Resepi Soto Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Dah puas ke tu cuti panjang minggu lepas? Heheh. Baru ni mood rajin datang, terus zass masuk dapur buat soto. Percayalaaah selama ni asyik makan soto yang ibu buat aje, tak pernah pun nak try buat sendiri sebab pada aku buat soto ni susah. Hahah! Susah bukan sebab apa, soto ni dia ada banyak sangat condiments, tu yang ambil masa bila nak buat. Tapi sebab teringin sangat nak makan & ibu busy marilah kita buat sendiri. Sedap ke tak sedap ke belakang kira, yang penting try buat dulu. Plus, buat sendiri lagi puas hati sebab boleh repeat makan berkali kali. Gitu. Hari tu Nani ada share resepi ni dengan story Instagram (sekarang pun ada lagi, Nani save dekat highlight), ramai lah pulak lah yang terliur. Siap ada yang request suruh buat Raya nanti. Mampus! Hahaha! Kita baru belajar ni hei, buat untuk makan sendiri boleh lah, tak pro sangat lagi. Hari tu pun start pukul lapan pagi Nani masak soto, around 10.30 macam tu baru siapp. Berlecak kita dekat dapur ni hah siapkan soto sorang diri. Tapi puas hati sebab rasa dah berjaya unlocked satu lagi achievement. Wohoo! Kalau korang nak try buat soto yang simple, boleh lah try resepi Nani dekat bawah ni okay! Ada kawan kawan yang minta tulis dekat blog, jadi marilah kita share resepi ni dengan korang jugak. 
Nampak tak betapa banyaknyaaa condiments untuk soto ni. Mula mula sekali Nani rebus nasi impit tu dulu. Beli yang segera aje wakk senang. Sementara nak tunggu nasi impit tu masak, boleh lah buat sup. Untuk sup, cara Nani mudah aje, tumis bawang besar, bawang putih dengan halia. Bila tiga bahan tu dah garing, masukkan rempah yang ada dalam sup bunjut tu. Tapi rempah tu Nani kisat kering dulu. Heheh. Last sekali, masukkan serbuk perasa dan jugak isi ayam (untuk buat ayam carik). Bila ayam tu dah masak boleh lah goreng sekejap & carik carikkan lah ayam tu. Bab carik ayam ni lah Nani paaaaling malas sekali nak buat. Hahah! Kawan Nani cakap nak senang masukkan dalam mixer. Wow, next time kita try buat guna tips yang dia bagi ni. 
Sementara tu boleh lah siapkan bahan bahan lain. Nani hari tu goreng kacang tanah, potong daun sup, buat sambal kicap dan bergedil. Sambal kicap tu masih failed lagi. Hahah. Nani just blend lada dengan kicap aje, kalau korang ada resepi sambal kicap pekat & sedap boleh lah share dengan Nani okay. Pada Nani, soto ni paling sedap bila ada bergedil. Ini condiment yang wajib ada lah bila makan soto. Cara nak buat dia simple aje. Boleh klik Resepi Bergedil Mudah, Nani dah pernah share dulu. Heheh. 
Taraa ini lah hasil soto kita yang tak seberapa. Orang dekat rumah cakap sedaap, dah lulus kalau nak masak time Raya. Amboi masing masing bila memuji kemain lagi. Hahaha! Hilang penat dekat dapur selama berjam jam tu bila orang cakap sedap. Kebetulan dalam peti ais ada bebola, Nani pun letak lah sekali dalam sup. Soto ni nak buat aje yang lama, tapi bila makan tu sekejap aje licin. Hahah! Hari tu memang tak masak benda lain dah, dari lunch sampai lah ke dinner semua makan soto aje. Balance nasi impit yang lebih tu Nani buat kuah kacang pulak. Iyee memang rajin lain macam baru ni, pasal apa pun tak tahu. Hahaha! Kalau korang nak try buat soto, boleh lah guna resepi Nani ni okay. Selamat mencuba! 

4 comments:

  1. mkn sdap tpi nak buat tu rumit..hihi

    ReplyDelete
  2. Nani !! buat tu lebih2 sket meh hantar kat kite hehe..

    ReplyDelete
  3. Favorite kak ana sekeluarga ni nani. Makan sambil borak tau2 licin seperiuk. Hehe.

    ReplyDelete
  4. aduhai rajinnya nani siap ngn begedil lagi... klu akak pun apa yg ada je...
    ni mmg dh taraf kedai nih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page