Assalamualaikum & Hello.
Memang spesis hujung minggu tak boleh melekat dekat bilik. Kena juga keluar walaupun setakat jalan jalan cuci mata. Gigih guna khidmat Google nak tahu mana lagi tempat makan best area KL dengan Selangor ni haaa. Mula mula nak makan Seafood lepas tu tak jadi, nak lepak Kopi XOXO tak jadi jugak, sudahnya ke 4 Fingers lah kita. Haaa tengok nak pilih tempat makan pun dilema bila perempuan ni. Ehhh!
Muka excited nak try makan dekat 4 Fingers. Ahaaa !
Pertama kali lepak sini so macam blur blur sikit tak tahu nak makan apa. Oh ya, dekat sini self- service ala ala fast food yang lain. Sampai sana terus order lepas tu diorang akan bagi benda dekat atas ni. Bila makanan dah siap dia akan menyala & pergi lah ambil makanan korang tu ha. Tapi masa Nani hari tu dia tak menyala nyala. Lama gila menunggu, dekat setengah jam kot. Last - last staf dekat situ ambil benda ni & dia hantar makanan dekat meja kitorang. Ahaaa special sikitlah sebab dah lama kot Nani dengan partner menunggu.
Memang dasar perut melayu nak jugak nasi. Hahaha ! Dari pagi kosongkan perut, memang haruslah nak nasi jugak. Kang gigil gigil pulak lapar. Satu set ni RM 19.90 sekali dengan air. Kawan Nani punya ayam dua ketul. Nani punya tiga ketul. Kitorang ambik set lain lain tapi harga sama. Gitu.
Mula ingat yang kuning tu coleslow tau rupanya kimchi. Sedap jugak rupanyan kimchi ni, dah jatuh hati pulak. Nani memang noob gila kalau makanan pelik pelik macam ni. Hahaha ! Untuk set yang Nani order ni ada dua sos boleh pilih sama ada soy sauce atau pun hot apa entah namanya.
Kitorang add on fries sekali sebab ingatkan tak kenyang makan set nasi tu. Haaaaa memang tamak sangat kan. Tapi fries dekat sini macam masin sikit. Tak tahu lah tekak orang lain macam mana kan. Bagi Nani fries dia so - so aje. Overall, sedap jugak makan dekat sini. Korang kalau nak makan di 4 Fingers boleh ke Mid Valley sebelah Sushi King.
sedapnyaaaaa
ReplyDeleteAinAthirah..nanti emailkan sis JM alamat..aa small gift for u
Deletewah menarik, tempat makan baru ke ni, dulu-dulu rasanya blom ada lagi 4 Fingers ni. makanan pun nampak sedap.
ReplyDeleteBaru jugak lagi kak Su. Tahun lepas rasanya diorang bukak :)
DeleteSedapnya, kak nani! And what, kimchi warna kuning? Rasa pedas mcm kimchi biasa x?
ReplyDeleteMazni, akak tak pernah makan Kimchi. Hari tu first time makan so tak boleh nak compare mana sedap mana pedas. Hahahahahah !
Deletewow...sedap makanan tu .Hi Sila Join segmen Teka Benda Uk2 untuk pencarian bloglist uk 2016. (^x^) miau..
ReplyDeleteSemakin meriah kalau nak makan apa pun ada
ReplyDeleteCari ajelah..
Belum pernah try lagi :)
ReplyDeleteala2 mcm korea food yek...
ReplyDeletenengok ayam grg tu mcm sedap je...
rajin betul nani jjcm nih...
alaaa kenapa la terbaca time nie..huahua..dah la tak lunch lagi! stress mak hencik tauuuuu :)
ReplyDeleteaku pernah sekali je makan kimchi...tu pun member yang buat...huhu...
ReplyDeleteamvoiiii...! siap ada device macam tu ekk.. canggih betul..! tak sabar nak cuba and tgk lampu menyala2 bila makanan dh siap tu.. teruja pula..! hahahahaa.. :)
ReplyDeleteTAHNIAH anda terpilih antara 12 blog tersenarai dalam Bloglist Mac di DRAMATIC UNIQ.. :)
rasanya inani selalu keluar pi food hunting dekat mid valley kan? hehe
ReplyDeleteAlamak ada yang perasan. Hahahah ! Situ je dekat kaan :D
Deletekat Mid Valley? dh lama x ke sana
ReplyDeleteNani..dah pernah email sis JM alamat kan?
ReplyDeleteDah sis JM :)
Deletewahh...tak penah makan lagi..nak try la nnti ^^
ReplyDeleteKedai baru ke? Tak pernah dengar 4 Fingers ni :O
ReplyDeleteFirst branch kat Malaysia...lupaa eh kak sally review..hahahaha...dia based dr Singapore :)
DeleteTiba2 sy rasa lapo..hihihi
ReplyDeleteoooit.. mana lagi 1 finger ? pegi mana ????
ReplyDeletewah menarik.
ReplyDeleteaida ni kebetulan baru aje last last weekend ke midvalley.
but x de la jjcm.
jj cari kain kat kamdar aje.
and bwk anak ramai, tak dpt jjcm sgt.
Sally pernah review kedai ni sbb sally attend opening dia...ayam di abg sally sedikit masin...coleslaw tu mmg coleslaw tapi berperisa kimchi...fries dia pun ada yg nak perasa kimchi @ seaweed...pasal tu dia masin.. :)
ReplyDelete