Assalamualaikum & Hello.
Baru hari ni nak kembali fokus dengan blog, minggu lepas sebab busy dengan exam lepas tu dah balik rumah macam macam benda dia buat sampai hilang semangat nak taip entri. Hahaha. Ni cerita dah basi, kalau tak silap dua minggu lepas kot Nani pergi makan KFC ni. Eheh ! Mula mula niat memang nak pergi KFC yang dekat dengan universiti ni aje sekali terlajak sampai ke Mid Valley. Eleh, terlajak lah konon. Dah sampai Mid Valley, terus pergi KFC dekat bawah, sekali full house. Perut dah lapar sebab tak sarapan dari pagi sekali sampai dah full house. Sobs.
Dengan pasrah keluar KFC pergi makan aiskrim dulu, buat alas perut. Gitu. Ingatkan nak try makan aiskrim Jipangi yang orang cakap sedap sangat tu malangnya tak jumpa dekat bahagian mana. Hahaha. Hari tu dah tanya kak Ida Baharum kat mana kedai tu tapi tetap tak jumpa. Bukan apa, masa Nani pergi tu hari Sabtu memang ramai gila orang nak jalan pun hilang mood. Huhu.
Finally, lepas siap solat zohor turun balik pergi KFC ada lah tempat kosong untuk duduk. Ehh sejak bila ada udang tiga ekor tu? Jeng Jeng Jeng. Ni KFC yang baru, Nani pun baru tahu masa tengah beratur nak beli. Hahaha. Sebab ada yang baru haruslah grab yang tu kan, ayam dua ketul, udang tiga ekor dengan air dalam RM 15++ Nani add on coleslow dengan extra cheese tu so total dalaM, RM 20 macam tu lah. Puas hati dapat makan KFC sebab dah lama craving :p
Sama lah menu kita dik, weekend pun sis mkn kfc...sedap kan udang version baru tuh, makan byk tu tak cukup !
ReplyDeleteTahuu takpe. Rasa nak beli udang buat sendiri. Hahaha. Baru puas hati makan :D
DeleteSedapnya. Nasib baru lepas makan KFC.
ReplyDeleteHahaha, Mujur lah, kalau tak ada pulak yang mengidam :D
DeleteTetiba macam craving gak dengan KFC..nak try lah set baru ada udang tu..sebab suka udang :) aiskrim KFC tu pun tak pernah rasa lagi =__='
ReplyDeleteHaaa pergi cepat. Hehehe. Aiskrim tu aiskrim Mc'D sebenarnyaa. Yang baru jugak aiskrim tu, perisa nenas :D
DeleteEskrem jipangi. Ehh mcm best. Nk try ler
ReplyDeleteTry lah. Kita pun tak sempat lagi nak rasa sebab tak jumpa dia punya kedai kat belah mana. Hahahah
Deleteterasa nak p KFC sekarang jugak nani !
ReplyDeleteHahaha. Cepat gi KFC pcl, dah masuk lunch hour ni kan :D
DeleteLegalah bila yg diidamkan dah dapat dinikmati ye nani:)
ReplyDeleteHahahah. Tahu takpe kak zakie.
Deletealahai dh tgh sakit tekak ni tgk eskerim tu mmmm dapnya
ReplyDeleteSiannya ciksu. Get well soon jyeahh :D
DeleteTerasa macam dah lama plak tak telan KFC..
ReplyDeleteAmboii SS ! Sila silalah ke KFC. Eheh !
DeleteKFC ade menu baru udang 3 ekor? bestnya udang haha.
ReplyDeleteLama dah x makan KFC. should try la menu yang awak ambik nie . tq =D
Try jangan tak try !
DeleteKfc memang the best fast food
ReplyDeleteKan kak Yan, sekali sekala makan boleh lah :D
Deletelast week nk makan kfc la..memula nk order yg ada udang tu..tapi takut udang kecik terus tak jadi order..haha nmpk tak ketamakkan di situ..;p
ReplyDeleteHahahah, memang kecik je awak. Udang celup tepung aje pun hah. Buat sendiri lagi puas hati. Ekekeke !
DeleteNani ni !! suka buat orang rasa nak p beli KFC plak dah!!!
ReplyDeleteOpssss, adil lah CT buat kita terliutr tengok ais kepal. Hahahah
DeleteEh Nani, ada udang yer... Nak pegi beratur kat KFC juga la ^-^
ReplyDeleteHahah. Cepat pergi zumal :D
Deletedah jemu makan KFC tapi apakan daya en somi ngan anak2 suka bangat. erk... hahaha
ReplyDeletebaru ni bawa cik puteri 2 3 kali ke kfc, tapi cik puteri bukan makan sangat lebih kepada nak main permainan yang ada disediakan
ReplyDeleteterliur pulak tengok ais krim tu
ReplyDeletehurmm laparlah pulak bila tengokk kihkihkih
ReplyDeleteDah berubah-ubah ya menu KFC ni.
ReplyDelete