Roti Canai Transfer Road Penang

Assalamualaikum & Hello.
Hari kedua dekat sana awal awal pagi lagi dah keuar nak cari Roti Canai Transfer Road ni. Nani pun ambik pakej hotel yang tak include breakfast. Dekat Penang selain daripada banyak muzium yang boleh pergi, ada banyak jugak tempat makan yang best best untuk singgah. Heheh. Bila Nani google tempat makan sedap dekat Penang ni mesti salah satunya Roti Canai Tranfer Road. Memandangkan jarak kedai roti canai ni dengan Hotel Grand Inn yang Nani menginap tu tersangatlah dekat so kiterang jalan kaki aje. Cumanya memula hari tu Nani dengan kawan tersilap kedai. Hahah! Maklumlah jalan guna peta free tu faham faham je lah kan. Entah kedai siapa yang Nani masuk memula tu. Lepas dah naik rapid nak ke Batu Feringghi baru lah perasan kedai yang betul. Nani siap tanya lagi abang bas tu tau. Rupanya memang dekat sangat dengan hotel, dalam lima minit gitu. Tapi Nani tersilap jalan itu yang jadi tersalah kedai. Huhuh. 
So hari ketiga baru lah pergi ke kedai Roti Canai Transfer Road yang betul. Hahah! Masa Nani sampai tu sedang elok ada meja kosong. Langkah kanan gitu. Nak bagi mudahkan korang kalau nak makan dekat sini boleh cari stesen minyak Caltex. Kedai ni memang dekat sangat dengan stesen minyak tu. Actually not really said kedai lah, dia lebih kepada warung gitu. Heheh. Memang ramai orang tapi servis dia laju jugak lah. Seriously Nani blur sikit masa dia tanya nak order apa (faham faham je lah baru bangun tido kan, otak pun macam tak dapat nak hadam elok elok sangat ๐Ÿ˜†) 
Roti Canai Transfer Road Penang
Ini lah rupanya roti canai dengan ayam kari. Masa Nani order, dia tanya nak ayam ke daging terus lah jawab ayam (dia pulak tanya laju kemain, tak sempat nak hadam betul betul terus jawab ayam. Hahah). Ingatkan untuk kuah kari dia tanya tu, sekali ambik kau seketul ayam ada sekali atas roti canai tu. Ehehe. Memang sedap lah, kuah kari pekat dan pedas. I likee ๐Ÿ˜Š Selain daripada roti canai ni, roti bakar femes jugak dekat sini. Hari tu hampir hampir nak order roti bakar, nasib baik tak jadi. Makan ni pun dah rasa full sangat. 
Dekat sini konsep dia bayar asing - asing. Air bayar lain, roti canai bayar lain. Gitu. Masa orang tu hantar roti ni dia cakap 32 ringgit.Oi tercenggang jugaklah Nani tapi keluar jugak lah duit RM50 nak bayar kan. Terus lepas tu kawan Nani bisik "16 ringgit woo sarapan pagi ni." Terus terfikir takkan sebab ayam ni jadi 16 ringgit. Tapi lepas dia pulangkan duit baki balik sebenarnya tak sampai pun 16 ringgit, cuma RM6 aje sepinggan ni. Tak tahu lah abang tu tersasul atau sengaja nak kenakan. Hahahah! ๐Ÿ˜† Gelabah jugaklah aku memula tu dengar RM32. Kah!
Roti Canai Transfer Road Penang
kredit SINI 
Kedai ni tepi jalan aje dan ada jugak bas rapid yang lalu sini, senang aje kalau nak pergi. Memang sentiasa full house, lagi lagi kalau musim cuti. Nani hari tu pergi masa weekdays tak ada lah sesak sangat tapi dapat tempat duduk dah hujung hujung jugak. Hahah. Korang kalau ke Penang boleh lah ke sini, memang sedap dan terbaik roti canai dia. Mungkin next time boleh try roti bakar pulak. Hahah. Tapi next time Nani tu tu mungkin lagi lima enam tahun lah dengan orang tersayang  pulak mungkin. Ehem๐Ÿ˜† Gurau je, jangan serius sangat. Eh tapi mana tahu betul. Hahahhahahah! 

33 comments:

  1. Seketul ayam tu.. hee. Tak pernah lagi makan roti canai dengan ayam seketul cam makan nasi. Hehe. Kalau ke Penang, siqah cuba singgah sini. Bestnyaaa makan sedap!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh samalah dengan Nani pun. Selalunya makan roti canai dengan kuah kari gitu je. Hehehe. Sebab tu lah kot yang membezakan kedai diorang dengan yang lain. Sedaaapp! Wajib try tau nanti.

      Delete
  2. Wahaha. Nasib baik lah salah dengar kan
    .
    Rm32 ๐Ÿ˜‚
    .
    Untuk 2 pinggan roti canai.
    .
    Mahal bebenar.
    .
    Mujur dia pulang kena rm12 saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Kann. Nani dah pelik memula tu apehal mahal sangat ni, dalam blog takdek pulak orang cakap mahal sampai macam tu. Rupanyaa RM6 aje sepinggan.

      Delete
  3. k.el suka lagi letak daging..terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haritu dapat jugak rasa daging kak El. Terselit seketul dalam pinggan. Heheh.

      Delete
  4. Haha... ok jugalah instead kuah kari ayam siap dpt seketul besar ayam
    Baru kenyang betul ni Nani:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kenyang kak, tengah hari tu pukul tiga baru Nani lunch.

      Delete
  5. nampak nampak sangat sedap, ada plan nak pergi penang nanti,boleh lah try makan dekat sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wajib singgah, kari dia terbaikkk! Heheh.

      Delete
  6. abg kat situ mmg selalu kenakan orang . hehehe . sengaja nak melawak . hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh patutlah. Hahah. Terkejut gila Nani masa dia cakap RM32. Kah!

      Delete
  7. nak gelak pun ada..ayam seketul ko

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah. Kenyang sampai tengah hari kak Mar :D

      Delete
  8. sedap nyer...kampung saya kat penang..tp tak pernah makan kat sini lagi

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Heheh. Nanti ada peluang ke Penang boleh lah try :)
      p/s : Eh lamanyaaa tak nampak. Ke mana menghilang? Heheh.

      Delete
  10. Yalah tu. Yalah tu. Lain kali pi Penang dengan insan tersayang pulak. Skopnya luas tau insan tersayang ni, so janganlah over. Hahaha!

    Masa pergi Penang hari tu masuk juga dalam senarai JJCM nak makan roti canai Jln Transfer ni tapi bila tengok gambar, tak berani pulak akak nak suggest kat HD. Tau ajelah HD tu kan macamana. Bukan boleh singgah kedai sembarangan. Sakit telinga kita ni nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah! Nani haritu sebab pergi dengan kawan, boleh lah pergi sini. Kalau datang dengan keluarga rasanya kena fikir patploh kali dulu. Hahah. Biasalah kan, kedai tepi jalan gini tak tentu jugak semua orang suka.

      Delete
  11. lamanya lagi 6 tahun nani hakhak.

    akak aritu pi pennag tak smepat jelajah semua tempat makan. Adra kecik lagi masa tu. Next time repeat bila adik akk beso hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha! Nani kan jenis tak suka berjalan tempat yang sama. Kalau dah pergi sekali dah kira puas hati. Next trip dalam lima enam tahun baru pergi semula. Kehkeh.

      Heheh. Nanti Adra dengan adik Adra dah beso boleh lah jalan jalan Penang lagi. Syurga makanan. Hahah. Rasa macam banyak makan je pergi sana hari tu.

      Delete
  12. sedapnye roti canai tu, nampak kuah kari dia pekat tambah pulak dengan ayam..lagi sedap..tang harga tu terkejut. RM6 tu kira murah lah sekali dengan ayam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedaaap sangat! Tu kah Nani pun memula terkedu dengar. Hahah. Rupanya dia acah acah je :p

      Delete
  13. Akak nak pi Penang berdua dengan Dania...tp risau ttg kenderaan...teksi mahal x kat sana ke harga stended je...

    ReplyDelete
  14. Saya tau tempat tu.
    Nanti saya singgah situ

    ReplyDelete
  15. Lainnya kuah roti canai die tu! Merah ...macam sambal pulak. Heheh..rase camne la agak2nya. Bila ni nak gi Penang. Aduhh..layan gambar Nani ajer la camni :)

    ReplyDelete
  16. Fuhhh... teringin pulak malam2 ni... sgt2 menyelerakan! :)

    ReplyDelete
  17. Pi penang kalau x makan mmg rugi kan...erm besar la portion roti canai tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page