Resepi Ayam Panggang Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Baru ni balik Pahang, memang rasa macam macam nak masak. Biasalah kalau dekat sini memang jemu hari hari hadap makanan dekat cafe. Kadang kadang sampai tak tahu nak makan lauk apa sebab hari hari lauk yang sama. Sekali sekala dapat balik Pahang, mesti lah rajin sikit nak memasak tu kan. Masak yang simple simple boleh lah, kalau yang complicated tu fikir banyak kali jugak nak try buat. Eh? Dah alang alang ada resepi yang simple macam ni, Nani nak lah jugak kongsikan dengan korang. Mana lah tahu ada yang nak try buat pulak kan dekat rumah. Jangan risau, resepi yang Nani nak kongsikan ni memang semua bahan bahan dia senang nak cari. Entah entah memang dah ada dekat dapur korang kan. Dapur bujang, haruslah resepi pun senang. Asal perut kenyang, hati senang, settle kerja. Tak gitu? πŸ˜†
Resepi Ayam Panggang Mudah
Mula mula sekali kisarkan bawang merah, bawang putih, halia, garam dengan sedikit kunyit. Kunyit tu ikutlah nak guna kunyit hidup atau pun yang serbuk, Nani lagi suka guna yang serbuk. Lepas tu lumurkan lah dekat atas ayam tu. Dah siap, lumur kukus dalam 30 minit ke 45 minit. Tak nak kukus dulu pun takpe. Ibu Nani dia suruh kukus supaya nanti bila dah half-cook tak payah lama sangat kita panggang atau pun goreng. Terpulang mana yang korang suka. Masak ni kenal chill chill. Ehehe.

Resepi Ayam Panggang Mudah
Siap kukus, bagi lah ayam tu sejuk sikit lepas tu masukkan dalam oven tak pun panaskan minyak dan goreng. Kalau nak panggang dalam oven dalam 30 minit macam tu aje lepas tu dah siap. Jangan lama lama nanti ayam tu kering sangat tak sedap jugak. Kalau tak ada oven, boleh lah goreng aje sampai garing sikit. Settle bab ayam, jom buat gravy untuk ayam ni pulak.

Resepi Ayam Panggang Mudah
Untuk gravy, cairkan butter dalam dua sudu, masukkan sedikit susu cair, sos tiram, sos lada hitam, garam, air dan serbuk lada hitam. Kacau sampai mendidih, lepas tu masukkan sedikit tepung jagung sebab nak bagi gravy tu pekat. Dah siap masak gravy boleh lah lumurkan gravy tu dekat atas ayam yang dah dipanggang dengan sempurna tadi. Haaa, kalau rajin sikit boleh lah letak sayur sebagai hiasan. Hahah! Mudah sangat kan, so kalau korang tak tahu dah nak masak apa tu boleh lah try buat ayam panggang ni dekat rumah. Seekor ayam ni boleh lah makan untuk lima ke enam orang. Kalau geng geng bujang memang sekejap aje habis seekor ayam ni πŸ˜† Selamat mencuba!

24 comments:

  1. Emmm dapnyaaaaa..
    Macam mana nak rajin Seperti Inani ni :)
    tengok macam ayam kenny rogers tu ..

    ReplyDelete
  2. Mudah resepi nani tu. Nampak ayam tu sangat sedap. Kene try ni.

    ReplyDelete
  3. Kenapa sedap sgt ni... Meh meh sini buatkan satu tuk mummy lekaih... hahaha

    ReplyDelete
  4. Nani, akak selama ni bako ayam kat dalam oven ajer. Lepas tuh mereput la tunggu nak bagi masak betul2. Dapat pula ayam size XL. HAHAH! alamatnya makan nasi dengan telur goreng kicap dulu la alas perut. Alas perut keww?? Anyways, thanks for sharing yang kukus tuh. Boleh la next time kukukus dulu.

    ReplyDelete
  5. waduh,waduh. kenapa sedap sgt nih. wuuuuu

    ReplyDelete
  6. ya Allah kenapa nampak sedap sangat ayam ni huaaaaa.

    ReplyDelete
  7. walaweiii
    sedapnya ya Allah
    awat masak sekoq je dik
    mai la masak tuk k.el sekali hihi

    ReplyDelete
  8. mak oiii...sedapnyeee ayam tu nani....terliur..

    ReplyDelete
  9. awww, seksinya ayam togel tu �� selalunya lepas kukus tu, pilih goreng. malas nak guna oven

    ReplyDelete
  10. sedap ni..tak payah gi Kenny Roger's.

    ReplyDelete
  11. wahh...nampak sedap..boleh try lepas ni..

    ReplyDelete
  12. Ayam panggang tu dah sedia sedap,..ada gravy pulak tu huhuhuh terseksa jiwa raga dan tekak melihatnya!

    ReplyDelete
  13. Ayam panggang mmg menyelerakan... terfikir pulak klu dpt makan sekor tu sorang2.. ntah abis ke tak huhu.. tngh dtg mood tamak pulak nie hehee :)

    ReplyDelete
  14. Alahai ayam panggang.

    Rasa nak panggang ayam jugak lah hari ni huhu.

    ReplyDelete
  15. terliuq lah tgok...memang nmpak sedap...hehe

    ReplyDelete
  16. Gebu tengok ayam panggang ni. Mudah rupanya nak sediakan bahan2 nak buat ayam panggang ni siap gravy lagi tue. Rasa nak buat jugak la. Nampak sedap nyum nyum terliur sudah hehe

    ReplyDelete
  17. Lapar! Lapar! Lapar! terliur tengok nie haa. Hii

    ReplyDelete
  18. aduhh sedap sangat ni. Ayam kalau bakar sekor sekor macmni isi dia lagi lembut kan. Sedap sangat ni. tq for resepi tau nani.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page