Warisan l Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah

Assalamualaikum & Hello.
Sebelum balik Pahang hari tu, Nani singgah dekat NU Sentral semata mata nak makan tengah hari. Eheh ! Masa tu barang tak banyak boleh lah nak singgah sekejap, itu pun cari tempat makan dekat area bawah tu aje. Malas pulak nak naik atas (even guna escalator) cari tempat makan. NU Sentral tempat makan banyak dekat bahagian atas (termasuklah food court) 
Warisan l Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah
Ini pun first time Nani makan dekat sini, selalunya pergi dekat food court tak pun tempat lain. Ingat nak masuk Waroeng Penyet tapi takut ramai sangat orang, sebab masa tu dah dekat lunch hour. Bukan apa, pernah sekali tu Nani pergi NU Sentral time lunch hour, semua tempat makan orang beratur. 
Warisan l Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah
Apa yang menarik dekat restoran ni, kita boleh pilih nak nasi kukus yang macam mana. Ada nasi kukus lemak, nasi kukus putih (biasa), nasi kukus bunga telang, nasi kukus beras perang dengan nasi kukus pandan. Haaaa, tinggal pilih nak yang mana,
Warisan l Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah
Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah (RM 13.65)
Masa ni Nani cuma pilih nasi kukus putih, yang memang biasa tu. Portion dia memang besar, sebab Nani pun tak habis makan nasi. Ayam dia pun besar lepas tu ada telur sebiji dengan acar. 
Warisan l Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah
Dekat sini bukan ada Nasi Kukus semata - mata, ada jugak menu yang lain macam nasi goreng, roti jala dengan mee. Jangan lupa terjah nanti !
Warisan l Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah
Nani suka tengok kerusi dekat sini, sebab lain daripada yang lain. Hahaha. Dah macam kerusi dekat Boat Noodle pun ada jugak Nani rasa. Haaa, tunggu apa lagi, lepas ni kalau ke NU Sentral jangan lupa try makan Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah dekat sini. 



24 comments:

  1. wah menariknya..variety of nasik..haha lama xmakan nasi kukus panas²

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah Nani pun suka konsep kedai ni banyak variety nasi dia :)

      Delete
  2. Wah, menarik! Ada macam2 jenis nasi kukus. Nasi kukus & ayam berempah memang favourite Arisha. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepp sikit, kita pun suka nasi kukus :)

      Delete
  3. nasi kukus pun salah satu feveret kak ana nani :)

    ReplyDelete
  4. sedap ni nani
    .salam maal hijrah nani :-))

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Gi lah makan Qilah, dekat NU Sentral ni :D

      Delete
  6. Wa...tempat makan yang menarik.boleh cuba ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try jangan tak try, confirm puas hati :)

      Delete
  7. sedapnye nani...puas hati kalo portion besar... bagus gak sebab byk pilihan jenis nasi...kalo kaki diet leh order beras perang tu..... mcm2 menu lain plak ade tu.... susun atur kedai pun menarik...kemas ajek....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa tu lah pasal, memang variety nasi dekat sini. Kedai pun bersih sennag cerita memang selesa lah :)

      Delete
  8. sedapnya nampak, tp akak tak pernah ke NU sentral tu lagi hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni pergi lah kak, macam macam ada :D

      Delete
  9. Lama tak makan dah. Mama saya selalu beli nasi kukus ayam berempah ni. Kadang sampai jemu makan.

    ReplyDelete
  10. Nasi kukus sedap ! Peh. NU Sentral macam-macam ada :p

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum... juz nak tanya owner kedai nie melayu ker... mcm nak try aje time berbuka nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Iya ownernya melayu ^_^

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page