korang kena follow social media dia orang sebab mostly dia orang update dekat situ.
Baked Rice & Fish
Pada Nani, yang ni boleh makan untuk dua orang sebab banyak sangat. Heheh. Sedap! Dekat sini memang mostly menu ikan dan jugak seafood macam lobster tu semua.
Fish & Chips.
Portion makanan dekat Mahanttan ni sangatlah banyak. Kalau tengah lapar, memang elok sangat makan dekat sini. Kawan Nani hari tu siap tapau bawa balik sebab tak habis makan. Tambah pulak bila ambil yang promosi tu, beli satu percuma satu. Actually, Manhattan ni selalu sangat buat promosi. Korang kena follow social media dia orang sebab mostly dia orang update dekat situ.
Baked Rice & Fish
Pada Nani, yang ni boleh makan untuk dua orang sebab banyak sangat. Heheh. Sedap! Dekat sini memang mostly menu ikan dan jugak seafood macam lobster tu semua.
Mac & Cheese
Ini kid meals okay! Walaupun kid meals, tapi portion pun banyak jugak! Mac & cheese dekat sini lagi sedap dari yang dekat Kenny Roagers sebab tak plain sangat rasa dia. Hari tu Nani ingat portion untuk kid meal ni sikit je tau sekali bila dah sampai jauh betul tersasar. Bila ambil yang kid meal ni sekali dengan air tapi small portion yang tak berapa nak small. Murah jugak lah. Macam set yang mac & cheese ni dalam RM 9.90 tak termasuk lah GST semua tu. Heheh. Korang kalau minat makan menu macam ni, boleh pergi mana mana cawangan Manhattan Fish Market 😊
Suka sangat makan kat sini sbb ikan plus menu mmg macam2. arghhh. kenapa baca benda ni siang2 ni. dahla kat manjung takda manhattan fish market niiiiiiiiiiiii.
ReplyDelete// afifahaddnan
Kann. Nani suka dessert dia. Sedaap! Hahaha! Bertabahlah Afifah 😂
DeleteBilalah Siqah nak pergi Manhattan Fish Market. Lalu je tapi tak pernah singgah 😊
ReplyDeleteKena try sekali Siqah. Sedap lagi lagi brownies sizzling 😳
Deleteyg mac cheese tu mcm sedap! saya jeke yg tak perasan ada mac cheese kat manhattan ni?! xD
ReplyDeletesuka gila dgn makanan kat sini, seafood tak pernah mengecewakan. pasni kena alertlah dgn manhattan fish punya promo T__T
Mazni kena minta kid meals baru ada mac n cheese macam ni. Kalau dalam menu biasa tu ada mac n cheese biasa aje (kena add on) Boleh lah try pulak lain kali.
DeleteKann memang sedap makanan dekat sini cumah mahal sikitlah. Selalu tengok dekat twitter & ig pasal promo dia orang 😊
Ok bru tau manhattan ada mac n cheese.. Slalu kalau pergi manhattan, order seafood platter then makan berjemaah.. Pernah sekali tu makan dgn kawan2, dia bg dessert pisang and aiskrim tu free, sbb masa tu diorg bru nak introduce menu tu.. hehe
ReplyDeleteAlahai sedapnya. Lama dah x ke sini
ReplyDeletebyk kali gak pergi sbb suka seafood, lagi2 ikan n lobster tu. nyum3. tapi tak suka aiskrim dgn pisang tu. harap pisang je lagi besar dari aiskrim. tsk
ReplyDeletemmg best makan kat sini...selalu kalau nak makan seafood yg best...nak makan lobster ke mmg g sini...tp ikut musim jugak laaa...sini murah lg nak makan seafood daripada sh**l o*t tuuu..hahaha
ReplyDeleteDulu zaman U antara tempat port makan adalah dekat manhattan ni la. Uishhh tisu pun kena bayar. Zaman GST la katakan... Tengok gambar makanan pun semuanya sedap2 belaka.
ReplyDeletewaduh,waduhh sdappnyaaaa. dari aritu teringin la nak makan ni.. mesti sdapppp gilaaa. takpe try next month xD
ReplyDelete