Seminggu di Pahang

Assalamualaikum & Hello.
Minggu lepas seminggu berkampung dekat Pahang dan kebetulan sangat kali ni midsem break sama dengan cuti sekolah. Meriah sikitlah rumah sebab cuti sekolah kan, kalau tidak memang sampai tak tahu nak buat apa walaupun tengah cuti. Tapi kali ni cuti nan hado nya nak relax sangat, assignment bertimbun sampai semua kena angkut bawa balik rumah. Nangis dalam hati. Hahah! Blog ni pun terabai sungguh bulan ni, 11 entry aje mampu buat. Itu pun dah curi curi masa yang ada. Nak jalan jalan singgah blog korang pun tak sempat. Kadang kadang sebelum tidur sempat lah singgah satu dua blog lepas tu kelaut. Bila tengah sibuk macam ni, memang susah nak maintain update blog hari hari. Eh macam dah jauh sangat tersasar dari tajuk dekat atas tu. Hahah! 😆 
 Seminggu cuti hari tu, macam macam yang ibu masak. Biasalah ibu pun bercuti jugak dari mendidik dan mengajar anak bangsa, jadinya meriah sikitlah menu. Hari hari breakfast makanan berat. Nikmat sangat okay lagi lagi bila ibu sendiri yang masak 😊
Kuih badak berendam. Baru ni ibu Nani beli gula kabung konon nak buat stok untuk bulan puasa nanti, sekali dah guna jugak baru ni hah. Hahah! Kuih ni memang selalu sangat lah ibu buat sebab kalau beli selalu tak kena dengan citarasa sendiri. Biasalah, air tangan ibu jugak yang sedap kan. 
 Hari tu jalan jalan pasar malam, terjumpa mak cik yang jual jambu air ni. Memang tak fikir banyak kali dah, terus aje beli. Hahah! Dulu dulu ada pokok boleh lah tunggu berbuah, ini pukok pun dah tak ada, kena lah beli. Jarang jugak dah sekarang nak jumpa orang jual buah jambu air ni. Selalu kalau dekat pasar malam kampung ada lah. Nanai beli satu plastik baru dua ringgit. Muraaah!
 Nasi kerabu daging bakar. Tiap kali balik Pahang, mesti ada aje hari yang breakfast nasi kerabu. Heheh. 
Sempat jugaklah hari tu buat ayam panggang versi campak campak. Resepi boleh tengok dekat SINI. Memang mudah sangat nak buat, yang penting kena rajin aje. Heheh. Seminggu bercuti pun Nani tak sempat nak ke mana mana sangat. Banyak habiskan masa dekat rumah, lepas tu balik kampung sekejap tengok nenek Nani yang tak berapa sihat. Korang ke mana cuti sekolah baru ni? 
p/s : Esok dah masuk 1 April pun, kejap je masa berlalu. 


20 comments:

  1. cuti sekolah gi kerja..biasalah bujang mana boleh cuti nanti bos tempik.haha

    ReplyDelete
  2. Lapar nye tgk smua makanan.. Yummm

    ReplyDelete
  3. Haishhhh... Semua sedap2. Jambu air tu susah nak cari skang ni.

    ReplyDelete
  4. betul tu jambu air tu jarang sgt org jual
    merecik lidah tgk cicah tu hadoii
    balik kampung wajiblah makan maasakan mak kan..hari2 berat pun xpe..janji happy duk ngan family tersyg

    ReplyDelete
  5. sedap nya jambu tuuuu ... hihii , kampung yuyu susah dah nak cari buah jambu nih

    ReplyDelete
  6. kak nani kejam nya entrymu ini. tgk gambar je dah kejam

    ReplyDelete
  7. Perrghhhhhh...bab makanan , Malaysia memang happening kan? warna-warni gambar makanan Nani. ( Macam pantun sekerat tak ? ) hahaha..

    ReplyDelete
  8. Huhuhuhu kenapa semua gambar food?! Terus terliur,...

    ReplyDelete
  9. Pergh.. Nampak nasi lemak dah komen sedapnya.. tapi bila tengok semua, semua pun sedap.. Lebih2 ayam tu...

    Memang fav saya :D

    ReplyDelete
  10. sedapnye tengok semua gambar makanan..nyum ..nyum

    ReplyDelete
  11. mak oii..sedap-sedap semua makanan tu...

    boleh pesta makan tengok sahaja la kita nie

    ReplyDelete
  12. Sedapnya nasi kerabu tu! dah la tak makan breakfast lagi ni huaaa.

    ReplyDelete
  13. pergh, meleleh-leleh air liur...
    mcm sedap jer..

    ReplyDelete
  14. Wahhh sedap2 ni.. terbuka selera tengok :) :)

    ReplyDelete
  15. semua sedap, standard balik kampung gitu

    ReplyDelete
  16. semua makanan sedap2 T.T lapar terus tengok dh la lunch hour ni

    ReplyDelete
  17. wuish nasi kerabu, sedapnyaa

    ReplyDelete
  18. Balik kampung jumpa keluarga dan dapat makan makanan kegemaran hasil air tangan ibu. Terbaik cuti Nani 😊 sedapnya makanan!! 😍

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page