Resepi Bergedil Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari ni Nani nak share satu lagi resepi mudah, pantas dan sedaap! Bergedil ni memang senang aje nak buat cuma nya bahan bahan nak kena beli tu banyak lah. Nani kalau buat bergedil suka letak isi ayam, ada jugak kadang kadang yang letak daging. Ikut suka lah citarasa masing - masing kann. Nak nak bergedil ni, ikut kita lah nak tambah apa pun, sedap jugak nanti kesudahnnya. Nah untuk korang yang baru nak try buat bergedil ayam. Boleh ikut resepi paaaling mudah dekat bawah ni okay! Nani suka buat banyak banyak lepas tu time nak makan goreng aje. Tapi jangan lah pergi buat bergedil untuk stok sampai seminggu punya, memang tak boleh lah sebab nanti ubi kentang tu jadi masam. Kalau setakat untuk dua tiga hari okay lah. 
Resepi Bergedil Mudah
Bahan - Bahan :
⇨ Ubi Kentang 
⇨ Isi Ayam / Ayam Kisar 
⇨ Bawang Merah 
⇨ Daun Sup/ Daun Bawang/ Cili (optional)
⇨ Tepung
⇨ Telur 
Cara - Caranya : 
1) Mula nula sekali rebus ubi kentang sampai empuk. Nani selalunya potong dadu siap siap so nanti cepat sikit lah ubi tu lembut. Pastikan lembut betul betul, baru senang nanti nak lenyek. 
2) Sementara nak tunggu ubi kentang tu lembut, potong lah halus halus daun sup, daun bawang dengan lada besar tu tadi. Ketepikan. 
3) Isi ayam tu pun kena cincang bagi halus. Kalau malas, boleh beli ayam kisar yang dekat pasaraya tu. Lepas tu masukkan dalam kuali dan letak air sikit. Rebus isi ayam tadi dalam tiga ke lima minit. 
4) Ubi kentang yang dah siap rebus tadi, lenyekkan sampai lumat lepas tu masukkan semua bahan tadi dan tabur garam. Gaul bagi semua sebati. 
5) Masukkan tepung dalam satu atau dua senduk. Selalu Nani main agak agak je. Hahah! Kalau nak bergedil tu lembik lembik aje, jangan letak banyak sangat tepung. 
6) Kemudian bulat bulatkan dia dan celup dalam telur lepas tu goreng. Siap!

Memang mudah sangat nak buat bergedil ni, cuma kadang kadang ambil masa yang lama sebab nak kena tunggu kentang tu empuk lah. Nani part yang paling malas masa nak bulatkan dia sebab melekat lekat dengan tangan. Bila melekat dekat tangan tu, ambil tepung bagi kentang tu tak melekat sangat okay! Korang yang suka makan bergedil ni boleh lah try buat pulak dekat rumah. Puas hati buat sendiri, cuma malas dengan rajin aje. Hahah! Kalau ramai yang dekat rumah tu sudi tolong, memang sekejap aje dah boleh siap. Selamat mencuba! 

10 comments:

  1. Part melekat tu yg remeh skit.. Tp bila dh goreng smua laju ngap hehe

    ReplyDelete
  2. lamanya tak makan bergedil.. nak buat tp penyegannn hahahah

    ReplyDelete
  3. malas nak lenyekkan ubi kentang, bentukkan bulat tu cik sue suka buat :)

    ReplyDelete
  4. Senang resepi bergedil sis ni. Mama pun suka makan bergedil

    ReplyDelete
  5. senangnya resepi Nani. dah la begedil sedap. kalau gini je caranya, memang boleh buat sangat la. tengah ada isi ayam yg banyak kat freezer tu. tq Nani 😘

    ReplyDelete
  6. Begedil ni mmg antara makanan feveret.. klu tak dimakan dgn sup atau lauk pauk.. ratah mcm tu je pun puas hati.. mintak sikit Nani hehee :) :)

    ReplyDelete
  7. Memang ini kegemaran saya.. Kalau ada open house yang buat begedil ni.. Saya la yang bagi habis

    ReplyDelete
  8. sedapnya ... nextime nak try ni.

    ReplyDelete
  9. suka sangat bergedil ni...tp nak buat malasnya lahai...x leh jadi ni...kn paksa diri buat jgk hari ni hihi

    ReplyDelete
  10. kita biasa tengok akak buat je.. haha.. buat sendiri memang tak ah :(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page