Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Wanita dengan kecantikan ni memang berpisah tiada. Heheh. Siapa yang tak nak kan cantik luar dan dalam. Nak cantik pulak mesti lah kena buat pelaburan sikit untuk beli produk yang sesuai dengan kulit wajah macam pencuci muka, toner, krim siang & malam dan banyak lagi lah. Kalau nak list semua memang banyak lah kan. Tapi hari ni Nani nak kongsikan dengan korang semua tentang slaah stau produk yang dapat membantu untuk melindungi kulit daripada sinaran cahaya matahari. Macam Nani sendiri, memang muka cepat sangat burn kalau tak pakai sunblock atau pun produk macam ni. Pernah sekali tu Nani pergi Taman Tasik Titiwangsa untuk beriadah, memang bila balik tu nampak ketara sangat perubahan warna kulit. Tambah pulak seharian Nani duduk dekat sana. Sejak daripada tu, memang Nani amalkan untuk pakai krim pelindungan sebelum keluar dari rumah. Kalau muka dah burn, take time tau korang nak bagi sekata balik. Seksaa jiwa ragaa!
Mesti korang tertanya tanya kan apa kelebihan produk ni berbanding produk lain yang ada di pasaran. Yang paaaling best dan menarik tentang produk Ecowell UV Shield ni sebab mengandungi campuran bahan bahan organik seperti aloe vera, ekstrak tumbuhan dan jugak buah orange yang mampu melindugi kulit kita daripada sinaran matahari dan menjadikan kulit wajah kita sentiasa sihat. Memandangkan kulit Nani agak sensitif, sangat susah nak jumpa produk yang serasi dengan muka kecuali produk produk organik macam Ecowell ni hah. Produk ni sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuklah kulit kanak kanak sebab tidak mengandungi sebarang bahan kimia.
KELEBIHAN BAHAN BAHAN ORGANIK
💫 Aloe Vera
Rasanya memang dah ramai tahu yang aloe vera ni antara bahan yang sangat bagus untuk kulit wajah kita. Aloe vera ni bertindak untuk melegakan, menyembuhkan, dan melindungi kulit daripada kerosakan UV. Aloe vera juga mengandungi dua jenis hormon, iaitu Auksin & Gibberellins yang dapat mengurankan kulit wajah kita daripada terbakar. Ia juga merangsang pertumbuhan sel - sel baru yang membolehkan kulit untuk sembuh dengan cepat dan secara semula jadi dengan parut yang minimum. Aloe vera jugak mampu melembapkan dan melegakan kulit wajah kita.
💫 Ekstrak Tumbuhan (Shea Butter)
Ekstrak tumbuhan ni kaya dengan 1001 kebaikan untuk kulit wajah kita. Ia mengandungi asid lemak, vitamin E dan D, provitamin A dan sebagainya. Dengan segala kebaikan ni, ia dapat melindungi dan menyuburkan kulit, meransang pengeluaran kolagen dan mempunyai ciri ciri antioksidan.
💫 Buah Oren
Buah oren ni pulak bertindak sebagai agen pembersihan yang kuat dengan ciri - ciri anti radang dan antiseptik. Ia mempunyai kandungan antioksidan dan mudah diserap pada kulit dengan mendalanm. Selaian daripada itu, ia juga mampu menambah dan mengimbangi tahap kelembapan untuk memulihkan seri wajah kita.
Apa yang penting, kena konsisten pakai untuk mendapatkan kulit wajah yang sempurna. Memang dijamin kulit muka akan lebih lembah dan sihat selepas menggunakan Ecowell Organic UV Shield ni. Zink oksida yang berasaskan mineral ini dapat menghalang dan menjadi pelindung daripada sinaran matahari serta menjadikan kulit lebih lembut dan licin. Mana yang selalu berkerja di bawah terik matahari tu, boleh dapatkan sebotol produk ni. Memang sangat sangat berkesan. Eh tapi dekat mana boleh beli ni? Haa jangan risau, korang boleh dapatkan produk Ecowell ni melalui laman web 11Street. Klik terus link ni & dekat situ ada semua details tentang produk Ecowell UV Shield.
Laju lajuu pergi beli dekat www.11street.com okay! Sekarang ni ada potongan harga so boleh dapatkan dengan harga yang lebih murah. Memang best sangat dan Nani sarankan untuk korang amalkan jugak. Untuk maklumat yang lebih lanjut, korang boleh jugak layari atau pun follow dia orang punya sosial media. Dekat sana, korang boleh jugak tengok feedback daripada pengguna lain untuk lebih berpuas hati. Heheh. Walaupun produk ni agak pricey tapi why not kan kita beli untuk cantikkan kulit muka sendiri jugak. Jangan lupa tau dapatkan sebotol prouk Ecowell Organic UV Shield SPF 20 ni! 😊
Facebook : Ecowell Organics
Instagram : Official _ Ecowell
Twitter : Ecowell Organics
yang tidak bekerja bawah panas matahari pun perlu pakai kerana cuaca malaysia sangat panas. nak kulit sihat dan cantik konsisten kena pakai.
ReplyDeletetk pernah lg dengar skincare ni. kalau elok untuk kulit baik teruskan nani
ReplyDeleteSuka produk organik
ReplyDeletebusyra pernah dngaq produk ni.. ramuannya ada buah oren ye.. menarik.. mcm best je
ReplyDeletesaya dah habis baca ni, then nak buat komen pulak, tapi tujuan utama produk ni untuk wanita. kalau gitu bila saya kawen nnti saya belikan bini saya ni.
ReplyDeleteProduk organik memg bagus kan
ReplyDeleteBagus lah guna baham organik. Tak perlu lah risau nak pakai. Dah pernah rasa degil sun burn tu. Punya lah lama nak hlg. Semua gara2 x pakai sun block atau lotion.
ReplyDeleteTgk ingredients dia terus Rasa confident nak try
ReplyDeleteBahan organik mmg selamat.. bagus ni. Pilihan yg baik.
ReplyDeleteada buah oren ye..mesti ada bau oren ni..
ReplyDeleteKulit saya pun sangat sensitif... tapi ada buah oren tu macam menarik!
ReplyDeleteMenarik.. Makin banyak pilihan produk organic..
ReplyDeleteMacam best je skincare ni
ReplyDeleteWah best lah skincare..
ReplyDelete